The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zheng Hao Tang, 2025-03-12 04:28:48

Penulisan ulasan Journal

Penulisan ulasan Journal

Journal “Problematika Kemampuan Literasi Membaca Siswa Sekolah Dasar” - Hida Ma'rifatuz Zakiah &Yesi Sukmandari Hida Ma'rifatuz Zakiah, & Yesi Sukmandari. (2024). Problematika Kemampuan Literasi Membaca Siswa Sekolah Dasar. Tsaqofah, 4(2), 1246–1257. https://doi.org/10.58578/tsaqofah.v4i2.2680 Pengenalan secara ringkas: Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan faktor-faktor yang menyebabkan rendahnya kemampuan membaca pada siswa sekolah dasar. Hasil penelitian menunjukkan bahwa minat baca yang rendah, kurangnya peran orang tua, dan metode pengajaran yang kurang menarik menjadi penyebab utama masalah literasi membaca. Penulisan Ulasan: Jurnal ini membincangkan masalah literasi membaca dalam kalangan murid sekolah rendah serta faktor-faktor yang menyebabkan tahap penguasaan membaca yang rendah. Kajian mendapati bahawa terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini, termasuk minat membaca yang rendah, kurangnya peranan ibu bapa dalam membimbing anak-anak, serta kaedah pengajaran yang kurang menarik yang disampaikan oleh guru. Salah satu faktor utama yang dikenal pasti ialah tahap minat membaca yang rendah dalam kalangan murid. Ramai murid kurang terdorong untuk membaca kerana mereka menganggap aktiviti ini membosankan atau tidak menyeronokkan berbanding dengan permainan komputer. Selain itu, ketersediaan bahan bacaan yang terhad di rumah atau sekolah turut menjadi penyebab kepada kurangnya amalan membaca dalam kalangan murid. Sekiranya mereka tidak dibiasakan dengan budaya membaca sejak kecil, mereka akan menghadapi kesukaran untuk memahami teks dan memperoleh makna daripada bacaan mereka.


Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa peranan ibu bapa dalam mendidik anakanak mengenai kepentingan membaca masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Ramai ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap perkembangan literasi anak-anak mereka terutamanya dalam kemahiran mambaca dan kemahiran menulis. Hal ini berlaku dalam kalangan murid kerana kesibukan bekerja untuk mencari pendapat atau kurangnya kesedaran mengenai kepentingan membaca dalam kehidupan seharian. Kajian mendapati bahawa ibu bapa yang sering membacakan buku kepada anak-anak atau menyediakan bahan bacaan yang menarik dapat membantu meningkatkan minat dan kemahiran membaca mereka. Faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah literasi membaca ialah kaedah pengajaran yang kurang menarik dan tidak sesuai dengan keperluan murid yang disampaikan oleh guru. Sesetengah guru masih menggunakan pendekatan tradisional yang menekankan pembacaan secara mekanikal tanpa memberi tumpuan kepada pemahaman dan keseronokan membaca. Hal ini menyebabkan murid berasa kurang berminat dan tiada dapat memberi tumpuan untuk membaca, sekali gus menyukarkan mereka untuk mengembangkan kemahiran membaca secara berkesan. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran membaca juga masih terhad di sekolah-sekolah kawasan luar bandar, sedangkan kaedah interaktif seperti bacaan bergambar, aplikasi digital, dan permainan literasi mampu meningkatkan minat membaca murid. Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk menangani masalah ini. Antaranya ialah memperkenalkan kaedah pengajaran yang lebih menarik dan interaktif dalam bilik darjah, seperti penggunaan bahan bacaan bergambar, bercerita secara kreatif, dan permainan bahasa yang menyeronokkan. Selain itu, ibu bapa juga disarankan untuk memainkan peranan yang lebih aktif dengan meluangkan masa membaca bersama anak-anak serta menyediakan bahan bacaan yang menarik di rumah. Kerjasama antara sekolah, ibu bapa, dan komuniti juga penting dalam membudayakan amalan membaca sejak kecil. Secara keseluruhannya, jurnal ini menekankan kepentingan meningkatkan minat dan kemahiran membaca dalam kalangan murid sekolah rendah. Dengan adanya usaha yang berterusan daripada guru, ibu bapa, dan pihak berkepentingan lain, diharapkan masalah literasi membaca dalam kalangan murid dapat diatasi dengan lebih berkesan.


Click to View FlipBook Version