BIL SOALAN NOVEL Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip 1 PERISTIWA YANG MENUNJUKKAN SIKAP BERTANGGUNGJAWAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT Peristiwa seorang pegawai Kebajikan Masyarakat iaitu Puan Hamimah yang membantu menyelesaikan masalah penderaan yang dihadapi oleh Che Jah. Puan Hamimah menasihati Che Jah agar membuat laporan polis supaya tindakan boleh diambil untuk menangkap Seman yang sering memukul Che Jah dan anak-anaknya. Huraian: Peristiwa ini menunjukkan sikap bertanggungjawab seseorang untuk membantu menyelesaikan kes penderaan seorang suami terhadap isteri. Peristiwa Danel menyelamatkan rakannya iaitu Lili yang diculik oleh Rafik dan Haziq dan disembunyikan di sebuah pondok usang. Huraian: Peristiwa ini menunjukkan sikap bertanggungjawab seorang rakan demi menyelamatkan rakan yang diculik. Peristiwa Dahlia seorang murid tingkatan 6 yang menguruskan hal keluarganya setelah ibunya Saleha dimasukkan ke hospital kerana menghadapi masalah kemurungan, manakala bapanya Embong dimasukkan ke hospital kerana dipatuk ular. Huraian: Peristiwa ini menunjukkan sikap bertanggungjawab seorang anak dalam membantu keluarga untuk menjaga adikadiknya yang masih kecil. Peristiwa Embong rajin bekerja di kebun getah dan kelapa sawit Haji Sulaiman semata-mata untuk menyara kehidupan keluarganya. Huraian: Peristiwa ini menunjukkan sikap bertanggungjawab seorang bapa yang sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarganya. 2 PERISTIWA YANG MEMAPARKAN PERASAAN KASIH SAYANG Peristiwa datuk dan nenek Lili risau akan keselamatan Lili apabila mengetahui Lili diculik oleh Rafik dan Haziq. Huraian: Peristiwa ini memaparkan perasaan kasih sayang datuk dan nenek terhadap cucunya. Peristiwa Dahlia sanggup berulang -alik dari rumah ke sekolah untuk menguruskan keperluan adik-adiknya setelah ibunya dirawat di hospital. Huraian: Peristiwa ini memaparkan perasaan kasih sayang seorang kakak terhadap adik-adiknya. 3 PERISTIWA YANG MEMBERIKAN INSPIRASI KEPADA KEHIDUPAN ANDA Peristiwa datuk masuk ke hutan seorang diri untuk mencari akar kayu dan tumbuhan herba untuk dijadikan ubat dalam rawatan tradisionalnya. Herba dan akar kayu ini akan digunakan untuk merawat pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan gout. Peristiwa Dahlia yang berjaya dalam pelajaran dan ditawarkan mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan di Jepun walaupun dia menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Huraian: Peristiwa ini memberi inspirasi kepada saya supaya belajar bersungguh-sungguh agar memperoleh pekerjaan
Huraian: Peristiwa ini memberi inspirasi kepada saya untuk mengetengahkan produk berasaskan herba dan akar kayu dalam perubatan tradisional supaya setanding dengan rawatan moden untuk mengubati pelbagai penyakit. Peristiwa Lili yang pandai berbahasa mandarin semasa dia dan Danel membeli herba yang di sebuah kedai ubat Cina di pekan. Selain itu, Lili juga boleh menguasai bahasa Thailand, Jepun, Latin dan Spanish. Huraian: Peristiwa ini memberi inspirasi kepada saya untuk mempelajari lebih daripada satu bahasa supaya saya dapat bergaul dengan lebih ramai rakan daripada bangsa lain. yang baik dan dapat membantu ibu bapanya keluar daripada kemiskinan. Peristiwa persahabatan yang baik antara Tauke Lim dengan keluarga Embong walaupun berlainan agama. Tauke Lim sering membantu Embong yang hidup susah kerana Embong merupakan sahabat lamanya yang sangat akrab dan mereka sama-sama merantau dari Melaka dan menetap di Kampung Parit Haji Rais. Huraian: Peristiwa ini memberi inspirasi kepada saya supaya kita berbaik-baik dengan semua orang tanpa mengira agama dan bangsa. 