BIDANG SEJARAH
DAN APRESIASI SENI
TAJUK : SENI BINA
DISEDIAKAN OLEH :
CIKGU NUR AMALINA BT MUHAMMAD
RUMAH TRADISIONAL
RUMAH TRADISIONAL
CIRI-CIRI RUMAH TRADISIONAL MELAYU
❖Bertiang Tebar layar
❖Berpanggung
❖Bertangga
❖Berbumbung curam dan tinggi
❖Perabung yang Panjang perabung
(maksud perabung ialah atap penutup bumbung rumah)
❖Hujung bumbung ditutup dengan tebar layar
(maksud tebar layar ialah bahagian rumah berbentuk segi tiga yang menutupi
ruang di antara dua kasau jantan yang bersilang)
❖Ciri-ciri asas : rumah ibu, loteng dan dapur
RUMAH TRADISIONAL
ASPEK SENI BINA PENTING YANG DITITIKBERATKAN
❖Pengudaraan
❖Pencahayaan
❖Keselamatan
❖Kaya dengan nilai kerohanian
❖Estetika (maksud estetika ialah keindahan)
❖Etika seni bina (setiap bahagian dalam seni bina tradisional mesti diterapkan pada rumah tradisional)
❖Fungsi seni ukiran sebagai ragam hias (menambahkan keunikan seni bina rumah tradisional)
RUMAH TRADISIONAL
JENIS-JENIS RUMAH TRADISIONAL
RUMAH BUJANG ATAU RUMAH TUNGGAL
❖Ciri-ciri :
❖rumah ibu
❖rumah dapur
❖Selasar/serambi (maksud selasar ialah sambungan
pada rumah yang bersambung ke luar; beranda
atau serambi;ada yang beratap dan ada yang tidak)
❖Bumbung panjang dengan atap singgora (atap
singgora ialah atap genting yang diperbuat daripada
tanah liat)
❖Salur angin menggantikan tingkap sebagai
pengudaraan dan pencahayaan.
❖Kasau bermaksud kayu yang dipasang melintang
pada atap rumah
JENIS-JENIS RUMAH TRADISIONAL
RUMAH BERPELEH pemeleh
❖Ciri-ciri :
❖Pemeleh ialah sepasang kayu yang terletak di
kedua-dua belah hujung bahagian atas tebar layar.
❖Bentuk pemeleh melengkung dan meruncing ke atas.
❖Tujuannya ialah untuk menutup kasau lintang atau
kasau jantan (kasau jantan ialah kayu bersaiz besar
manakala kasau betina ialah kayu bersaiz kecil)
❖Bentuk seperti ukiran bangau pada perahu
JENIS-JENIS RUMAH TRADISIONAL
RUMAH PERABONG PANJANG
❖Ciri-ciri :
❖Rumah Melayu Tertua di dunia.
❖Mempunyai satu bumbung yang panjang dan
melintang.
❖Corak/ragam hias terdapat pada tebar layar dan
pemeleh.
JENIS-JENIS RUMAH TRADISIONAL
RUMAH MINANGKABAU
❖Ciri-ciri :
❖Bentuk rumah memanjang.
❖Bumbung melengkung pada bahagian hujung.
❖Muka tebar layar tirus dan tinggi.
❖Terdapat loteng di bawah bumbung sebagai
tempat menyimpan barang dan ruang tidur
anak gadis.
❖Banyak ragam hias pada bahagian dinding dan
panel pintu.
JENIS-JENIS RUMAH TRADISIONAL
RUMAH TIANG DUA BELAS
❖Ciri-ciri :
❖Mempunyai 12 batang tiang pada rumah ibu
(6 batang tiang serambi, 6 batang tiang panjang)
❖Mempunyai ukiran yang rumit pada dinding
(sebagai lambang status pemilik)
❖Terdapat juga ukiran pada panel dua pintu,
tingkap dan kekisi.
JENIS-JENIS RUMAH TRADISIONAL
RUMAH SERAMBI MELAKA
❖Ciri-ciri :
❖Berbumbung panjang berunsur seni bina Bugis,
Jambi, Riau dan Minangkabau.
❖Keunikan pada tangga batunya yang berwarna-
warni bermotif flora (tumbuh-tumbuhan)
❖Tebar layar bermotif bunga
❖Papan pemuka berkerawang ringkas
JENIS-JENIS RUMAH TRADISIONAL
RUMAH BUMBUNG PERAK
❖Ciri-ciri :
❖Berbumbung panjang dan dikenali sebagai
“Bumbung Perak”.
❖Anjung diukir dengan pelbagai motif/corak.
