GISC1082XGPPP1092 GISC1082XGPPP1092 ekonomi mampan ke pendidikan digital arah kecemerlangan NAMA PENSYARAH GPPP 1092 : PN HASLINA BINTI HASSAN N N A A M M A A P P E E N N S S Y Y A A R R A A H H G G PPP 1092 : PN HASLINA BINTI HASSAN ISC 1082 : PN LIM GUAT GOH NAMA PENSYARAH GISC 1082 : PN LIM GUAT GOH
tentang penulis tentang penulis NUR ALYA HUSNA BINTI MOHD RASID 050125010604 PP1S2-1 2023172310053 IRDINA NAFISA BINTI AZMAN 040922081318 PP1S2-1 2023172310046 DAMIA HAZIYAH BINTI BUANG 050729040062 PP1S2-1 2023172310045
PUNCA ISU 2 - MS 17 IMPLIKASI ISU 2 - MS 18 PENUTUP - MS 20 RUJUKAN - MS 21 PENGENALAN - MS 1 5 SISTEM ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN - MS 2-4 LATAR BELAKANG KENAIKAN KOS SARA HIDUP - MS 7-8 isu kandungan isu kandungan PUNCA ISU 1 - MS 9-10 6 ASPIRASI MURID & ANJAKAN KE-7 PPPM - MS 5-6 IMPLIKASI ISU 1 - MS 11-12 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ISU 1 - MS 13-14 LATAR BELAKANG KADAR INFLASI SEMASA - MS 15-16 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ISU 2 - MS 19
pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia memberi panduan dalam membentuk generasi yang mempunyai daya saing tinggi dalam memacu masa hadapan yang kian berubah-ubah di samping menghadapi beberapa isu ekonomi semasa. Di samping membentuk karakter murid, aspirasi dan hala tuju pendidikan turut membentuk guru berjiwa pendidik dan berkemahiran sebagai guru digital berikutan anjakan ketujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu pemanfaatan digital. Tidak dapat dinafikan bahawa negara Malaysia sedang beralih menuju ke arah digital susulan Revolusi Industri 4.0 yang kian berkembang. Bahkan, peralihan kepada pembelajaran digital turut menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan Antarabangsa yang menyediakan fasiliti seperti prasarana fizikal dan teknologi maklumat. Bagi membina prospek pendidikan negara yang berkait rapat dengan Revolusi Industri 4.0, jangkaan penggunaan bajet untuk pendidikan turut meningkat saban tahun. Namun, penimbulan isu ekonomi yang berkait rapat dengan peningkatan kos sara hidup dan inflasi yang melanda negara sedikit sebanyak memberi kesan kepada sekotpr pendidikan. Buku digital ini akan mengupaskan dua isu ekonomi negara dan cadangan penambaikan PPPM terhadap isu-isu tersebut. 1
5 aspirasi sistem pendidikan Hak dan akses bagi mendapatkan pendidikan berkualiti untuk setiap kanak-kanak di Malaysia, tanpa melihat kepada latar belakang sosioekonomi dan kelompok etnik membolehkan mereka untuk mencapai potensi masingmasing. Selain daripada sektor tersebut, latar belakang status, sosial, keistimewaan, kaum, jantina atau agama tidak dikecualikan turut termasuk dalam pemberian peluang untuk mendapat pendidikan serta hak memilih jenis sekolah untuk belajar. Kesannya, semua kanakkanak diberi kesempatan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ke peringkat tertinggi dan tidak berlaku keciciran. Maka, Kementerian berhasrat untuk mencapai 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020. akses kepada kejayaan KUALITI STANDARD ANTARABANGSA Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, telah digariskan Lima Aspirasi sistem yang ingin dicapai. Pelaksanaan perubahan besar dilakukan terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid, mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Pencapaian pendidikan di Malaysia telah menunjukkan perkembangan sejak beberapa dekad yang lalu melalui pelbagai usaha dan tindakan. Namun, hasrat bagi menggapai pencapaian setaraf peringkat global, sistem pendidikan perlu menyediakan penambahbaikan prestasi yang lebih hebat. Misalnya, penambaikan prestasi standard untuk bidang Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta kemahiran berfikir aras tinggi. Kemunculan pentaksiran antarabangsa seperti Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) telah menjadi satu instrumen perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan pendidikan. 2
