The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyaqaisarahnp, 2024-01-13 05:36:53

Kebaikan Revolusi Industri (IR4.0) Kepada Negara dan Cabran-cabaran yang Dihadapi

Brown and Black Mminimal Business Proposal

Revolusi Industri ( IR 4.0) 20 24 Disediakan oleh: Ain, Iman & Qaisara


KEBAIKAN REVOLUSI INDUSTRI (IR4.0) KEPADA NEGARA 1.PENINGKATAN PRODUKTIVITI IR4.0 memperkenalkan teknologi automatasi dan penggunaan data besar yang dapat meningkatkan efisiensi dan produktiviti dalam pelbagai sektor ekonomi. 2.MEWUJUDKAN PERKERJAAN BARU Meskipun beberapa pekerjaan mungkin tergantikan oleh otomasi, IR4.0 juga mencipta peluang pekerjaan baru dalam bidang teknologi, sains data, dan pembangunan perisian.


KEBAIKAN REVOLUSI INDUSTRI (IR4.0) KEPADA NEGARA 2024 3. INOVASI DAN KREATIF Penerapan teknologi baru seperti kecerdasan buatan, IoT, dan blockchain merangsang inovasi dan kreativiti dalam penghasilan produk dan perkhidmatan. 4. PENINGKATAN KUALITI HIDUP MASYARAKAT IR4.0 membawa kepada peningkatan dalam sektor kesihatan, pendidikan, dan infrastruktur, memberikan impak positif kepada kualiti hidup masyarakat.


KEBAIKAN REVOLUSI INDUSTRI (IR4.0) KEPADA NEGARA 2024 5. KETAHANAN EKONOMI Negara yang mampu mengadaptasi dan memanfaatkan teknologi IR4.0 lebih cenderung memiliki ekonomi yang kukuh dalam menghadapi perubahan global yang tidak menentu.. 6. MENINGKATKAN TARAF PENDIDIKAN Penggunaan smart class room di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta merangsang minat pelajar sekali gus dapat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar.


Cabaran-Cabaran yang Dihadapi Revolusi Industri (IR4.0) 2024 1. Kekurangan Tenaga Mahir Usaha bagi melahirkan golongan tenaga yang mahir dalam bidang teknologi dan digital seiring dengan Revolusi Industri 4.0 adalah sangat mencabar kerana memerlukan masa yang panjang dan penglibatan kos yang terlalu tinggi. Menurut World Economic Forum, satu tinjauan telah dilakukan dan didapati sebanyak 37 peratus golongan pekerja di Eropah tidak memiliki kemahiran asas digital dan hal ini akan mendatangkan masalah yang besar kepada mereka dalam berhadapan dan menyesuaikan diri dengan revolusi teknologi baru. Realiti yang berlaku sekarang ini negara-negara yang sedang membangun masih lagi mengkaji keberkesanan Industri 4.0 terhadap ekonomi negara mereka. Walhal negara-negara maju seperti Jerman, Jepun dan Switzerland sudahpun mempraktikan revolusi ini dalam sektor industri dan perniagaan mereka. 2. Ancaman Keselamatan Siber Kewujudan revolusi ini akan membawa kepada ancaman jenayah siber yang lebih tinggi berbanding revolusi sebelum ini. Pengenalan Internet Pelbagai Benda (Internet of Things, IoT) yang mengintegrasikan antara sistem fizikal dan siber akan menimbulkan lebih banyak kelemahan dalam sistem rangkaian termasuklah ancaman penggodam dan penjenayah siber (Min, David & Suk, 2018). Ancaman siber ini secara tidak langsung akan membawa kepada risiko keselamatan pemilikan data seseorang individu atau sesebuah syarikat termasuklah hilang kawalan data, pendedahan data dan maklumat peribadi serta perkongsian dan penjejakan maklumat (Morrar, Arman & Mousa, 2017).


2024 3. Kesukaran Penyelarasan Organisasi Perkembangan pesat teknologi industri baharu secara tidak langsung akan mempengaruhi beberapa tahap pengurusan di sesebuah organisasi atau syarikat termasuklah pengurusan sumber manusia, sistem produksi (proses) syarikat dan rantaian pembekalan (Agostini & Filippini, 2019). Dalam pengurusan sumber manusia, sesebuah syarikat memerlukan masa dan kos yang tinggi bagi melatih atau merekruit pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi dan berinovatif seiring dengan keperluan untuk berhadapan dengan cabaran Industri 4.0. Hal ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pekerja bawahan yang berasa bimbang akan kehilangan pekerjaan mereka kerana tidak memiliki kemahiran yang cukup untuk berhadapan dengan teknologi yang baharu. 4. Inovasi dalam Sistem Pendidikan Sistem pembelajaran dan pengajaran (P&P) haruslah lebih berinovatif dan bersesuaian dengan keperluan revolusi digital ini agar mampu melahirkan pelajar yang berinovatif, berkebolehan dan berkemahiran tinggi. Justeru, kelestarian akademik perlulah ditambahbaik dengan menyerapkan elemen digitalisasi dalam ‘mainstream’ pembelajaran. Hal ini pasti akan membantu pencapaian pelajar di samping mendidik minda mereka agar lebih bersedia terhadap persaingan kerjaya dan kehidupan pada masa hadapan. Pihak kerajaan telah mengambil inisiatif dengan membina kemahiran pengekodan dalam kalangan pelajar melalui program Coding@Schools. Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang harus dipertimbangkan oleh pihak kerajaan dalam melaksanakan program ini termasuklah penggunaan bahasa pengatar, kaedah pelaksanaan, keperluan tenaga pengajar dan peningkatan jurang antara bandar dan luar bandar (Maisarah, 2017).


2024 5. Pengambilan tenaga kerja Cabaran utama menghadapi Revolusi Industri 4.0 ialah kehilangan ribuan pekerjaan disebabkan perubahan atau ketiadaan pekerjaan yang meliputi kepelbagaian tenaga kerja . Penghapusan pekerjaan akan menyebabkan generasi akan datang terpaksa menganggur dan sukar untuk mencari rezeki bagi meneruskan hidup . Mereka tidak dapat dijanjikan dengan peluang pekerjaan setelah tamat pengajian di universiti . Akibatnnya , dalam beberapa dekad akan datang , kita akan menyaksikan titik permulaan ledakan dan kejayaan teknologi . Bersandarkan realiti itu , ketakutan asas yang membimbangkan adalah bilamana Revolusi Industri 4.0 bakal mengambil alih tenaga kerja manusia secara beransur-ansur menerusi penggunaan automasi dan robot yang berleluasa . 6. Peningkatan kos sara hidup Perubahan dalam industri yang berlaku secara tidak langsung akan memberikan kesan ekonomi kepada masyarakat sama ada secara langsung atau tidak . Kesan tersebut ada kalanya turut melibatkan kos sara hidup sesebuah keluarga . Bagi memajukan sektor perindusrtian , pihak-pihak yang berkenaan telah mengeluarkan satu kos yang agak besar untuk membeli segala teknologi dan gajet yang diperlukan . Oleh itu , bagi memulangkan atau mendatangkan untung kepada pihak tersebut , mereka telah meletakkan harga pasaran yang tinggi berbanding dengan harga pengeluaran bagi sesuatu produk . Hal ini kerana , harga pasaran tersebut perlulah lebih tinggi supaya lebih banyak untung yang dapat dikembalikan untuk digunakan bagi menyelenggara atau mengemaskini mesin-mesin dan teknologi yang dimiliki .


2024 Revolusi Industri (IR 4.0)Terima Kasih


Click to View FlipBook Version