Pendahuluan • Dato Onn Jaafar
Negara kita mencapai kemerdekaan setelah melalui suatu proses
yang panjang.Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama
beratus-ratus tahun menjadikan semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk
memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal.Oleh itu,semangat dan
kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga berjaya memberi
kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat.Kempen-kempen oleh para pejuang
kemerdekaan yang tidak kenal putus asa , akhirnya membuahkan hasil apabila
British meluluskan piagam kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Negara kemudian
bergerak matang dan lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang
lebih mantap dalam mengatasi cabaran semasa.Hasilnya,terbentuknya negara
Malaysia seperti yang dikenali pada hari ini secara rasminya pada 16 September
1963.
Dalam sejarah memperjuangkan kemerdekaan negara kita,banyak
tokoh terbilang yang banyak berjasa kepada negara kita telah dilahirkan.Antaranya
tokoh yang paling terkenal dan banyak menyumbang kepada negara Malaysia dan
negeri Johor ialah Dato Onn Jaafar.
Pengenalan Dato Onn Jaafar
Dato Onn Jaafar , nama penuh Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar
diiktiraf sebagai tokoh yang berjasa kepada negara dan negeri Johor kerana
mengasaskan penubuhan UMNO dan menjadi Yang Dipertua Pertama dari tahun
1946 hingga 1951. Beliau berjasa menentang dan membubarkan Malayan Union
(MU). Sumbangan Dato Onn Jaafar dalam perjuangan ke arah kemerdekaan
negara pada hakikatnya tidak boleh dinafikan. Kemerdekaan hari ini yang tercapai
pada 31 Ogos 1957 meskipun tidak dianggap sebagai buah tangan Dato’ Onn
Jaafar, tetapi sebenarnya ia merupakan hasil asas yang dibina oleh beliau.
Biodata Dato Onn Jaafar
• Bapa Ibu bapa Menubuhkan • Perlembagaan Persekutuan
Dato beliau Pertubuhan Tanah Melayu
Onn Kebangsaan Melayu
Jaafar Bersekutu (UMNO) Melahirkan
pada 11 Mei 1946 Persekutuan
• Ibu Dato Onn Gambar Sultan Ibrahim Tanah Melayu
Jaafar pada tahun 1950-an
Memimpin UMNO dan
Bapa beliau Datuk Jaafar bin Hubungan Dilantik sebagai berjaya mamaksa
Haji Muhammad iaitu dengan presiden UMNO
kerajaan British untuk
Menteri Besar Johor yang Sultan Ibrahim pertama. membubarkan Melayan
pertama semasa pemerintahan Union dan digantikan
Pelahiran Datuk Onn dipelihara oleh Sultan Dilantik
Sultan Ibrahim.Ibu beliau Ibrahim sebagai anak angkat menjadi Menteri dengan Persekutuan
bernama Rugayah berasal dari baginda sejak berusia enam tahun. Tanah Melayu.
Besar Johor
Timur Dekat,berketurunan pada 1 Oktober
Turki.
1946
Dilahirkan pada 12 Februari 1895 di Beliau meletakkan jawatan
Jalan Gertak Merah,Bukit pada tiga tahun kemudian
Gambir,Johor Bahru,British
Malaya(kini Malaysia). untuk menumpukan
masanya pada UMNO.
• Berita yang memaparkan bahawa Dato Onn Jaafar
telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor
Meletakkan Menubuhkan • Parti Negara yang
jawatan sebagai Parti Negara ditubuhkan oleh Dato
presiden UMNO
Beliau menubuhkan Onn Jaafar
• Pertubuhan Dato Onn meletakkan jawatan sebagai Menubuhkan Parti Negara bagi
Kebangsaan Melayu presiden UMNO apabila persidangan IMP tujuan bertanding Meninggal
Bersekutu (UMNO) dalam pilihan raya dunia
Majlis Mesyuarat Agong Keenam
diadakan pada 25-26 Ogos 1951 umum yang pertama Beliau meninggal
kerana cadangannya ditentang. di Persekutuan Tanah dunia pada 19
Melayu pada tahun Januari 1962
Mencadang untuk Beliau menubuhkan 1955 tetapi gagal dan dengan umur 67
menukarkan nama Parti Kemerdekaan tahun di Johor
Malaya (IMP) pada tidak memenangi Bahru,Johor
UMNO 26 Ogos 1951 tetapi sebarang kerusi Malaysia.
kepada”Pertubuhan dalam pilihan raya
Kebangsaan” tetapi tidak mendapat itu.Pada tahun
sokongan daripada
gagal 1959,beliau
kaum Melayu. mendapat satu kerusi
di kawasan Parlimen
• Penubuhan IMP
Kuala Terengganu
Selatan dalam pilihan
raya Persekutuan
dengan umur 64
tahun.