Pendidikan Malaysia mensasarkan 50% pengurangan dalam jurang pencapaian dengan merapatkan jurang sosio ekonomi, antara bandar dengan luar bandar dan gender. Hal ini akan memberikan impak terhadap jurang pencapaian antara negeri dan jenis sekolah. Justeru itu, alternatifnya sistem pendidikan giat menyokong mobiliti sosial dengan menyediakan sokongan tambahan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Tambahan juga, sistem pendidikan menyediakan akses kepada laluan alternatif iaitu pendidikan vokaisoanal bagi memberi pekuang kepada murid yang mempunyai minat dan kebolehan. Oleh hal demikian, murid akan mempunyai banyak peluang untuk belajar pada kadar kendiri dan minat mereka dalam aliran akademik, vokasional dan teknikal. EKUITI UNTUK SEMUA MURID MEMUPUK PERPADUAN DALAM KALANGAN MURID Aspirasi utama Malaysia adalah untuk memupuk perpaduan negara sejak merdeka lagi. Oleh sebab itu, sekolah dipilih sebagai tempat yang terbaik untuk memupuk perpaduan negara kerana interaksi dengan individu dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, agama dan etnik murid belajar memahami dan menerima kepelbagaian. Kesannya, murid akan menjalin perpaduan seterusnya membentuk identiti nasional. 3
Perbelanjaan besar untuk pendidikan menunjukkan komitmen tinggi kerajaan terhadap pendidikan. Maka, pulangan perlu dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan derta mengikut pelaksanaan secara lebih bertanggungjawab. Bahkan menekankan penggunaan bajet yang diperuntukkan dengan lebih cekap dan berkesan bagi memaksimumkan keberhasilan murid. pelaksanaan bercekapan tinggi 4
Murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi & menguasai mata pelajaran teras Murid perlu mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah dan menguasai kemahiran berfikir aras tinggi Murid perlu mahir dalam penglibatn sebagai pemimpin dalam kerja kumpulan serta memiliki kecerdasan emosi yang baik. 6 aspirasi murid Murid mestilah menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalm kehidupan seharian Murid diberi penekanan berkaitan satu set prinsip termasuk nilai bersama yang kukuh seperti kerohanian, tanggungjawab sivik dan integriti Setiap rakyat Malaysia harus berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara serta memahami sejarah negara Malaysia 5
anjakan ke-7 TMK sebagai gudang ilmu pengetahuan Slogan “maklumat berada di hujung jari” menggambarakan penggunaan TMK dalam pendidikan adalah bermanfaat kerana beribu sumber ilmu pengetahuan disediakan seperti laman web, jurnal, buku elektronik dan lain-lain. TMK sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran Penggunaan TMK sebagai bahan bantu mengajar dalam bilik darjah dapat memberi kemudahan kepada guru serta menarik minat murid untuk fokus kepada pembelajaran. Sejurus itu, TMK dapat menjadi pemangkin dalam proses PdP. DUA ASPEK TMK Teknologi maklumat meliputi segala aspek pemprosesan, penggunaan sebagai alat bantu dan penerimaan suatu maklumat PERANAN TMK DALAM PENDIDIKAN Memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia Teknologi komunikasi merupakan sesuatu yang berkaitan dengan penggunaan alat bantu untuk memindahkan data dari suatu peringkat kepada peringkat yang lain. 6
ISU 1 kenaikan kos sara hidup 7
