The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

REKABENTUK DAN TEKNOLOGI T6 SK (SEMAKAN 2017)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kamarull, 2022-03-21 03:07:57

REKABENTUK DAN TEKNOLOGI T6 SK (SEMAKAN 2017)

REKABENTUK DAN TEKNOLOGI T6 SK (SEMAKAN 2017)

Keywords: rbt,tahun 5,kpm,rbt tahun 6

MEMBUAT PEMBENTANGAN

Murid perlu membuat pembentangan hasil reka bentuk

produk robot penjaga air tanaman yang telah Pembentangan ini akan

siap dibina. Pembentangan boleh dibuat secara lisan melatih kamu meningkatkan

atau persembahan multimedia. Antara maklumat kemahiran komunikasi dan

yang perlu ada dalam pembentangan termasuklah: keyakinan diri.

1. Nama produk.
2. Elemen sistem robotik yang terdapat pada produk.
3. Fungsi produk yang dibina.
4. Menerangkan lakaran bermaklumat yang dipilih.
5. Langkah pemasangan perkakasan pada produk.
6. Kelebihan produk yang dibina.
7. Menyatakan kesesuaian tempat atau lokasi untuk

penggunaan produk.

TAHUKAH
KAMU
Bagi membentangkan hasil produk, murid

boleh melakukan pelbagai aktiviti dan cara

seperti Jalan Galeri, Tiga Lilau Satu Tetap,

Slaid ini menunjukkan kelebihan persembahan multimedia dan sebagainya.

produk kami. Produk ini boleh

dipasangkan pada takung tanaman.

6.5.10 Nota Guru

• Bimbing murid membuat pembentangan. 43
• Galakkan semua murid melibatkan diri semasa pembentangan.

IMBAS Menghuraikan Menjelaskan Melakar reka
KEMBALI elemen sistem pemasangan bentuk produk yang
robotik yang perkakasan pada mempunyai elemen
Menyatakan terdapat pada reka bentuk
elemen sistem sebuah robot. sistem robotik.
robot.
robotik.

Menilai lakaran yang Menghasilkan carta Menghasilkan atur cara yang
dipilih untuk membuat alir sebuah robot dikehendaki berdasarkan
yang akan dibina. carta alir yang dibuat.
penambahbaikan.

Membina reka bentuk Memindahkan Membuat
produk dan penyambungan atur cara yang rumusan dan
telah dihasilkan membentangkan
perkakasan berdasarkan pada perkakasan produk yang
lakaran yang dibuat dan menguji telah dibina.
kefungsiannya.
menggunakan peralatan
yang sesuai.

Jawab semua soalan di bawah.

1. Nyatakan dua elemen sistem robotik.
(a) __________________________ (b) ______________________

2. Namakan fitur di bawah.
(a) (b)

3. Mengapakah penyambungan wayar pada perkakasan robot perlu
dilakukan dengan betul?

4. Penggunaan sistem robotik lebih baik berbanding dengan menggunakan
kaedah manual dalam mengurus kehidupan harian. Berikan pendapat
kamu untuk menyokong pernyataan tersebut.

Nota Guru

• Minta murid menyatakan perkara penting yang telah dipelajari oleh mereka dalam unit ini.

44 • Bincang jawapan bersama-sama murid untuk soalan di atas.

UNIT PEMBANGUNAN PRODUK

3

Cikgu Siew Lee berbincang bersama-sama muridnya untuk menghasilkan
produk baharu di bengkel.

Selain produk-produk ini, apakah yang boleh Cikgu, saya cadang kita
kita hasilkan dengan menggabungkan asas gabungkan teknologi
teknologi yang pernah kita pelajari? elektromekanikal dan reka
bentuk pengaturcaraan.

Saya setuju. Apakah produk-produk
yang sesuai untuk kita hasilkan?

Nota Guru 45

• Berbincang dengan murid berkenaan gabungan asas teknologi yang berbeza untuk
menghasilkan produk baharu.

• Produk yang ditunjukkan dalam buku ini adalah sebagai panduan sahaja. Penghasilan produk
sebenar perlu mengikut kesesuaian sekolah masing-masing.

PRODUK TABUNG SAYA

Li Mei, Arjan dan Aggup sedang berbincang untuk membina tabung bagi
mengumpul hasil jualan yang diperoleh pada hari kantin sekolah.

