The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by basingshirly, 2021-08-15 00:03:54

CONTOH LAPORAN AKTIVITI C TERKINI

CONTOH LAPORAN AKTIVITI C TERKINI

1. LATAR BELAKANG KOMPOSER
Franz Joseph Haydn
( CERITAKAN LATAR BELAKANG KOMPOSER )

Antara hasil gubahan Joseph Haydn ialah I:1 Simfoni No. 1 dalam D major (1759) hingga I:108
Simfoni B dalam Bb major (1762) berdasarkan penomboran Hoboken, Kuartet Bertali no.1 "La
Chasse" dalam B♭ major (1757-62) Op.1 no.1 hingga Kuartet Bertali no.67 dalam F major
(1799) Kuartet Lobkowitz Op.77 No.2, dan lain-lain. Symphony No 94 in G Major adalah
antara salah satu hasil karya beliau yang sangat mashyur dan dikenali sebagai ‘Surprise
Symphony’. Karya ini adalah yang kedua dari dua belas simfoni yang ditulis oleh Joseph
Haydn. Saya memilih Symphony No 94 in G Major 2nd Movement adalah kerana ia
mempunyai detik dramatik yang memberikan kejutan kepada para audien dengan
mengemukakan idea-idea yang kreatif agar audien masuk ke dalam dunia orkestranya.
https://www.youtube.com/watch?v=lLjwkamp3lI

QR CODE

2. BENTUK MUZIK
Symphony No 94 in G Major 2nd Movement mempunyai bentuk muzik Tema dan Variasi yang
mana idea muzik asasnya dimainkan berulang kali dan diubah setiap kali dalam melodi, irama,
harmoni, dinamik atau warna ton. Bentuk Tema dan Variasi ini digunakan sebagai satu
pergerakan karya yang lebih besar. Nada dalam pergerakan kedua ini ialah C major dan
menggunakan meter 2/4 serta dimainkan oleh flut, oboe, bassoon, french horns, trumpet,
timpani, violin pertama, violin kedua, biola, selo dan double bes. Tempo untuk pergerakan
kedua ini adalah Andante dengan durasinya adalah 6.25 minit.

Skor Symphony No 94 G Major 2nd Movement

i. Tema
Bahagian A bermula pada minit 0:00 dimainkan oleh violin 1 dan 2 secara lembut (P) dengan
temanya adalah staccato. Bahagian ini dimainkan secara berulang-ulang secara sangat lembut
(PP) dengan menggunakan teknik pizzicato atau petik tali dengan iringan muzik bertali yang
lain . Kemudian memberikan kord kejutan yang menghasilkan dinamik yang sangat kuat (ff).

Bahagian B pula dimainkan oleh violin 1 dan 2 secara lembut ( P )sebagai kesinambungan
tema. Kemudian tema tersebut diulang oleh flut dan oboe.

ii. Variasi 1
Bahagian A, tema bermula pada minit 1:09 dengan menggunakan dinamik kuat (F) dan violin
memainkan kaunter melodi yang tinggi secara lembut serta menggunakan teknik sforzando
(sf) iaitu menghasilkan tekanan yang mengejut. Bahagian A diulang.

Bahagian B, Violin membuat kesinambungan tema dengan memainkan kaunter melodi yang
tinggi secara lembut. Bahagian B diulang.
iii. Variasi 2
Bahagian A pada minit ke 2:14 temanya dalam nada minor dengan dimulai dinamik yang
sangat kuat serta dimainkan oleh alat muzik bertali yang lain seperti selo dan double bes. Frasa
violin pula dimainkan dalam nada Major secara lembut. Bahagian A diulang.

Bahagian B pada minit ke 2:17, orkestra memainkan skor tersebut manakala violin pula
memainkan skel secara menurun dengan cepatnya. Kemudian kedengaran violin
memainkannya bersendirian secara lembut dan masuk ke variasi yang ketiga.

iv. Variasi 3
Pada minit 3:22 di bahagian A, oboe memainkan tema secara lebih cepat dengan dinamik
lembut, not yang berulang-ulang dan menggunakan teknik staccato serta dalam nada Major.

Bahagian B pula, flut dan oboe memainkan kaunter melodi dengan licinnya di atas tema
staccato yang dimainkan oleh violin dengan menggunakan dinamik lembut. Bahagian B
diulang.

v. Variasi 4
Pada minit 4:25 bahagian A, tema dimainkan oleh semua bras dan alat tiup angin. Violin pula
memainkan not dengan cepat . Kesemua alat tersebut memainkan dengan dinamik yang sangat

kuat (ff). Kemudian selepas itu violin memainkan tema tersebut dengan lembut, licin dan irama
yang mempunyai nilai not panjang dan pendek. Bahagian B, violin membuat kesinambungan
tema dan irama panjang pendek. Orkestra penuh pula dimainkan. Kesinambungan tema
dimainkan oleh trumpet sehingga membawa ke kord yang tegang dan tergantung dengan
dinamik sangat kuat (ff) dan secara tiba-tiba menjadi lembut (P).

vi. Bahagian Penutup
Pada minit yang ke 5:54, tema dimainkan oleh oboe secara lembut dan kord disonan dimainkan
oleh alat muzik bertali yang lain. Flut pun ikut serta dengan dinamik yang sangat lembut (PP)
sehingga ke penutup pergerakan kedua ini.

