E-Buku Mengapa ? dan Bagaimana ? Hasziyati Hashim
2 MAKLUMAT TENTANG BUKU Semua hak cipta terpelihara. Semua bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, baik secara sebahagian atau keseluruhan sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau apa jua cara tanpa izin bertulis penulis. Terbitan Pertama: 2023 Penerbit dan Pemilik Hak Cipta:Hasziyati Hashim Diterbitkan oleh: E-mel: [email protected] Putrajaya i Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan E-Buku Mengapa dan Bagaimana? Nombor eISBN 978-629-98502-0-5
PENGAKUAN Semua isi kandungan dalam e-buku ini adalah berdasarkan ilmu dan pembacaan serta pengalaman dalam membangunkan bahan koleksi perpustakaan. Segala penulisan bertujuan untuk membantu penulis pemula (beginner) memahami, menulis dan menerbitkan e-buku. ii
PRAKATA E-buku yang diterbitkan ini menjawab persoalan mengapa perlunya e-buku selari dengan perkembangan teknologi digital. E-buku ini juga turut menerangkan kaedah atau cara daripada mula menulis sehinggalah proses penerbitan. Tahniah dan syabas diucapkan! Semoga e-buku ini dapat dijadikan panduan yang berguna kepada semua pembaca. Master Shida Founder Intouch Training & Consultancy Executive Master Advisor MSGA iii Salam Sejahtera Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya, e-buku ini dapat dihasilkan dan diterbitkan.
PENGHARGAAN Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas keizinan dan limpah rahmat-Nya maka e-buku ini berjaya dihasilkan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Master Shida@SimpleShida atas tunjuk ajar sepanjang proses penulisan sehinggalah ebuku ini diterbitkan. Terima kasih jua kepada semua yang memberikan sumbangan buah fikiran dan info berkaitan e-buku. Semoga penulisan ini memberi manfaat kepada semua pembaca yang tercari-cari jawapan mengapa dan bagaimana menghasilkan e-buku. Hasziyati iv
ISI KANDUNGAN Pengakuan Prakata Penghargaan 01 Maklumat Tentang Buku i ii iii iv 02 03 04 Pengenalan 6 Mengapa E-buku? Bagaimana Menghasilkan E-buku? Kesimpulan Tips Penulisan e-buku 05 06 Rujukan 07 9 20 31 32 33
E-buku Istilah e-buku (e-book) diperkenalkan oleh Whalts.com, iaitu, salah satu portal web. E-buku ialah versi buku elektronik atau buku digital yang diambil dari buku cetak tradisional. E-buku dibaca menggunakan telefon pintar dan komputer 5
2 PENGENALAN Pandemik koronavirus 2019 (COVID-19) yang melanda seluruh dunia telah membawa kepada perubahan besar dalam gaya hidup seluruh masyarakat dunia. Pandemik COVID-19 telah menular di Malaysia pada 25 Januari 2020. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bermula pada 18 Mac 2020 telah memberi pelbagai impak dan secara keseluruhannya telah mengubah rutin harian kehidupan. PKP menyebabkan kita tiada pilihan selain daripada menggunakan sepenuhnya kemudahan digital. 6
Tanpa sedar, perubahan norma dengan didukung oleh ledakan teknologi, kini, segalagalanya berada di hujung jari. E-buku mulai mendapat tempat di internet dan media sosial. Keupayaan telefon pintar membolehkan kita membaca tanpa perlu lagi ke kedai buku atau perpustakaan. Kemampuan dan keupayaan penyimpanan yang besar dalam telefon pintar menjadi faktor ebuku dapat disimpan dan boleh dibaca di manamana saja dan pada bila-bila masa. 7
Tahukah Anda? E-buku yang pertama di dunia telah direka pada awal 1971 apabila Michael S. Hart melancarkan Project Gutenberg dan membuat salinan digital Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat. 8
1. E-buku selari zaman digital Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) membawa masyarakat dunia melangkah ke era digital. Dunia kini diwarisi oleh Digital Literacy Generasi Z. Generasi Z cenderung mencari maklumat dengan peranti digital. 9 Sebab mengapa e-buku menjadi pilihan sebagai platform untuk menulis 3 9
