PERIBAHASA 1) NUR SYAKIRAH BINTI ADNAN 2) WIDAD HANI BINTI ZAINI 3) NUR ALIA MAISARAH BINTI ABD HALIM
PENGENALAN PEPATAH SIMPULAN BAHASA BIDALAN PERUMPAMAAN KESIMPULAN ISI KANDUNGAN
PENGENALAN Peribahasa ialah susunan kata atau ikatan perkataan yang ringkas, bijaksana, rapi, dan teratur. Mengandungi maksud dan tujuan yang luas, halus dan dalam serta mempunyai pengertian yang tertentu seperti unsur nasihat dan pengajaran kepada masyarakat Melayu. Peribahasa menggunakan perkataan yang sedap didengar dan bijak perkataannya Peribahasa menggambarkan pendapat atau fikiran sesuatu masyarakat tentang kehidupan mereka sehari-hari. Peribahasa dicipta setelah sesuatu kejadian berlaku di dalam lingkungan suatu masyarakat kemudian mereka mengiaskan dengan apa-apa yang ada di sekeliling kehidupan mereka. Peribahasa menunjukkan kreativiti masyarakat dalam penggunaan bahasa yang halus dan teliti
SIMPULAN BAHASA
Apa itu simpulan bahasa? Simpulan bahasa ialah ungkapan yang lazimnya terdiri daripada dua atau tiga patah perkataan yang mempunyai makna yang berlainan daripada perkataan asal tersebut.Simpulan bahasa merupakan salah satu peribahasa yang paling ringkas dan digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan dengan membawa maksud yang mendalam.
air muka alas perut Maksud : rupa atau raut wajah seseorang Contoh : Air mukanya berubah apabila . mendengar berita itu. Maksud : makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan. Contoh : Para peserta diberi roti sebagai alas . perut mereka pada pagi itu. CONTOH SIMPULAN BAHASA
CONTOH SIMPULAN BAHASA buah mulut hidung tinggi Maksud : sesuatu yang menjadi perbualan ramai Contoh : Perkahwinan anak Encik Ahmad . menjadi buah mulut penduduk . kampung. Maksud : sombong atau meninggi diri Contoh : Sikap Aisyah yang hidung tinggi itu . menyebabkan kawan-kawannya tidak . suka bergaul dengannya.
CONTOH SIMPULAN BAHASA kaki ayam makan angin Maksud : tidak berkasut atau berselipar Contoh : Ibu memarahi adik kerana pulang ke . rumah dengan berkaki ayam. Maksud : bersiar-siar Contoh : Puan Halimah dan sekeluarga makan . angin di Cameron Highlands minggu . lepas.
makan suap cakar ayam Maksud : menerima rasuah Contoh : Maksud : tulisan yang buruk Contoh : Tulisan adik yang cakar ayam itu sukar . untuk dibaca. CONTOH SIMPULAN BAHASA
PERUMPAMAAN
PERUMPAMAAN Perumpamaan ialah susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas berlainan daripada apa yang diucapkan atau tertulis. Perumpamaan ialah peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Susunan kata-kata indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud tersirat. Perumpamaan biasanya menggunakan kata bandingan seperti bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.
BAGAI AUR DENGAN TEBING MAKSUD Tolong menolong antara satu dengan yang lain. CONTOH AYAT Penduduk Kampung Bahagia mengamalkan sikap bagai aur dengan tebing semasa Puan Zainab mengadakan majlis perkahwinan anaknya.
BAGAI BULAN JATUH KE RIBA MAKSUD Seseorang yang memperoleh keuntungan berlipat kali ganda. CONTOH AYAT Encik Aman berasa gembira kerana pemiagaannya pada bulan Ramadan memperoleh keuntungan yang banyak bagai bulan jatuh ke riba.
BAGAI DAKWAT DENGAN KERTAS MAKSUD Sangat akrab. CONTOH AYAT Hubungan Alia dan Sarah sangat rapat bagai dakwat dengan kertas kerana ke mana-mana pergi mereka pasti berdua.
