The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA PERTANDINGAN VIDEO KLIP NYANYIAN TAHUN 2021 (panitia muzik)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by basingshirly, 2021-08-12 21:47:53

KERTAS KERJA PERTANDINGAN VIDEO KLIP NYANYIAN TAHUN 2021 (panitia muzik)

KERTAS KERJA PERTANDINGAN VIDEO KLIP NYANYIAN TAHUN 2021 (panitia muzik)

SMK SEPAGAYA, LAHAD DATU

KERTAS KERJA
PERMOHONAN PEMBIAYAAN
PERTANDINGAN KLIP VIDEO LAGU
SMK SEPAGAYA, LAHAD DATU BAGI TAHUN 2021

ANJURAN
KELAB KEBUDAYAAN ( NYANYIAN )

DENGAN KERJASAMA
PANITIA PENDIDIKAN MUZIK
SMK SEPAGAYA, LAHAD DATU

KERTAS KERJA
PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERTANDINGAN KLIP VIDEO LAGU

SMK SEPAGAYA, LAHAD DATU BAGI TAHUN 2021

1. 0 TUJUAN KERTAS KERJA
Kertas kerja ini dihasilkan adalah untuk memohon kelulusan pembiayaan bagi Pertandingan Klip
Video Lagu Tahun 2021 anjuran Kelab Kebudayaan (Nyanyian) dengan kerjasama Panitia
Pendidikan Muzik, SMK Sepagaya Lahad Datu.

2.0 PENDAHULUAN
Pertandingan Klip Video Lagu merupakan satu aktiviti yang baru diperkenalkan pada tahun 2021
untuk semua pelajar SMK Sepagaya, Lahad Datu agar ia dapat mencungkil dan mengembangkan
bakat dan kreativiti pelajar dalam nyanyian seterusnya menghasilkan produksi video filem pendek
yang kreatif serta bersesuaian dengan tajuk lagu pilihan. Di samping itu, ia juga dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan
masyarakat bangsa.

3.0 MATLAMAT
Memberikan pendedahan tentang penghasilan produksi video pendek di samping dapat
mengetengahkan dan mengembangkan bakat serta memberikan pengalaman muzikal kepada
pelajar melalui aktiviti persembahan nyanyian

4.0 OBJEKTIF
i. Mengembangkan bakat pelajar dalam nyanyian ke arah hobi yang berfaedah.
ii. Menghasilkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang kreatif dalam penghasilan video

filem pendek.
iii.Mempunyai pilihan kerja pada masa akan datang.
iv. Sebagai alternatif untuk mengisi masa lapang.
v. Memupuk disiplin dan semangat persaingan yang poisitif di kalangan pelajar.

5.0 PENETAPAN TARIKH, MASA & TEMPAT

5.1 Tarikh Penjurian:

Tarikh : 18-25 SEPTEMBER 2021

Masa : 9.00 pagi hingga selesai

Tempat : Kediaman juri masing-masing

5.2 Tarikh Pengumuman Pemenang

Tarikh : 02 OKTOBER 2021 ( SABTU )

Masa : 9.00 pagi hingga selesai

Tempat : Kediaman masing-masing

6.0 SASARAN PELAJAR
Semua pelajar SMK Sepagaya – menengah rendah dan menengah atas

7.0 SENARAI NAMA PANEL PENILAI YANG TERLIBAT
i. Pn. Shirly Basing - Nyanyian
ii. En. Ayob Abd. Mutalib - Nyanyian
iii. En. Ab. Rahman Appi - Video
iv. Cik Juriah Arasat _ Video
v. En. Ahmad Fauzi Ismail-Persembahan
vi. Cik Gerardine Launeh - Persembahan

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengarah Program : Pn. Shirly Basing

Setiausaha : Cik Gerardine Launeh

AJK Sijil Penyertaan : i. Cik Jescyntia Fenny Joinod (K)

ii. Cik Adriana Izna Isaac

AJK Multimedia : En. Andi Rasman (K)

En. Abd Qahhar Mohd Redzuan

AJK Penyelaras Video : En. Ahmad Fauzi Bin Ismail (K)
En. Hilton Soibik

9.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
i. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar SMK Sepagaya. Kategori menengah rendah dari
tingkatan 1-3 dan menengah atas dari tingkatan 4-6.
ii. Suara pada rakaman lagu tersebut mestilah asli daripada pelajar sendiri.
iii. Klip Video rakaman hendaklah kreatif.
iv. Penyertaan adalah secara individu
v. Setiap pelajar adalah layak menghantar satu penyertaan.

10.0 FORMAT PERSEMBAHAN
i. Setiap peserta wajib mempersembahkan satu lagu sahaja.
ii. Lagu pilihan adalah bebas dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja.
iii.Lagu yang DILARANG adalah yang menyentuh sensitiviti kaum di Malaysia dan lagu yang

DIHARAMKAN di Malaysia.
iv. Lagu yang dipilih hendaklah dinyanyikan secara minus one dan penggunaan bantuan seperti

prop atau lakonan dibenarkan.
v. Setiap rakaman video disunting dan dimurnikan secara kreatif.

11.0 MASA PERSEMBAHAN
i. Persembahan nyanyian tidak kurang dari 3 minit dan tidak melebihi dari 5 minit.

ii. Sebanyak 5 markah akan ditolak sekiranya durasi kurang daripada 3 minit atau melebihi 5
minit.

