The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TADABBUR AL QURAN 30 JUZUK, 2020-05-03 06:35:00

agreement darul quran ilham 2018

agreement darul quran ilham 2018

SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA

1. PERJANJIAN

(1) Pelajar dan Penjamin dikehendaki menandatangani Perjanjian Biasiswa Darul Quran sebagaimana yang
dikehendaki.

(2) Cara mengisi Perjanjian berkenaan adalah seperti di dalam ‘Buku Panduan Mengisi Dokumen Perjanjian
Biasiswa Darul Quran’. Perjanjian yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan kepada Darul Quran,
Jakim pada tarikh sebagaimana yang ditetapkan dalam Surat Tawaran. Kegagalan atau kelewatan
mengembalikan Perjanjian ini akan mengakibatkan tawaran biasiswa ini terbatal dengan sendirinya.

(3) Pelajar adalah terikat dengan segala terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian yang
dibaca bersama Surat Tawaran ini.

2. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Semasa mengikuti mana-mana pengajian, pelajar hendaklah mematuhi semua arahan/peraturan yang berikut:

(a) bersungguh-sungguh mengikuti Pengajian dengan menghadiri kelas tasmi’, kuliah, seminar,ceramah,
tutorial dan apa-apa program lain yang dijalankan berkaitan dengan Pengajian Pelajar;

(b) berkelakuan sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab dan dikehendaki mematuhi semua
arahan/peraturan yang dikeluarkan oleh pihak Darul Quran dari semasa ke semasa;

(c) memasuki dan meneruskan pengajian serta menduduki semua ujian atau peperiksaan yang disyaratkan.
Pelajar dikehendaki menyempurnakan pengajian dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan;

(d) menyempurnakan kursus pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Kerajaan;

(e) diwajibkan mengikuti pengajian yang ditentukan oleh Darul Quran, Jakim. Pertukaran bidang/peringkat
atau penarikan diri daripada pengajian yang diikuti adalah dilarang tanpa mendapat kelulusan daripada
Darul Quran, Jakim.

(f) tidak boleh terlibat dalam mana-mana kesalahan jenayah dan apa-apa perkara yang akan mencemarkan
nama baik Kerajaan dan Negara;

(g) tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan atau fahaman yang difikirkan oleh Kerajaan tidak
selaras dengan kepentingannya, Malaysia atau Pelajar. Sekiranya Pelajar telah mengambil bahagian dalam
apa-apa kegiatan atau fahaman itu dan kemudiannya telah diberitahu oleh Kerajaan bahawa kegiatan atau
fahaman tersebut adalah tidak selaras dengan kepentingannya, Malaysia atau Pelajar, maka Pelajar
hendaklah berhenti dengan serta merta daripada mengambil bahagian dalam kegiatan atau fahaman itu;

(h) tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang kecuali
dengan kelulusan bertulis daripada Kerajaan dan Kerajaan, menurut budi bicara mutlaknya, boleh memberi
atau tidak memberi kelulusan itu;

(i) tidak boleh menerima apa-apa pekerjaan sama ada yang berpendapatan ataupun tidak kecuali dengan
kebenaran Darul Quran;

(j) tidak dibenarkan berkahwin tanpa kelulusan Darul Quran Jakim, semasa mengikuti pengajian. Sekiranya
pelajar diketahui telah berkahwin sebelum atau selepas mengikuti pengajian, maka tawaran ini akan
terbatal dengan sendirinya.