4 PERISTIWA YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN Peristiwa datuk menggunakan herba dan akar kayu untuk membantu penduduk kampung mengubati penyakit mereka seperti kencing manis, gout dan darah tinggi. Huraian: Peristiwa ini tidak dapat dilupakan kerana seseorang dapat membantu orang lain merawat penyakit mereka menggunakan rawatan secara tradisional sehingga sembuh. Peristiwa Lili bersama-sama rakannya dapat menyelesaikan isu kubah di kampung datuknya kerana terdapat pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh penduduk kampung berkaitan isu kubah ini. Huraian: Peristiwa ini tidak dapat dilupakan kerana akhirnya sesebuah masyarakat dapat menerima pendapat orang lain supaya sesuatu isu dapat diselesaikan. Peristiwa Saleha kembali sembuh setelah mendapat rawatan di Hospital Permai untuk penyakit kemurungannya. Huraian: Peristiwa ini tidak dapat dilupakan kerana seorang ibu yang sakit dapat kembali ke rumah dan sihat seperti sedia kala setelah mendapat rawatan dan membolehkan belajar untuk menghadapi peperiksaan. Peristiwa penduduk kampung bekerjasama membina semula rumah Embong yang musnah dihanyutkan oleh banjir besar. Pembaca berasa gembira kerana rumah Embong telah dibina semula dengan kerjasama oleh penduduk kampung. Huraian: Peristiwa ini tidak dapat dilupakan kerana sikap penduduk kampung telah berubah dengan membuang sikap negatif dan mementingkan diri kepada sikap yang lebih baik. 5 PERISTIWA YANG TIDAK WAJAR DICONTOHI OLEH PEMBACA Peristiwa Seman yang sering memukul dan mendera isteri dan anak-anak. Dia seorang kaki pukul, kaki judi, kaki botol dan kaki perempuan. Peristiwa Aton yang menyimpan dendam kepada keluarga Embong. Aton menuduh Embong sebagai perancang kematian anaknya, Said.
Huraian: Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana ia tidak memberikan contoh yang baik kepada anak-anak dan isteri. Peristiwa Haziq dan Rafiq menculik Lili semasa Lili dan Danel pulang dari pekan. Rafiq dan Haziq ingin melepaskan diri kerana dikejar oleh orang kampung. Mereka mengambil jalan mudah dengan menculik Lili untuk dijadikan tebusan. Huraian: Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana perbuatan menculik bertentangan dengan undang-undang negara. Huraian: Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana menuduh tanpa usul periksa dan berdendam boleh menjatuhkan maruah orang lain. Peristiwa Abu Bakar yang sanggup mencuri kambing ayahnya semata-mata hendak membelanja kawan-kawannya yang selalu memerlinya kerana dia tidak pernah membelanja mereka. Huraian: Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana mencuri merupakan perbuatan yang tidak baik. 6 SEBAB-SEBAB NOVEL WAJAR DIBACA OLEH REMAJA Novel Jendela Menghadap Jalan wajar dibaca oleh remaja kerana watak utamanya Lili seorang murid tingkatan 5 yang sangat taat kepada arahan ibunya. Dia mengikut kata ibunya supaya pulang ke kampung datuknya di Dungun pada cuti persekolahan, walaupun dia telah berjanji dengan rakanrakannya untuk meraikan majlis persaraan pengetuanya. Walaupun dia berat hati untuk pulang ke rumah datuk dan neneknya tetapi sebagai seorang anak yang taat, dia mengikut kata ibunya supaya bercuti di kampung halaman datuknya. Huraian: Peristiwa ini memberi pengajaran kepada remaja supaya taat akan kata ibu bapa demi menggembirakan mereka. Selain itu, perwatakan Lili yang sangat prihatin dengan nasib malang yang menimpa seseorang. Nasib malang Che Jah yang sering didera dan dipukul oleh suaminya, Seman menimbulkan rasa simpati Lili untuk membantu Che Jah dengan meminta pertolongan Kak Hamimah. Kak Hamimah dan Lili meminta Che Jah membuat laporan polis supaya kes penderaan ini dapat diketengahkan untuk diambil tindakan. Akhirnya, Seman telah ditangkap dan dipenjarakan atas kesalahan melakukan penderaan. Novel Songket Berbenang Emas wajar dibaca oleh remaja kerana watak utamanya iaitu Dahlia merupakan seorang murid tingkatan 6 atas yang sangat bertanggungjawab terhadap keluarganya. Dahlia terpaksa berkorban untuk keluarganya dengan keluar dari asrama dan terpaksa ponteng sekolah semata-mata untuk menjaga adiknya Anggerik yang masih kecil. Huraian: Novel ini wajar dibaca oleh remaja kerana mempunyai peristiwa yang memberi pengajaran kepada remaja supaya sentiasa mementingkan keluarga dan menjadi seorang anak yang bertanggungjawab. Selain itu, peristiwa Dahlia yang membantu mereka yang ditimpa masalah dan tidak mementingkan diri sendiri. Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai, walaupun dia tidak pandai berenang tetapi dia terjun ke sungai untuk membantu Said. Huraian: Novel ini wajar dibaca oleh remaja kerana memaparkan peristiwa yang wajar diteladani oleh remaja supaya sentiasa membantu mereka yang ditimpa masalah dan jangan mementingkan diri sendiri.
