The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kamarull, 2020-10-27 22:52:30

Nyanyian

Nyanyian

Keywords: bahan muzik,nyanyian,kpm

Pengenalan Rekoder

NYANYIAN

P ENGENALA N

Menyanyi merupakan aktiviti teras dalam konteks kurikulum Pendidikan Muzik
KBSR, pada peringkat aw al persekolahan.

Proses mempelajari sebuah lagu melibatkan pengetahuan dan kemahiran. Dalam
menyanyi, lagu merupakan bahan sumber utama yang boleh dihuraikan kepada
beberapa bahagian seperti berikut:

a) Aural - kemahiran mendengar melalui lagu yang
dipela jari.
b) Fizikal
c) Verbal - pengaw alan pernafasan dan mekanis ma vokal.
- kefahaman lirik lagu, pembinaan kosa kata dan
d) Daya ingatan
muz ika l penguasaan bahasa.
- kebolehan mengingat bunyi muzik dan
e) Persembahan
menghasilkannya semula.
f) Interaksi sosial - menghasilkan irama, melodi dan ekspresi dengan

g) Komunikasi peka dan tepat.
- berkebolehan bekerjasama semasa nyanyian dalam

ku mpul an.
- menyatakan maksud rasa dan fikiran melalui

nyanyian.

1

Pengenalan Rekoder

1. T EKNIK NYANYIAN

1.1 SEBUTAN

Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam
menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu
sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut.
Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk
mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang
baik. Bunyi konsonan pada aw al dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas.
Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten.

Bentuk mulut bagi bunyi vokal:

AH (a) A E (e) OO (u)

EE (i) OH (o)

2

Pengenalan Rekoder

1.2 POSTUR

Kedudukan badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang
bermutu. Postur yang baik akan membantu pernafasan dan pengeluaran
suara semasa menyanyi.

1.2.1 Postur Berdiri

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika
menyanyi dalam keadaan berdiri adalah seperti ber ikut:

Kaki - berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang sedikit.
Lutut - dilonggarkan (rileks), tidak kaku.
Badan - belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus.
Dada - dinaikkan.
Bahu - ditarikkan ke belakang sedikit.
Dagu - selari dengan lantai.
Tangan - di sisi.

1.2.2 Postur Duduk

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika
menyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut:

Bahagian badan hingga kepala - keadaannya sama seperti postur
berdiri.

Belakang badan - tidak bersandar.

Pu nggung - terletak di tengah kerusi.

Kaki - diletak di atas lantai dengan satu kaki
ke hadapan sedikit.

Tangan - diletak di atas paha.

3

Pengenalan Rekoder

1.3 PERNA FASAN

Dengan pengurusan pernafasan yang baik, seseorang dapat menghasilkan
ton yang berkualiti, sebutan yang jelas serta nada dan pic yang tepat. Di
samping itu murid dapat menyanyikan frasa yang panjang dengan selesa.
Proses pernafasan melibatkan pengembangan pada rangka rusuk, abdomen
dan diafragma. Kemahiran mengaw al pernafasan boleh dibina melalui
latihan. Latihan pernafasan perlu dijalankan semasa aktiviti warm-up atau
latihan persediaan. Terdapat banyak latihan pernafasan yang boleh
dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut:-

a) Menghembus dan menarik nafas
Hembuskan semua udara dari paru-paru sehingga anda terasa anda
diperlukan udara. Kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang.

b) Bernafas secara cepat
Biasanya apabila kita ter kejut, kita akan menarik nafas dengan cepat.
Ulang perbuatan seperti ini beberapa kali.

c) Pernafasan staccato
Latihan ini dilakukan dengan sebutan “ts” secara berulang-ulang
sehingga murid dapat merasakan otot-otot di bahagian perut ter libat
dalam proses pernafasan. Latihan ini boleh menguatkan otot-otot
tersebut untuk membantu mengaw al pernafasan.

d) Hiss/Hoo
Sambil menar ik nafas secara perlahan, angkat kedua-dua tangan ke
atas secara perlahan dan hembuskan nafas dengan bunyi “hiss”.
Contoh latihan:

hiss ss ss ss hiss
hoo hoo hoo hoo hoo

4

Pengenalan Rekoder

1.4 PENGHASILA N TON

Penghasilan ton dipengaruhi oleh kemahiran penggunaan dan pengaw alan organ
vokal ( mulut, bibir, rahang dan lidah) bagi memanipulasi suara.

Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut:
a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas ( a, e, i, o, u).
b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat.
c) Mulakan dengan nilai not yang pendek. Kemudian beransur-ansur

dilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang.
Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong
terbuka.
Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah:
a) Glissando vokal dengan sebutan ‘O’ dari pic tinggi ke rendah atau sebaliknya.
b) Menguap dengan bunyi ‘ ah’.
c) Mengajuk bunyi siren, angin, keretapi dan siulan.
d) Latihan bercakap dan menyanyi seperti contoh berikut:

“Hee hee hee ! Apa khabar ?”

2. KAEDAH M ENGAJAR LAGU

Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah-
kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote
learning). Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara
mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural
memory) murid.

5

Pengenalan Rekoder
Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah:
a) Kaedah keseluruhan lagu
b) Kaedah baris demi baris
c) Kaedah solfege

2.1 Kaedah keseluruhan lagu
Sesuai untuk mengajar lagu pendek.
Lan gkah-la ngkah :
a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.
b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik.
c) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau
sebutan vokal a,e,i,o,u) berulang-ulang.
d) Mengikut guru menyanyi lirik lagu secara keseluruhannya.
e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

2.2 Kaedah baris demi baris
Kaedah ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran
lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikuti
dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi
keseluruhan lagu.

Lan gkah-la ngkah :
a) Memperdengar keseluruhan lagu.
b) Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara

humming.
c) Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming baris

demi baris.
d) Mengikut guru menyanyi lirik baris demi bar is.
e) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik.
f) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

6

2.3 Kaedah Solfege dengan isyarat tangan Pengenalan Rekoder

Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote dan
bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d’) digunakan
sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem ‘do’ bergerak
(movable ‘do’) yang mana pic ‘do’ bergantung kepada nada lagu.
Misalnya dalam nada C major- minor, pic ‘do’ ialah not C. Manakala bagi
nada D major- minor, pic ‘do’ ialah not D.

Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu
pengajaran secara solfege. Kedua-dua sebutan syllable dan isyarat
tangan membantu per kembangan inner-hearing sambil melihat notasi
muzik.

Salah satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut:

• sm
• lsm
• ls mr
• ls mr d
• ls mr d l
• ls mr d ls
• ls f mr d
• t ls f mr d
• d` t l s f m r d
• d r m f s l t d`

7

Pengenalan Rekoder

3. SOL FA ISYARAT TANGAN

Teknik solfa menggunakan isyarat tangan ber mula dari ‘do’ baw ah yang berada
di paras pinggang dan seterusnya menaik sedikit demi sedikit sehingga ‘do’
atas yang terletak di paras kepala.

Panduan isyarat tangan adalah seperti gambarajah di baw ah :

do re mi
Fa So La

Ti Do’

8

Contoh Latihan Solfa Pengenalan Rekoder

Langkah-langkah mengajar lagu menggunakan solfa dengan isyarat tangan.
a) Pic dikenalkan dengan isyarat tangan berdasarkan lagu.
b) Murid menyanyikan lagu berpandukan isyarat tangan guru. Ini dilakukan

secara baris demi baris.