(k) tidak boleh mengambil apa-apa bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana
tempat yang dianjurkan oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang pada pendapat
Kerajaan akan memudaratkan kepentingannya atau Malaysia;

(l) tidak boleh menyediakan atau mengedarkan dengan apa-apa cara atau mengambil apa jua bahagian dalam
menyediakan atau mengedarkan, sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat yang
dianjurkan oleh apa-apa petubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan
yang pada pendapat Kerajaan, adalah memudaratkan kepentingannya atau Malaysia;

(m) tidak boleh menyedia, mencetak, membahagi atau mengedarkan, atau mengambil bahagian dengan apa-apa
cara dalam menyedia, mencetak, membahagi atau mengedarkan apa-apa dokumen atau lain-lain bahan
yang pada pendapat Kerajaan adalah memudaratkan kepentingannya atau Malaysia;

(n) tidak boleh membuat apa-apa kenyataan di sesuatu perhimpunan apa-apa kumpulan orang di mana-mana
tempat yang pada pendapat Kerajaan adalah memudaratkan kepentingannya atau Malaysia;

(o) tidak boleh mengambil bahagian sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan berunsur
politik atau anti-kerajaan;

(p) pelajar hendaklah berpakaian sopan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Darul Quran Jakim,
semasa menghadiri ceramah-ceramah atau perjumpaan-perjumpaan;

2

(q) tidak boleh menerima apa-apa biasiswa lain bagi tujuan Pengajian;

(r) tidak boleh melakukan apa-apa perkara yang boleh menyebabkan Pelajar ditamatkan Pengajian atau
dibuang daripada Darul Quran;

(s) tidak boleh melakukan perbuatan salah laku dalam apa cara jua pun yang pada pendapat Kerajaan akan
menjatuhkan nama baiknya atau nama baik Malaysia;

(t) pelajar dikehendaki menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya pelajar memerlukan
perlanjutan untuk menamatkan pengajian, pelajar perlu memohon melalui Bahagian Akademik, Darul
Quran JAKIM dengan menyertakan maklumat-maklumat yang berikut:

(i) sebab-sebab gagal menamatkan pengajian dalam tempoh tajaan. Sekiranya gagal disebabkan oleh
masalah kesihatan, laporan perubatan perlu dikemukakan;

(ii) laporan dari Penasihat atau Penyelia Akademik / Pendaftar Darul Quran; dan
(iii) keputusan semua peperiksaan / ujian penggal, semester, tahunan atau akhir.

Darul Quran Jakim akan mempertimbangkan permohonan perlanjutan biasiswa pelajar sekiranya didapati
wajar.

(u) pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang penangguhan pengajian sebelum mendapat kelulusan bertulis
terlebih dahulu daripada Darul Quran Jakim; dan

(v) apa-apa pindaan terhadap tempoh tawaran yang disebabkan oleh perubahan struktur pengajian, polisi
institusi, pindahan kredit atau sebab-sebab lain, perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada
Darul Quran Jakim.

3. BIASISWA

(1) Pelajar diminta membuka akaun bank Muamalat dan pelajar perlu berbuat demikian serta mengemukakan
maklumat-maklumat yang berikut kepada bahagian Kewangan Darul Quran dengan kadar segera:

(a) Alamat Bank;
(b) No. Akaun Bank;
(c) No. Cawangan Bank/Sort Code; dan
(d) Sesalinan buku akaun bank (muka surat 1) .

(2) Sekiranya terdapat Biasiswa terlebih bayar dimasukkan ke akaun pelajar, maka adalah menjadi

3

tanggungjawab pelajar untuk mengembalikan semua lebihan bayaran tersebut kepada Bahagian Kewangan
Darul Quran. Kegagalan pelajar berbuat demikian selepas diminta oleh Bahagian Kewangan, membolehkan
pihak Darul Quran Jakim menamatkan Biasiswa pelajar serta merta.

4. PEMERIKSAAN KESIHATAN

(1) Pelajar hendaklah menjalani dan lulus pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh Pegawai Perubatan
Kerajaan. Sekiranya pihak hospital Kerajaan tidak dapat menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan,
maka doktor persendirian / hospital swasta bolehlah menjalankan pemeriksaan tersebut. Segala
perbelanjaan yang berkaitan dengan pemeriksaan ini hendaklah ditanggung oleh pelajar.

(2) Pemeriksaan perubatan hendaklah dilakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan/ doktor persendirian/doktor
di hospital swasta dan borang tersebut hendaklah dikembalikan ke institusi pengajian ketika melaporkan
diri.

