The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-BOOK PELARI MUDA TINGKATAN 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurainbalqisha, 2021-09-16 08:03:08

E-BOOK PELARI MUDA

E-BOOK PELARI MUDA TINGKATAN 1

E-BOOK PELARI MUDA

KESUSASTERAAN MELAYU

PELARI MUDA BAHASA MELAYU

TINGKATAN 1

NAMA: NUR AIN BALQISHA
BINTI AZMI

NOMBOR MAKTAB: PB211119
NAMA MRSM: MRSM BALIK

PULAU
KELAS: 1 JAZARI
NAMA GURU: ENCIK
SHURDI BIN SHUIB

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN 1

2 TEMA NOVEL 2

3 SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL 3

4 SINOPSIS SETIAP BAB (15 BAB) 4-18

5 JADUAL KOMSAS 19-33

6 BINAAN PLOT DAN CONTOH PERISTIWA 34-35

7 TEKNIK PLOT DAN CONTOH PERISTIWA 36-38

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa dan

tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru Bahasa
Melayu Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripada mereka membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Shurdi
Bin Shuib selaku guru Bahasa Melayu saya kerana meletakkan kepercayaan beliau kepada
saya untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya yang
ikhlas membantu untuk memastikan tugasan yang dilakukan ini berjalan dengan lancar dan
terima kasih kerana memberi sokongan moral sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

Syukur Alhamdulillah, dalam tugasan ini banyak perkara yang telah saya pelajari
sepanjang proses penyiapan tugasan ini dijayakan. Ianya memberi seribu satu pengalaman
yang amat bermakna kepada saya.

T Tema novel ini ialah kesombongan seorang remaja

apabila mendapat sanjungan daripada media
E menyebabkannya tidak lagi berdisiplin dalam latihan.

Hal ini dibuktikan menerusi watak utama, Kamarul
M yang meraih kejayaan cemerlang dalam sukan MSSM

dan seterusnya terpilih dalam Sukan SEA di Brunei.
A Media banyak memaparkan kehebatan Kamarul
menyebabkan dia menjadi sombong dan tidak mahu
berlatih lagi di bawah kelolaan Encik Kadir.
Hubungan dengan rakannya, Saridah juga renggang
gara-gara sikapnya yang angkuh. Namun, dia akhirnya
insaf apabila prestasinya menurun dan rakan
pelatihnya, Sures berjaya mengalahnya dalam sesi
kecerdasan.

SINOPSIS KESELURUHAN
NOVEL

Cerita ini mengisahkan pengalaman watak utama iaitu Kamarul seorang pelajar tingkatan 5 yang berjaya dalam acara sukan
olahraga. Beliau pernah terpilih mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Brunei. Kamarul terpilih untuk mewakili negara
dalam kejohanan sukan SEA di Bangkok dua bulan lagi. Dia dilatih oleh Encik Kadir. Kejayaan ini telah menjadikan Kamarul dikenali
ramai, disanjung dan popular. Walau bagaimanapun, di sebalik kejayaan ini sikap Kamarul pada pandangan kawan-kawannya sudah
berubah. Kamarul bersikap sombong, ego, menjauhkan diri daripada kawan-kawan, malah tidak berdisiplin menjalani latihan di bawah
bimbingan Encik Kadir. Akibat sikapnya yang rendah moral itu, Kamarul ditegur oleh kawan baiknya Saridah. Teguran Saridah
menjadi punca dia menyepikan diri daripada Saridah. Kamarul juga menunjukkan sikap tidak menghormati jurulatihnya. Teguran-
teguran yang diberikan oleh Encik Kadir dibalas dengan jawapan dan tindakan yang tidak bermoral. Suatu hari, dalam perjalanan balik
daripada latihan Kamarul dilanggar kereta. Dia dimasukkan ke hospital. Sepanjang berada di hospital, Encik Kadir dan Saridah tetap
menziarahi Kamarul. Sikap bertanggungjawab Encik Kadir dan keprihatinan Saridah menjadikan titik mula Kamarul insaf dan berubah
sikap. Setelah sembuh daripada kecederaan, Kamarul menjalani semula latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Hubungan Kamarul
dengan Encik Kadir bertambah baik. Hasrat Kamarul untuk mewakili nergara telah direstui pihak sekolah. Kamarul dan delegasi
Malaysia berlepas ke Bangkok untuk menyertai kejohanan sukan SEA ke-14 di Bangkok. Di Bangkok, Kamarul mengambil kesempatan
bertemu De Wega, atlit sukan lari Filipina yang terkenal. Berita tentang Kamarul sebagai atlit Malaysia tersiar dalam media massa di
Bangkok. Dalam acara lari 100m dan 400m kejohanan tersebut Kamarul berjaya meraih pingat emas. Kejayaan Kamarul mendapat
pujian dan ucapan daripada Encik Kadir dan rakan-rakan, termasuk rakan-rakan sekelasnya di Malaysia. Kamarul mengucapkan
terima kasih atas bimbingan yang diberikan oleh Encik Kadir dan menjadi pendorong kejayaan. Kamarul terkejut dan terharu apabila
Encik Kadir menyatakan hasrat untuk bersara. Setelah kejohanan Sukan SEA tamat, Kamarul dan delegasi Malaysia berangkat pulang
ke Malaysia membawa kejayaan cemerlang untuk negara, sekolah dan untuk dirinya sendiri. Di lapangan terbang Kamarul telah
disambut meriah dengan ucapan tahniah daripada ibu bapa dan rakan-rakannya.