Mencadangkan bahawa membuka keahlian parti • Makam Allahyarham Dato Onn Jaafar di Makam
kepada semua kaum tetapi ditentang. Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru
Pendidikan Dato Onn Jaafar
• Pendidikan asas beliau bermula di Sekolah
Melayu Johor Bahru.
• Selepas menjadi anak angkat Sultan
Ibrahim ,beliau menghabiskan masa di Istana
Johor. Belajar bahasa Inggeris dengan wanita
Inggeris bersama Tunku Mahkota Ismail, Tunku
Abu Bakar dan Tunku Ahmad pada usia sembilan
tahun.
• Pada tahun 1903,beliau belajar di Alderburgh
Lodge School, Suffolk, England selama enam
tahun.Beliau ke sana sebagai pengiring putera-
putera Sultan Johor.Beliau cemerlang dalam
sukan dan menjadi ketua pasukan kriket dan bola
sepak sekolah.
• Pada 25 Mac 1910,beliau kembali ke Johor
dengan perawakan Barat.
• Pada tahun 1910 hingga 1911,beliau belajar di
Kolej Melayu Kuala Kangsar(MCKK).Menurut
penulis biografi,Ramlah Adam, salah satu sebab
utama beliau belajar di MCKK adalah untuk
meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu yang
telah banyak menurun ketika beliau berada di
England.
• Dato Onn Jaafar semasa belajar di Alderburgh Lodge
School, Suffolk, England
• Kolej Melayu Kuala Kangsar(MCKK) • Alderburgh Lodge School, Suffolk, England
Kerjaya Dato Onn Jaafar Sebagai
Kerani,Tentera Dan Wartawan
• Pulau Belakang Mati (dalam 1934
bulatan berwarna merah)
• Beliau menjadi pengarang
1917 Lembaga Malaya dan
• Beliau menyertai Pasukan Tentera
Harian Lembaga dengan
Johor dan ditempatkan di Pulau umur 39 tahun.
Belakang Mati, Singapura- markas
1930-1936 1930
JMF. Pangkat Leftenan.
• Beliau bertugas sebagai • Beliau dilantik menjadi
1911 wartawan akhbar-akhbar pengarang Warta Malaya
• Bekerja sebagai kerani sambilan di
Melayu di Singapura dengan mulai 1 Januari 1930 hingga
Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor . umur 35 tahun. penghujung 1933.
• Warta Malaya
• Dato Onn Jaafar yang sedang menyampaikan ucapan Kerjaya Politik Dato Onn Jaafar
Pada tahun 1920,beliau bekerja di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920
• Tun Hussein bin Dato' kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.Selepas 2 tahun,beliau diterima bekerja semula sebagai
Onn,anak Dato Onn penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana pujukan Tengku Ismail.Pada tahun 1923,beliau dilantik sebagai pegawai di
Jaafar dengan Datin Pejabat Tanah Muar dan menjadi Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00 pada tahun 1924.Tiga tahun
Halimah Hussein kemudian ,beliau pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan elaun RM200.00 setahun, tidak
diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.Pada
tahun 1936 hingga 1941,beliau menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor.Semasa pendudukan Jepun di Johor,beliau menjadi
Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor pada tahun 1942 hingga 1945.Pada tahun 1945 hingga 1946,beliau menjadi
Pegawai Daerah Batu Pahat.Pada tahun 1946, beliau memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung di Johor dan menganjurkan
Kongres Melayu 1946.
Pada 1 hingga 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala
Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan
sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini,
sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946.
Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden
pertama.Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan
jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British
untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948
mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.
Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman
UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan
nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu
ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam
diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.
Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti
tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan
Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955.
Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-
orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam
pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya
mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti
PAS.
Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak
mereka ialah Tun Hussein bin Dato' Onn, iaitu Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga
1981.
