The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahasa Melayu (Kefahaman)
Tahun 4B SRDM
Minggu 35, Rabu, 22 September 2021
Cikgu Siti Fatima binti Mahdan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatimamahdan, 2021-09-20 15:23:06

Kitaran Hidup Katak

Bahasa Melayu (Kefahaman)
Tahun 4B SRDM
Minggu 35, Rabu, 22 September 2021
Cikgu Siti Fatima binti Mahdan

Kitaran
Hidup
Katak

Slaid disediakan oleh Cikgu Fatima
Isnin, 21 September 2021

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬

Kitaran hidup binatang
adalah proses yang dilalui sejak
mereka mula lahir sehingga
mati.

Katak adalah
sejenis haiwan amfibia
yang boleh hidup di
dalam air dan di darat.
Katak betina bertelur di
dalam air tenang seperti
di dalam kolam, perigi
dan lombong.

Katak membiak
pada musim tertentu.
Katak jantan dan
katak betina akan
berkumpul di satu
kawasan yang
lembap. Katak betina
mengeluarkan 1 000
biji telur pada satu
musim. Telur katak
akan menetas
menjadi berudu
dalam masa 10 hari.

Berudu ini bentuknya seperti ikan yang
mempunyai ekor dan bernafas melalui insang. Selang
beberapa hari, fizikal berudu mulai berubah. Dua
pasang kaki mulai muncul dan ia akan mencari serangga
mati untuk makanannya.

Berudu akan bertukar
menjadi anak katak
selepas enam minggu.
Anak katak ini naik ke
darat untuk mencari
makanan yang berupa
serangga seperti lalat,
nyamuk, kumbang,
belalang dan sebagainya.

Katak akan membiak dengan Disesuaikan - Majalah Mekar, Mac 2004
mengeluarkan telur beberapa kali
dan proses ini terus-menerus
berlaku. Selepas hujan turun kita
selalu bersua dengan beberapa
ekor katak melompat-lompat di
atas jalan. Katak paling suka
dengan keadaan yang lembap.

Masa untuk menjawab kuiz!

Sila gunakan pautan berikut untuk menjawab kuiz:
https://quizizz.com/join?gc=53330126

Kamu boleh mencuba beberapa kali sehingga
semuanya betul!

Soalan kefahaman

1. Apa itu katak?
2. Adakah katak betina melahirkan anak atau bertelur?
3. Di manakah katak betina bertelur?
4. Berapakah jumlah telur yang dikeluarkan oleh katak

betina dalam satu musim?
5. Huraikan bentuk berudu.
6. Jika kamu sedang membela beberapa ekor anak katak,

apakah makanan yang patut kamu berikan?
7. Berikan satu perbezaan antara berudu dan katak.
8. Pada pendapat kamu, mengapakah katak suka

dengan keadaan yang lembap?

‫الحمد لله‬

Terima kasih atas penglibatan kamu hari ini dan syabas kepada
murid-murid yang dapat menjawab kuiz dengan betul!


Click to View FlipBook Version