SINOPSIS SETIAP BAB (15 BAB)

SINOPSIS Sures menunggu Kamarul di Pusat Sukan Kampung Pandan tetapi Kamarul masih
BAB 1 belum sampai. Sures terkilan kerana Kamarul tidak menepati janji. Sures tertanya-tanya
tentang sikap Kamarul yang banyak berubah. Kamarul sudah jarang-jarang berbual
dengan kawan-kawan yang lain. Dia juga mengelak untuk menghadiri latihan sukan
tahunan sekolah.
Semasa Sures melakukan latihan memanaskan badan, Encik Kadir memanggilnya. Encik
Kadir bertanyakan Sures tentang Kamarul yang masih belum datang. Sures mencuba
untuk mempertahankan Kamarul. Sures yang tidak mahu memeningkan kepalanya terus
menyertai kumpulan lain yang sedang menjalani latihan.
Petang itu, mereka membuat lima larian pantas. Sures berlari dengan pantas dan berjaya
mengatasi pelari-pelari yang lain. Dia tersenyum apabila menerima tepukan daripada
perlari-pelari lain. Sebelum mereka bersurai, Encik Kadir berjumpa dengan Sures. Encik
Kadir mahu Sures memberitahu Kamarul untuk berjumpa dengannya esok hari. Sures
mengangguk. Encik Kadir kelihatan kecewa akan ketidakhadiran Kamarul pada hari itu.
Saridah bertemu dengan Suresh. Sures bertanyakan Saridah tentang Kamarul. Saridah
tidak tahu. Sures menceritakan masalah tentang sikap Kamarul belakangan ini. Saridah
kemudiannya meminta diri untuk pulang ke rumah.

SINOPSIS SETIAP BAB (15 BAB)

SINOPSIS Sures menunggu Kamarul di Pusat Sukan Kampung Pandan tetapi Kamarul masih belum
BAB 2 sampai. Sures terkilan kerana Kamarul tidak menepati janji. Sures tertanya-tanya tentang
sikap Kamarul yang banyak berubah. Kamarul sudah jarang-jarang berbual dengan kawan-
kawan yang lain. Dia juga mengelak untuk menghadiri latihan sukan tahunan sekolah.

Semasa Sures melakukan latihan memanaskan badan, Encik Kadir memanggilnya.
Encik Kadir bertanyakan Sures tentang Kamarul yang masih belum datang. Sures mencuba
untuk mempertahankan Kamarul. Sures yang tidak mahu memeningkan kepalanya terus
menyertai kumpulan lain yang sedang menjalani latihan.

Petang itu, mereka membuat lima larian pantas. Sures berlari dengan pantas dan
berjaya mengatasi pelari-pelari yang lain. Dia tersenyum apabila menerima tepukan
daripada perlari-pelari lain. Sebelum mereka bersurai, Encik Kadir berjumpa dengan
Sures. Encik Kadir mahu Sures memberitahu Kamarul untuk berjumpa dengannya esok
hari. Sures mengangguk. Encik Kadir kelihatan kecewa akan ketidakhadiran Kamarul pada
hari itu.

Saridah bertemu dengan Suresh. Sures bertanyakan Saridah tentang Kamarul. Saridah
tidak tahu. Sures menceritakan masalah tentang sikap Kamarul belakangan ini. Saridah
kemudiannya meminta diri untuk pulang ke rumah.