Huraian: Peristiwa ini perlulah dicontohi oleh remaja supaya sentiasa membantu mereka yang ditimpa masalah. 7 PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN CONTOH KEPADA PEMBACA Peristiwa Lili patuh dengan permintaan ibunya untuk balik ke kampung datuk pada cuti sekolah walaupun Lili mempunyai rancangan lain dengan rakan-rakannya iaitu untuk meraikan majlis persaraan pengetuanya. Lili akur dengan permintaan ibunya untuk bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu. Sebagai seorang anak yang taat, Lili mengikut kata-kata ibunya. Huraian: Peristiwa ini dapat dicontohi oleh pembaca kerana memaparkan sifat seorang anak yang patuhdan taat akan permintaan ibunya. Selain itu, peristiwa Danel menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafiq dan Haziq. Danel sanggup berkorban untuk menyelamatkan rakannya yang diculik. Huraian: Peristiwa ini boleh dicontohi oleh pembaca kerana memaparkan semangat setiakawan yang tinggi dan berani menyelamatkan seseorang. Peristiwa Dahlia menyelamatkan Said yang lemas di dalam sungai. Dahlia sanggup terjun ke sungai yang deras airnya dan berkeladak demi menyelamatkan Said. Namun Said tidak berjaya diselamatkan. Dahlia tidak menghiraukan nyawanya sendiri tetapi bertekad untuk membantu Said. Huraian: Peristiwa ini boleh dicontohi oleh pembaca kerana memaparkan sikap berani menghulurkan bantuan untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Selain itu, peristiwa penduduk kampung membantu membina semula rumah Embong yang musnah dibawa arus banjir yang deras. Huraian: Peristiwa ini boleh dicontohi oleh pembaca kerana kita hendaklah membantu mereka yang berada di dalam kesusahan. Apabila bekerjasama, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan dapat mewujudkan sikap bantu-membantu sesama kita. 8 FAEDAH-FAEDAH YANG DAPAT DITELADANI SETELAH MEMBACA NOVEL TERSEBUT Peristiwa Che Jah yang menyambut kedatangan Lili dan Rashid ke rumahnya dengan begitu sopan dan mesra. Huraian: Peristiwa ini wajar saya jadikan teladan kerana kepentingan menghormati tetamu yang datang ke rumah kita. Selain itu, peristiwa yang memaparkan nilai keberanian yang ditunjukkan oleh Geetha dan Lili yang berani mendaki puncak bukit pada lewat petang semata-mata untuk melihat pemandangan matahari terbenam tanpa ditemani oleh orang lelaki dewasa. Peristiwa Dahlia yang begitu sabar ketika berhadapan dengan prejudis dan kata-kata kesat daripada neneknya, Nek Kiah dan Mak Aton terhadap dirinya dan keluarganya. Huraian: Peristiwa ini wajar saya jadikan teladan kerana kesabaran amat penting ketika menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan agar saya tidak mudah menyerah kalah. Selain itu, peristiwa yang memaparkan nilai kegigihan yang ditunjukkan oleh Dahlia. Dahlia gigih belajar tanpa mengenal
Huraian: Melaluinya, saya menyedari kepentingan sikap berani ketika melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar sehingga memperoleh kejayaan. erti jemu dan penat sebagai persediaannya untuk menghadapi peperiksaan STPM walaupun terpaksa berkorban masa, tenaga, dan tempat menuntut ilmu. Huraian: Melaluinya, saya menyedari kepentingan kegigihan untuk menimba ilmu agar kita mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan kehidupan. 9 SEKIRANYA ANDA WATAK UTAMA DALAM DALAM SEBUAH NOVEL YANG ANDA PELAJARI, APAKAH TINDAKAN-TINDAKAN YANG AKAN ANDA LAKUKAN TERHADAP MEREKA YANG MENYAKITI HATI ANDA? Berdasarkan watak Lili, tindakan yang akan saya lakukan terhadap mereka yang menyakiti hati saya ialah saya akan memberikan kata-kata nasihat dan bercakap dengan sopannya tetapi tegas agar mereka berubah sikap daripada perlakuan negatif kepada positif. Contohnya, saya akan menasihati Haziq agar berubah sikap daripada terlibat dalam penagihan najis dadah kepada kehidupan yang lebih sihat dan bermakna. Selain itu, saya akan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh mereka dan tidak sesekali berdendam