Sumbangan beliau
kepada negara
Sumbangan Dato Onn
Jaafar
Sumbangan beliau Sumbangan beliau
kepada negeri kepada UMNO
Johor
Sumbangan Dato Onn Jaafar kepada negara • Pembubaran Malayan Union
Antara sumbangan Dato Onn Jaafar kepada negara kita ialah beliau menyeru
orang Melayu agar bersatu padu dan menumpaskan Malayan Union(UN).Dato Onn Jaafar Persidangan membubuarkan Malayan Union pada Nov 1946 di King's
telah membakar semangat orang Melayu dan menyeru orang Melayu untuk memulihkan House, Kuala Lumpur. (Dato' Onn berdiri pada barisan pertama)
pertubuhan yang telah wujud dan mewujudkan pertubuhan yang baharu.Beliau banyak menulis
rencana untuk menyedarkan masyarakat Melayu bahawa misi sebenar Malayan Union tidaklah
seperti yang dijanjikan oleh pihak British.Beliau menggunakan akhbar sebagai wadah
menyampaikan maklumat tentang tujuan pertubuhan Malayan Union dan menggesa kaum
Melayu menentang Malayan Union secara terbuka.Contohnya,pada 4 April 1946,beliau
mengarang ucapan dan disiarkan dalam akhbar Majlis .Antaranya petikan ialah: “Barang sesiapa
di antara orang-orang Melayu yang menyertai Malayan Union tiada diakui Melayu”.
Selain itu ,salah satu sumbangan beliau ialah beliau berjaya menganjurkan
Kongres Melayu yang mendorong orang Melayu agar bersatu padu dan berjuang menentang
Malayan Union.Pada 1 hingga 4 Mac 1946,41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab
Sultan Sulaiman , Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan
untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa
orang melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu.Hasil daripada mesyuarat ini , sebuah badan
yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres Melayu ketiga diadakan di Johor
Bahru pada 1 Mei 1946.Disebabkan Dato Onn Jaafar amat aktif dalam gerakan nasionalisme
Melayu dan mempunyai kekuatan dan kepandaian dalam mengatur corak ke arah
kemerdekaan ,kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.
Di samping itu,beliau menjelajah seluruh semenanjung tanah melayu dan
mewujudkan bantahan dalam kalangan orang melayu terhadap Malayan Union .Orang-
orang Melayu yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar telah mengadakan demonstrasi secara aman
bagi membantah cara Sir Harold MacMichael memperoleh tandatangan raja-raja Melayu.
Mereka juga membantah Malayan Union yang akan menghapuskan kedaulatan negeri-negeri
Melayu dan kedudukan mereka sebagai anak negeri. Demonstrasi telah diadakan di beberapa
Bandar besar di Tanah Melayu seperti di Kota Bharu, Kelantan,Alor Setar, Kedah,dan Johor
Bahru, Johor. “Tanah Melayu hak Melayu, Malayan Union tidak dikehendaki”, antara slogan
dalam penentangan Malayan Union. Orang Melayu juga menunjukkan bantahan mereka terhadap
Malayan Union. “Bersatu teguh bercerai roboh”, itulah semangat yang diamalkan oleh seluruh
orang Melayu.
Sumbangan beliau kepada UMNO
Sumbangan beliau kepada UMNO termasuklah menubuhkan parti Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946 dan beliau juga dilantik sebagai presiden UMNO yang pertama.Secara tidak
langsung beliau telah membuka mata masyarakat Melayu mengenai kepentingan bersatu padu untuk mencapai kemerdekaan
Tanah Melayu pada tahun 1946.Di bawah kepimpinannya , UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan
Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-
Raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan , serta memberi hak istimewa orang Melayu.
Selain itu,beliau juga bersumbangan dalam menekankan aspek pembangunan ekonomi masyarakat
Melayu.Sumbangan dan usaha Dato’ Onn dalam memajukan masyarakat Melayu sangat bermakna sehingga kini kerana kita
dapat lihat peratusan kaum Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi semakin meningkat. Perhimpunan Agung UMNO turut
menggubal Rancangan Lima Tahun yang menekankan ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu yang berlandaskan objektif
UMNO iaitu menambah pendapatan dan modal, menggalakkan penyertaan dalam dunia perniagaan, menubuhkan sekolah teknik
dan melatih golongan muda terhadap pelbagai kemahiran.
