The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TADABBUR AL QURAN 30 JUZUK, 2020-05-22 00:43:26

TADABBUR RINGKAS JUZUK 28

TADABBUR RINGKAS JUZUK 28

*TADABBUR RINGKAS JUZUK 28*

(SURAH AL-MUJADALAH, AL-HASHR, AL-MUMTAHANAH, AS-SOFF,
AL-JUMU’AH, AL-MUNAFIQUN, AT-TAGHABUN,
AT-TALAQ, AT-TAHRIM)

_15 Points_

*Sumber: Ust Abdullah Bukhari *
Diolah: Asyraf Salleh

1. Juzuk ini dimulakan dengan kisah utama di dalam Surah Al-Mujadalah, iaitu berkenaan seorang wanita yang telah diziharkan oleh
suaminya lalu beliau mengadu kepada NABI SAW. Aisyah R.A. mengatakan bahawa ALLAH SWT memang Maha Mendengar dan
Maha Melihat kerana ketika wanita tersebut mengadu kepada NABI SAW dalam keadaan berbisik, Aisyah R.A. hanya mendengar secara
sayup-sayup sahaja. Selepas itu, turun beberapa ayat awal surah ini menceritakan perihal zihar dan hukum berkaitannya (Ayat 1-4).

2. Ayat 10 menceritakan tentang bisikan yang umumnya mengandungi elemen negatif seperti mengumpat, membuat perancangan jahat
dan sebagainya. Ianya adalah hasil daripada hasutan syaitan. Ayat 11 pula menceritakan tentang adab di dalam majlis seperti melapangkan
tempat di dalam sesuatu majlis supaya lebih ramai boleh masuk, memenuhi ruang kosong dan sebagainya. Adab ini adalah seruan untuk

orang-orang beriman.

3. Surah AL-Hashr (Pengusiran) adalah kisah berkaitan dengan pengusiran kaum Yahudi Bani Nadhir dari Madinah kerana mereka cuba
untuk membunuh NABI SAW (Ayat 2-7). Di dalam surah ini juga diceritakan berkenaan kualiti beberapa kategori sahabat NABI SAW
R.A. seperti golongan Ansar yang disebut oleh ALLAH SWT di dalam ayat 9 kerana mempunyai sifat terpuji iaitu itsar (mengutamakan

orang lain melebihi diri sendiri). Bulan Ramadhan mengajar kita untuk menanam sifat ini di dalam diri. Ayat 11-16 adalah mengenai
persekutuan yang wujud antara Yahudi di Madinah dan golongan munafiq.

4. Ayat 21-24 menceritakan tentang bagaimana bukit akan hancur jika diturunkan Al-Quran padanya kerana takutkan ALLAH SWT dan
kalam-NYA (Al-Quran). Di dalam ayat-ayat ini juga disebut beberapa nama ALLAH SWT yang menggambarkan sifat-NYA dan sangat

bagus untuk kita masukkan di dalam doa kita.

5. Surah Al-Mumtahanah (Wanita yang Diuji) turun selepas Perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani pada tahun ke-6 Hijrah. Di
antara isi Perjanjian tersebut adalah orang Mekah yang lari ke Madinah, hendaklah dihantar pulang manakala orang Madinah yang murtad
dan pergi ke Mekah tidak perlu dihantar semula. Ada seorang wanita Muslim yang lari ke Madinah dari suaminya yang kafir di Mekah dan

mengikut perjanjian ini, wanita tersebut perlu dihantar pulang. Namun, ALLAH SWT menurunkan ayat 10-11 surah ini, memberikan
pengecualian kepada wanita itu kerana perjanjian yang disebut di atas hanya tertakluk kepada kaum lelaki. Bagi kes wanita tersebut, orang

Madinah perlu membayar mahar perkahwinan kepada bekas suaminya yang kafir.

6. Kisah menarik di dalam Surah Al-Mumtahanah adalah berkenaan Hatib bin Abi Balta’ah, seorang sahabat NABI SAW dan merupakan
Ahli Badar. Apabila RASULULLAH SAW membuat perancangan untuk menggempur Kota Mekah pada tahun ke-8 Hijrah, Hatib secara

senyap-senyap mengirim surat kepada keluarganya di Mekah supaya bersiap sedia. Lalu ALLAH SWT menyampaikan berita tersebut
kepada NABI SAW melalui Malaikat Jibril A.S. dan kemudiannya Baginda SAW menghantar 3 orang sahabat untuk menyekat pembawa

surat dan mengambil surat tersebut.

7. Apabila sampai surat itu kepada RASULULLAH SAW, Baginda bertanya kepada Hatib mengapa bertindak demikian. Lalu Hatib
menjawab, beliau tidak berniat untuk membocorkan rahsia perancangan RASULULLAH SAW, namun beliau bimbang akan

keselamatan keluarganya kerana tiada penjaga. Walaupun Umar Al-Khattab ingin membunuh Hatib dek kerana tindakannya yang boleh
memusnahkan rancangan RASULULLAH SAW, Baginda menghalang Umar kerana Ahli Badar mempunyai kedudukan istimewa di sisi

ALLAH SWT.