terhadap mereka. Sebaliknya, saya akan sentiasa berdoa agar Tuhan membukakan pintu hati mereka untuk berubah menjadi seorang insan yang baik dan berhati mulia. Contohnya, saya tidak akan sesekali mendendami perbuatan jahat yang telah dilakukan oleh Rafiq, iaitu menculik dan menahan saya sebagai orang tahanan di sebuah pondok buruk. Berdasarkan watak Dahlia, tindakan yang akan saya lakukan terhadap mereka yang menyakiti hati saya ialah saya akan memberikan kata-kata nasihat dan bercakap dengan sopannya tetapi tegas agar mereka berubah sikap daripada perlakuan negatif kepada positif. Contohnya, saya akan menasihati Abu Bakar agar berubah sikap daripada suka berfoya-foya kepada kehidupan yang lebih sihat dan bermakna. Selain itu, saya akan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh mereka dan tidak sesekali berdendam terhadap mereka. Sebaliknya, saya akan sentiasa berdoa agar Tuhan membukakan pintu hati mereka untuk berubah menjadi seorang insan yang baik dan berhati mulia. Contohnya, saya tidak akan sesekali mendendami perlakuan negatif yang telah dilakukan oleh Mak Aton yang gemar menabur fitnah dan menyindir saya dan keluarga saya dengan menggunakan katakata yang kesat. 10 PERISTIWA-PERISTIWA MENYEDIHKAN DAN MENYAYAT HATI SEBAGAI PEMBACA SERTA ALASAN BERPERASAAN DEMIKIAN Peristiwa Che Jah yang mengalami trauma akibat jenayah dan keganasan rumah tangga. Huraian: Peristiwa ini menyedihkan dan menyayat hati saya kerana seorang isteri terpaksa memendam rasa atas perbuatan kejam suaminya terhadapnya. Peristiwa Saleha yang meronta-ronta dan menjerit- jerit sewaktu dia diusung masuk ke dalam van oleh Haji Sulaiman dan tiga orang kakitangan Hospital Batu Pahat. Huraian: Peristiwa ini menyedihkan dan menyayat hati saya kerana seorang ibu terpaksa dihantar ke hospital bagi menjalani rawatan pemulihan, di samping perlu meninggalkan keluarga termasuk anak yang masih kecil.
Selain itu, peristiwa Haziq dan Rafiq yang dipukul dan dimaki hamun oleh ayahnya, iaitu Seman. Huraian: Peristiwa ini menyedihkan dan menyayat hati saya kerana seorang bapa sepatutnya melindungi serta menjaga kebajikan dan keharmonian anak-anaknya, bukannya bertindak kejam dengan mendatangkan kecederaan kepada mereka. Selain itu, peristiwa Said yang meninggal dunia akibat mati lemas. Huraian: Peristiwa ini menyedihkan dan menyayat hati saya kerana seorang anak yang masih muda dan dia merupakan anak tunggal terkorban dalam kejadian yang tragis. 11 PERISTIWA YANG MENIMBULKAN KESEDARAN KEPADA PEMBACA Peristiwa Lili memaafkan kesalahan Rafik dan Haziq yang telah menculiknya walaupun tindakan mereka itu tidak baik serta bertentangan dengan undang-undang. Huraian: Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca agar bersedia untuk memaafkan kesalahan orang lain serta tidak menyimpan perasaan dendam terhadap seseorang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita serta insaf terhadap kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Selain itu, peristiwa Che Jah menyambut kedatangan Lili dan Rashid ke rumahnya serta melayan mereka dengan sopan dan mesra. Huraian: Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca agar bersikap hemah tinggi ketika melayani tetamu. Peristiwa Dahlia mengambil keputusan untuk terjun ke dalam sungai yang berarus deras bagi menyelamatkan Said daripada mati lemas walaupun pada akhirnya Dahlia gagal menyelamatkan Said. Huraian: Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca agar berani menghulurkan bantuan untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Selain itu, peristiwa Tauke Lim menyumbangkan barangbarang keperluan untuk Majlis Maulidur Rasul yang diadakan di Kampung Parit Haji Rais walaupun dia berbangsa Cina. Huraian: Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa bersedia untuk membantu serta menyumbangkan apa-apa yang mampu kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan tanpa mengira status, kaum, dan agama.