Semasa Dato’ Onn menjadi Presiden UMNO, beliau sentiasa membela nasib masyarakat Melayu yang mundur
berbanding masyarakat lain .Beliau menubuhkan Lembaga Perusahaan dan Kemajuan Kampung (RIDA) yang kini dikenali
sebagai Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada pertengahan tahun 1950 di Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.
RIDA ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Melayu menceburi bidang ekonomi. RIDA memberi bantuan • Encik Ibarhim Mahmood wakil UMNO Pulau Pinang berucap
kepada masyarakat Melayu yang tinggal di kampung supaya menghasilkan produk bernilai komersial dan RIDA akan
memasarkan produk tersebut di pasaran domestik sehinggalah mereka dapat mengurus sendiri dan mereka akan mengambil alih memujuk Dato' Onn Jaafar (1950)
perniagaan tersebut. RIDA juga memastikan masyarakat Melayu mendapat pendidikan sempurna supaya mereka dapat mengubah
nasib serta masa hadapan mereka akan datang.
Seterusnya,beliau pernah menjadi ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab menggubal perlembagaan
UMNO pada tahun 1949.Beliau telah mengambil beberapa perlembagaan parti terkenal daripada luar negara sebagai panduan
dalam menggubal perlembagaan UMNO. Melalui perlembagaan pertama ini, maka UMNO telah menjadi sebuah parti politik
sepenuhnya. Antara isi kandungan perlembagaan UMNO ialah :
• Menjalankan fungsi sebuah parti siasah (politik) di Tanah Melayu yang sempurna sebagai penyatu bangsa Melayu.
• Menjalankan ikhtiar dan langkah dengan tujuan mendirikan sebuah kerajaan merdeka yang memerintah Tanah Melayu.
• Memajukan orang Melayu dalam hal yang berkaitan dengan perkara siasah, kebajikan hidup, kebudayaan dan ikhtisas.
• Menjadi pelindung kedaulatan tanah air.
• Mula menuntut kemerdekaan
Penubuhan UMNO telah menonjolkan kepimpinan beberapa orang tokoh yang terlibat secara langsung dalam
jawatan kuasa penggubalan perlembagaan UMNO pada tahun 1949. Antaranya ialah Dato' Onn Ja'afar sendiri yang telah dilantik
sebagai Yang Dipertua UMNO yang pertama (1946- 1951), Dato'Panglima Bukit Gantang, Dato' Nik Ahmed Kamil Nik • Dato Onn memperjuangkan hak orang melayu dalam
Muhamud dan Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba). Perjanjian Persekutuan
Sumbangan beliau kepada negeri Johor • Bendera Malayan People's Anti-Japanese Army
Antara sumbangan beliau kepada negeri Johor ialah beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat dan (MPAJA atau Bintang Tiga)
berjaya menamatkan penguasaan Bintang Tiga di Balai Polis Batu Pahat.
Beliau bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat era pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah • Pergerakan Melayu Semenanjung di Johor
dasar-dasar jajahan. Onn Jaafar menggantikan tempat Encik Ismail bin Datul Abdullah bin Abdul Rahman , pegawai daerah yang
telah dibunuh dengan secara kejam oleh gerila-gerila 'Bintang Tiga' di Benut pada 10 Jun 1945.Selepas Jepun menyerah kalah,
ramai orang Melayu yang bekerja sebagai polis dan ketua kampung telah ditangkap, hilang dan dibunuh oleh MPAJA (Bintang Tiga)
antara Mac-April 1945.Dato' Onn Jaafar dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat dengan tugas utamanya
menamatkan kekacauan dan memulihkan keamanan di Batu Pahat. Pada Ogos 1945. Dato' Onn Jaafar mengatur perundingan antara
Kiai Salleh dan pemimpin Melayu dengan ketua Bintang Tiga di Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat. Kompromi Dato' Onn Jaafar
berjaya memujuk Kiai Salleh membebaskan orang Cina yang ditahan di Parit Raja, manakala Bintang Tiga pula menamatkan
penguasaan mereka di Balai Polis Batu Pahat. Kedua-dua pihak memberikan kerjasama kepada beliau sebagai Pegawai Daerah
untuk mengembalikan keamanan di Johor.