SINOPSIS SETIAP BAB (15 BAB)

SINOPSIS Saridah menunggu Kamarul di perpustakaan. Dia kecewa kerana
BAB 3 kelibat Kamarul langsung tidak kelihatan. Dia pulang ke kelasnya.
Juriah menghampiri Saridah yang dilihatnya sedang muram.
Saridah membisu. Juriah menebaknya bergaduh dengan Kamarul.
Dia menasihati Saridah. Saridah hanya memandang Juriah tanpa
bersuara.

Selepas waktu sekolah, Saridah tidak terus pulang ke rumah. Dia
ke perpustakaan. Dia menulis surat untuk Kamarul. Walau
bagaimanapun, dia berasa serba salah hendak menyerahkan surat
itu kepada Kamarul. Juriah datang menemui Saridah. Saridah
memintanya menyerahkan surat itu kepada Kamarul.

SINOPSIS SETIAP BAB (15 BAB)

SINOPSIS Selepas minum petang, Kamarul hendak keluar untuk berjoging. Ibunya
BAB 4 hairan kerana dia hanya berpakaian biasa. Ketika dia hendak meminta diri
untuk pergi berjoging, ibunya menyerahkan sepucuk surat kepadanya.

Kamarul berhenti lalu membaca surat itu. Surat daripada Saridah benar-
benar menyentak hati kecilnya. Dia teringatkan tindakannya terhadap
Saridah. Wajah Cikgu Zainal dan Encik Kadir silih berganti. Surat itu
dikeronyoknya lalu dibuang ke dalam longkang. Hatinya kembali marah
dan geram.

Kamarul berjalan menghala ke Stadium Merdeka. Kamarul terbayang
seolah-olah dia dikelilingi oleh ribuan penonton yang bersorak untuknya.
Dia menjerit dan suaranya yang kuat itu bergema ke ruang tempat duduk.
Dia menyedari tiada sesiapa di situ. Dengan geram dia terus keluar dari
stadium itu.

SINOPSIS SETIAP BAB (15 BAB)

SINOPSIS Saridah kecewa kerana Juriah yang ditunggu tidak datang pada masa
BAB 5 yang dijanjikan. Dalam jemu menunggu Saridah teringat Kamarul yang
juga tidak datang menemuinya di perpustakaan. Sewaktu menatap
sekeping gambar dalam album di bilik rumahnya, Saridah teringat
kenangan manis bertemu Kamarul sewaktu menyertai sukan MSSM di
Stadium Merdeka. Kenangan itu amat menyentuh perasaan Saridah,
kerana hubungan baik dengan Kamarul berpanjangan dari padang
permainan ke bilik darjah hingga ke rumah. Saridah teringat kemesraan
ibu bapa Kamarul terhadapnya. Walau bagaimanapun, setelah Kamarul
terkenal dan glamour sebagai atlit sukan, sikapnya terhadap Saridah
mula berubah. Perubahan inilah yang membuatkan Saridah kecewa dan
sedih.

SINOPSIS SETIAP BAB (15 BAB)

SINOPSIS Encik Kadir menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap
BAB 6 kemerosotan prestasi Kamarul. Manakala prestasi Sures kian
cemerlang. Encik Kadir sangat bangga akan pencapaian prestasi
Sures. Dia mahu semua pelatihnya mengatasi rekod terpantas yang
dibuat oleh pelari sukan negara lain. Encik Kadir memanggil
Kamarul bertanya tentang masalah yang dihadapi Kamarul, tetapi
Kamarul tidak menceritakan masalahnya, sebaliknya
menunjukkan respon yang angkuh terhadap Encik Kadir. Kamarul
memberitahu bahawa dia boleh berlatih sendiri dan tidak perlu
latihan daripada orang lain. Sikap Kamarul ini amat
memeranjatkan Encik Kadir.

SINOPSIS SETIAP BAB (15 BAB)

SINOPSIS Kamarul melepaskan kemarahan kepada Encik Kadir setelah
BAB 7 membaca kenyataan Encik Kadir dalam akhbar. Sikap itu ditegur
oleh Mak Jah. Pada ketika itu juga Kamarul menerima panggilan
telefon daripada Saridah. Saridah menyatakan kemaafannya dan
mendoakan kejayaan Kamarul di Bangkok nanti. Pada sebelah
petang di sekolah, Saridah bertemu dengan Juriah. Mereka
berbual-bual di kantin begitu lama. Saidah meluahkan perasaan
hatinya yang terpendam terhadap Kamarul untuk dikongsi
bersama-sama dengan Juriah. Juriah memahami perasaan yang
dialami Saridah dan memberi kata nasihat supaya Saridah lebih
mengutamakan pelajaran. Setelah lama berbual-bual, merekapun
pergi ke padang sekolah.