8. ALLAH SWT menurunkan ayat 1-3 Surah AL-Mumtahanah sebagai teguran kepada orang beriman agar tidak mengambil musuh yang
memusuhi Islam sebagai teman rapat. Di dalam ayat 8-9 diceritakan berkenaan dua kategori orang kafir, iaitu yang tidak memusuhi Islam

(Kafir Zimmi) dan yang memusuhi Islam (Kafir Harbi).

9. Surah As-Soff (Bersaf-saf) menceritakan bagaimana ALLAH SWT sangat menyukai orang yang ingin berjuang di jalan ALLAH dalam
saf-saf tertentu yang diumpamakan dengan sebuah binaan yang kukuh (Ayat 4). Terdapat juga kisah Nabi Musa A.S. yang disakiti oleh

Bani Israil (Ayat 5) dan Nabi Isa A.S. yang memberi khabar gembira akan datang seorang Nabi selepasnya yang bernama Ahmad (Ayat 6).
Ini adalah petanda yang disebut di dalam Kitab Taurat dan Injil tentang kelahiran Nabi akhir zaman iaitu RASULULLAH SAW.

10. Diceritakan tentang teguran ALLAH SWT kepada Yahudi Madinah di dalam Surah Al-Jumu’ah kerana merasakan mereka adalah wali
(ayat 6). Diceritakan juga tentang kepentingan Solat Jumaat dan suruhan ALLAH SWT agar keluar mencari rezeki (Ayat 9-11).

11. Surah Al-Munafiqun pula kisah mengenai orang munafiq. Apa yang menarik adalah pada ayat 10 yang menceritakan perkara yang akan
kita kesali selepas kita mati, iaitu sedekah kerana tidak sempat melakukannya ketika hidup di dunia. ALLAH SWT menyuruh kita

bersedekah daripada apa yang telah direzekikan kepada kita. Maka bersedekah lah pada waktu sekarang, bukan mengharap ketika ajal
datang.

12. Surah At-Taghabun menceritakan tentang Hari Kiamat sebagai hari penyesalan. Ayat 14 adalah peringatan bahawa isteri dan anak-
anak boleh menjadi musuh kepada diri kita yang menghalang dari melakukan kebaikan. Kisah di sebalik ayat ini adalah berkenaan

beberapa orang Muslim yang memeluk Islam di tangan NABI SAW ketika di Mekah. Apabila diberikan arahan agar berhijrah ke Madinah,
golongan ini enggan berhijrah kerana sayangkan anak dan isteri mereka, lalu ALLAH SWT menurunkan ayat ini sebagai teguran kepada

mereka.

13. Surah At-Talaq mengisahkan perihal cerai, tempoh iddah, hak wanita dan sebagainya. Ayat yang paling popular dalam kalangan
masyarakat Melayu terdapat pada bahagian akhir ayat 2 dan keseluruhan ayat 3, yang dikenali sebagai Ayat Seribu Dinar. Secara

konteksnya, di awal ayat kedua, ALLAH menceritakan apabila telah habis tempoh iddah seorang isteri, maka suami mempunyai dua
pilihan samada bercerai ataupun merujuk kembali isterinya. Kemudian ALLAH SWT memberikan jaminan bahawa jika kita bertaqwa
kepada-NYA, maka akan ditunjukkan pilihan yang terbaik kepada kita. Secara umumnya, berdasarkan ayat ini, jika kita bertaqwa kepada

ALLAH SWT, maka ALLAH akan memudahkan rezeki kita.

14. Surah At-Tahrim (Pengharaman) menceritakan teguran ALLAH SWT kepada NABI SAW yang bersumpah untuk mengharamkan
apa yang dihalalkan oleh ALLAH demi menjaga hati isteri-isteri Baginda SAW (Ayat 1). ALLAH SWT juga memberi amaran kepada
isteri-isteri Baginda bahawa mereka boleh diceraikan atas arahan ALLAH SWT dan menggantikan mereka dengan wanita yang lebih baik

(Ayat 4-5). ALLAH SWT memerintahkan ketua keluarga agar menjaga isteri dan anak-anak dari diazab di Akhirat kelak (Ayat 6).

15. ALLAH SWT juga memberikan suruhan agar kita bertaubat dengan taubat yang sungguh-sungguh (Taubat Nasuha) kerana taubat ini
akan memasukkan kita ke dalam Syurga ALLAH SWT (Ayat 8). Ayat 10 menceritakan tentang isteri yang berada di bawah dua orang

soleh (Nabi Nuh dan Nabi Lut), namun keduanya mengkhianati suami mereka, lalu mereka dihumban ke dalam neraka. Ini menjadi salah
satu dalil bahawa suami tidak akan menanggung dosa isteri melainkan akan hanya menanggung dosa kerana tidak mendidik isteri. Allahu

a’lam.


Click to View FlipBook Version