Merujuk Laporan Tahunan (2021), kos sara hidup merujuk jumlah perbelanjaan isi rumah, termasuk obligasi kewangan (contohnya pinjaman kereta dan perumahan), untuk mengekalkan taraf hidup pada tahap tertentu. Memandangkan corak perbelanjaan adalah unik, antaranya mengikut tahap pendapatan, lokasi dan kumpulan penggunaan isi rumah, kos sara hidup berbeza antara satu isi rumah dengan isi rumah yang lain. LATAR BELAKANG LATAR BELAKANG Pandemik Covid-19 memberi impak mendalam kepada penduduk, sekali gus cabaran lebih besar kepada proses pemulihan terutama kepada individu, keluarga miskin dan isi rumah yang mudah terjejas (Metro, 2023). Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2024, kajian menunjukkan bahawa isu yang sedia ada, terutamanya kos sara hidup dan kadar simpanan serta gaji yang rendah sudah berlaku sebelum pandemik covid-19 melanda lagi, namun perkara ini semakin membimbangkan kerana terus mengekang kemajuan usaha untuk memulihkan isi rumah. 8
Menurut Berita Harian (2024), antara faktor penarik kenaikan harga barang keperluan ini adalah subsidi berkurangan bagi pelbagai barangan asas, aktiviti manipulasi harga dan nilai mata wang ringgit semakin lemah. Kesemua faktor ini menjadikan rakyat perlu membayar secara lebih ketika berbelanja. Bekalan barangan keperluan seperti beras, telur, ayam dan daging masih terkawal namun harganya semakin meningkat. PUNCA Kos sara hidup meningkat disebabkan oleh peningkatan harga barangan yang menimbulkan cabaran kepada isi rumah dengan tahap kesusahan yang berbeza-beza mengikut kumpulan pendapatan. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Laporan Tahunan BNM 2021 yang dikeluarkan, pada peringkat global, pandemik telah menghalang pengeluaran dan pengedaran barangan apabila langkah-langkah pembendungan dikenakan. Apabila ekonomi utama dibuka semula pada kadar yang pantas sejak sekitar awal tahun 2021, laporan industri menunjukkan kesukaran yang berpanjangan telah dihadapi oleh pengeluar global untuk memenuhi permintaan yang meningkat dengan pesat. Sebagai contoh, kos pengangkutan yang meningkat sebahagiannya disebabkan oleh kekurangan kontena. Hal ini telah meningkatkan harga import yang akhirnya menjejaskan beberapa pengeluar dalam negeri. Apabila tekanan kos ini berterusan, sesetengah syarikat telah memindahkan kos yang lebih tinggi ini kepada pelanggan mereka (Laporan Tahunan, 2021). 9
Selain itu, bagi negara seperti Malaysia yang bergantung pada import barangan sebagai makanan haiwan, hal ini mengakibatkan peningkatan kos untuk pengusaha ternakan, menyebabkan harga ayam dan telur yang lebih tinggi kepada pengguna. Tambahan pula, keadaan cuaca yang buruk menjadikan harga sayur-sayuran segar meningkat. Menurut Laporan Tahunan (2021) lagi, harga tenaga iaitu minyak mentah dan gas asli meningkat di seluruh dunia. Di Malaysia, harga bahan tersebut masih terkawal namun, kos baja menjadi lebih tinggi, iaitu hasil sampingan daripada gas asli. Seterusnya, di dalam negeri, beberapa pengeluar makanan juga menghadapi kesukaran untuk memenuhi dengan segera permintaan pengguna yang meningkat apabila sekatan ditamatkan. Keadaan cuaca buruk menambahkan lagi kesukaran ini, contohnya, dengan menyebabkan kenaikan harga sayur-sayuran segar pada akhir tahun 2021. Secara keseluruhan, gabungan semua faktor ini mendorong harga yang lebih tinggi. Punca yang seterusnya adalah, menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (2023), kos sara hidup meningkat disebabkan oleh rasuah berleluasa. Katanya, banyak benda-benda yang harganya murah namun selepas dicampur dengan rasuah, harga barangan tersebut meningkat, menjadikan kos sara hidup turut meningkat. 10PUNCA