(3) Sekiranya pelajar menghidapi sesuatu penyakit tetapi tidak dapat dikesan dalam pemeriksaan perubatan
tersebut adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk memberitahu perkara ini kepada Darul Quran Jakim
sama ada sebelum atau semasa mengikuti pengajian.

5. PELANGGARAN SYARAT-SYARAT TAWARAN

Biasiswa Darul Quran ini akan ditamatkan sekiranya pelajar melanggar mana-mana syarat tawaran sebagaimana
yang telah dinyatakan. Sekiranya ini berlaku, pelajar dan penjamin dikehendaki membayar gantirugi dan lain-lain
bayaran sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian.

6. HAK KERAJAAN

(1) Walau apapun peruntukan dalam syarat tawaran ini, Kerajaan berhak meminda, menambah atau
memperbaharui terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan pada bila-bila masa dengan memberi notis
bertulis kepada Pelajar dan Penjamin dan pelajar adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut.

(2) Kerajaan juga berhak menamatkan Biasiswa Darul Quran Jakim ini tanpa memberikan apa-apa sebab.

Unit Kemasukan, Biasiswa dan Graduasi
Darul Quran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

4

PERJANJIAN BIASISWA DARUL QURAN

ANTARA

____________________________________
(Nama Pelajar)

______________________________________
(No. Kad Pengenalan)

DAN
KERAJAAN MALAYSIA

DAN

_______________________________________
(Nama Penjamin)

_______________________________________
(No. Kad Pengenalan)
5

PERJANJIAN BIASISWA DARUL QURAN

PERJANJIAN ini dibuat pada.........................haribulan.............................tahun…………….
ANTARA
Pihak yang nama dan butir-butirnya dinyatakan di Bahagian 1 Jadual kepada Perjanjian ini (kemudian daripada ini disebut
“Pelajar”) sebagai pihak pertama;

DAN
KERAJAAN MALAYSIA yang bagi tujuan Perjanjian ini diwakili oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia yang beralamat di Jalan Hamzah, Ampang Pecah, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor (kemudian daripada ini
disebut “Kerajaan”) sebagai pihak kedua;

DAN
Pihak yang nama dan butir-butirnya dinyatakan di Bahagian 2 Jadual kepada Perjanjian ini (kemudian daripada ini disebut
“Penjamin”) sebagai pihak ketiga.
BAHAWASANYA –
(a) Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Biasiswa kepada Pelajar bagi mengikuti kursus pengajian sebagaimana

yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Biasiswa yang nombor rujukan dan tarikhnya dinyatakan di Bahagian 3
Jadual kepada Perjanjian ini (kemudian daripada ini disebut “Surat Tawaran”);

(b) Pelajar telah menerima Surat Tawaran tersebut dan bersetuju untuk menerima Biasiswa tertakluk kepada terma-
terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini dan Surat Tawaran; dan

(c) Penjamin telah bersetuju untuk menjadi penjamin kepada Pelajar bagi tujuan pematuhan terma-terma dan syarat-
syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini dan Surat Tawaran.

MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI SEPERTI BERIKUT:
1. TAFSIRAN

Bagi tujuan Perjanjian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –
“Biasiswa” ertinya nilai biasiswa yang dibayar kepada Pelajar sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Tawaran;
“Pengajian” ertinya kursus diploma atau sijil yang diikuti oleh Pelajar sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat
Tawaran Pengajian;
“Surat Tawaran” ertinya Surat Tawaran Biasiswa yang dikeluarkan oleh Kerajaan dan diberikan kepada Pelajar;
“Pelajar” ertinya Pelajar Darul Quran;
“Kelas Tasmi’” ertinya kelas untuk setiap pelajar memperdengarkan hafazan Al-Quran di hadapan pensyarah
mengikut jadual yang ditetapkan.

6

2. PEMBAYARAN BIASISWA OLEH KERAJAAN

(1) Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam Perjanjian ini, Kerajaan bersetuju untuk memberi
biasiswa (kemudian daripada ini disebut “Nilai Biasiswa”) kepada Pelajar untuk membiayai Pengajian
Pelajar di Darul Quran.