Tambahan pula, beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai di pelbagai jabatan negeri Johor berkali-kali.Pada
tahun 1920,beliau bekerja di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana membidas
baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.Selepas 2 tahun,beliau diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat
Tanah Johor kerana pujukan Tengku Ismail.Pada tahun 1923,beliau dilantik sebagai pegawai di Pejabat Tanah Muar dan menjadi
Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00 pada tahun 1924.Tiga tahun kemudian ,beliau pindah ke Johor
Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan elaun RM200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak
disediakan rumah kerajaan sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.Pada tahun 1936 hingga 1941,beliau menjadi
Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor.Semasa pendudukan Jepun di Johor,beliau menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri
Johor pada tahun 1942 hingga 1945.
Selanjutnya,salah satu sumbangan beliau kepada negeri Johor ialah beliau memimpin Pergerakan Melayu
Semenanjung di Johor pada tahun 1946 hingga 1948. Pada 3 Januari 1946,Sebuah Kesatuan Melayu yang mempunyai semangat
baru telah ditubuhkan dengan nama Pergerakan Melayu Semenanjung di Johor pada tahun 1946. Penubuhan ini hasil dari
persetujuan yang telah dicapai di antara 8 buah Persatuan Melayu di seluruh negeri Johor iaitu di bawah pimpinan Dato’ Onn bin
Jaafar.Pertubuhan-pertubuhan tersebut termasuklah Persatuan Melayu Kluang,Kesatuan Melayu Johor,Persatuan Melayu Johor
Baharu,Lembaga,Wakil Batu Pahat,Persatuan Melayu Segamat,Wakil Mersing dan Wakil Pontian.Tujuan penubuhan Pergerakan
Melayu Semenanjung di Johor yang dipimpin oleh Dato’ Onn Bin Jaafar adalah untuk :
• Menentang Malayan Union
• Menyatukan dan mengawal keselamatan orang-orang Melayu akibat dari pergaduhan kaum yang pada mulanya berlaku di Batu
Pahat dan kemudian merebak ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan, ke Lambar Kanan di Teluk Anson (kini dikenali Teluk Intan)
dan Daerah Kuala Kangsar, Perak, dan ke Daerah Raub Pahang
• Menyatukan orang-orang Melayu dan berjuang serta mempertahankan hak-hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu
• Menjadi badan dan penyuara dalam memperjuangkan hak-hak serta kehidupan orang-orang Melayu Johor.
Sebagai tanda menghargai sumbangan Dato Onn Jaafar,pelbagai anugerah dan penghormatan telah diberikan kepada beliau.Antaranyanya ialah:
Darjah Darjah Kerabat Honorary Knight Darjah Seri Paduka
Mahkota Johor Johor Yang Amat Commander of the Cura Si Manja Kini
Dihormati Pangkat Order of the British (SPCM) – Dato' Seri
Yang Amat Empire (KBE) – Sir
Mulia Pangkat Kedua (DK II)
Kedua (DPMJ)
– Dato'
1940 1947 1953 2015
Tempat yang dinamakan selepas beliau
Tempat yang dinamakan selepas beliau
1. Menara Dato 'Onn, ibu pejabat agung UMNO di Kuala
Lumpur
2. Kolej Dato 'Onn, sebuah kolej kediaman di Universiti
Nasional Malaysia, Bangi, Selangor
3. Kolej Dato 'Onn Jaafar, sebuah kolej kediaman di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
4. SK Dato 'Onn Jaafar, Salah satu sekolah komponen dalam
Sekolah Wawasan di Subang Jaya
5. Jalan Dato Onn Jaafar, Ipoh,Perak
• Menara Dato’ Onn,Kuala Lumpur • SK Dato’ Onn•JaMafaern,SarealaDnagtoor’ Onn,Kuala Lumpur
•• KKoolelejjDDaatoto’’OOnnnn,S,Seelalannggoorr • Jln Dato Onn Jaafar,Ipoh
• Jln Dato Onn Jaafar,Ipoh
Nilai bermuafakat Nilai bertanggungjawab Nilai keikhlasan dan
kesabaran
Nilai cinta akan negara Nilai bersatu padu
2 13 5
4
Nilai-nilai kepimpinan Dato Onn Jaafar yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang
Nilai- nilai kepimpinan Dato Onn Jaafar yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang • Dato Onn Jaafar melawat Kanak-kanak dan kaum ibu (1949)
Antara nilai-nilai pemimpinan yang terdapat pada Dato Onn Jaafar ialah nilai • Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Presiden UMNO(1951)
bertanggungjawab.Sebagai contoh,beliau menunjukkan tanggungjawab beliau terhadap
keluarga dan negara.Beliau sanggup mengahwini balu adiknya.Beliau juga bertanggungjawab
dalam memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan daripada British.