Saya mahu kita SUDUT RBT Bagus idea itu. Kita
menghasilkan sebuah akan menggunakan
tabung yang mempunyai Saya ada idea. Tabung yang sensor sentuh untuk
bunyi dan cahaya. akan dihasilkan ini mempunyai membuka penutup
penutup yang akan menjatuhkan tabung ini.
duit syiling ke dalam tabung dan
menghasilkan bunyi dan cahaya
apabila duit dimasukkan.

Kita akan menghasilkan tabung yang mempunyai penutup yang terbuka secara
automatik apabila duit syiling dimasukkan. Di samping itu, tabung juga akan
mengeluarkan bunyi dan memaparkan ikon.

Tabung yang akan dihasilkan ini mempunyai beberapa kepentingan. Contohnya,
seperti yang berikut:

Kepentingan Tabung

Memupuk amalan Simpanan untuk Mendidik murid agar tidak
menyimpan duit. masa hadapan. menjadi boros dan membazir.

Nota Guru

• Berbincang dengan murid mengenai masalah dan penyelesaian berkenaan teknologi 8.1.1

46 reka bentuk produk yang hendak dibina.
• Galakkan murid untuk membina produk yang menggabungkan pengetahuan dan

kemahiran yang telah dipelajari sebelum ini.

MARI KITA GABUNGKAN TEKNOLOGI

Tabung yang akan dihasilkan ini menggabungkan elemen elektromekanikal
dan reka bentuk pengaturcaraan. Produk tabung ini akan mengaplikasikan
pelajaran yang telah dipelajari di Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Elemen Elektromekanikal

Penutup tabung akan dihubungkan dengan Motor servo
sensor sentuh melalui pita perekat tembaga.
Bilah motor servo akan membuka penutup
secara automatik apabila sensor mengesan
sentuhan.

Pintu tabung akan menggunakan kunci pintu.
Apabila suis pintu ditekan, kunci akan aktif dan
pintu tabung terbuka.

Kunci pintu

Reka Bentuk Pengaturcaraan

Tabung ini juga akan mengeluarkan bunyi dan
cahaya apabila duit dimasukkan ke dalam tabung.
Semua fungsi ini dikawal oleh atur cara pada
papan mikropengawal.

Papan mikropengawal

8.1.2 Nota Guru

• Berbincang dengan murid tentang teknologi yang diguna pakai pada produk yang akan 47
dibina.

• Guru boleh memberikan pilihan kepada murid untuk menggunakan papan mikropengawal
yang telah dipelajari di Tahun 5 dan melihat hasilnya.

JOM, KITA LAKARKAN PRODUK !

Lakaran idea ini dapat membantu murid untuk menghasilkan produk tabung.

Lakaran Idea 1

Ruang bukaan Papan mikropengawal

Bod impra Klip buaya
Ruang duit 3O cm

Motor servo

15 cm 15 cm
Pemegang
bateri

Lakaran Idea 2

Ruang Paparan
masuk duit jumlah duit
Motor servo
Ruang duit 3O cm Pemegang
syiling bateri

Ruang duit 15 cm
kertas
8.1.3
15 cm

Nota Guru

Pastikan murid membuat lakaran bermaklumat.

48

Lakaran Idea 3

Papan mikropengawal Sensor sentuh

Ruang bukaan Klip buaya

Batang 18 cm
aiskrim Motor
servo

Pemegang
bateri

2O cm

2O cm

Pintu depan

Cari maklumat berkaitan asas teknologi lain yang

boleh digunakan untuk menghasilkan produk.
JEJAK TMK

8.1.3 Nota Guru

Pastikan murid membuat lakaran bermaklumat.

49

MENILAI LAKARAN

Lakaran Idea 3 dipilih sebagai lakaran yang terbaik. Yang berikut merupakan
penilaian terhadap lakaran tersebut dan cadangan penambahbaikan yang
sesuai:

Elemen Asas Teknologi Huraian Kesesuaian Catatan
Reka S TS
Bentuk

Susun komponen dengan

Elektromekanikal Komponen mekanikal / kemas dan ikat wayar
yang tersusun. menggunakan pengikat

Rupa kabel.

Pengaturcaraan Menggunakan papan /
mikropengawal.

Bentuk komponen

Elektromekanikal mekanikal yang kecil /
tidak mengganggu fungsi /

produk.

Bentuk

Pengaturcaraan Papan mikropengawal
yang nipis tidak
menggunakan ruang yang
banyak.