(2) Kerajaan akan membayar Nilai Biasiswa sebanyak RM ------- kepada Pelajar itu sendiri atau penjaga di sisi
undang-undang sepanjang tempoh pengajian (Jan 2018-Mei 2019).

(3) Kerajaan boleh menurut budi bicaranya membuat apa-apa bayaran lain yang telah ditetapkan daripada Nilai
Biasiswa yang dinyatakan di bawah subfasal (2).

3. TEMPOH PENGAJIAN

Pelajar hendaklah menamatkan Pengajiannya dengan memperolehi diploma atau sijil dalam tempoh yang
dinyatakan dalam Surat Tawaran Pengajian atau dalam suatu tempoh pengajian yang lain sebagaimana yang
ditetapkan oleh Kerajaan.

4. PENJAMIN

(1) Jika pada bila-bila masa semasa berkuatkuasanya Perjanjian ini, Penjamin –

(a) meninggal dunia;

(b) tidak lagi bermastautin dalam Malaysia;

(c) berada di luar Malaysia lebih daripada dua belas bulan berturut-turut kecuali dengan sebab
penjamin itu berkhidmat dengan kerajaan;

(d) diisytiharkan bankrap; atau

(e) memperoleh suatu perintah pentadbiran pemakan gaji,

Pelajar hendaklah mendapatkan Penjamin baru yang dipersetujui oleh Kerajaan dan penjamin baru itu
hendaklah bersetuju menjadi seorang penjamin mengikut terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di
dalam Perjanjian ini.

(2) Jika Pelajar gagal menggantikan Penjamin yang berkenaan, Kerajaan boleh, menurut budi bicaranya, pada
bila-bila masa menamatkan Perjanjian ini dan Pelajar tidak berhak untuk menuntut apa-apa faedah di
bawah Perjanjian ini.

5. SYARAT-SYARAT SEMASA PENGAJIAN

(1) Pelajar bersetuju dan mengakui bahawa sepanjang tempoh pengajian, Pelajar hend

(a) bersungguh-sungguh mengikuti Pengajian dengan menghadiri kelas tasmi’, kuliah, seminar,
ceramah, tutorial dan apa-apa program lain yang dijalankan berkaitan dengan Pengajian Pelajar
dengan kehadiran tidak kurang dari 85%;

(b) menghadiri semua ujian dan peperiksaan yang disyaratkan yang berkaitan dengan Pengajian untuk
mendapat diploma atau sijil;

(c) mencapai kejayaan yang memuaskan di dalam Pengajian atau sekurang-kurangnya mendapat mata
2.00 ke atas;

(d) menyempurnakan kursus pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Kerajaan;

7

(e) sentiasa mematuhi apa-apa peraturan yang berkuat kuasa di Darul Quran dari semasa ke semasa;

(f) mematuhi semua undang-undang yang berkuat kuasa ke atasnya dari semasa ke semasa.

(g) lulus cemerlang dalam semua subjek atau sekurang-kurangnya mendapat mata 2.00 ke atas; dan

(h) mencapai tahap sukatan yang telah ditetapkan setiap semester bagi subjek Hifz al Quran oleh
Darul Quran;

(2) Pelajar bersetuju dan mengakui bahawa sepanjang tempoh pengajian, Pelajar tidak boleh –

(a) mengambil apa-apa bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana
tempat yang dianjurkan oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang pada pendapat
Kerajaan akan memudaratkan kepentingannya atau Malaysia;

(b) menyediakan atau mengedarkan dengan apa-apa cara atau mengambil apa jua bahagian dalam
menyediakan atau mengedarkan, sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat
yang dianjurkan oleh apa-apa petubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau
tunjuk perasaan yang pada pendapat Kerajaan, adalah memudaratkan kepentingannya atau
Malaysia;

(c) menyedia, mencetak, membahagi atau mengedarkan, atau mengambil bahagian dengan apa-apa
cara dalam menyedia, mencetak, membahagi atau mengedarkan apa-apa dokumen atau lain-lain
bahan yang pada pendapat Kerajaan adalah memudaratkan kepentingannya atau Malaysia;