SINOPSIS SETIAP BAB (15 BAB)

SINOPSIS Kamarul dipanggil oleh Cikgu Zainal ke bilik guru. Sebelum
BAB 8 keluar, berlaku sedikit perang mulut antara Kamarul dengan
Adibah, Ketua Kelas apabila Kamarul cuba keluar kelas sebelum
loceng berbunyi. Sikap angkuh Kamarul menimbulkan rasa tidak
puas hati Adibah. Apabila loceng berbunyi, Kamarul terus pergi
menemui Cikgu Zainal. Cikgu Zainal memberitahu bahawa
Kamarul diberi kebenaran untuk bercuti bagi mewakili negara.
Cikgu Zainal mengucapkan syabas kepada Kamarul dan
menasihati Kamarul supaya memberi perhatian terhadap
peperiksaan SPM di samping kegiatan sukan yang diceburinya.

SINOPSIS SETIAP BAB (15 BAB)

SINOPSIS Kamarul menjalani latihan seperti biasa bersama-sama dengan Sures dan
BAB 9 rakan-rakan pelatih lain. Sures menunjukkan prestasi yang cemerlang,
manakala Kamarul masih tidak berjaya mencapai rekod lamanya. Encik Kadir
tidak berpuas hati dengan pencapaian Kamarul. Beliau menasihati Kamarul
agar lebih serius dan berdisiplin menjalani latihan. Kamarul tidak
menunjukkan sikap patuh, sebaliknya Kamarul berpendapat tanpa disiplin pun
dia boleh berjaya. Encik Kadir memberikan sebutir pingat yang pernah
dimenanginya sebagai pendorong Kamarul. Namun, Kamarul tidak mahu
menerima pingat itu dan bertindak melemparkannya di hadapan Encik Kadir.
Encik Kadir terkejut dengan tindakan Kamarul. Dalam perjalanan pulang,
Kamarul teringat-ingat perbuatan terhadap Encik Kadir. Terbayang juga dalam
ingatan akan sikap angkuh dan menyoal diri sendiri dengan sikapnya itu.
Tanpa menoleh ke kiri dan kanan ketika melangkah menyeberangi jalan raya,
Kamarul dilanggar sebuah kenderaan.

SINOPSIS SETIAP BAB (15 BAB)

SINOPSIS Kamarul dirawat di hospital kerana kecederaan yang dialami dengan ditemani
BAB 10 ibunya Mak Jah. Saridah dan Encik Kadir datang menziarahi Kamarul tetapi dia
masih tidur di katil. Sebelum beredar Encik Kadir menenangkan Mak Jah dengan
harapan kesihatan Kamarul segera pulih. Setelah sedar, Kamarul dapati Saridah ada
di sisinya. Mereka bertanya khabar dan Saridah menyampaikan salam daripada
Encik Kadir dan Sures. Dalam pada itu, Saridah masih berharap kesalahannya yang
lalu dimaafkan Kamarul. Doktor memberitahu bahawa kecederaan Kamarul tidak
serius dan boleh balik ke rumah. Kunjungan kawan-kawan ke hospital membuatkan
Kamarul berasa terharu, terutama pada Saridah dan Encik Kadir. Kamarul
mengelamun tentang sikap buruknya terhadap Encik Kadir, Cikgu Zainal, Saridah
dan kawan-kawan yang lain. Timbul keinsafan dalam dirinya dan mula timbul
keazaman untuk serius dalam latihan. Encik Kadir datang menyebabkan lamunan
Kamarul terganggu. Encik Kadir memberitahu bahawa dia akan membawa Kamarul
balik ke rumah. Kamarul berasa terharu dengan keikhlasan Encik Kadir tetapi dalam
masa yang sama dia ceria dan gembira kerana dapat keluar dari hospital.