Selain itu,salah satu nilai kepimpinan yang terdapat pada Dato Onn Jaafar ialah
nilai bermuafakat.Dato Onn Jaafar telah mengaturkan dan mengadakan pertemuan dengan
pelbagai pihak untuk menyatupadukan mereka demi menuntut kemerdekaan.Hal ini
membuktikan bahawa muafakat penting dalam mengatasi masalah yang dihadapi.Pemimpin
muda pada masa kini perlu mengamalkan nilai muafakat dalam menyelesaikan masalah dan
melaksanakan tugas.
Di samping itu, terdapat juga nilai keikhlasan dan kesabaran.Contohnya,ketika
meninggalkan UMNO,Dato Onn Jaafar tidak pernah meminta rakyat untuk menjatuhkan
pemimpin ketika itu.Sebaliknya,beliau telah memberikan pesanan dan nasihat yang baik kepada
pihak UMNO. Pesanan terakhir Dato Onn Jaafar ,'kepada UMNO, maka saya berharap pihak
UMNO akan memandang kepada pandangan yang luas, pandangan yang dikatakan nasional
atau kebangsaan dan jangan semata-mata hadapkan pandangan itu kepada pandangan sempit
semata-mata iaitu hidup hanyalah di bawah tempurung sendiri dengan tidak menghiraukan
tempurung lain yang terletak di sebelah dan dengan ucapan ini maka saya tamatkan pekerjaan
saya'.
Seterusnya,Dato Onn Jaafar juga mengamalkan nilai cinta akan negara.Beliau
memimpin seluruh rakyat negara dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan.Kemerdekaan
hari ini yang tercapai pada 31 Ogos 1957 meskipun tidak dianggap sebagai buah tangan Dato’
Onn Jaafar, tetapi sebenarnya ia merupakan hasil asas yang dibinanya.
Akhirnya,sebagai generasi baharu,kita perlu mencontohi nilai pemimpinan Dato
Onn Jaafar,iaitu nilai bersatu padu.Pada tahun 1951,beliau mencadangkan bahawa membuka
keahlian parti UMNO kepada semua kaum tetapi ditentang.Pada masa kini,impian beliau telah
tercapai.Rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dengan sejahtera,saling menghormati dan
bersatu padu.Oleh itu,kita perlu mengamalkan nilai bersatu padu supaya kesejahteraan dan
keharmonian masyarakat dapat diteruskan dan dikekalkan.
Karya Dato Onn Jaafar
•Sumpah Melayu
Dato Onn Jaafar pernah mengeluarkan karyanya yang bertajuk Sumpah Melayu pada tahun
1946.
Filem Tentang Dato Onn Jaafar
• Hati Malaya
Di dalam filem 1957: Hati Malaya, tahun 2007, Zaefrul Nordin melakonkan watak sebagai
Dato' Onn Jaafar.
Kata-kata Hikmat Dato Onn Jaafar
Antara kata-kata Dato Onn Jaafar yang membangkitkan semangat kaum melayu ialah :
"Nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga
dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat dipeliharakan dengan berpegang teguh
kepada suatu kepercayaan yang lebih besar dan lebih tinggi daripada bangsa itu sendiri" -
Dato' Onn Jaafar
“Kita hendaklah menggesek biola dengan kuat akan lagu gesekan kita, jangan sampai orang
lain menggesek dan kita hanya menari sahaja menurut lagu gesekanya.”- Dato’ Onn Jaafar
“Orang Melayu sendiri sudah merasai demokrasi BintangTiga setahun dahulu daripada
kerajaan yang mengaku konon terdiri dari tiga bangsa iaitu Cina, Melayu dan India, tetapi
yang memerintah masa itu Cina sahaja.Di mana duduknya orang Melayu?”- Dato’ Onn Jaafar
“Kepercayaan tuan-tuan ialah suatu benda yang tidak dapat saya lafazkan dengan
lidah...Adapun maksud dan tujuan itu ialah keyakinan di hati kita bahawa nasib bangsa kita itu
hanyalah dapat diperkekalkan dengan kesatuan hati di antara kita...Tunjukkanlah bahawa kita
sebenar-benarnya keturunan datuk-nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu
hati”- Dato’ Onn Jaafar
• Sumpah Melayu
Penutup
Jasa Dato' Onn yang paling besar kepada bangsa dan nusa yang tidak akan
dilupai zaman, ialah kejayaannya menyatupadukan seluruh kaum Melayu ketika Tanah
Melayu dilanda oleh malapetaka politik yang paling besar pernah menimpa bangsa Melayu.