12.0 PAKAIAN DAN AKSESORI
i. Pakaian dan aksesori peserta hendaklah bersesuaian dan sopan.

13. MOD PROGRAM
i. Penyertaan para peserta hendaklah dalam bentuk rakaman video. (Mp4)
ii. Kualiti video adalah pada tahap yang memuaskan untuk menggelakkan pemotongan markah.

14.0 TATACARA PENGHANTARAN KLIP VIDEO NYANYIAN

i. Rakaman video hendaklah dimuat naik di page Facebook Pertandingan Klip Video Lagu
SMK Sepagaya bermula pada 14 Ogos 2021 hingga 14 September 2021 sebelum jam 12.00 tengah
malam.

ii. Sila letakkan caption bagi setiap video rakaman yang telah Berjaya dimuat naik seperti berikut:

Nama :

Kelas :

Tajuk Lagu :

Artis Asal Lagu :

iii. Peserta wajib membuat pendaftaran penyertaan secara online dengam mengisi Google Form:
https://bit.ly/3fBUbqc

15.0 PEMARKAHAN
i. Kualiti Suara/Ton = 25 markah
ii. Frasa/Interpretasi/Pernyataan = 15 markah
iii. Melodi/Irama = 15 markah
iv. Tempo = 15 markah
v. Artikulasi/Sebutan = 10 markah
vi. Persembahan = 10 markah- Penjiwaan
vii. Teknikal & Sinematografi = 10 markah - Keserasian
vii. Markah keseluruhan = 100 markah

Keputusan panel penilai adalah MUKTAMAD

16.0 HADIAH PEMENANG
16.1 Hadiah Kategori Menengah Rendah
i. Hadiah Hamper Pertama bernilai RM100.00 + Sijil
ii. Hadiah Hamper Kedua bernilai RM 80.00 + Sijil
iii.Hadiah Hamper Ketiga bernilai RM 60.00 + Sijil
iv. Hadiah Hamper Keempat bernilai RM35.00 + Sijil
v. Hadiah Hamper Kelima bernilai RM25.00 + Sijil

16.2 Hadiah Kategori Menengah Atas
i. Hadiah Hamper Pertama bernilai RM100.00 + Sijil
ii. Hadiah Hamper Kedua bernilai RM 80.00 + Sijil
iii.Hadiah Hamper Ketiga bernilai RM 60.00 + Sijil
iv. Hadiah Hamper Keempat bernilai RM35.00 + Sijil
v. Hadiah Hamper Kelima bernilai RM25.00 + Sijil

17. PERUNTUKAN KEWANGAN
Perbelanjaan untuk pembelian Hadiah Menengah Rendah diambil daripada Unit Kokurikulum
dan pembelian Hadiah Menengah Atas dan Sijil diambil daripada Panitia Pendidikan Muzik.

18. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA KOS ( RM )

A. PANITIA PENDIDIKAN SEUNIT( RM ) RM100.00
MUZIK RM 80.00
1 RM100.00 RM 60.00
i. Kategori Menengah Atas 1 RM 80.00 RM 35.00
Hadiah Hamper Pertama 1 RM 60.00 RM 25.00
Hadiah Hamper Kedua 1 RM 35.00
Hadiah Hamper Ketiga 1 RM 25.00
Hadiah Hamper Keempat
Hadiah Hamper Kelima

ii. Sijil Penyertaan 1 buku RM 35.00 RM 35.00

JUMLAH KESELURUHAN RM335.00

19. PENUTUP
Adalah diharapkan agar permohonan kewangan bagi program tersebut mendapat kelulusan dan

sokongan daripada pihak pentadbir.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(SHIRLY BASING) (SURATMIN BIN PUNUT)
Ketua Panitia Pendidikan Muzik Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Sepagaya, Lahad Datu SMK Sepagaya, Lahad Datu

Permohonan diluluskan oleh :

(JUMMIAH BINTI TEE)
Pengetua,
SMK Sepagaya, Lahad Datu.

Ruj. Kami : XEA 3104/600/4/9/01( )
Tarikh : 11 OGOS 2021

Pengetua,
SMK Sepagaya,
Lahad Datu.

Puan,

MEMOHON PEMBIAYAAN KEWANGAN PERTANDINGAN KLIP VIDEO LAGU TAHUN
2021 ANJURAN KELAB KEBUDAYAAN (NYANYIAN) SMK SEPAGAYA, LAHAD DATU

Merujuk kepada perkara di atas.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Kebudayaan di bawah Unit Nyanyian SMK Sepagaya Lahad
Datu akan mengadakan Pertandingan Klip Video Lagu bagi tahun 2021 pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 18-25 SEPTEMBER 2021
Masa : 09.00 pagi hingga selesai
Tempat : Kediaman Masing-Masing
Kaedah : Penghantaran Video Rakaman

03. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik puan agar dapat meluluskan permohonan
pembiayaan kewangan pertandingan ini sebanyak RM 335.00 ( Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Tiga
Puluh Lima Ringgit Sahaja ) bagi tujuan di atas. Bersama-sama surat ini dilampirkan kertas kerja bagi
perhatian dan tindakan puan selanjutnya.

04. Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan berbanyak-banyak
terima kasih. Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

SHIRLY BASING
Guru Penasihat,
Ketua Panitia Pendidikan Muzik,
SMK Sepagaya, Lahad Datu.


Click to View FlipBook Version