SINOPSIS SETIAP BAB (15 BAB)

SINOPSIS Pihak KOAM mengeluarkan kenyataan akhbar meletakkan
BAB 11 harapan yang tinggi pada Kamarul dalam sukan SEA di Bangkok.
Kenyataan ini membuatkan Kamarul resah. Walau bagaimanapun,
Kamarul telah bersedia untuk berlatih bersungguh-sungguh.
Kedatangan Kamarul di pusat latihan menggembirakan Encik Kadir.
Encik Kadir menguji kepantasan Kamarul, namun prestasi Kamarul
masih tidak memuaskan hati Encik Kadir. Namun, Encik Kadir
meyakinkan Kamarul bahawa prestasinya akan meningkat apabila
kesihatannya kembali normal. Di rumah, Kamarul menilik gambar-
gambar atlet sukan olahraga yang terkenal. Daripada situ, beliau
berazam untuk membuat catatan terbaik sebagaimana tokoh-tokoh
atlet yang berjaya itu.

SINOPSIS SETIAP BAB (15 BAB)

SINOPSIS Suasana di lapangan terbang sebelum Kamarul dan atlet lain
BAB 12 berlepas ke Bangkok. Dalam keriuhan dan suara kawan-kawan
yang memberi semangat, Kamarul masih tercari-cari Saridah yang
masih tidak muncul. Keresahan Kamarul menjadi usikan kawan-
kawannya Adibah dan Fazilah. Tidak lama kemudian Saridah
sampai di situ dan disambut riang oleh Kamarul. Saridah dengan
mesra mengucapkan selamat jalan dengan harapan semoga
Kamarul berjaya.

SINOPSIS SETIAP BAB (15 BAB)

SINOPSIS Kontinjen Malaysia sampai di Bangkok. Kamarul dan Sures tinggal sebilik.
BAB 13 Mereka seronok kerana inilah kali pertama mereka ke Bangkok. Kamarul
masih dilanda perasaan muram kerana bimbang akan kecergasannya yang
belum mencapai tahap terbaik. Walau bagaimanapun, ia ditenangkan oleh
Sures dengan kata-kata semangat dan keyakinan untuk berjaya. Kamarul dan
atlet lain menjalani latihan kepantasan di gimnasium A. Seusai latihan
Kamarul mencari De Wega, atlit Filipina yang diminatinya. Pertemuan dengan
De Wega amat mengembirakan Kamarul. Mereka berkenalan dan berbual
panjang tentang publisiti De Wega, tentang semangat kesukanan, disiplin dan
pengalaman diri. Banyak maklumat yang diperoleh oleh Kamarul daripada De
Wega dan banyak pula pengajaran yang meningkatkan semangatnya. Kamarul
berasa gembira dengan pertemuan itu dan semangatnya untuk berjaya
semakin berkobar-kobar.

SINOPSIS SETIAP BAB (15 BAB)

SINOPSIS Berita tentang Kamarul muncul dalam televisyen dan akhbar di Bangkok. Kamarul terkejut
BAB 14 mendengar hal itu apabila diberitahu oleh Abdul Rahman. Pada sebelah petang berlangsung
upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Ke-14. Kamarul dan Sures menyertai perbarisan
kontingen Malaysia. Pertandingan acara bermula selepas itu. Pada hari pertama, Malaysia
telah memenangi beberapa pingat emas, perak dan gangsa. Encik Kadir dan penolong
jurulatihnya memberi perangsang dan semangat kepada Kamarul dan atlit Malaysia yang lain.
Encik Kadir memberikan Kamarul sebutir pingat emas yang pernah dimenanginya sebagai
perangsang Kamarul. Kamarul menerima dan mengikatnya di pinggang. Acara 100m bermula.
Kamarul berjaya meraih kejayaan menewaskan peserta lain termasuk atlit Filipina, De Wega
yang diminatinya. Pada sebelah petang, Kamarul memenangi satu lagi pingat emas menerusi
acara 400m. Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan
atlit dan pegawai-pegawai, termasuk ucapan tahniah daripada rakan-rakan di Malaysia
terutamanya Saridah. Encik Kadir berasa puas dengan kejayaan Kamarul. Kamarul terkejut
apabila Encik Kadir memberitahu cadangannya untuk bersara selepas kejohanan sukan ini.
Kamarul terharu dan terkilan apabila diberitahu Encik Kadir sepatutnya bersara pada tahun ini
tetapi menangguhkannya demi kejayaan sukan SEA ini.