Menurut Wong et al, (2011), wanita di negara-negara membangun mempunyai peluang pendidikan yang lebih rendah kerana sering dianggap sebagai bakal ibu. Perkara ini menjadikan kos pengajian untuk wanita menjadi lebih tinggi dan menyukarkan mereka untuk mendapat kehidupan yang bertaraf tinggi. Tambahnya lagi, Malaysia juga tidak terkcuali daripada masalah ini. Biarpun pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran pendidikan dalam kalangan pelajar dengan cara menyediakan bantuan kewangan, namun masih terdapat keluarga yang miskin yang perlu menanggung kos tinggi untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. KURANG GRADUAN UNIVERSITI MEMINJAM WANG DARIPADA SUMBER YANG TIDAK SAH Ibu bapa yang ingin anak-anaknya melanjutkan pengajian ke menara gading terpaksa meminjam wang daripada institut yang tidak sah kerana mempunyai masalah kewangan di samping yurang pengajian yang mahal. Selain daripada itu, ahli keluarga terpaksa berhutang dan dikelilingi hutang untk meneruskan kehidupan setelah berbagai cara untuk mendapatkan wang cuba dilakukan. Menurut Berita Harian (2023) Syarat ketat dikenakan untuk permohonan biasiswa atau pinjaman menjadi faktor yang menyebabkan ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih tidak melanjutkan pengajian di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT). 11 IMPLIKASI PENINGKATAN KOS SARA HIDUP IMPLIKASI PENINGKATAN KOS SARA HIDUP
IMPLIKASI PENINGKATAN KOS SARA HIDUP IMPLIKASI PENINGKATAN KOS SARA HIDUP MEMPENGARUHI ASPEK SOSIAL Demi kelangsungan hidup, duit amat diperlukan. Selain daripada berhutang, terdapat orang yang sanggup melakukan jenayah apabila mereka dalam keadaan yang terdesak tanpa menghiraukan sumber duit yang halal atau haram. Kadar jenayah dalam negara semakin meningkat saban tahun. Menurut Malaysia Gazette (2022), kadar jenayah akan meningkat kerana golongan isi rumah tidak mampu mengekalkan taraf hidup mereka. Terdapat kajian yang membuktikan bahawa jenayah seperti mencuri dan merompak terjadi kerana kadar kemiskinan meningkat. Begitu juga dengan para pelajar yang sangat-sangat memerlukan duit. Kini, banyak kes sosial yang kita boleh lihat, iaitu pelajar mempunyai 'sugar daddy’ untuk memperoleh duit secara pantas dan mudah. SEMAKIN RAMAI PELAJAR YANG KEMURUNGAN Keperluan asas kehidupan yang terjejas akan menyebabkan sesorang tertekan, menimbulkan konflik dan emosi negatif. Kebanyakan institut pengajian awam (IPTA) dan swasta (IPTS) berlokasi di pusat bandar, menambah lagi kos perbelanjaan seharian mereka memandangkan harga barangan yang lebih tinggi berbanding kawasan lain. Oleh itu, mereka perlu bekerja sambil belajar untuk membayar berbagai keperluan seorang pelajar. Hal ini menyebabkan mereka tertekan dengan bebanan dari tempat kerja dan pelajaran, kerana mereka tidak mampu menguruskan kedua-dua hal secara baik. Mereka juga tidak dapat meminta pertolongan daripada pakar kerana masa yang ada digunakan untuk bekerja untuk menampung kos hidup. Sebelum ini, Malaysia Now melaporkan pelajar universiti sepenuh memperuntukkan masa lebih 30 jam seminggu untuk kerja sambilan akibat kesempitan hidup. 12
Menurut Basmin Maarof (2022), kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk menilai semula dasar PTPTN terutamanya mahasiswa daripada keluarga B40, menilai kos-kos pengajian yang tinggi lebih-lebih lagi di IPTS dan juga menyelaraskan kursus pengajian dengan peluang kerjaya. Tambahnya lagi, semua pihak perlu bekerjasama untuk membantu menggalakkan lepasan SPM untuk menyambung pelajaran mereka, termasuklah ibu bapa, sekolah, NGO, swasta, persatuan penduduk mahupun masyarakat setempat. Berdasarkan UtusanTV (2023), kerajaan perlu mengurangkan kadar yuran pengajian, menawarkan kursus jangka pendek dan fleksibel serta tawaran kursus yang berseuaian dengan sektor ekonomi semasa supaya minat lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran boleh ditarik. Selain itu, jurusan-jurusan pelajaran yang penting boleh diteruskan manakala jurusan yang sudah terbukti tidak mampu menjaminkan pekerjaan boleh dimansuhkan. 13CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha untuk mengekang peningkatan kos sraa hidup kerana jika tidak dibendung, hal ini boleh membawa kepada pergolakan sosial dan politik dalam jangka masa yang panjang. Jika Covid19 dianggap sebagai pandemik kesihatan, peningkatan kos sara hidup dianggap sebagai wabak ekonomi. Cadangan penambahbaikan yang lain, isi rumah perlulah menjejaki perbelanjaan bulanan untuk mengenal pasti aktiviti yang menggunakan wang yang besar. Perbelanjaan bulanan boleh dilakukan bersama matlamat kewangan jangka pendek yang perlu dicapai. Perbelanjaan bulanan dapat dikurangkan dengan kerjasama semua ahli keluarga. Seterusnya, pihak firma boleh menggunakan pembekal ihak firma boleh menggunakan pembekal domestik untuk mendapatkan bekalan ramuan dan bahan mentah. Seterusnya, program makan secara percuma boleh diwujudkan untuk mengurangkan beban mereka membeli makanan harian. Cadangan terakhir, pihak sekolah atau universiti perlu sentiasa melakukan pelbagai iversiti perlu sentiasa melakukan pelbagai program yang boleh membantu murid dan pelajar yang tertekan seperti program pengurusan stres yang diadakan setiap dua minggu tanpa mendiskriminasi pelajar yang ingin mendapatkan pertolongan dari segi ingin mendapatkan pertolongan dari segi kaunseling mahupun kewangan. 14
ISU 2 kadar inflasi semasa 15
LATAR BELAKANG LATAR BELAKANG INFLASI NEGARA INFLASI NEGARA Menurut Kamus Dewan Bahasa (2016), inflasi adalah kemerosotan nilai mata wang yang berpunca daripada bertambahnya kuasa pembeli. Hal ini menyebabkan kenaikan harga barangan secara mendadak. Lazimya, terdapat empat jenis inflasi iaitu inflasi ringan, inflasi sederhana, inflasi teruk dan hiperinflasi. Namun, terdapat juga jenis inflasi mengikut ciri-ciri dan pencetus yang tersendiri. Seperti yang kita sedia maklum, penularan wabak Covid19 telah menyebabkan Malaysia mengalami krisis ekomomi. Walau bagaimanapun, Mohamad (2022) berpendapat bahawa kadar inflasi Malaysia terus terkawal pada 1.5 peratus. Kendatipun begitu, ketegangan geopolitik antara Rusia dan Ukraine yang terjadi kebelakangan ini telah menyebabkan perubahan kepada kadar inflasi negara. Menurut Bernama (2023), peningkatan inflasi sebanyak 3.3 peratus ini juga didorong oleh faktor-faktor lain. 16
Rentetan ketegangan politik antara Rusia dan Ukraine, mata wang Ringgit Malaysia dikatakan mula menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengalami pengukuhan mendadak (Bernama, 2023). Hal ini berpunca daripada pergerakan harga minyak, perbezaan kadar faedah serta perubahan dalam kedudukan pelaburan antarabangsa (IIP). Menurut Aziz (2023), walaupun harga minyak negara berada dalam kadar yang tinggi, terdapat perbezaan ketara antara kadar faedah AS dan Malaysia. Hal ini menyebabkan Malaysia terpaksa mengambil langkah pengaliran keluaran modal dengan jumlah yang besar. Kesannya, Malaysia mula mengalami krisis kejatuhan harga minyak serta kedudukan IIP yang tidak menentu. punca peningkatan kadar inflasi punca peningkatan kadar inflasi Seterusnya, kejatuhan ringgit Malaysia turut didorong oleh kejadian seperti banjir dan tanah runtuh. Hal ini tercetus apabila timbulnya isu mengenai gangguan bekalan produk pertanian. Justifikasinya, kekurangan bekalanan makanan yang terjadi telah menyebabkan kenaikan harga barangan secara tidak terkawal (Analisis Indeks Harga Pengguna November, 2023). Malahan, Bernama (2023) berpendapat bahawa kejatuhan mata wang ini turut berpunca daripada kenaikan harga majoriti komoditi, termasuk semua barang dan perkhidmatan kecuali petrol tanpa plumbum jenis RON95, RON97 dan diesel. 17