4. PANDUAN M ENGAJAR NYANYIAN
Untuk mengajar kanak-kanak menyanyi, guru perlulah mengambil kira beberapa
perkara seperti berikut:

a) Pilihan lagu-lagu yang sesuai dengan julat suara (range) vokal murid.
b) Pilihan lagu-lagu yang menarik dari segi mud, tempo, bentuk irama, ekspresi

dan lirik lagu.
c) Memastikan postur, pernafasan, penghasilan ton, ekspresi yang betul

sew aktu menyanyi.
d) Mengenal pasti konsep muzik yang ingin difokuskan (contoh: irama,

melodi, ekspresi dan sistem notasi ).
e) Mengenal pasti kaedah mengajar menyanyi yang akan digunakan. (Rujuk

perkara 2.1; 2.2; 2.3)

9

Pengenalan Rekoder

5. NOTA TAMBAHAN

5.1 Lagu Pusingan

Lagu pusingan merupakan pengajukan melodi yang dinyanyikan 1 , 2 atau
4 bar kemudian, nyanyian lagu pusingan membantu kefahaman konsep
harmon i.

Langkah-langkah mengajar lagu pusingan:

a) Menyanyikan melodi lagu dengan betul dan tepat.

b) Mengiringi nyanyian murid dengan alat muzik.

c) Membahagikan kelas kepada dua kumpulan.

- Kumpulan 1 menyanyikan lagu yang dipelajari.
- Kumpulan 2 menyanyikan lagu yang sama apabila kumpulan 1

selesai menyanyikan *frasa yang pertama. Aktiviti ini diteruskan
secara berulang-ulang hingga guru memberi arahan berhenti.

Contoh lagu:

Anak Itik Tok Wi

Kumpulan 1 Kumpulan 2

Anak Itik Tok Wi ( rehat )
Mandi Dalam Kolam
Sakit Apa Tok Wi Anak Itik Tok Wi
Sakit Sendi Tulang
……………………… Mandi Dalam Kolam
(hingga akhir lagu) Sakit Apa Tok Wi

Sakit Sendi Tulang

……………………
(hingga akhir lagu)

* Bergantung kepada kesesuaian lagu sekiranya boleh berlaku pada frasa 2 atau 3.

10

Pengenalan Rekoder
5.2 Ostinato Melodi

Ostinato ber melodi adalah satu corak irama melodi yang diulang-ulang menjadi
bahan har moni untuk mengir ingi sesebuah lagu.
Langkah-langkah mengajar ostinato melodi:
a) Murid-mur id menyanyi lagu yang pernah dipelajari.
b) Guru mengir ingi nyanyian murid- murid.
c) Guru melakukan aktiviti sebutan ostinato ber melodi dan murid mengajuk.
d) Guru membahagikan kelas kepada dua kumpulan:

Kumpulan 1 - menyanyi lagu
Kumpulan 2 - menyanyi ostinato
(Corak irama ostinato ber melodi ini boleh juga dimainkan dengan alat muzik
yang bermelodi, seperti glokenspiel, tone-block, melodian dan rekoder).

11

Pengenalan Rekoder
12

Mata Pelajaran Pendidikan Muzik Pengenalan Rekoder
Tahun 1 Modul Nyanyian Tahun 1
M as a 2 x 30 minit
As pek Pengalaman Muzikal
Item 2.2 Pengalaman Muzik

Has il 2.2.1 Menyanyi secara Muzikal
Pem belajaran
Pe nge tahuan • Pic – solfa so dan mi
Sedia Ada
Ak tiviti 1. Menyanyi dengan betul pic ‘so’ dan ‘mi’ secara berpandu.

Elemen Strategi Murid pernah menepuk detik lagu.
Bahan
1. Latihan membaca lirik lagu secara sebutan berirama.
2. Latihan pic dengan sebutan ‘Oooo..’ tanpa isyarat tangan.
3. Latihan pic ‘so’ dan ‘mi’ dengan isyarat tangan.
4. Menyanyi lagu yang mengandungi pic ‘so’ dan ‘mi’.
5. Latihan menyanyikan dengan tepat pic ‘so’ dan ‘mi’ yang

terdapat seperti dalam lagu yang dinyanyikan.
6. Ujian menyanyi pic ‘so’ dan ‘mi’ dengan tepat.

Kontekstual
Kecerdasan Pelbagai

Carta seni kata lagu ‘Bunyi Alam’, pita lagu, pemain pita lagu.