Saiz bilah motor servo Ubah suai saiz bilah
Elektromekanikal tidak mencukupi untuk
/ motor servo dengan
menjalankan fungsinya. menggunakan batang

aiskrim.

Saiz

Saiz papan mikropengawal

Pengaturcaraan yang kecil tidak /
mengganggu komponen

lain.

Komponen tidak /
Elektromekanikal mengganggu fungsi
Ruang
produk.
Letakkan papan
Papan mikropengawal / mikropengawal di
Pengaturcaraan tidak berada pada tempat
bahagian depan tabung.
yang sesuai.

(S - Sesuai / TS - Tidak Sesuai)

Nota Guru

Bimbing murid mengenal pasti masalah yang terdapat pada produk yang akan dibina dan 8.1.4

50 cadangkan penyelesaian bagi masalah yang timbul.

Berdasarkan penilaian yang telah dibuat, terdapat beberapa penambahbaikan
yang perlu dilakukan.

• Gunakan sensor sentuh yang terdapat pada papan mikropengawal.
• Kedudukan papan mikropengawal diubah ke bahagian hadapan tabung.
• Tambah batang aiskrim untuk memanjangkan bilah motor servo.
• Ubah pintu tabung ke bahagian belakang tabung.

Lakaran yang Ditambah Baik

Batang aiskrim Penutup Pita perekat
tembaga
Motor servo
18 cm
Pita perekat Papan
Suis tekan
mikropengawal
tutup

2O cm

2O cm Pemegang bateri 6V

Pemegang Wayar
bateri 12V
Kunci pintu

8.1.4 Nota Guru

Berbincang dengan murid untuk membuat penambahbaikan yang boleh menjadikan 51
produk lebih menarik.

ALATAN, BAHAN, ANGGARAN KOS DAN JADUAL KERJA

Yang berikut merupakan senarai alatan dan bahan yang digunakan untuk
menghasilkan tabung.

1 Alatan

5 6 1. Alas pemotong
2. Pensel
2 4 3. Pembaris keluli
3 4. Pisau boleh laras
5. Rod perekat panas
1 23 45 6. Pistol perekat panas
9 10
78 Bahan
6
1. Papan mikropengawal
12 13 14 2. Motor servo
11 3. Kunci pintu
4. Pemegang bateri 6V
5. Pemegang bateri 12V
6. Bateri AA
7. Suis tekan tutup
8. Klip buaya
9. Pita perekat
10. Pita perekat dua muka
11. Pita perekat tembaga
12. Wayar penyambung male to male
13. Batang aiskrim
14. Bod impra

Kita juga boleh menggunakan alatan dan bahan yang terdapat di bengkel
atau di rumah untuk menjimatkan perbelanjaan.

Mikrofon Sensor sentuh

TAHUKAH Papan mikropengawal yang
KAMU digunakan dalam penghasilan
produk ini mempunyai sensor
Pembesar suara sentuh, pembesar suara dan
mikrofon yang terbina dalam
(build in).

Nota Guru

• Galakkan murid menggunakan bahan kitar semula yang kukuh untuk menyokong 8.1.5

52 binaan produk.
• Berbincang dengan murid setiap alatan dan bahan yang disenaraikan.

Anggaran Kos

Kos yang dicadangkan ini adalah secara individu.

Kos Alatan

Bil. Perkara Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM)
1. Alas pemotong 1 keping 8.00 8.00
2. Pensel 1 batang 0.50 0.50
3. Pembaris keluli 1 batang 2.00 2.00
4. Pisau boleh laras 1 bilah 1.50 1.50
5. Rod perekat panas 3 batang 1.00 3.00
6. Pistol perekat panas 6.50 6.50
1 unit Jumlah 21.50

Kos Bahan

Bil. Perkara Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM)
1 set 75.00 75.00
1. Papan mikropengawal 1 unit 10.50 10.50
1 unit 17.00 17.00
2. Motor servo 1 unit 1.40 1.40
1 unit 2.80 2.80
3. Kunci pintu 6 biji 1.00 6.00
1 unit 2.00 2.00
4. Pemegang bateri 6V 1 set 6.00 6.00
3.80 3.80
5. Pemegang bateri 12V 1 gulung 6.00 6.00
1 gulung 11.00 11.00
6. Bateri AA 1 gulung

7. Suis tekan tutup 1 set

8. Klip buaya 1 batang
1 keping
9. Pita perekat

10. Pita perekat dua muka

11. Pita perekat tembaga

12. Wayar penyambung 2.00 2.00
male to male

13. Batang aiskrim 0.10 0.10
7.50 7.50
14. Bod impra 151.10
Jumlah

8.1.5 Kawan-kawan, amalkan
sikap berjimat cermat
ketika berbelanja. 53

Nota Guru

• Pastikan murid tidak melakukan pembaziran.
• Minta murid mengira kos untuk kumpulan jika menjalankan aktiviti secara berkumpulan.
• Harga alatan dan bahan di atas hanyalah anggaran sahaja.