Beliau membina landasan untuk mereka meneruskan perjuangan ke arah kemerdekaan
akhirnya. Beliau berhasil mengubah semangat dan konsep perjuangan kebangsaan daripada
“Hidup Melayu” kepada ”Merdeka”.
Dato Onn Jaafar menaja RIDA (sekarang MARA) untuk membuka peluang
perdagangan dan perusahaan orang Melayu yang tertutup sepanjang masa yang Tanah
Melayu dikuasai oleh penjajah. Beliau menyedari kelemahan orang Melayu dalam lapangan
ekonomi tetapi beliau yakin sepenuhnya bahawa kedudukan politik tidak boleh kekal
dengan lebih kuat jika keadaan ekonomi lemah atau pincang dalam sebuah negara merdeka
yang moden. Nasib ekonomi orang Melayu pada masa hadapan bergantung kepada jaya
atau tidaknya MARA melaksanakan rancangannya; meninggikan taraf hidup bangsa
Melayu.
Dato' Onn berjaya mendapatkan sokongan rakyat dan pemerintah untuk
mewujudkan satu dasar negara yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
Bahasa Kebangsaan. Ini adalah satu sumbangan yang paling besar Dato' Onn kepada negara
dalam kempen kerajaan Tun Abdul Razak menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada
berbagai-bagai kaum, kepercayaan serta kebudayaan.
Sesebuah bangsa berhak menentukan nasib bangsa mereka sendiri namun
perlu pengisian rohani, ilmu yang tinggi dan jiwa yang kental dengan semangat bangsa
masing-masing. Pewaris-pewaris bangsa Melayu haruslah menjadikan gaya pemikiran
beliau untuk membentuk generasi akan datang agar tidak hilang bangsa Melayu di dunia
yang penuh dengan kesopanan, adat resam dan tradisi.
Sumber Rujukan • From Malayan Union to Singapore Separation: Political
• Internet
1. https://images.app.goo.gl/6Q7g7B7Q3fhjDoeQ9 • Perenggan yang mencatat uasha beliau dalam
2. http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/10/pesanan-dato-onn-jaafar.html memulihkan keamanan di Batu Pahat, halaman 85
3. http://thina75.blogspot.com/
4. https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/01/27/lets-rekindle-onn-jaafars-values buku teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar#Kehidupan_awal
6. https://umno-online.my/presiden/onnjaafar/
7. https://www.facebook.com/701547676576843/posts/penubuhan-persekutuan-tanah-melayu-1948pada-25-
julai-1946-satu-jawatankuasa-ekse/2052811098117154/
8. http://4.bp.blogspot.com/_9eIkw9LKG_Y/SPK7M4h0jMI/AAAAAAAAABk/-
W71qLMxnFs/s320/untitled2.JPG
9. https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/6a/Pusara_Dato%27_Onn_Jaafar.jpg/640px-
Pusara_Dato%27_Onn_Jaafar.jpg
10. https://en.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
• Video
1. https://www.youtube.com/watch?v=-gxMFFCtdq4
2. https://www.youtube.com/watch?v=8-4WqHZNJZE
3. https://www.youtube.com/watch?v=42GD1W0p7Fg
4. https://www.youtube.com/watch?v=a8UsaOtmhys
• Buku
1. Adam, Ramlah binti, Samuri, Abdul Hakim bin & Fadzil, Muslimin bin,2004. Sejarah Tingkatan 3. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
2. Mohamad Noordin Sopiee,1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political.University
Malaya Press
3. Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur:Utusan Publications and Distributors
Sdn.Bhd
4. Ridzuan Bin Hasan, Sharifah Afidah Binti Syed Hamid, Muslimin Bin Fadzil, Subramaniam a/l
Raman,2019.Sejarah Tingkatan 3. Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Orang Sumber
1. Encik Teo Choi Lai, 76 tahun, No 39, Jalan Soon Cheong, Taman Soon Cheong ,85300,Labis, Johor.