The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TADABBUR AL QURAN 30 JUZUK, 2020-05-04 05:34:56

TADABBUR RINGKAS JUZUK 9

TADABBUR RINGKAS JUZUK 9

*TADABBUR RINGKAS JUZUK 9

(SURAH AL- A’RAF 88-206 & SURAH AL-ANFAL 1-40) *

_13 Points_

*Sumber: Ust Abdullah Bukhari *
Diolah: Asyraf Salleh

1. Sebahagian besar Juzuk ini adalah Surah Al-A’raf manakala bahagian kedua adalah permulaan
Surah Al-Anfal (Harta Rampasan Perang).

2. Kisah para Nabi A.S. diceritakan di permulaan Juzuk ini (Ayat 88-169) dan
sebahagian besarnya adalah kisah Nabi Musa A.S. Apa yang menarik,

ALLAH SWT mengatakan bahawa jika penduduk di sesuatu negeri beriman dengan ALLAH SWT,
nescaya akan dibuka pada negeri tersebut rezeki yang melimpah-ruah

dan keberkatan pada langit serta buminya (Ayat 96). Jadi bagi memastikan
kita mempunyai ekonomi yang kuat,

pertamanya adalah menjaga hubungan dengan Sang Pencipta.

3. Pada ayat 138-145 diceritakan berkenaan kisah Bani Israil. Kisah ini berlaku selepas
mereka selamat menyeberangi lautan dan Firaun. Lalu mereka menemui satu kaum
yang sedang menyembah berhala. Jadi Bani Israil menampakkan kedegilan
mereka apabila meminta Nabi Musa A.S. mencipta satu tuhan seperti kaum tersebut.
Ternyata permintaan ini telah menimbulkan kemarahan Baginda.

4. Nabi Musa A.S. dipanggil oleh ALLAH SWT untuk bermunajat dan mengambil Kitab Taurat (Ayat 142-143).
Pada mulanya Baginda berpuasa selama 30 malam, kemudian ditambah lagi 10 malam.
Ketika bermunajat dan berdialog dengan ALLAH SWT,
Nabi Musa A.S. memohon untuk melihat ALLAH, lalu ALLAH menjawab

kamu tidak akan mampu melihat-KU ketika di dunia. ALLAH menunjukkan kebesaranNYA
pada gunung yang berdekatan dengan Bukit Tursina, tempat Baginda bermunajat,
lalu gunung tersebut hancur berkecai kerana gentarkan kekuasaan ALLAH SWT.
Setelah itu, Nabi Musa A.S. pengsan.

5. Sepeninggalan Nabi Musa A.S. untuk bermunajat, Bani Israil telah menyembah berhala,
iaitu patung anak lembu. Apabila Baginda mengetahui akan hal ini, lantas

Baginda turun dengan perasaan yang marah dan mengambil tindakan ke atas mereka.
Perincian kisah ini akan diulas pada Juzuk 16 nanti.

6. Pada ayat 160, diceritakan bahawa Bani Israil berpecah kepada 12 kumpulan.
Diceritakan juga kisah berkenaan penduduk di sebuah perkampungan nelayan yang melanggar

arahan ALLAH untuk beribadat pada hari Sabtu (Ayat 163-166).
Lalu mereka disumpah bertukar menjadi kera.

7. Ayat 172 Surah Al-A’raf adalah merupakan perjanjian awal kita dengan ALLAH SWT
yang mana kesemua anak Adam A.S. pernah dikumpulkan di Alam Roh dan bersaksi bahawa

ALLAH adalah satu-satunya TUHAN. Ayat ini selari dengan Hadis NABI SAW
yang mengatakan setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (ISLAM).

8. ALLAH SWT menyuruh kita berdoa dengan nama-namaNYA (Ayat 180).
Kita boleh bertawasul dan menggunakan nama ALLAH sebagai perantaraan untuk memohon hajat pada-NYA

manakala ALLAH SWT menyuruh NABI SAW bertegas mengatakan bahawa
Baginda tidak mengetahui apa pun berkaitan Alam Ghaib (Ayat 188). Hanya ALLAH SWT
yang tahu berkenaan Alam Ghaib dan DIA akan mendedahkannya hanya kepada Malaikat dan
para Nabi untuk tujuan tertentu melalui wahyu. Justeru itu, tiada manusia yang boleh mengetahuinya.

9. Ayat 204 menceritakan tentang adab kita dengan Al-Quran. Apabila mendengar Al-Quran dibacakan,
kita diajar supaya dengar dengan penuh perhatian dan senyap. Kesilapan yang sering berlaku dalam

masyarakat adalah bilamana Al-Quran di pasang di restoran dan premis perniagaan untuk tujuan tarikan.
Ini bercanggah dengan Adab dengan Al-Quran yang diajar di dalam ayat ini.
.

10. Keseluruhan Surah Al-Anfal di dalam Juzuk ini menceritakan tentang Perang Badar.
Menariknya, ALALH SWT seolah-olah ‘memakbulkan’ doa Abu Jahal (Ayat 19).

Sebelumkeluar berperang, beliau berdoa di hadapan Kaabah supaya ALLAH memenangkan pihak yang benar.
Ternyata, RASULULLAH SAW dan tentera ISLAM yang mencapai kemenangan.

11. Ayat 24 adalah berkaitan panggilan untuk orang beriman untuk menyahut seruan ALLAH dan Rasul-NYA,
bilamana keduanya memanggil ke arah sesuatu yang menghidupkan.

Ayat ini menjadi moto utama kepada penulisan kitab Tafsir Al_Munir karangan Profesor Wahbah Zuhaili.

11. Tambahan kepada ayat ini, ALLAH SWT yang membatasi dan merupakan pemilik hati
manusia biarpun ianya berada di dalam tubuh badan manusia.

12. Ayat 32-33 menceritakan kebiadaban musyrikin Mekah yang mendoakan supaya
RASULULLAH SAW ditimpakan bala jika Baginda membawa kebenaran.

Lantas ALLAH SWT menjawab, bala tidak akan diturunkan di sesuatu tempat
jika padanya terdapat salah satu dari 2 perkara;
i) Padanya ada RASULULLAH SAW,

ii) Terdapat orang yang sentiasa beristighfar memohon keampunan ALLAH..


Click to View FlipBook Version