13

Pengenalan Rekoder
Modul Nyanyian Tahun 2

Mata Pelajaran Pendidikan Muzik
Tahun
M as a 2
As pek
Item 2 x 30 minit
Persepsi Estetik
Has il
Pem belajaran 1.3 Ekspresi:
Pe nge tahuan
Sedia Ada 1.3.1 Dinamik
Ak tiviti
- kuat ( f )
Elemen Strategi - lembut ( p )
Bahan
Memberi respon yang sesuai terhadap dinamik yang terdapat pada
lagu yang diperdengar.

Murid pernah mendapat pendedahan tentang ekspresi kuat
danlembut dalam pembelajaran yang lalu.

1 Mendengar lagu-lagu berlainan dinamik secara humming.
2 Berbincang mengenai dinamik lagu yang didengar.
3 Mengintepretasi dinamik lagu melalui gerakan.

Contoh gerakan :

Dinamik lembut ( p )
• menggoyangkan kepala dengan lembut.
• duduk sambil menguncupkan badan.

Dinamik kuat ( f ).
• mengangkat tangan tinggi
• bangun sambil mendepakan tangan.
4 Murid menyanyi keseluruhan lagu sambil membuat
pergerakan bebas mengikut dinamik p dan f

KBKK
• Membanding beza

Pita lagu, kibod dan carta lagu, radio-kaset, lagu- lagu pilihan guru.

14

Mata Pelajaran Pengenalan Rekoder
Tahun Modul Nyanyian Tahun 3
M as a
As pek Pendidikan Muzik
Item 3
2 x 30 minit
Has il Pengalaman Muzikal
Pem belajaran 2.2 Pengalaman Muzik
Pe nge tahuan
Sedia Ada 2.2.1 Menyanyi :
Ak tiviti - irama
- melodi
Elemen Strategi - ekspresi

Bahan Menyanyikan lagu dengan teknik yang betul mengikut irama,
melodi dan ekspresi.

Murid pernah menyanyi beberapa buah lagu dengan pic yang
betul secara berpandu.

1. Latihan pernafasan menggunakan penyedut minuman.
2. Latihan menepuk irama lagu yang didengar.
3. Guru membaca lirik secara berirama dan murid mengajuk.
4. Latihan menyanyi lagu sambil menepuk corak irama lagu.
5. Latihan menyanyi melodi lagu mengikut pic yang ditetapkan.
7. Latihan menyanyikan lagu mengikut ekspresi yang

Ditetapkan dan menyanyikan semula dengan cara yang
sama.
8. Ujian menyanyi lagu mengikut corak irama melodi dan
ekspresi yang ditetapkan.

Kemahiran Berfikir
• Membuat gambaran mental

Belajar Cara Belajar
• Mengingat kembali

Kecerdasan Pelbagai
• Kinestetik
• Verbal linguistik

Penyedut minuman, kerincing, pita lagu dan radio kaset.

15

Mata Pelajaran Pengenalan Rekoder
Tahun Modul Nyanyian Tahun 4
M as a Pendidikan Muzik
As pek 4
Item 2 x 30 minit
Pengalaman Muzikal
Has il 2.2 Pengalaman Muzik
Pem belajaran 2.2.1 Menyanyi solfa – la, so,fa, mi, re, do
Pe nge tahuan
Sedia Ada Menyanyikan pic la, so, fa, mi, re, do dengan betul secara
Ak tiviti berpandu.

Elemen Strategi Murid pernah mempelajari solfa dan membuat latihan pic la, so, mi,
re, do.

1. Mengulangkaji solfa dengan pic la, so, mi, re, do
dengan iringan kibod.

2. Latihan solfa dengan isyarat tangan Curwen.
3. Latihan menyanyi berdasarkan skor lagu yang mengandungi

pic la, so, fa, mi, re, do.
4. Murid menyanyikan secara solfa melodi mudah

menggunakan pic la, so, fa, mi, re, do.

Kecerdasan Pelbagai
• Muzik
• Interpersonal

Pemikiran Kritis
• Membuat urutan tertib untuk bunyi menaik dan menurun

Bahan Pita lagu, carta lagu, kad imbasan solfa, carta isyarat tangan
Curwen.

