*TADABBUR RINGKAS JUZUK 1
(SURAH AL-FATIHAH & SURAH AL-BAQARAH AYAT 1-141)*
_10 Points_
Sumber: Ust Abdullah Bukhari & Ust Syaari Abd Rahman
1. Dinamakan Surah Al-Fatihah kerana menjadi pembuka kepada Al-Quran
dan merupakan teras kepada 113 Surah selepasnya.
2. Terdapat 2 bahagian iaitu: Pujian kepada ALLAH,
dan pengakuan seorang hamba yang lemah yang perlu bergantung kepada ALLAH.
3. Dinamakan Surah Al-Baqarah kerana di dalam surah ini berkait dengan
kerenah Bani Israil yang tidak mahu beriman dan taat kepada Nabi Musa A.S.\
4. ALLAH menceritakan sifat orang beriman di dalam 5 ayat pertama Surah Al-Baqarah,
kemudian sifat orang kafir (6-7) dan orang munafiq (ayat 8 dan seterusnya).
5. Dalam Juz 1 ini juga ALLAH menceritakan tentang pertembungan di antara
2 golongan yang disebut di dalam surah Al-Fatihah
(Golongan yang diberi Nikmat vs Golongan yang dimurkai)
6. Pertembungan berlaku dalam 2 bentuk; Individu (Nabi Adam vs Iblis),
Generasi (Nabi Musa vs Bani Israil) dan hampir keseluruhan Juz 1 ALLAH menceritakan
tentang jenayah orang-orang Yahudi yang bermula dari ayat 40 sehingga ayat 120.
7. Antara yang menarik adalah kisah permusuhan orang Yahudi dengan Malaikat Jibril A.S.
Mereka menolak untuk menerima ISLAM kerana mereka
beranggapan RASULULLAH SAW dibimbing oleh Jibril A.S.
dan mereka menganggap Jibril sebagai musuh.
8. Pada ayat 102 surah ini diceritakan tentang asal usul sihir yang mana
orang Yahudi beranggapan bahawa Nabi Sulaiman A.S. berkuasa kerana adanya sihir,
bukan kerana Mukjizat yang dikurniakan kepada Baginda. Dalam ayat ini
ALLAH memberitahu bahawa sihir berasal dari Harut & Marut, 2 Malaikat yang dihantar
ke Babil (Babylon), bukan berasal dari Nabi Sulaiman A.S.
9. Di bahagian akhir Juz 1 ini ALLAH menceritakan bagaimana Nabi Ibrahim A.S. diuji
dengan pelbagai ujian dan akhirnya baginda berjaya melepasi kesemua ujian tersebut.
Di sana juga ada kisah pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim A.S. bersama dengan anaknya, Nabi Ismail A.S.
10. Di bahagian akhir Juz 1 juga diceritakan tentang wasiat Nabi Yaakub A.S.
kepada anak-anak Baginda, iaitu supaya berTUHANkan ALLAH SWT