❖Didirikan dengan tiang yang tinggi dengan
tujuan keselamatan.
JENIS-JENIS RUMAH TRADISIONAL
RUMAH KUTAI / RUMAH POTONG PATTANI
❖Ciri-ciri :
❖Atap diperbuat daripada daun rumbia.
❖Asas rumah daripada kayu keras.
❖Dinding diperbuat daripada anyaman buluh atau rotan.
❖Bumbung yang agak tinggi.
❖2 jenis Rumah Kutai;
❖Rumah Kutai Tiang 12
❖Rumah Kutai Tiang 16.
❖Keunikan ragam hias lebah bergantung
❖Menggunakan daun tepas sebagai kelarai pada tebar
layar. (daun tepas ialah anyaman daripada bilah buluh
untuk dinding rumah)
JENIS-JENIS RUMAH TRADISIONAL
RUMAH LIMAS / RUMAH BAJU KURUNG
❖Ciri-ciri :
❖Bumbung berbentuk limas (limas ialah bentuk timba
yang diperbuat daripada daun pisang/upih yang
berbentuk tirus ke atas seperti piramid)
❖Puncak bumbung terdapat Tunjuk Langit.
❖Kekisi dipasang pada jendela sebagai langkah
keselamatan, pengudaraan dan pencahayaan.
❖Kaya dengan seni ukiran pada kekisi, panel pintu,
tingkap dan tebar layar.
❖Menggunakan motif awan larat, kosmos, geometri
dan fauna.
JENIS-JENIS RUMAH TRADISIONAL
RUMAH PERABONG LIMA
❖Ciri-ciri :
❖Bersaiz besar.
❖Tidak mempunyai tebar layar.
❖Dikenali berdasarkan bentuk bumbung daripada
perabong lurus.
❖Perabung ini bersambung dengan 4 buah
perabung yang turun ke cucuran atap.
❖Dihiasi dengan ukiran kerawang.
JENIS-JENIS RUMAH TRADISIONAL
RUMAH PANJANG
❖Ciri-ciri :
❖Satu deretan yang mengandungi rumah-rumah
kelamin.
❖Berpegang teguh dengan adat tradisi suku kaum.
❖Rumah ini mengandungi ruang tanju (serambi),
ruai (ruang terbuka) dan bilik.
❖Didirikan tinggi sebagai faktor keselamatan.
RUMAH IBADAT
MASJID
MASJID arabes
❖Tempat solat bagi penganut agama Islam.
❖Dipengaruhi oleh seni bina Timur Tengah, Champa
dan Demak.
❖Mempunyai kubah, menara, ruang solat, mihrab, landskap
dan hiasan dalaman.
❖Menggunakan motif arabes (corak geometri, kaligrafi
dan motif flora).
❖Ukiran ditonjolkan pada mihrab, kekisi, mimbar dan pintu.
JENIS-JENIS MASJID
MASJID KAMPUNG LAUT
❖Ciri-ciri :
❖Terletak di Tumpat, Kelantan.
❖Masjid tertua di Asia Tenggara.
❖Bumbung berbentuk atap limas bertingkat dan
bersegi tiga menirus ke atas.
❖Puncak dihiasi buah buton.
❖Dibina menggunakan Teknik ‘tebus pasak’ (tidak
menggunakan sebarang paku)
Buah
buton
JENIS-JENIS MASJID
MASJID UBUDIAH
❖Ciri-ciri :
❖Terletak di Kuala Kangsar, Perak.
❖Dikenali juga sebagai Masjid Iskandariah atau
Masjid Diraja.
❖Rekabentuk dipengaruhi oleh seni bina Saracenic
atau India-Islam.
❖Berbentuk octagon (segi lapan).
❖Mempunyai kubah utama berbentuk bawang.
❖4 menara utama dan 16 menara kecil yang
dihiasi kubah di sekeliling bumbung masjid.
JENIS-JENIS MASJID
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
❖Ciri-ciri :
❖Terletak di Shah Alam, Selangor.
❖Masjid kedua terbesar di Asia Tenggara.
❖Mempunyai kubah terbesar di dunia.
❖4 menara mengelilingi kubah.
❖Di bahagian luar, terdapat enamel yang dihiasi
tulisan khat berwarna biru berlatarkan panel kelabu.
JENIS-JENIS MASJID
MASJID NEGARA
❖Ciri-ciri :
❖Terletak di Kuala Lumpur.
❖Reka bentuk gabungan corak Islam, moden
serta seni bina tempatan.
❖Menara berbentuk seperti payung yang
kuncup.