SINOPSIS SETIAP BAB (15 BAB)

SINOPSIS Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah berakhir. Malaysia
BAB 15 menduduki tepat kedua. Di hotel penginapan, Kamarul dikunjungi De
Wega. De Wega mengucapkan tahniah kepada Kamarul. De Wega
memberi nasihat dan kata perangsang kepada Kamarul. Kemudian
Kamarul memberikan cenderamata kepada De Wega sebagai
kenang-kenangan. Demikian juga De Wega turut memberikan
cenderamata berupa sebutir pingat emas yang pernah dimenangi
dalam sukan SEA di Brunei kepada Kamarul. Penerbangan pulang
atlit Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Subang Kuala Lumpur
dan disambut meriah oleh emak, ayah,kakak, Saridah dan beberapa
orang kawan-kawannya. Semua mengucapkan tahniah atas kejayaan
Kamarul.

JADUAL KOMSAS

BAB 1

JADUAL KOMSAS

BAB 2

JADUAL KOMSAS

BAB 3

JADUAL KOMSAS

BAB 4

JADUAL KOMSAS

BAB 5

JADUAL KOMSAS

BAB 6

JADUAL KOMSAS

BAB 7

JADUAL KOMSAS

BAB 8

JADUAL KOMSAS

BAB 9

JADUAL KOMSAS

BAB 10

JADUAL KOMSAS

BAB 11

JADUAL KOMSAS

BAB 12

JADUAL KOMSAS

BAB 13

JADUAL KOMSAS

BAB 14

JADUAL KOMSAS

BAB 15

BINAAN PLOT DAN CONTOH
PERISTIWA

1. PERMULAAN

Kamarul bersiap-siap hendak ke sekolah. Kamarul tidak gembira kerana
hubungannya dengan Saridah semakin renggang. Dalam perjalanan ke sekolah,
Kamarul teringat akan Cikgu Zainal, guru sukan yang mula-mula mengesan
bakatnya dalam bidang olahraga.

2. PERKEMBANGAN

Kamarul telah banyak berubah kerana sudah terkenal. Kamarul enggan berlatih
dengan Encik Kadir kerana baginya latihan yang diberikan oleh Encik Kadir amat
membosankannya. Kamarul enggan bergaul dengan kawan-kawan sekolah.
Kamarul juga enggan menjalani latihan sukan sekolah.

BINAAN PLOT DAN CONTOH
PERISTIWA

3. KLIMAKS

Kamarul susah hati. Tahap kecergasannya semakin menurun. Kamarul bergaduh
dengan Encik Kadir kerana dia kerap ponteng latihan. Akibat terlalu runsing,
Kamarul melintas jalan raya tanpa menoleh ke kiri. Kamarul dilanggar kereta.
Kamarul melambung ke udara kemudian terhempas di tengah-tengah jalan. Kamarul
pengsan lalu di bawa ke hospital.

4. PELERAIAN

Kamarul mendapat dua pingat emas dalam acara lari pecut 100 meter dan 400
meter dalam Sukan SEA ke-14 di Bangkok. Kamarul menerima ucapan tahniah
daripada Encik Kadir dan rakan-rakannya di Malaysia. Kamarul bertukar-tukar
cenderamata dengan De Wega. Kamarul dan atlet-atlet yang lain pulang ke
Malaysia.

TEKNIK PLOT DAN CONTOH
PERISTIWA

1. PEMERIAN

Contohnya, pengarang memerihalkan kebiasaan Kamarul yang
membaca surat khabar tentang perkembangan sukan tanah air dan
luar negara selepas sarapan.

2. DIALOG

Contohnya, dialog antara Kamarul dan Adibah yang melarangnya
keluar dari kelas sebelum loceng rehat berbunyi, walaupun
Kamarul menyatakan bahawa dia mahu berjumpa dengan Cikgu
Zainal.

TEKNIK PLOT DAN CONTOH
PERISTIWA

3. MONOLOG

Contohnya, ketika berada di perpustakaan sambil menunggu
kedatangan Kamarul, Saridah berfikir bahawa Kamarul perajuk dan
pendendam orangnya apabila Kamarul tidak datang menemuinya di
situ.

4. IMBAS KEMBALI

Contohnya, Saridah mengingati peristiwa pertemuan pertamanya
dengan Kamarul ketika menyertai Kejohanan MSSM di Stadium
Merdeka.

TEKNIK PLOT DAN CONTOH
PERISTIWA

5. IMBAS MUKA

Contohnya, selepas kemalangan, Kamarul bertekad untuk
kembali berlatih dan membuktikan kepada Encik Kadir
bahawa dia akan menjadi seorang ahli sukan yang berdisiplin

6. SASPENS

Contohnya, pembaca tertanya-tanya apakah yang akan
terjadi kepada Kamarul akibat dilanggar kereta.

SEKIAN TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version