2. E-buku mudah, ringkas dan padat Anda tidak perlu menulis berhelai-helai halaman untuk mencapai ketebalan sebagaimana kebiasaan ditetapkan oleh penerbit. E-buku boleh ditulis hanya sepanjang 5,000 patah perkataan atau sekitar 20 halaman. Anda boleh menulis satu atau dua halaman sehari dan dalam masa sebulan anda selesai menulis sebuah e-buku! 9 Sebab mengapa e-buku menjadi pilihan sebagai platform untuk menulis 10
3. E-buku tidak perlu menjadi karya agung (masterpiece) Jangan bimbang sekiranya anda bukan sasterawan atau penulis profesional. Dengan asas kemahiran menulis sedia ada sahaja sudah cukup untuk anda menulis dan menghasilkan e-buku! 9 Sebab mengapa e-buku menjadi pilihan sebagai platform untuk menulis 11
4. E-buku tidak memerlukan penerbit Ya, anda boleh menerbitkan e-buku anda sendiri. Penerbitan e-buku bersifat indie, iaitu anda mempunyai kebebasan untuk berkarya tanpa terikat kepada format atau kaedah sedia ada. Oleh itu, anda bebas menulis mengikut gaya penulisan tersendiri tanpa terikat kepada penerbit. E-buku, jalan terbaik dan pantas untuk anda menjadi seorang penulis! 9 Sebab mengapa e-buku menjadi pilihan sebagai platform untuk menulis 12
5. E-buku menjimatkan masa dan kos Dengan teknologi kini, e-buku boleh diterbitkan dalam bentuk PDF, e-PUB atau format mobi yang boleh dibaca di pelbagai bentuk peranti (komputer, tablet, e-Reader, atau telefon pintar) dan tidak perlu dicetak. Kos penerbitan atau kos percetakan ebuku yang sangat minimum atau hampir tiada kos, membolehkan sesiapa sahaja menerbitkannya. Lebih menarik, e-buku boleh dikemas kini dan ditambah baik di hujung jari! 9 Sebab mengapa e-buku menjadi pilihan sebagai platform untuk menulis 13
6. E-buku mudah disebar luas dan dimuat turun Hanya melalui kemudahan media sosial sedia ada seperti whatsapp, telegram dan e-mel, anda boleh menyebar luas e-buku anda.Tambahan pula, e-buku mudah untuk dimuat turun dan disimpan dalam peranti pembaca! 9 Sebab mengapa e-buku menjadi pilihan sebagai platform untuk menulis 14
7. E-buku membuktikan anda seorang pakar Penulisan e-buku dalam lingkungan kepakaran anda menunjukkan anda seorang pakar rujuk dalam bidang anda. Lebih ramai akan menaruh keyakinan dan kepercayaan terhadap kompetensi atau kepakaran anda. Ini membuka peluang untuk mereka mengupah, mengesyorkan atau membeli produk keluaran anda! 9 Sebab mengapa e-buku menjadi pilihan sebagai platform untuk menulis 15
8. E-buku menjana pendapatan Dengan hanya menghasilkan satu penulisan e-buku, anda telah membina satu peluang untuk meraih pendapatan yang berpanjangan. Tambahan pula anda tidak terikat dengan kadar royalti yang ditetapkan oleh penerbit. Hasil jualan e-buku secara dalam talian memudahkan menjana keuntungan yang lumayan tanpa perlu risau siapa yang akan membeli e-buku anda! 9 Sebab mengapa e-buku menjadi pilihan sebagai platform untuk menulis 16
9. Risiko penjualan, kerosakan atau kemusnahan E-buku rendah Risiko mengalami kerugian jika buku tidak mendapat sambutan atau dibeli pembaca sangat rendah berbanding risiko yang perlu ditanggung jika mencetak buku secara konvensional. E-buku juga tidak mengalami sebarang kerosakan seperti buku fizikal yang selalu diancam oleh gegat atau silverfish, kulat dan musnah akibat bencana alam seperti banjir! 9 Sebab mengapa e-buku menjadi pilihan sebagai platform untuk menulis 17
