SEKOLAH BEBAS DADAH
Melaksanakan aktiviti-aktiviti PPDa
yang bersepadu dan menyeluruh
daripada aspek pengurusan dan
kepimpinan, kokurikulum dan
pembangunan sahsiah
bagi memastikan semua murid
bebas daripada pengaruh dadah.
DARVIH
Dadah ialah bahan psikoaktif
yang mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan
seseorang pengguna dari segi
jasmani (fizikal), rohani (mental
dan emosi) serta tingkah laku.
Dadah memberi kesan ke atas
sistem saraf pusat (otak dan
saraf tunjang).
Akibat daripada kesan ini,
seseorang yang
menyalahgunakan dadah akan
menjadi ketagih dan akan terus
bergantung hidup padanya.
Sumber : Infografik Program Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) SMK Putrajaya
Presint 5(1)
DARVIH
Alkohol sinonim dengan arak
atau minuman keras.
Minuman ini boleh memabukkan
dan boleh menimbulkan kesan
ketagihan.
Sumber : Infografik Program Pendidikan Minuman beralkohol memberi
Pencegahan Dadah (PPDa) SMK Putrajaya pelbagai kesan negatif
Presint 5(1) terhadap badan seperti
memperlahankan sistem saraf
pusat.
DARVIH
Rokok adalah silinder daripada
kertas yang berukuran 70mm
sehingga 120mm yang berisi daun-
daun tembakau.
Rokok memberi pelbagai kesan
negatif kepada kesihatan manusia
terutamanya kepada paru-paru.
Kesan rokok yang paling utama
adalah kanser paru-paru.
Sumber : Infografik Program Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) SMK Putrajaya
Presint 5(1)
DARVIH
Vape atau rokok elektrik
adalah salah satu jenis dari
pengantar nikotin elektronik.
Vape atau rokok elektronik
boleh membahayakan
kesihatan.
Ini kerana vape mempunyai
nikotin yang cukup untuk
merosakkan paru-paru bagi
sesiapa yang menghisapnya.
Sumber : Infografik Program Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) SMK Putrajaya
Presint 5(1)
DARVIH
Inhalan adalah bahan kimia yang
mengandungi bahan psikoaktif
yang dihasilkan daripada pelarut
organik dan bahan meruap.
Inhalan dapat dihidu secara
terus daripada bekas terbuka.
Inhalan boleh menyebabkan
kematian sel otak.
Sumber : Infografik Program Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) SMK Putrajaya
Presint 5(1)
DARVIH
HIV merupakan singkatan
Human Immunodeficiency Virus
iaitu sejenis virus penyebab bagi
AIDS.
HIV terdapat dalam cairan tubuh
seseorang yang telah terinfeksi
seperti di dalam darah.
Menurut kajian, hampir 60 %
daripada jumlah pesakit AIDS
atau pembawa virus HIV terdiri
daripada golongan penagih dadah.
Sumber : Infografik Program Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) SMK Putrajaya
Presint 5(1)