(d) membuat apa-apa kenyataan di sesuatu perhimpunan apa-apa kumpulan orang di mana-mana
tempat yang pada pendapat Kerajaan adalah memudaratkan kepentingannya atau Malaysia;

(e) mengambil bahagian sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan berunsur
politik atau anti-kerajaan;

(f) memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang kecuali
dengan kelulusan bertulis daripada Kerajaan dan Kerajaan, menurut budi bicara mutlaknya, boleh
memberi atau tidak memberi kelulusan itu;

(g) menjadi seorang ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan apa-apa pertubuhan,
badan atau kumpulan orang yang pada pendapat Kerajaan tujuan atau kegiatan-kegiatan itu boleh
ditafsirkan sebagai bercorak politik kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Kerajaan dan
Kerajaan, menurut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu;

(h) melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan atau perbuatan yang boleh menjejaskan Pengajian;

(i) mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan atau fahaman yang difikirkan oleh Kerajaan tidak
selaras dengan kepentingannya, Malaysia atau Pelajar. Sekiranya Pelajar telah mengambil
bahagian dalam apa-apa kegiatan atau fahaman itu dan kemudiannya telah diberitahu oleh
Kerajaan bahawa kegiatan atau fahaman tersebut adalah tidak selaras dengan kepentingannya,
Malaysia atau Pelajar, maka Pelajar hendaklah berhenti dengan serta merta daripada mengambil
bahagian dalam kegiatan atau fahaman itu;

(j) berkahwin tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Kerajaan;

(k) menerima apa-apa biasiswa lain bagi tujuan Pengajian;

(l) melanjutkan tempoh atau menangguhkan Pengajian tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu
daripada Kerajaan;

(m) menukar kursus pengajian atau tempat pengajian tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu
daripada Kerajaan; dan

8

(n) menarik diri daripada Pengajian tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Kerajaan;

(o) melakukan perbuatan salah laku dalam apa cara jua pun yang pada pendapat Kerajaan akan
menjatuhkan nama baiknya atau nama baik Malaysia;

(p) menerima dan membuat apa-apa pekerjaan sama ada yang berpendapatan atau tidak, kecuali
dengan kebenaran daripada kerajaan; dan

(q) melakukan apa-apa perkara yang boleh menyebabkan Pelajar ditamatkan Pengajian atau dibuang
daripada Darul Quran.

6. PEMULANGAN BAYARAN BIASISWA OLEH PELAJAR

Pelajar hendaklah bertanggungjawab untuk memulangkan apa-apa bayaran biasiswa yang terlebih dibayar oleh
Kerajaan.

7. PELANGGARAN DAN PENAMATAN PENGAJIAN

(1) Jika seseorang Pelajar –

(a) ditamatkan Pengajian oleh Darul Quran; atau

(b) melakukan pelanggaran kepada mana-mana peruntukan di bawah Fasal 5 Perjanjian ini,

Kerajaan boleh menurut budi bicara mutlaknya, menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu Pelajar dan Penjamin
hendaklah bersesama dan masing-masing bertanggungjawab bagi pihak diri mereka, waris-waris, wasi-wasi,
penerima-penerima serah hak, apabila diminta dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh diminta oleh
Kerajaan - :

(a) membayar balik kepada Kerajaan sejumlah wang sebagaimana yang dinyatakan di Bahagian 4
Jadual; dan

(b) semua kos dan perbelanjaan termasuk kos guaman atas dasar peguamcara dan anak guam, untuk
menuntut, menyaman atau mendapatkan balik jumlah Biasiswa yang telah dibayar kepada Pelajar
atau menguatkuasakan apa-apa tanggungan lain di bawah Perjanjian ini.

(2) Walau apapun yang dinyatakan dalam perenggan (a), Kerajaan boleh menurut budi bicara mutlaknya,
menentukan apa-apa jumlah lain yang hendaklah dibayar oleh Pelajar.

