MUKADDIMAH
" Ramadhan adalah (bulan) diturunkannya
Al Quran , sebagai panduan untuk umat
manusia , juga tanda yang jelas untuk
bimbingan dan penilaian (Antara benar dan
salah). Selanjutnya, jika salah seorang dari kamu
mencapai bulan itu, maka ia harus berpuasa "
(Surah Al-Baqarah : ayat 185)
Ramadhan,bulan ke-9 dalam kalendar Islam ,
adalah bulan yang paling penting dan suci bagi
umat Islam . Ayat-ayat pertama
Al-Quran diturunkan pada bulan ini . Allah
s.w.t ingin orang-orang Muslim untuk
menunaikan puasa pada bulan ini dan seperti
yang dinyatakan dalam hadis, Allah s.w.t
memberikan lebih banyak pahala untuk ibadah
dan rahmat di bulan ini . Para
fuqoha’ mengatakan bahawa
Ramadhan adalah sebuah bulan yang
berlimpah dan mulia yang dapat membuat
seorang Muslim, yang menghargai dan
menghabiskan waktu dengan ibadah ,
memperolehpahala sebanyak pahala ibadah 80
tahun.
OBJEKTIF
1. Menghidupkan bulan Ramadhan dengan beribadah dan melipatgandakan amalan.
2. Melahirkan insan yang rajin membacaAl-Quran.
3. Melatih individu untuk berdisiplin sepanjang bulan Ramadhan.
4. Memupuk nilai mahmudah dalam diri.
JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM SEMARAK RAMADHAN SK TAMAN IMPIAN EMAS
Penasihat
Pn Rafiah Binti Abdullah (Guru Besar)
Pn Fauziah Binti Baba (GPK Pentadbiran)
Pn Siti Aloha Binti Yahaya (GPK HEM)
Pengerusi
Pn Rosfazlina Binti Mohamad
Penyelaras Makdis
En Haidi Sufian Bin Gosnon
Setiausaha
Pn Azlin Azwa Binti Shukor
Bendahari
Pn Noor Ainda Binti Mohd Aini
Ahli Jawatankuasa
1) En Khairul Haffiz Bin Azizan
2) En Muhammad Rauf Bin Mat Jusah
3) En Asyakirin Bin Asrak
4) En Anas Bin Marudin
5) Pn Mumtazah Binti Ibrahim
6) Pn Susilawati Binti Tamyiz
7) Cik Nur Ain Binti Ahmad
8) Cik Norasmah Binti Ayob
9) Pn Nor Sakinah Binti Zamin
10) Cik Norshafiqah Binti Abu Bakar
11) Pn Nuha Izzaty Binti Mohd Salleh
12) Pn Nor Shaidatul Quddsiah Binti Mohd Tarmizi
SENARAI AKTIVITI
1. Perasmian Program Semarak Ramadhan (15 April 2021)
2. Guru - Khatam Al-Quran whatsapp
3. Murid
PPKI & PRA SEKOLAH
- Pertandingan mewarna
TAHAP 1
- Pertandingan mewarna
- Bacaan surah-surah pendek (rehat)
- Bacaan dalam solat (rehat)
TAHAP 2
- Tadarus Al-Quran (rehat)
4. Bakat cilik online
- Nyanyian solo (ketuhanan)
- Daei cilik
- Hafazan ALQ
- Tilawah ALQ
- Seni khat siber
- Syair dan sajak
- Kalam arabiy
Sekalung penghargaan
diucapkan kepada SK Taman Impian Emas
serta sekalian warga, khususnya Panitia Pendidikan Islam
atas pengelolaan program
“ Semarak Ramadhan SK Taman Impian Emas 1442 H/2021 M ”.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada barisan pentadbir,
guru-guru, kakitangan, murid-murid serta ibu bapa, kerana
bersama-sama menjayakan aktiviti sepanjang bulan
Ramadhan dalam tempoh PKPB ini. Sama-samalah kita berdoa
dalam bulan yang mulia ini supaya penularan wabak
COVID-19 dapat dihentikan bagi meneruskan kelangsungan
hidup dengan aman dan tenang.
Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan
baik dan sentiasa berada dalam lindungan
Allah s.w.t.
Sekian, terima kasih.