BENTUK DEFINISI JENIS CIRI FUNGSI TAJUK 4
D E F I N I S I B E N T UK ➢Bentuk ialah objek yang mempunyai struktur jisim dan isi padu . Bentuk juga mempunyai lebih daripada satu permukaan dan boleh dilihat dari segi ketinggian , isi padu serta kelebarannya . Bentuk pada alam dapat dilihat daripada pelbagai sudut pandangan . Begitu juga karya arca berbentuk tiga dimensi ( 3D) . Bentuk dalam karya catan atau lukisan pula hanya dapat dilihat dalam bentuk dua dimensi ( 2D) KANDUNGAN
Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan. Bentuk yang bersifat tiga dimensi (3D)
Contoh – contoh bentuk • Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D) • Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik. • Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang, dan warna • Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah
JENIS BENTUK Bentuk konkrit Bentuk ilusi Bentuk terdiri daripada dua jenis , iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi . Bentuk konkrit boleh dilihat dalam arca dan karya seni 3 D . Bentuk ilusi pula dihasilkan melalui penggunaan konsep seperti perspektif untuk menunjukkan bentuk dalam karya 2 D . Jadual di bawah menunjukkan perbandingan antara bentuk konkrit dengan bentuk ilusi .
Ciri - ciri bentuk Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi kentinggian, lebar dan kedalaman. Berstruktur – mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahayan dan bayang.
Jenis-jenis bentuk ini wujud pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni visual. Bolehkah anda namakan bentuk-bentuk yang terdapat di sekeliling anda? Contoh bentuk pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni visual.
FUNGSI Bentuk mempunyai pelbagai fungsi. Pengarca menggunakan bahan semula jadi ataupun bahan buatan manusia untuk dijadikan arca yang berbentuk konkrit. Penghasilan bentuk konkrit ini membolehkan peminat seni melihat arca tersebut daripada pelbagai sudut. Hal ini memberikan pengalaman estetik kepada peminat seni melalui penghayatan terhadap karya 3D tersebut. Bentuk arca yang dihasilkan daripada besi. Bentuk ilusi berfungsi memberikan kesan yang realistik pada karya. Bentuk ilusi ini hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan. Karya 2D dapat dihasilkan menggunakan kesan cahaya dan bayang. Bentuk ilusi pada karya seni visual yang mirip objek sebenar.
Teknik Penghasilan Bentuk Bentuk konkrit dan bentuk ilusi boleh dihasilkan dengan pelbagai teknik. Terdapat pelbagai teknik untuk menghasilkan bentuk konkrit. Teknik yang digunakan, antaranya ialah teknik ukiran, anyaman, lipatan dan luakan. Teknik menghasilkan bentuk ilusi Bentuk ilusi ialah karya 2D yang mirip objek sebenar. Pelbagai teknik boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk ilusi, antaranya ialah teknik gurisan, lukisan, kolaj dan ton warna Teknik-teknik menghasilkan bentuk konkrit dan bentuk ilusi