BIDALAN
Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Ia mempunyai maksud dua lapis. Bagaimanapun bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Kata-kata bidalan juga digunakan sebagai bahan sindiran yang bertujuan untuk memberi peringatan seperti “ sikit-sikit, lama-lama jadi bukit” yang bermaksud berjimat cermat akan membawa kesenangan kelak. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat. bidalan didefinisikan sebagai kata-kata yang sering disebut, dan yang mengandungi nasihat, peringatan, dan sebagainya. MAKSUD BIDALAN
ADA UDANG DI SEBALIK BATU Maksud: Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan. Contoh ayat: Lelaki yang datang pada waktu senja ke rumah Tuan Haji Hashim agak mencurigakan kerana daripada tindak tanduknya seolah-olah ada udang di balik batu.
BELAKANG PARANG, KALAU DIASAH AKAN TAJAM JUGA Maksud: Jika berusaha dengan gigih pasti akan berjaya Contoh ayat: Setelah Ahmad mengulang kaji secara bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan SPM, akhirnya dia mendapat keputusan yang cemerlang kerana belakang parang kalau diasah akan tajam juga.
SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN Maksud: Berwaspada sebelum ditimpa kesusahan. Contoh ayat: Cikgu selalu berpesan pada saya bahawa, sediakan payung sebelum hujan supaya saya sentiasa berjaga-jaga dengan perkara disekeliling saya sebelum saya ditimpa apa-apa kejadian yang tidak diingini.
PEPATAH
Merupakan jenis peribahasa yang berangkap serta terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan, falsafah, atau pengajaran yang hendak disampaikan. Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatahpatah. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat. pepatah membawa maksud sejenis peribahasa yang mengandungi nasihat, ajaran orang tua-tua, dan lain-lain. MAKSUD PEPATAH
DI MANA ADA GULA, DI SITU ADA SEMUT Maksud: Tempat yang banyak rezeki menjadi tumpuan ramai. Contoh ayat: Pusat bandar menjadi tumpuan orang ramai kerana mudah untuk mencari sumber rezeki. Bak kata pepatah, di mana ada gula, di situ ada semut.
ADA UBI ADA BATAS, ADA BUDI BOLEH BALAS Maksud: Kebaikan yang dilakukan akan dibalas kembali dengan kebaikan. Contoh ayat: Hani menolong Sarah menjaga kucingnya kerana dia ada urusan di luar negeri. Sebagai ucapan terima kasih, Sarah mengadiahkan Hani seutas gelang emas tanda terima kasih kerana ada ubi ada batas, ada budi boleh balas.
ALAH BISA TEGAL BIASA Maksud: Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat. Contoh ayat: Kerja memotong kayu itu alah bisa tegal biasa bagi Iddin kerana dia terbiasa membuat kerja itu sejak kecil
Secara keseluruhannya, peranan peribahasa sangat jelas dalam kehidupan bermasyarakat. Peribahasa yang merupakan sastera lama digunakan oleh masyarakat Melayu terdahulu perlu dipraktikkan dan digunakan dengan lebih kerap supaya khazanah ini tidak hilang ditelan zaman. Tokoh sastera negara, Za’ba pernah berkata bahawa peribahasa atau perumpamaan merupakan lidah pendeta. Nilai dan ilmu yang terkandung dalam peribahasa cukup tinggi dan indah jika digunakan dengan sebaiknya. Oleh itu, setiap pihak perlu memainkan obligasi untuk memastikan pengajaran tentang peribahasa diteruskan dan penggunaannya diraikan dalam media arus perdana agar menjadi tontonan dan disemat dalam fikiran masyarakat umum. KESIMPULAN
RUJUKAN https://anyflip.com/pvpz/bwpu/basic https://app.pandai.org/note/read/kssr-y3-bm-04-01-01/kssr-y3-bm-04/peribahasa https://maribelajarperibahasamelayu.weebly.com/jenis-jenis.html http://asfizahmohdamir65.blogspot.com/p/bidalan.html https://nadz.my/simpulan-bahasa/
TERIMA KASIH