(3) Walau apapun peruntukan lain di dalam Perjanjian ini, Kerajaan boleh dengan memberi satu (1) bulan notis
secara bertulis kepada Pelajar menamatkan Perjanjian ini tanpa memberi apa-apa sebab, dan selepas tamat
tempoh satu (1) bulan tersebut, maka Perjanjian ini adalah terbatal tanpa menyentuh hak-hak Kerajaan di
bawah Perjanjian ini dan segala faedah bagi Pelajar dan tanggungan Penjamin di bawah Perjanjian ini
adalah terhenti.

8. PINDAAN

(1) Walau apapun peruntukan dalam Perjanjian ini, Kerajaan berhak meminda, menambah atau memperbaharui
terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis kepada
Pelajar dan Penjamin.

(2) Sebarang pindaan, tambahan atau pembaharuan kepada Perjanjian ini hendaklah menjadi sebahagian
daripada Perjanjian ini.

(3) Pelajar serta Penjamin adalah tertakluk kepada pindaan, tambahan atau pembaharuan yang dibuat di bawah
fasal 8 ini.

9

9. ALAMAT DAN PENYERAHAN NOTIS
(1) Pelajar hendaklah bertanggungjawab memaklumkan kepada Kerajaan melalui notis bertulis jika terdapat
apa-apa pertukaran berkenaan dengan alamat Pelajar dan Penjamin.
(2) Sebarang notis bertulis atau proses pemula mahkamah yang perlu dihantar kepada Pelajar dan Penjamin di
bawah Perjanjian ini dianggap telah disampaikan dengan sempurna sekiranya ia ditinggalkan di alamat
yang dinyatakan -
(a) dalam Perjanjian ini;
(b) dalam notis pertukaran alamat;
(c) alamat terakhir yang diketahui; atau
(d) dihantar melalui pos berdaftar kepada mana-mana alamat tersebut yang berkenaan.

10. JADUAL
Jadual yang terdapat dalam Perjanjian ini hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian
ini.

11. KOS DAN DUTI SETEM
Apa-apa kos atau duti setem yang timbul berhubung dengan pelaksanaan Perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh
Pelajar.

12. UNDANG-UNDANG
Perjanjian ini hendaklah disifatkan sebagai mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia.

13. MASA
Masa hendaklah menjadi intipati Perjanjian ini.

10

PADA MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI, PIHAK-PIHAK DI SINI TELAH MENURUNKAN
TANDATANGAN DAN METERAI MASING-MASING PADA TARIKH YANG MULA-MULA
DISEBUT DI ATAS:

(Untuk dan bagi pihak KERAJAAN Malaysia) Dihadapan saksi

Tandatangan :....................................................... Tandatangan: ....................................................

Nama :.................................................................. Nama: ...............................................................

Jawatan & Gred Jawatan:..................................... Jawatan & Gred Jawatan :.................................

No.Kad Pengenalan: ............................................ No. Kad Pengenalan: ........................................

Cop Rasmi: Cop Rasmi:

(Pelajar) Dihadapan saksi

Tandatangan: ………………………………….. Tandatangan: ………………………………..
Nama :………………………………………… Nama: ………………………………………..
No.Kad Pengenalan: ………………….............. Jawatan & Gred Jawatan : ..............................
No. Kad Pengenalan: .......................................
Cop Rasmi:

(Penjamin) Dihadapan saksi

Tandatangan:……………………………......... Tandatangan:…………………………….........
Nama :............................................................... Nama: ...............................................................
Jawatan & Gred Jawatan: ................................. Jawatan & Gred Jawatan: .................................
No. Kad Pengenalan: ........................................ No. Kad Pengenalan: ........................................
Cop Rasmi: Cop Rasmi:

11

JADUAL

BAHAGIAN PERKARA BUTIR-BUTIR

1. Pelajar Nama:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh Lahir:
Alamat:

2. Penjamin Nama:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh Lahir:
Alamat:

3. Surat Tawaran Biasiswa No. Rujukan: JAKIM.DQ/600-13/01/02-2
Tarikh:

4. Jumlah Tuntutan RM7650.00

Tandatangan Pelajar : ___________________ Tandatangan Penjamin : ___________________
12