Jadual Kerja

Penyediaan jadual kerja adalah untuk memastikan setiap aktiviti yang
dijalankan mematuhi jumlah jam kerja yang ditetapkan. Yang berikut
merupakan contoh jadual kerja pelaksanaan produk:

Tempoh Masa (Minggu)
Bil. Proses Kerja

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

1. Menjanakan idea

2. Mencari maklumat

3. Melakarkan idea

4. Membina atur cara (uji)

5. Menanda dan memotong

6. Memasang bahan (uji)

7. Menguji kefungsian produk

8. Membuat dokumentasi dan
pembentangan

Galakkan murid menggunakan MEDAN AKTIVITI
perisian komputer untuk
JEJAK TMK menghasilkan jadual kerja. Bincangkan bersama murid
jadual kerja yang telah
dihasilkan di dalam kelas.

Nota Guru 8.1.5

Pastikan murid menghasilkan produk mengikut jadual kerja yang telah disediakan

54 mengikut kesesuaian.

MARI BINA TABUNG

Untuk menghasilkan tabung ini, kita akan membina atur cara terlebih

dahulu berdasarkan situasi pada halaman 46. Yang berikut ialah

langkah-langkahnya: IMBAS SAYA

Carta Alir

A. Membina Atur Cara Atur Cara Tabung

Langkah-langkah

Langkah 1

a. Klik New Project.
b. Taip nama projek. Kemudian,

klik Create.

Langkah 2 Blocks Palette Scripts Area

a. Klik blok fungsi Basic.
b. Pilih show icon [ ] dan

masukkan ke dalam on start.
c. Pilih ikon senyum.

Langkah 3

a. Klik blok fungsi Basic.
b. Pilih forever dan tarik ke ruang

Scripts Area.
c. Susun forever di sebelah on

start.

Langkah 4

a. Klik blok fungsi Logic.
b. Pilih if [ ] then, dan tarik ke

ruang Scripts Area.
c. Masukkan ke dalam forever.

Langkah 5

a. Klik blok fungsi Input.
b. Pilih logo is pressed dan tarik

ke ruang Scripts Area.
c. Masukkan ke dalam if [ ] then.

8.1.6 Nota Guru

Murid boleh membina atur cara yang berbeza menggunakan contoh produk yang berlainan.

55

Langkah-langkah Blocks Palette Scripts Area

Langkah 6

a. Klik blok fungsi Music.
b. Pilih start melody

[dadadum] repeating
[once] dan tarik ke ruang
Scripts Area.
c. Masukkan ke dalam if [ ]
then.
d. Pilih melodi entertainer.

Langkah 7

a. Klik blok fungsi Advanced.
Kemudian, klik Extensions.

b. Klik blok fungsi Servos.
c. Pilih set servo [P0] angle

to [90]° dan tarik ke ruang
Scripts Area.
d. Susun di bawah start
melody [entertainer]
repeating [once].
e. Tukar [P0] kepada [P2].

Langkah 8

a. Klik blok Basic.
b. Pilih pause (ms) [100] dan

tarik ke ruang Scripts Area.
c. Susun di bawah set servo

[P2] angle to [90]°.
d. Tukar nilai milisaat 100

kepada 1000 (1 saat).

Langkah 9

a. Klik kanan pada set servo
[P2] angle to [90]° dan
pilih Duplicate.

b. Susun di bawah
pause (ms) [1000].

c. Tukar nilai sudut 90°
kepada 0°.

Nota Guru 8.1.6

Bimbing murid menggunakan blok fungsi yang betul supaya tidak berlaku kesilapan

56 meletakkan blok fungsi.