❖Bumbung berbentuk payung yang terbuka.
JENIS-JENIS MASJID
MASJID NEGARA
❖Ciri-ciri :
❖Terletak di Tengkera, Melaka.
❖Asalnya diperbuat dariapada kayu.
❖Bumbung diperbuat daripada daun nipah.
❖Keunikan bumbung berbentuk pagoda.
❖3 lapisan bumbung pada masjid;
❖Bumbung Beranda
❖Bumbung Ruang Sembahyang
❖Bumbung Kubah
GEREJA
GEREJA
❖Terdiri daripada;
❖ Gereja Katolik (dibina oleh Portugis pada abad ke-16)
❖ Gereja Protestan (dibina oleh orang Belanda pada abad ke-17)
Gereja Gereja
Protestan Katolik
JENIS-JENIS GEREJA
GEREJA ST. PAUL
❖Ciri-ciri :
❖Terletak di Melaka.
❖Gereja tertua di Malaysia.
❖Dibina daripada batu laterit (batu lada).
❖Batu penutup kubur mempunyai tulisan dan
ukiran.
❖Di luar perkarangan gereja terdapat tugu
St. Francis Xavier.
JENIS-JENIS GEREJA
GEREJA ST. ANTHONY
❖Ciri-ciri :
❖Terletak di Kuala Lumpur.
❖Struktur menegak dan mempunyai bumbung gabel klasik
berbentuk segi tiga di bahagian puncak.
❖Bentuk siling tinggi membuatkan ruang dalam sejuk.
Bumbung
gabel
TOKONG
TOKONG
❖Rumah ibadat penganut agama Buddha, Taoisme
dan Konfusianisme.
❖Reka bentuk dipengaruhi dari China dan Tibet.
❖Dihiasi dengan patung dan lukisan tertentu.
JENIS-JENIS TOKONG
TOKONG SAM POH TONG
❖Ciri-ciri :
❖Terletak di dalam gua batu kapur di Perak.
❖Terdapat arca-arca Buddha yang terletak di
antara bongkah-bongkah stalaktit dan
stalagmit.
❖Memiliki kolam berkonsep Jepun yang
mempunyai banyak ikan kap Jepun dan
kura-kura sebagai lambang panjang umur.
JENIS-JENIS TOKONG
TOKONG SAM POH TONG Roda
Dharmacakra
❖Ciri-ciri :
❖Terletak di Tumpat, Kelantan.
❖Terdapat patung Buddha berbaring
berukuran 40 meter yang dikenali sebagai
‘Sleeping Buddha’.
❖Elemen penting yang terdapat di sini ialah;
❖Roda Dharmacakra
❖Arca Dewi Guan Yin
❖Pavilion Cina
❖Dewan Gaya Tibet
KUIL
KUIL
❖Tempat ibadat penganut agama Hindu.
❖Kuil terawal dijumpai di negara kita adalah di
Lembah Bujang.
❖Reka bentuk kuil besar dan kaya dengan sejarah.
❖Seni bina penuh dengan ukiran, lukisan dan arca.
JENIS-JENIS KUIL
KUIL SRI MAHAMARIAMMAN
❖Ciri-ciri :
❖Terletak di Kuala Lumpur.
❖Kuil tertua di Malaysia.
❖Mempunyai gopuram (pintu gerbang yang
berhias)
❖Gopuram berbentuk piramid lima tingkat ini
mempunyai arca yang menggambarkan Tuhan
dalam agama Hindu.
❖Siling pada dewan utama dihiasi dengan
lukisan corak bulatan berwarna-warni.
❖Terdapat arca timbulan dan arca yang
menggambarkan dewa-dewi dalam Hindu.
JENIS-JENIS KUIL
KUIL BATU CAVES
❖Ciri-ciri :
❖Terletak di Batu Caves, Selangor.
❖Terdiri daripada 3 kuil utama dan
beberapa kuil kecil yang dipenuhi arca
dan lukisan.
❖Terdapat 272 anak tangga yang berwarna-
warni untuk masuk ke dalam kuil gua.
❖Terdapat patung Dewa Murugan setinggi
42.7 meter di pintu masuk kompleks kuil
ini.
GUDWARA
GUDWARA
❖Tempat perhimpunan atau penyembahan kaum Sikh.
❖Dilengkapi dengan dewan langar, perpustakaan,
bilik mesyuarat, bilik perubatan dan sebagainya.
JENIS-JENIS GUDWARA
GUDWARA SAHIB TATT KHALSA
❖Ciri-ciri :
❖Terletak di Kuala Lumpur.
❖Tertua di Malaysia.