LAMPIRAN B

Rujukan Kami : JAKIM.DQ/600-13/01/02-2
Institut : DARUL QURAN JAKIM
Nama : _____________________________________
Alamat Rumah : _____________________________________
_____________________________________
Telefon _____________________________________
Tarikh : _____________________________________
: _____________________________________

Darul Quran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.
( u.p : Unit Kemasukan, Biasiswa dan Graduasi )

Tuan,

SURAT PENERIMAAN / PENOLAKAN TAWARAN BIASISWA DARUL QURAN JAKIM

Merujuk surat tuan bil. JAKIM.DQ/600-13/01/02-2 bertarikh _____________________ dengan ini saya
mengesahkan :

Menerima tawaran Biasiswa Darul Quran untuk mengikuti pengajian Program
Pensijilan Tahfiz Al Quran JAKIM-UIAM sesi ___________.

Menolak tawaran.

Sekian, terima kasih.

...................................
(Tandatangan Pelajar)

Nama :
No. K/P :

13

JAKIM/PENJAMIN/1/2018

DARUL QURAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
UNIT KEMASUKAN BIASISWA DAN GRADUASI

BORANG MAKLUMAT PENJAMIN

PERHATIAN : Sila lengkapkan borang-borang berikut dan kembalikan bersama Borang Perjanjian

MAKLUMAT PELAJAR TARIKH //

INSTITUT :

NAMA :

NO. K/P : --
:
ALAMAT
TETAP

POSKOD : BANDAR :
NEGERI :
NO. TELEFON:

MAKLUMAT PENJAMIN

NAMA :

NO. K/P : --

ALAMAT : BANDAR :
TETAP NO. TELEFON(R):
NO. TELEFON(H/P):
POSKOD :
14
NEGERI :

PENDAPATAN: R M

No. Surat Tawaran Biasiswa : JAKIM.DQ/600-13/01/02-2 JAKIM/PENJAMIN/2/2018

BORANG PENGAKUAN KEDUDUKAN KEWANGAN PENJAMIN
( BORANG INI UNTUK DIISI OLEH PENJAMIN )

MAKLUMAT TAMBAHAN PELAJAR

Nama Institut : _________________________ Nama Penuh Penjamin : _____________________________

Nama Kursus : _________________________ Alamat Tetap : _____________________________

Tahun Pengajian : _________________________ _____________________________

_____________________________

Tuan,

Saya dengan ini mengaku bahawa, saya dengan rela hati menjadi Penjamin kepada Pelajar

________________________________________________________________________________________

2. Saya perturunkan di bawah ini kenyataan berhubung dengan kedudukan kewangan saya.

Pendapatan (gaji dsbnya) RM sebulan

Harta Jumlah/Ekar/Kaki Persegi Nilai Sekarang

a) Rumah _______________________ RM ___________________
b) Tanah _______________________ RM ___________________
c) Lain-lain _______________________ RM ___________________

Tanggungan Kewangan RM ___________________
RM ___________________
a) Pinjaman Perumahan (baki sekarang) RM ___________________
b) Sebagai Penjamin Penghutang
c) Lain-lain Pinjaman / Tanggungan

3. Lain-lain butir diri saya adalah seperti berikut :

a) No. Kad Pengenalan ______________________ d) Tarikh Lahir & Umur ____________________

b) Pekerjaan ______________________ e) Jumlah Anak ____________________

c) Nama / Alamat Majikan ______________________ f) Hubungan dengan Pelajar ____________________

4. Saya adalah penjamin kepada pelajar-pelajar berikut :
(Sekiranya ada menjamin pelajar lain selain daripada pelajar di atas)

a) ______________________________________

b) ______________________________________

Saya mengaku bahawa keterangan saya di atas adalah betul dan benar.

Tarikh : __________________ Tandatangan : ___________________
15


Click to View FlipBook Version