Langkah-langkah Blocks Palette Scripts Area

Langkah 10

a. Klik blok fungsi Basic.
b. Pilih show icon [ ] dan tarik ke

ruang Scripts Area.
c. Susun di bawah set servo [P2]

angle to [0]°.

Langkah 11

a. Klik kanan pada pause (ms)
[1000] dan pilih Duplicate.

b. Susun di bawah show icon [ ].
c. Tukar nilai milisaat 1000

kepada 2000 (2 saat).

Langkah 12

a. Klik blok fungsi Basic.
b. Pilih clear screen dan tarik ke

ruang Scripts Area.
c. Susun di bawah pause (ms)

[2000].

Langkah 13

a. Klik Save untuk simpan
fail pengaturcaraan
yang telah siap dibina.

b. Muat turun atur cara ke
papan mikropengawal.

Tabung Duit

IMBAS SAYA

Pengaturcaraan
Menggunakan mBlock

Nota Guru

8.1.6 Tunjukkan contoh simulasi papan mikropengawal yang berbeza kepada murid.

57

B. Menghasilkan Tabung

1 Potong bod impra mengikut ukuran seperti gambar rajah di bawah. Kemudian,
tandakan setiap bahagian.

2 cm x 2 cm 3 cm x 3 cm

18 cm A1 A2 B C E
18 cm
20 cm20 cm20 cm20 cm20 cm 20 cm
18 cm
20 cm
18 cm
4 cm
D F

20 cm 0.5 cm

2 Lekatkan bahagian A1, A2, B dan C dengan menggunakan pistol perekat panas.

A1

4 cm C A2
A1

A2 C 0.5 cm B

3 Lekatkan pita perekat tembaga pada sensor sentuh papan mikropengawal dan
pita perekat dua muka pada sebelah kiri dan kanan papan mikropengawal.

Pita perekat tembaga STEM

Pita perekat dua muka Tembaga merupakan
konduktor atau bahan yang
Sensor sentuh dapat mengalirkan arus elektrik
dan haba dengan baik. Secara
Pandangan hadapan umumnya, kabel elektrik banyak
mikropengawal. diperbuat daripada tembaga.

Nota Guru

• Murid juga boleh menggunakan konduktor selain pita perekat tembaga dan lihat 8.1.6

58 keberkesanan dalam memberikan tindak balas kepada sensor sentuh.
• Murid boleh membuat pemasangan sensor sentuh yang berasingan jika papan

mikropengawal tidak tersedia dengan sensor sentuh.

Lekatkan papan mikropengawal pada bahagian C dan pemegang bateri 6V

4 pada bahagian A2. Kemudian, sambungkan wayar pemegang bateri kepada

soket papan mikropengawal.

A2
C

B

Sambungkan klip buaya ke papan mikropengawal.

5 • Wayar hitam ke jalur pin bumi (GND).
• Wayar merah ke jalur pin kuasa 3V.

• Wayar kuning ke jalur pin 2.

A2
C

B

Pandangan belakang papan
mikropengawal.

8.1.6 Nota Guru

• Minta murid membuat pemasangan dan penyambungan dengan betul. 59
• Bimbing murid untuk melekatkan bahan dengan menggunakan perekat yang sesuai.

Sambungkan wayar penyambung male to male ke klip buaya dari papan

mikropengawal.

6 • Wayar hitam ke tamatan hitam.

• Wayar merah ke tamatan merah.
• Wayar kuning ke tamatan putih.

C A2
A1

B

Lekatkan batang aiskrim pada bilah motor servo. Kemudian, potong bod

7 impra bersaiz 4 cm x 4 cm dan lekatkan di atas batang aiskrim untuk dijadikan

penutup seperti gambar di bawah.

8 Sambungkan wayar dari motor servo ke wayar penyambung male to male.

C A2
B

Nota Guru

• Minta murid membuat pemasangan dan penyambungan bahan dengan betul. 8.1.6

60 • Bimbing murid untuk melekatkan bahan dengan menggunakan perekat yang sesuai.
• Pemasangan wayar penyambung male to male ke motor servo boleh dibuat dengan

menggunakan soket penyambung.

9 Lekatkan pita perekat tembaga ke penutup dari motor servo.

C

B

10 Lekatkan bahagian D di atas tabung. Kemudian, lekatkan motor servo pada
kedudukan yang sesuai dengan penutup tabung.

D D
A2
A1 C

B

11 Lekatkan pita perekat pada bahagian A1 dan bahagian E.

E A1

8.1.6 Nota Guru

• Bimbing murid untuk melekatkan bahan dengan menggunakan perekat yang sesuai.

