The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kamarull, 2020-10-27 22:55:43

Pengenalan Rekoder 1&2

Pengenalan Rekoder 1&2

Pengenalan Rekoder
REKODER
PENGENALAN
Rekoder adalah sejenis alat muzik tiupan yang diperbuat daripada kayu atau plastik.
Terdapat pelbagai saiz rekoder untuk peranan yang berlainan. Antaranya adalah rekoder
sopranino, soprano, alto, tenor dan bes. (Gambarajah 1)
Gambarajah 1

Bes
Tenor
Alto
Soprano
Sopranino

Penggunaan rekoder dalam aktiviti pembelajaran muzik di bilik darjah adalah bertujuan
memberi pengalaman muzikal secara hands-on. Pada masa yang sama pelajar
mengukuhkan kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman praktikal.
Bahan yang dicadangkan dapat membantu proses pembelajaran bagi mengukuhkan
kemahiran dan penguasaan bermain rekoder.

1

Pengenalan Rekoder

1. STRUKTUR REKODER
Struktur rekoder adalah seperti dalam Gambarajah 2.

Gambarajah 2

2. TEKNIK BERMAIN REKODER
Untuk bermain rekoder dengan baik, teknik permainan rekoder yang betul
perlu diamalkan.
2.1 Teknik Asas Sebelum Meniup Rekoder
2.1.1 Postur
• Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa
memegang rekoder.

2

Pengenalan Rekoder
• Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan.

(Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau
membongkokkan badan.)

Gambarajah 3(a) Gambarajah 3(b)

2.1.2 Cara Memegang Rekoder

Cara memegang rekoder yang betul akan memberi keselesaan dan
memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder.

a. Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian
pangkal.

b. Tangan kanan memegang bahagian hujung badan rekoder.

c. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.

3

Pengenalan Rekoder

2.1.3 Penjarian

Gambarajah 4

Tangan Kiri Tangan Kanan

32 5 6 7
1 4

0

Sistem Nombor Penjarian Rekoder

(a) Tangan Kiri

ƒ Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder.
ƒ Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.
ƒ Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.
ƒ Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

(b) Tangan Kanan

ƒ Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.
ƒ Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.
ƒ Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.
ƒ Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.
ƒ Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil.

Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flet.

4

Pengenalan Rekoder

Gambarajah 5

Susunan jari pada lubang rekoder
Carta Penjarian Rekoder

5


Click to View FlipBook Version