Sebab mengapa e-buku menjadi pilihan sebagai platform untuk menulis 18 . . Risiko Ebuku rendah , amet in nibh, nullam potenti. . E-buku selari zaman digital 9 E-buku jana income E-buku bukti kepakaran E-buku tidak perlu jadi karya agung E-buku mudah sebar dan dimuat turun E-buku jimat masa dan kos E-buku tidak perlu penerbit E-buku mudah, ringkas dan padat
Tahukah anda? Project Gutenberg telah mendigitalkan 10,000 buku yang boleh diakses oleh orang ramai pada abad ke-20. Kini, Project Gutenberg telah menawarkan lebih 70,000 e-buku secara percuma 19
Bagaimana Menghasilkan E-Buku? 4 Ramai yang tidak tahu bagaimana memulakan penulisan dan apakah yang boleh ditulis. Tidak sukar sebenarnya untuk anda mula menulis dan menjadi seorang penulis. Mulakan dengan soalan: 1. Mengapa anda menulis e-buku? 2. Untuk siapakah anda menulis? Jawapan kepada dua soalan utama ini akan memudahkan anda memilih topik untuk ditulis yang bukan sahaja menarik minat pembaca tetapi juga memenuhi sebab utama anda menulis e-buku. 20
Tahukah anda? Buku elektronik interaktif Bahasa Melayu pertama dikeluarkan oleh KarnaDya Solutions Sdn. Bhd. E-buku “Hingga Akhir Hayat” mula dijual di Apple Appstore pada Mei 2011. Teknologi ini kemudiannya semakin dikenali apabila Kumpulan MPH memperkenalkan perkhidmatan penerbitan digital dan kedai e-buku mereka pada Disember 2011. 21
7 Langkah bagaimana menghasilkan ebuku 1. Pilih tajuk atau topik yang memenuhi kehendak pembaca atau sasaran audiens Jika e-buku dihasilkan untuk dijual, maka pilih tajuk atau topik yang mudah menarik minat pembaca untuk membelinya. Jika e-buku dihasilkan untuk membantu pembaca menjawab beberapa persoalan, anda boleh gunakan tajuk seperti 7 kaedah menulis, 5 panduan menulis dan sebagainya. 22
7 Langkah bagaimana menghasilkan ebuku 2. Sediakan kerangka isi kandungan (outline) Anda wajib membuat kerangka e-buku agar lebih mudah dalam penulisan. Mulakan dengan merangka idea dan susun isi penting mengikut turutan yang dirancang. Kerangka ini sama seperti daftar isi pada buku cetakan dan merupakan inti kepada topik-topik yang ingin disampaikan. E-buku tidak perlu ditulis sepanjang atau setebal halaman buku bercetak. 23
7 Langkah bagaimana menghasilkan ebuku 3. Bahagikan kepada bab atau subtajuk Pembahagian bab membantu anda menulis dengan ringkas dan jelas. Penggunaan subtajuk atau bullet points juga membantu pembaca memahami apa yang ingin disampaikan dengan mudah. Tips: Pastikan penggunaan gaya penulisan konsisten untuk mengarah minda pembaca. 24
7 Langkah bagaimana menghasilkan ebuku 4. Reka bentuk e-buku Reka bentuk e-buku meliputi jenis tulisan, saiz tulisan sehinggalah kepada warna bukan hanya untuk menarik minat pembaca tetapi membantu pembaca memahami isi kandungan e-buku anda. Gunakan: • saiz tulisan yang besar • infografik yang mudah difahami. • template dari google slide, canva, corel draw, adobe Illustrator, adobe InDesign. 25
7 Langkah bagaimana menghasilkan ebuku 5. Jumlah muka surat E-buku anda tidak perlu panjang sehingga mencecah 10 muka surat. Rancang idea anda sekadar yang termampu walaupun hanya 3 – 5 muka surat ditambah dengan gambar atau illustrasi dan infografik. Anda boleh gunakan topik yang khusus untuk memudahkan anda memulakan penulisan. 26
7 Langkah bagaimana menghasilkan ebuku 6. Reka bentuk Muka Depan (Cover Page) Setelah siap menulis, hasilkan muka depan (cover page) e-buku anda. Kini terdapat banyak aplikasi dan laman web yang menyediakan template cover buku yang amat memudahkan bagi para pemula (beginner). Hasilkan muka depan (cover page) ebuku anda menggunakan software Canva, InDesign, Photoshop atau Book Cover Mockups. 27
