SK PUTRAJAYA PRESINT 11(1) Sekolah Berprestasi Tinggi MODUL MENTOR MENTEE PERJUMPAAN BULAN SEPTEMBER 2023
PRA SEKOLAH Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid. Tajuk : Nama Panggilan. Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. mengetahui nama panggilan diri, mentor dan ahli kelompok. 2. mengenali mentor dan setiap ahli kelompok. 3. memahami bahawa hubungan ahli kelompok seperti keluarga. Masa : 30 minit Bahan : Kad nama panggilan diri (Along, Angah, Alang, Achik, Andak, Ateh, Anjang, Uda, Ucu, Adik) Langkah : 1. Mentor meminta setiap mentee memaklumkan dan berkongsi tarikh lahir masing-masing dalam kumpulan. 2. Mentor memberikan kad nama panggilan kepada setiap mentee mengikut tarikh lahir yang terawal hingga terakhir. 3. Mentee perlu memakai kad nama tersebut dan membahasakan diri serta memanggil mentee lain dalam kumpulan mengikut nama gelaran pada kad nama masing-masing. 4. Mentor perlu memperkenalkan diri dengan panggilan ayah, ibu, bonda, umi, abi dan sebagainya yang sesuai dan melambangkan watak sebagai ibu atau ayah. 5. Mentor dan mentee membuat ulasan tentang aktiviti yang dijalankan. Falsafah : Budi bahasa budaya kita.
TAHUN 1 Bidang : Peningkatan Disiplin Diri Murid. Tajuk : Pengurusan Diri. Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. menguruskan diri tanpa bantuan orang lain. 2. menyedari tanggungjawab mengurus diri. 3. mengenalpasti kemahiran asas penjagaan diri. Masa : 30 minit Bahan : Tiada Langkah : 1. Mentor memulakan aktiviti ini dengan membuat pemeriksaan kuku mentee. 2. Mentor memilih dua orang mentee (lelaki dan perempuan) yang berpakaian lengkap dan kemas untuk dijadikan model. 3. Mentor menerangkan ciri-ciri kekemasan diri yang ada pada kedua-dua model tersebut. 4. Mentee bersoal jawab dengan mentor berkaitan pengurusan diri. Falsafah : Kebersihan asas kesihatan.
TAHUN 2 Bidang : Pendidikan Kerjaya Murid. Tajuk : Cuba Teka. Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. mengetahui beberapa jenis pekerjaan dan bidang tugasnya. Masa : 30 minit Bahan : Lembaran pantun (Lampiran 6) Langkah : 1. Mentor mengajukan pantun teka-teki pekerjaan dan meminta mentee meneka. 2. Membincangkan tentang tugas setiap pekerjaan yang terdapat dalam pantun teka teki yang diajukan kepada mentee. 3. Mentor dan mentee membuat rumusan daripada aktiviti yang dijalankan. Falsafah : Setiap pekerjaan mempunyai suasana dan persekitaran kerja yang berbeza.
LAMPIRAN 6 Padankan jawapan pantun teka teki di bawah. PANTUN Baju saya putih berseri, Kalau sakit jumpalah saya, Kalau adik bijak bistari, Cuba teka kerja saya?. Rumah terbakar panggillah saya, Saya datang berlumba-lumba, Padam api kerja saya, Kalau tahu cubalah teka. Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Datang sekolah saya mengajar, Kalau tak tahu saya tunjukkan. Gagah perkasa menjaga negara, Baju hijau pakaian saya, Memegang senjata sentiasa bersedia, Cubalah teka siapa saya? ASKAR GURU BOMBA DOKTOR
TAHUN 3 Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid. Tajuk : Keluargaku . Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. memahami tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap keluarga. 2. menjelaskan tentang salasilah keluarga asas. 3. mengenali lebih dekat setiap ahli keluarga mereka. Masa : 30 minit Bahan : Gambar Keluarga, Kertas A4. Langkah : 1. 2. Mentor bersoal jawab dengan mentee berkaitan dengan keahlian sebuah keluarga. Mentee menceritakan perihal dirinya dalam keluarga. 3. Mentee menyatakan peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga. 4. Mentee membuat rumusan berdasarkan tajuk yang dibincangkan. Falsafah : 1. Melahirkan budaya “Yang tua dihormati, yang muda disayangi”.
TAHUN 4 Bidang : Pembangunan Sahsiah Diri Murid. Tajuk : Asas Komunikasi. Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. berkomunikasi dengan yakin dan berkesan. 2. menggunakan laras bahasa yang betul. 3. melatih diri untuk bersopan-santun dalam pertuturan. Masa : 30 minit Bahan : Tiada Langkah : 1. Mentor mengajak mentee untuk menyanyikan lagu Hari Jadi bersama-sama. 2. Mentor bersoal jawab tentang sambutan hari lahir. 3. Mentor meminta pendapat mentee tentang ucapan yang sesuai semasa sambutan hari lahir dan contoh ucapan lain yang diketahui oleh mentee. 4. Mentor membuat rumusan tentang penggunaan bahasa yang sopan dan sesuai digunakan. Falsafah : Komunikasi yang baik membentuk peribadi mulia. :
TAHUN 5 Bidang : Pendidikan Kerjaya Murid. Tajuk : Aku Anak Cemerlang. Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. menyedari potensi diri untuk cemerlang. 2. bertanggungjawab terhadap diri untuk mencapai kecemerlangan. Masa : 30 minit Bahan : Tiada Langkah : 1. Mentor meminta murid yang pernah mendapat tempat pertama dalam peperiksaan untuk dijadikan sebagai contoh murid yang cemerlang. 2. Mentee contoh diminta berkongsi tips-tips kejayaan tentang ciri-ciri murid cemerlang. 3. Mentee lain memberi pandangan tentang ciri-ciri pelajar cemerlang. 4. Mentor membuat rumusan hasil perbincangan. Falsafah : Kecemerlangan membentuk keperbadian mulia.
TAHUN 6 Bidang : Pendidikan Kerjaya Murid. Tajuk : Kepentingan Kerjaya. Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. menyatakan kepentingan pekerjaan ibu bapa atau penjaga. 2. menyatakan kepentingan kerjaya kepada manusia. Masa : 30 minit Bahan : Marker pen/kapur, papan putih/papan hijau Langkah : 1. Mentee meneka perkataan di papan putih. 2. Mentee bersoal jawab tentang pekerjaaan ibu bapa/ penjaga masingmasing. 3. Mentee berbincang dalam kumpulan tentang kepentingan pekerjaan yang dipilih. 4. Ketua kumpulan membentangkan hasil dapatan. 5. Mentor membuat rumusan. Falsafah : Kerjaya itu amat penting dalam kehidupan manusia demi mencapai kesempurnaan hidup.
TERIMA KASIH