❖Mempunyai menara dan kubah yang
berwarna keemasan.
❖Terdapat corak geometri yang menghiasi
dinding, menara dan tingkap.
ISTANA
ISTANA
ISTANA
❖Kediaman raja atau ketua negara.
❖Ciri-ciri reka bentuk istana hampir sama;
❖Balairong Seri
❖Dewan Mengadap
❖Singgahsana
❖Bilik Santapan
❖Kamar Beradu
JENIS-JENIS ISTANA
ISTANA NEGARA
❖Ciri-ciri :
❖Terletak di Kuala Lumpur.
❖Tempat persemayaman rasmi Yang di-Pertuan
Agong dan Raja Permaisuri Agong.
❖Reka bentuk istana menekankan ciri-ciri
binaan Islam serta tradisional Melayu.
❖Pintu gerbang mempunyai corak berulang.
❖Singgahsana dihiasi dengan ukiran tradisional
Melayu dan tulisan Khat.
Pintu gerbang
istana
JENIS-JENIS ISTANA
ISTANA ISKANDARIAH
❖Ciri-ciri :
❖Terletak di Perak.
❖Menyerupai seni bina India-Islam atau Saracenic
yang dicampur dengan seni bina Asia Barat.
❖Motif gerbang tajam.
❖Menara dan kubah berbentuk bawang.
❖Pintu gerbang masuk utama dan singgahsana
dihiasi dengan ukiran dan jata negeri Perak.
JENIS-JENIS ISTANA
ISTANA MAZIAH
❖Ciri-ciri :
❖Terletak di Kuala Terengganu.
❖Dibina pada zaman pemerintahan Sultan Zainal
Abidin III.
❖Terdapat Panca Persada yang digunakan untuk
upacara istiadat tertentu berhampiran dengan
pintu gerbang istana. (Panca Persada ialah balai
bertingkat-tingkat tempat raja bersemayam/mandi)
Panca Persada
JENIS-JENIS ISTANA
ISTANA MAZIAH
❖ Ciri-ciri :
❖ Terletak di Negeri Sembilan.
❖ Telah diubah menjadi Muzium Diraja Istana
Lama Seri Menanti.
❖ Diperbuat daripada kayu tanpa menggunakan
paku.
❖ Diukir dengan pelbagai motif seperti;
❖ Awan Berarak
❖ Bunga Tampuk Manggis
❖ Bunga Semantung
❖ Gunungan
❖ Menyerupai seni bina Minangkabau yang
melambangkan pendidikan, kekeluargaan
dan kesenian.
KOMPLEKS MAKAM
KOMPLEKS MAKAM
KOMPLEKS MAKAM
❖Tempat bersemadi golongan yang dihormati
seperti raja, pembesar atau pahlawan.
❖Makam-makam ini ditempatkan di dalam
kompleks yang bercantum dengan bahagian
masjid.
❖Diperbuat daripada batu marmar yang
dihiasi dengan pelbagai motif ukiran.
JENIS-JENIS KOMPLEKS MAKAM
KOMPLEKS MAKAM DIRAJA MAHMOODIAH
❖Ciri-ciri :
❖Terletak di Johor.
❖Terdiri daripada 2 bahagian.
❖Bangunan utama mempunyai seni bina
seperti masjid.
❖Perkarangan makam Diraja terdapat Kawasan
lingkaran tembok putih yang dipanggil
Kota Lama atau Lingkaran Dalam.
❖Menempatkan makam kerabat Diraja Johor
dan pembesar-pembesar negeri yang lain.
JENIS-JENIS KOMPLEKS MAKAM
KOMPLEKS MAKAM DIRAJA LANGGAR
❖Ciri-ciri :
❖Terletak di Kedah.
❖Menempatkan makam-makam Sultan Kedah
dan keluarga Diraja dari abad ke-17.
❖Pintu gerbang berbentuk gunung dengan
tulisan khat, diletakkan pada 2 batang tiang
yang mempunyai kubah berbentuk bawang.
JENIS-JENIS KOMPLEKS MAKAM
KOMPLEKS MAKAM DIRAJA JUGRA/MAKAM
ALMARHUM SULTAN ABDUL SAMAD
❖Ciri-ciri :
❖Terletak di Jugra, Banting, Selangor.
❖Kawasan pemakaman keluarga Diraja Selangor.
❖Terdapat binaan bangunan yang menempatkan
makam Almarhum Sultan Abdul Samad bin
Almarhum Tengku Abdullah.
❖Makam-makam kerabat Diraja yang lain
ditempatkan di luar kompleks ini.
TAMAT
TERIMA KASIH