7 Langkah bagaimana menghasilkan ebuku 7. Simpan File Dalam Format PDF Setelah selesai menulis dan membuat semakan, karya anda hendaklah disimpan dalam format PDF. Caranya, ketika anda mahu menyimpan (save) file yang anda tulis tadi, anda perlu ke file, kemudian tekan save as pdf. Apabila selesai disimpan, ini bermakna e-buku anda sudah siap dan boleh dimuat turun (download). 28
29 1 2 3 4 5 6 7 Pilih tajuk atau topik Bab atau sub tajuk Jumlah muka surat Sedia kerangka Reka bentuk e-buku Reka bentuk muka depan Simpa n (PDF) Langkah bagaimana menghasilkan e7 buku
Tahukah anda? E-Book yang baik memiliki sekurangkurangnya 4 muka surat sahaja. E-Book anda tidak perlu panjang sehingga mencecah 10 muka surat. Rancang idea anda sekadar yang termampu. Anda boleh gunakan topik yang khusus untuk memudahkan anda memulakan penulisan 30
KESIMPULAN Sering kali terdengar pertanyaan daripada mereka yang ingin menulis e-buku adalah: “Minat sangat nak tulis e-book ni..tapi nak mula macam mana? Ada contoh e-book tak? Mudah ke nak tulis?” dan pelbagai persoalan lagi yang hanya bermain di minda. Diharap olahan ringkas 9 sebab mengapa dan 7 langkah bagaimana menulis dapat membantu penulis yang kali pertama ingin menceburkan diri dalam bidang penulisan ebuku. 31
Tips Penulisan e-buku Untuk menghasilkan e-buku ini sebenarnya boleh gunakan https://canva.com. Daripada design kulit hinggalah siap sebuah e-buku. Teks kandungan boleh cut & paste daripada msword atau pdf atau guna saja teks yg ada dalam canva. Untuk kulit buku itu nampak 3D yg cantik boleh guna https://smartmockups.com Kalau buku sudah siap atau hampir siap, boleh mohon e-ISBN, Jika tiada e-ISBN pun tidak mengapa, tidak menjadi satu kesalahan pun. Sekarang semua boleh buat online. Hendak mohon e-ISBN pun mudah.Daftar dulu sebagai penerbit individu (letak nama sendiri sebagai penerbit) cuma kena upload salinan IC nanti. 1 2 3 32
RUJUKAN BLOG PDF DEFTPDF (2019) Cara mudah membuat eBook PDF secara percuma Dato Dr Azizon binti Othman (2023) Senangnya Tulis E-book Dr Hjh Mumtaz Begam binti Abdul Kadir (2023) 28 Topik Menarik Untuk Menulis Ebook 33 Nurul Ashidah Johari(2023). Panduan Menulis Ebook Mudah- Guna MS Word Kuala Lumpur: Kreatif Enterprise https://blog.hubspot.com/marketing/how-to-create-anebook-free-templates https://www.raihanjalaludin.com/2018/02/6-langkahpenghasilan-e-book-mudah.html https://romeltea.com/cara-membuat-e-book/ https://www.shamsuriyadi.com/umum/panduan-carabuat-ebook/ https://tulisjedulu.wordpress.com/2016/05/09/cara-nakbuat-ebook-paling-cepat/ https://visme.co/blog/how-to-make-an-ebook/
NOTA
NOTA
E-buku Mengapa dan Bagaimana adalah sebuah buku elektronik yang dihasilkan dan disusun secara komprehensif berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman penulis dalam membangunkan koleksi bahan bacaan. Garapan Bahasa yang diolah secara mudah, ringkas dan padat berserta ilustrasi dan infografik menjadikan e-buku ini lebih menarik dan mudah difahami. Justeru e-buku ini sesuai dijadikan sebagai panduan dan bahan rujukan untuk pemula atau yang masih baharu untuk menghasilkan e-buku Keistimewaan e-buku ini ialah e-buku yang memberi jawapan kepada persoalan mengapa e-buku menjadi pilihan untuk memulakan penulisan buku di era digital dan bagaimana menghasilkan e-buku dengan berkesan. Norhasziyati Hashim atau nama penanya Hasziyati Hashim berkelulusan Sarjana PBMP di Universiti Putra Malaysia. Berpengalaman selama 15 tahun sebagai guru di lima buah sekolah di Sabah, Perak, Selangor dan Melaka dan selama 14 tahun di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM. Kini merupakan Ketua Penolong Pengarah di Unit Pembangunan Koleksi, Perpustakaan Kementerian Pendidikan Malaysia.(bawah seliaan Sektor Repositori dan Pembangunan Kualiti, BPPDP)