KESUKARAN UNTUK MENDAPATKAN AKSES PENDIDIKAN Menurut Hasan et al. (2019), inflasi turut mencetuskan peningkatan kos keseluruhan yuran pengajian di pendidikan awam. Bahkan, jumlah yuran pengajian juga berbezabeza mengikut program pengajian. Natijahnya, kebanyakan keluarga yang berpendapatan rendah mula berasa terbeban. Malahan, ketidakmampuan keluarga untuk menanggung kos pendidikan ini menyebabkan ramai muridmurid cenderung untuk bekerja daripada menyambung pembelajaran. Kesannya, Malaysia juga mengalami pengurangan bilangan tenaga kerja mahir dan masyarakat yang berilmu pengetahuan tinggi. CETUSAN FENOMENA INFLASI PENDIDIKAN Rentetan daripada kedua-dua impak berikut, kebanyakan penganggur berpendidikan akan mengalami ketidaksepadanan pekerjaan dalam pasaran buruh. Hal ini lam pasaran buruh. Hal ini tercetus apabila mereka terpaksa menerima sesuatu pendapatan dengan seadanya (Osman et al., 2013). Kesannya, masyarakat mula mengetepikan nilai sesuatu ilmu atau kemahiran. Malah, munculnya juga isu ketidakadilan mengenai pembiayaan biasiswa. Hal ini bersangkut- iasiswa. Hal ini bersangkutpaut dengan kadar ketidakmampuan keluarga yang berpendapatan rendah untuk membiayai yuran pendidikan yang terlalu tinggi. Maka, hal lalu tinggi. Maka, hal ini mengakibatkan ketidaksamarataan apabila mengenangkan perjuangan mereka untuk memperoleh sesuatu biasiwa. PENINGKATAN KADAR PENGANGGURAN BERGRADUAN IMPlikasi PENINGKATAN KADAR INFLASI Lazimnya, peningkatan inflasi imnya, peningkatan inflasi menyebabkan pengurangan bilangan kuasa pembeli atau sesuatu konsumer barangan. Maka, pengeluar akan mengambil kesempatan ini il kesempatan ini untuk mengurangkan bilangan pekerja harian dan menaikkan harga barangan. Hal ini berpunca daripada usaha pengeluar untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan mengurangkan kos sesuatu pengeluaran (Bahri, 2023). luaran (Bahri, 2023). Natijahnya, terdapat peningkatan kadar pengangguran masyarakat yang mendadak, terutamanya dalam kalangan individu yang baru sahaja menamatkan pengajian. . 18
cadangan penambahbaikan pppm terhadap isu peningkatan inflasi Kerajaan haruslah memastikan bahawa rangkaian pendidikan percuma yang dibekalkan kepada keluarga berpendapatan rendah mampu dicapai di mana-mana dan pada bila-bila masa. Dengan berbuat sedemikian, golongan ini mampu mendapatkan akses kepada pendidikan serta berlakunya peningkatan kualiti pendidikan. Malah, cadangan ini haruslah mengutamakan golongan B40 melalui pendekatan berkala secara bersama-sama. Kerajaan haruslah mengutamakan penyediaan insentif-insentif pendidikan kepada golongan berpendapatan rendah. kepada golongan berpendapatan rendah. Hal ini termasuklah pemberian peranti l ini termasuklah pemberian peranti siswa, pengurangan atau pinjaman kos siswa, pengurangan atau pinjaman kos pengajian pendidikan dengan nilai faedah yang rendah atau memperoleh pekerjaan yang setanding dengan keupayaan mereka. yang setanding dengan keupayaan mereka. . Kesannya, mereka turut memperoleh peluang untuk menyertai mana-mana capaian pendidikan mengikut keperluan diri. Akhir sekali, guru hendaklah bijak dalam memaksimumkan keberkesanan sistem pendidikan digital terkini. Hal ini termasuklah penggunaan sistem pendidikan maya yang mempunyai pelbagai capaian maklumat. Selain itu, guru hendaklah menyebarluaskan lagi mana-mana peluang pendidikan atau pembiayaan biasiswa kepada golongan B40. Malah, guru boleh menyediakan sebuah one stop centre bagi membolehkan murid-murid bertukar sesuatu pandangan dan kemahiran. anjakan ke-6 pppm anjakan ke-7 pppm 19
penutup Kesimpulannya, isu kenaikan kos sara hidup memberi kesan dan halangan kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke peringkat universiti. Perubahan sumber pendapatan dalam sesebuah keluarga membataskan perkembangan ilmu pengetahuan kepada generasi sekarang. Dalam mendokong usaha lima aspirasi sistem pendidikan iaitu ekuiti untuk semua murid, kerajaan haruslah bergiat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi demi kemaslahatan pendidikan setaraf peringkat global. Secara intihannya, isu bagi kadar inflasi semasa turut memberi kesan kepada para pelajar dan sektor pendidikan