61

Lekatkan pemegang bateri 12V pada bahagian luar A1.

12 (a) Masukkan wayar pemegang bateri 12V ke dalam tabung.

(b) Muatkan dengan suis tekan tutup.

A1

Mengapakah pemegang
bateri 12V untuk kunci pintu
dilekatkan di luar badan
tabung?

13 Sambungkan wayar merah dari pemegang bateri 12V ke kedua-dua kaki
suis tekan tutup.

A1
E

Nota Guru

• Minta murid membuat pemasangan dan penyambungan dengan betul. 8.1.6

62 • Bimbing murid untuk melekatkan bahan dengan menggunakan perekat yang sesuai.
• Bimbing murid untuk menebuk lubang dengan menggunakan alatan yang sesuai.

14 Lekatkan kunci pintu pada bahagian E. Sambungkan wayar pemegang
bateri 12V ke wayar kunci pintu.

E A1 E A1

15 Lekatkan bahagian F pada bahagian A2 untuk dijadikan
selak penahan pintu seperti gambar di bawah.

A2 WADAH
ILMU
F
Solenoid ialah gulungan
IMBAS SAYA dawai tembaga yang
menjadi magnet apabila
Video Pintu dihubungkan dengan arus
Belakang Tabung elektrik. Solenoid juga boleh
digunakan sebagai kunci
pintu.

8.1.6 Nota Guru

• Minta murid membuat pengujian produk untuk memastikan pemasangan bahan 63
dilakukan dengan betul.

• Bimbing murid untuk melekatkan bahan dengan menggunakan perekat yang sesuai.

Tabung yang telah siap dibina.

Pandangan hadapan Pandangan atas

Pandangan hadapan Pandangan belakang
dan sisi kanan

MEDAN AKTIVITI

Selain bod impra, minta murid fikirkan bahan
yang berbeza untuk badan tabung.

IMBAS SAYA

Video Tabung
Berfungsi

Nota Guru

• Minta murid membuat pengujian produk untuk memastikan pemasangan bahan 8.1.6

64 dilakukan dengan betul.
• Setelah produk berjaya diuji, murid perlu membuat kemasan.

DOKUMENTASI DAN PEMBENTANGAN

Kita akan membuat dokumentasi dan pembentangan produk yang telah
dihasilkan.

SENARAI SEMAK ADA / TIADA
Lakaran awal
Analisis produk
Lakaran yang ditambah baik
Senarai alatan dan bahan
Anggaran kos
Jadual kerja
Membina atur cara
Penghasilan produk

Yang berikut ialah pelaksanaan pembentangan secara berkumpulan:
1. Melantik ketua kumpulan.
2. Ketua kumpulan bersama-sama ahli kumpulan membentangkan

perincian produk.
3. Sesi soal jawab.

8.1.7 Nota Guru

Bimbing murid menggunakan kaedah pembentangan yang pelbagai mengikut kreativit 65
masing-masing.

IMBAS Menghuraikan gabungan Melakar reka
KEMBALI asas teknologi yang sesuai bentuk produk
digunakan dengan reka bentuk yang hendak
Menyatakan produk produk yang akan dibina.
yang hendak dibina dibina.
berdasarkan situasi.

Menilai dan Menyediakan Membina Membuat dokumentasi
membuat senarai peralatan, produk mudah proses
penambahbaikan bahan, anggaran berfungsi
pada lakaran berdasarkan penghasilan produk dan
yang dipilih. kos dan jadual lakaran yang pembentangan secara
kerja. dibuat. kreatif menggunakan

pelbagai media.

Jawab semua soalan di bawah.

1. Senaraikan asas teknologi yang pernah kamu pelajari.
2. Nyatakan asas teknologi yang sesuai dengan gambar yang diberikan.

Perkakasan Asas Teknologi

3. Nyatakan fungsi lakaran bermaklumat produk.
4. Mengapakah kita perlu membuat analisis produk sebelum penghasilan

produk sebenar?
5. Bandingkan produk konvensional dengan produk yang telah kamu bina

dari aspek penggunaan teknologi.

Nota Guru

Minta murid menyalin dan menjawab soalan di dalam buku latihan.

66



RM6.70

ISBN 978-983-49-3283-1

9 789834 932831

BT35001


Click to View FlipBook Version