GENERASI MADANI KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEKOLAH BEBAS DADAH
BIODATA Nama Murid dan Kelas : Amni Affia Binti Azmi 4 Sains Nur Amielia Zanina Binti Romuzi 4 Akuan Nama Guru dan Jawatan : Nurul Atiqah Binti Abdul Ghapar Guru Akademik Mata Pelajaran Nama Sekolah dan Kod : Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang JEA1041
Selamat sejahtera, dan kami bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan buku skrap kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Inhalan ”. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan buku skrap ini. Pertama sekali kepada Cikgu Nurul Atiqah Binti Gapar kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada kami. Jasa beliau akan kami kenang ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek buku skrap amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan kami maklumat tidak akan kami lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek kami. Sekianterima kasih. PENGHARGAAN
Inhalan dikenali juga sebagai bahan hiduan atau sedutan adalah bahan mudah meruap (volatile) yang dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda. 3 Kategori : 1) Pelarut mudah meruap - Merupakan cecair yang akan meruap pada suhu bilik. - termasuklah cat dan penipis/pelarut cat, bahan pelindung fabrik, penanggal gris 2) Bahan gas - Produk kegunaan di rumah yang mengandungi gas termasuklah pemetik api yang berisikan gas butana - Merupakan bahan yang banyak digunakan dalam perubatan seperti eter, klorofom 3) Bahan nitrit Merupan sejenis bahan sedutan yang sering digunakan sebagai pemangkin seks INHALAN
Kesan Sampingan Inhalan Sakit kepala Keliru Muntah dan pening Mamai Masalah pertuturan Kurang kordinasi pergerakan Kesan menggunaan inha;lan dalam bidang perubatan Hilang pendengaran (cat jenis sembur, penghilang wax, pembersih bahan kimia dan liquid paper) Masalah saraf periferi atau kekejangan otot tangan dan kaki (gam, gasolin, dispenser whipped cream, gas silinder) Kerosakan sistem saraf pusat dan juga otak (penyembur cat, penghilang wax). KESANINHALAN
Kesemua jenis inhalan boleh menyebabkan kematian mengejut yang dikenali sebagai Sudden Sniffing Death Syndrome. Kematian ini adalah disebabkan gangguan kepada ritma jantung. Seseorang yang mengambil inhalan boleh mendapat serangan jantung walaupun hanya menggunakannya buat kali pertama. Satu-satunya cara mencegah kematian akibat inhalan ini adalah dengan berhenti mengambil inhalan atau menghidu gam. KESAN OVERDOS
1)Pastikan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda mengetahui tentang bahaya-bahaya merokok, minum arak, penyalahgunaan dadah serta inhalan. 2). Elakkan membeli produk-produk yang mudah disalahgunakan seperti bahan pelarut dan produk-produk berasaskan bahan pelarut, gas, minyak petrol dan aerosol. Usahakan untuk mendapatkan produk-produk alternatif yang berasaskan air sekiranya ada. 3) Sentiasa awasi mengenai kuantiti produk yang telah digunakan, sekiranya kuantiti yang digunakan agak banyak, soal dan lakukan penyiasatan lanjut 4) Sekiranya anda mensyaki sebarang perubahan tingkah laku anak atau rakan anda, tanya dan cakap dengan mereka mengenai perkara yang membimbangkan anda. Jangan tangguhkan untuk berdepan dengan mereka. 5) Sentiasa sedar, waspada serta mengambil tahu tentang masalah ini dengan cara mendapatkan maklumat lanjut tentang penagihan bahan sedutan, jenis bahan yang sering disalahgunakan, dan cara-cara untuk mengesan masalah ini sekiranya terjadi di kalangan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda LANGKAHMENCEGAH
CONTOHPRODUK Trikloroetilena - Penanggal kotoran , penyahgris , cecair pemadam Toluin - Minyak petrol, gam , penanggal/ penipis cat , cecair pemadam 01 020304 Nitrous oksida - Krim whipping , tangki gas Butane , Propane - Cecair pemetik api , semburan cat dan rambut
Kesimpulannya, kita hendaklah mengambil cakna terhadap kewujudan inhalan sebagai salah satu penyalahan guna bahan. Justeru, kita perlulah menyebarkan pengetahuan kita tentang inhalan ini kepada masyarakat kini agar generasi akan datang tidak akan terjerumus dalam kes penyalahan guna bahan PENUTUP