pada peringkat sekolah rendah, menengah dan peringkat IPT. Kadar inflasi yang merundum memberikan kerugian kepada banyak pihak terutamanya kepada golongan B40 untuk membiayai yuran pengajian. Bahkan, kadar pengangguran yang berleluasa juga tidak tertinggal melanda di negara Malaysia. Harapannya, saranan pihak kerajaan diperlukan untuk komited dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi kepada rakyat Malaysia agar menjadi satu titik pengakhiran. Hal ini memberikan kesan kepada pendidikan supaya terus memacu kehadapan demi menyambut pembelajaran digital dan TMK. Sejurus itu, sektor ekonomi dan sektor pendidikan bergerak seiring menuju kepada pencapaian yang stabil dan positif. 20
RUJUKAN Astro Awani (2023, December 22). Analisis Indeks Harga Pengguna November 2023. https://www.astroawani.com/videos/video- terkini-x7sio1/analisisindeks-harga-pengguna-november-2023-x8qshzo? Aziz, M. A. (2023, Ovctober 2). Tiga Faktor Pengaruhi Pergerakan Ringgit. BH Online. https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2023/10/1159717/tigafaktor-pengaruhi-pergerakan-ringgit-bank-dunia#google_vignette Bahri, E. N. A. (2023, March 14). Kuasa Beli dan Produktiviti. My Metro. https://www.hmetro.com.my/rencana/2023/03/945400/kuasa-beli-dan-produktiviti Basmin Maarof. (2022, August 16). Lepasan SPM Tidak Sambung Belajar: Apa Solusinya?. IKRAM. https://ikram.org.my/lepasan-spm-tidak-sambung-belajarapa-solusinya/ Berita Harian. (2024, February 14). Keperluan Mendesak Bantu Rakyat Serap Kenaikan Kos Sara Hidup. BH Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1212267/keperluan-mendesak-bantu-rakyat-serap-kenaikan-kos-sara-hidup Bernama (2023, May 17). Perangkaan: Inflasi Malaysia Naik Kepada 3.3 Peratus Pada 2022. https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news_pemerkasa.php? id=2189787 Hasan, A. A., Hamzah, N. A., Razak, M. M. A., & Abdullah, M. I. H. (2019, June 24). Kos Pendidikan Tinggi Dijangka Naik. https://www.sinarharian.com.my/article/34074/berita/nasional/kos-pendidikan-tinggi-dijangka-naik Kamus Dewan (2016). Dewan Bahasa dan Pustaka (4th ed.). Dewan Bahasa dan Pustaka. Laporan Tahunan BNM. (2021). Penelitian Semula Kos Sara Hidup: Punca dan Kesannya. Bank Negara Malaysia. https://www.bnm.gov.my/documents/20124/6458991/ar2021_bm_wb1.pdf Malaysia Gazette. (2022, July 6). Berhati-Hati dengan Peningkatan Jenayah Akibat Inflasi. MalaysiaGazette. https://malaysiagazette.com/2022/07/06/berhati-hati-dengan-peningkatan-jenayah-akibat-inflasi/ Mohamad, H. F. (2024, 22 Januari). Kadar Inflasi Malaysia Terus Terkawal Pada 1.5 Peratus. BH Online. https://www.bharian.com.my/bisnes/lainlain/2024/01/1203241/kadar-inflasi-malaysia-terus-terkawal-pada-15-peratus Mohd Zacky Zainuddin, & Hazwan Faisal Mohamad. (2022, March 30). Faktor Global, Domestik Cetus Kenaikan Kos Sara Hidup. BH Online. https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/03/940310/faktor-global-domestik-cetus-kenaikan-kos-sara-hidup Osman, Z., & Shahiri, H. I. (2013). Ketaksepadanan Pekerjaan dan Inflasi Pendidikan. Jurnal Ekonomi Malaysia, 47(2), 137-147. Rozanizam Zakaria. (2022, July 4). Waspada Kesan Kenaikan Kos Sara Hidup Terhadap Kesihatan Mental. BH Online. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2022/07/972759/waspada-kesan-kenaikan-kos-sara-hidup-terhadap-kesihatan-mental Sinar Harian. (2023, February 11). Rasuah Punca Kos Sara Hidup Meningkat - TUN M. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/244758/khas/rasuah-busters/rasuah-punca-kos-sara-hidup-meningkat---tun-m UtusanTV. (2023, June 28). Pelajar Lepasan SPM Tidak Berminat Sambung Belajar. Apakah solusinya? https://utusantv.com/2023/06/28/pelajar-lepasanspm-tidak-berminat-sambung-belajar-apakah-solusinya TN()kdPddkdbdlllldk21
SEKIAN, TERIMA KASIH