16

Mata Pelajaran Pengenalan Rekoder
Tahun Modul Nyanyian Tahun 5
M as a Pendidikan Muzik
As pek 5
Item 4 x 30 minit
Pengalaman Muzikal
Has il 2.1 Pengetahuan Teknik
Pem belajaran 2.1.1 Teknik dalam nyanyian
Pe nge tahuan • Aplikasi Teknik - Sebutan
Sedia Ada 2.2.1 Menyanyi
Ak tiviti • Kemahiran menyanyi – pic; tempo; dinamik

Elemen Strategi 1. Mempraktikkan teknik nyanyian yang betul ketika menyanyi.
2. Menyanyikan pelbagai jenis lagu dengan baik dari segi pic,

tempo dan dinamik, dengan bimbingan.

Murid pernah mendengar lagu Malaysia Baru.

1. Perdengarkan lagu Malaysia Baru.
2. Membaca lirik lagu secara sebutan yang betul.
3. Menyanyikan melodi lagu:

• baris demi baris
• rangkap demi rangkap
4. Murid membuat latihan pic tinggi dan rendah berdasarkan
lagu.
5. Murid menyanyi lagu Malaysia Baru dengan ekspresi yang
betul.
6. Aktiviti dalam kumpulan-kumpulan kecil:
Kum pulan 1
Menyanyi dengan melodi yang betul
Kum pulan 2
Membuat gerakan yang sesuai dengan dinamik dalam lagu
yang dinyanyikan.

Kecerdasan Pelbagai
• Muzik
• Kinestetik

Konstruktivis me
• Mengingat

Bahan Pita lagu, kibod dan carta/ skor lagu.

17

Mata Pelajaran Pengenalan Rekoder
Tahun Modul Nyanyian Tahun 6
M as a Pendidikan Muzik
As pek 6
Item 6 x 30 minit
Persepsi Estetik
Has il 1.1 Irama
Pem belajaran 1.1.4 Corak Irama
• Ostinato irama
1.2 Melodi
1.2.4 Har moni
• Lapisan suara – dron dan ostinato melodi

Pengalaman Muzikal
2.1 Pengalaman Muzik

2.2.1 Menyanyi secara muzikal
• Kemahiran menyanyi

1. Mengenal pasti corak irama ostinato dalam lagu yang
diperdengar dengan betul.

2. Mengenal pasti jenis lapisan suara dalam muzik
nyanyian dan instrumental dengan betul.

3. Menyanyikan pelbagai lagu dengan baik dari segi pic, tempo dan
dinamik secara berpandu.

Pe nge tahuan Murid pernah menyanyi solfa do hingga do’.
Sedia Ada
Ak tiviti 1. Mengulangkaji lagu ‘Anak Ayam’ dengan baik dari segi pic,
tempo dan dinamik.
Elemen Strategi
Bahan 2. Latihan menyanyikan dron - do
3. Latihan menyanyikan ostinato - mi, re, do :

Kum pulan 1
Menyanyikan melodi lagu.
Kum pulan 2
Menyanyikan melodi lagu solfa dron – do.
Kum pulan 3
Menyanyikan ostinato melodi - mi, re, do.
4. Menyanyikan solfa dan ostinato melodi serentak dengan
panduan guru.
5. Menyanyikan lagu Anak Ayam dengan iringan muzik.
6. Kumpulan menyanyikan ostinato melodi- do, so, do
7. Bertukar aktiviti antara kumpulan.

KBKK
• Membanding beza dan menghubung kait

Belajar Cara Belajar
• Kemahiran mengingat
Carta lagu dan kad imbasan.

18

Pengenalan Rekoder
19

Pengenalan Rekoder
20

Pengenalan Rekoder
21

Pengenalan Rekoder
22

Pengenalan Rekoder
23

Pengenalan Rekoder
23

Pengenalan Rekoder
24

Pengenalan Rekoder
25

Pengenalan Rekoder
26

Pengenalan Rekoder
27


Click to View FlipBook Version