3. ALAT MUZIK

Alat muzik yang digunakan dalam karya Symphony No 94 in G Major 2nd Movement adalah
terdiri daripada empat kumpulan alat muzik seperti alat muzik bertali, alat muzik tiup kayu,
alat muzik bras dan alat muzik perkusi.

i. Alat Muzik Bertali

Alat muzik bertali adalah kumpulan instrumen keluarga terbesar di dalam orkestra. Ia terdapat
dalam empat instrumen seperti violin, biola, selo, dan yang terbesar dabal bes kadang-kadang
disebut sebagai contrabass. Alat muzik bertali yang terdapat pada skor Symphony No 94 in G
Major 2nd Movement adalah violin pertama, violin kedua, biola, selo dan dabal bes.

a. Violin

Violin adalah kordofon kayu (alat musik gesek) dalam keluarga biola. Kebanyakan violin
mempunyai badan kayu berongga. Violin adalah instrumen terkecil dan mempunyai nada yang
tinggi (soprano) dalam keluarga alat muzik bertali. Violin mempunyai empat tali yang
diselaraskan dengan nada G3, D4, A4, E5, dan sering dimainkan dengan busur melintasi
talinya. Hal ini juga dapat dimainkan dengan memetik tali dengan jari (pizzicato) dan dalam
kes khusus memukul tali dengan menggunakan sisi kayu busur ( col legno). Di dalam karya
Symphony No 94 in G Major 2nd Movement, violin berperanan sebagai alat muzik utama yang
memainkan tema dan variasi. Violin juga memainkan kaunter melodi, skel dan not-not yang
cepat dengan menggunakan pelbagai teknik dan dinamik sehingga menghasilkan warna ton
yang lebih luas.

QR Code

b. Biola
Biola adalah alat muzik bertali digesek, dipetik, atau dimainkan dengan teknik yang berbeza-
beza. Ia sedikit lebih besar daripada violin dan mempunyai nada yang lebih rendah dan bunyi
yang agak dalam. Ia dikategorikan sebagai suara alto dalam keluarga biola. Talinya dari nada
rendah ke tinggi diselaraskan ke C3, G3, D4, dan A4. Biola memainkan peranan sebagai muzik
iringan dalam alat muzik bertali.

QR Code

c. Selo
Selo
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Selo berperanan sebagai________________________________________________________

QR Code

d. Dabal Bes
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Dabal bas berperanan sebagai __________________________________________________

QR Code

ii. Alat Muzik Tiup Kayu
Alat muzik tiup kayu yang terdapat dalam karya ini adalah seperti 2 flut, 2 oboe dan 2 basson.
a. Flut
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Flut berperanan sebagai _______________________________________________________

Gambar flut QR Code

b. Oboe
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Oboe berperanan sebagai _____________________________________________________

Gambar Oboe QR Code

c. Basson
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Basson berperanan sebagai _____________________________________________________

Gambar Basson QR Code

iii. Alat Muzik Bras

Di dalam karya ini terdapat dua jenis alat muzik bras yang memainkan skor tersebut seperti
dua french horn dan dua trumpet. Kedua-dua alat muzik ini berperanan sebagai pemuzik
iringan.

a. French Horn

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Gambar French Horn QR Code

b. Trumpet

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Gambar Trumpet QR Code

iv. Alat Perkusi

Terdapat dua timpani yang digunakan dalam Symphony No 94 in G Major 2nd Movement.
Timpani sangat memainkan peranan yang penting di dalam karya ini kerana ia menghasilkan
nada yang berbeza pada tahap dinamik yang berbeza sehingga menghasilkan Drum Stroke pada
kord kejutan dan mengejutkan para audien.

Timpani dikenali sebagai kettle drum_____________________________________________

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Gambar Timpani QR Code

4. FUNGSI MUZIK
Fungsi muzik yang terdapat pada Symphony No 94 in G Major 2nd Movement adalah sebagai
hiburan yang berunsurkan jenaka. Surprise Symphony adalah karya Haydn yang mengejutkan
para audien pada pergerakan ke-2 dengan sesuatu idea yang baru dan kreatif. Ia berlaku dari
dinamik yang sangat lembut sehingga ke dinamik yang sangat kuat. Haydn sebenarnya ingin
agar para audien berasa teruja dan bercerita tentang karya muziknya apabila berada di luar
dewan. Beliau telah memasukkan unsur-unsur jenaka di dalam karya pergerakan ke-2 ini
dengan menceritakan tentang seorang perempuan yang pengsan. Muziknya sangat
mengejutkan apabila mendapat tekanan (accent) tiba-tiba daripada orkestra. Para audien
memberikan tepukan dan memberikan pujian terhadap debutnya yang cemerlang.

QR Code


Click to View FlipBook Version