The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aris Ariwatan, 2021-01-25 07:46:29

kj922

KOLEJ VOKASIONAL KAJANG
JALAN SEMENYIH
43000 KAJANG
SELANGOR

KERTAS PENERANGAN

( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA G452-002-2:2018 - LIGHT VEHICLE-REPAIR SERVICE
PROGRAM /
PROGRAM’S CODE & L2
NAME
C09 VEHICLE STEERING, SUSPENSION AND WHEEL
TAHAP / LEVEL SYSTEM SERVICE

NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /

COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. Inspect steering, suspension and wheel system
AKTIVITI KERJA / WORK functionality.
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. Change steering system parts.
3. Change suspension system parts.
4. Change vehicle tyres and rims.

NO. KOD/CODE NUM. G452-002-2:2018-C09/P(3/4) Muka / Page : 1
Drpd/of : 24

TAJUK/TITLE : SUSPENSION SYSTEM

TUJUAN/PURPOSE:

Helaian ini disediakan dengan tujuan menerangkan kepada pelatih tentang perkara
berkaitan suspension system

Copyright Azmie Arshad SLDN KV KAJANG

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 2
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

PENERANGAN/INFORMATION:
Suspension system adalah salah system penting pada kenderaan. Ia melibatkan
keselesaan dan keselamatan kepada pemandu dan penumpang.Menahan gegaran jalan
daripada sampai ke badan atau casis .Menentukan Axle dicagak atau dipasang lurus
dengan badan dan Chasis. Memberi keselesaan kepada penumpang dan pemandu
.Menyerap daya kilas semasa membrek dan pacuan .

1. PERALATAAN YANG DI GUNAKAN
Alat tangan (seperti dalam Rajah 1) adalah alat yang dikuasai oleh tangan daripada motor.
Kategori alat tangan termasuk wrenches, pliers, cutters, files, striking tools, struck or

hammered tools, screwdrivers, vises, clamps, snips, saws, drills and knives

Rajah 1 Peralatan Tanggan

Di dalam system suspension terdapat alatan yang selalu digunakan ia adalah coil
springclamp. Ia berfungsi untuk memberi tekan kepada spring didalam suspension system
untuk memudahkan untuk mengeluarkan atau pisahkan Shock absorber dan coil spring

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 3
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

pada suspension system.

Rajah 2Coil SpringClamp

2. JENIS DAN BINAAN ASAS KEPADA SUSPENSION SYSTEM
Didalam suspension system terdapat benerapa jenis digunakan pada kenderaan iaitu

I. Non-Independent Suspension System
Bagi sistem ini, roda kiri dan kanan dipasang pada sebatang Axle. Axle yang
terdapat di dalam sistem ini mestilah mampu menyangga berat kenderaan dan
juga boleh memberikan rintangan pada tegasan yang terjadi apabila kenderaan
diberhentikan. Ia juga mestilah stabil supaya roda sentiasa sejajar.Axle tegar
atau Axle pejal biasanya diperbuat daripada besi tempa keluli aloi atau keluli
karbon sederhana dan dibajakan untuk memberikan keteguhan dan ketegaran.
Axle perlulah disesuaikan dengan keadaan membrek pada kelajuan tinggi. Axle
tengah ditempa seperti di dalam rajah 3. Yang menunjukkan ketinggian
kenderaan dapat dikurangkan. Axle pejal biasanya diselaraskan dengan spring
daun berlapis. Manakala spring diikat dengan bolt ke tapaknya.Oleh kerana
struktur gantungan jenis ini lebih mudah dan kuat, ia selalunya digunakan untuk
sistem gantungan bahagian hadapan dan belakang kenderaan berat seperti
lori, bas dan sebagainya. Pada kereta pula, ia biasanya digunakan untuk
sistem gantungan belakang.

Rajah 3: Binaan Asas Sistem Gantungan Jenis Axle Tegar.

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 4
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

Rajah 4: Bagi Axle Tegar Sebelah Roda Akan Menerima Kejutan Dari Permukaan
Jalan Apabila Roda Yang Sebelah Lagi Melalui Bonggol Atau Lekuk.

Rajah 5: Jenis Axle Tegar Hidup, Gantungan Sebelah Belakang Dipasang Bersama
Spring Gelung.

Rajah 6: Jenis Axle Tegar Mati Gantungan Belakang Bersama Dengan Spring Gelung

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

II. Independent Suspension System.
Bagi sistem gantungan jenis ini, roda kiri dan kanan dipasang secara bebas, ini
membolehkan setiap roda bertindak sendiri terhadap hentakkan jalan, roda
sebelah tidak menggangu roda yang sebelah lagi.Jika dibandingkan dengan
sistem gantungan jenis Axle tegar, sistem gantungan bebas memberikan
keselesaan yang lebih semasa memandu dan cengkaman jalan yang lebih baik.
Memandangkan kepada faedah – faedah yang diperolehi ini, maka sistem
gantungan jenis ini paling banyak digunakan pada kereta dan kenderaan
perdagangan kecil.Di dalam sistem ini, tiap – tiap satu roda ditumpang oleh
sama ada spring gegelung (Coil), bar puntiran atau spring dedaun(leaf spring).
Walaubagaimanapun, sistem gantungan bebas yang mengunakan spring
gegelung (Coil spring) yang paling banyak digunakan pada kenderaan kecil dan
sederhana.

Rajah 7: Independent Suspension System

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 6
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

III. Double Wishbone
Salah satu daripada bentuk sistem gantungan bebas yang paling terkenal di
masaini ialah sistem double wishbone. Ia di panggil dua rangkaian wishbone di
sebabkan oleh rupa bentuknya yang mana disebelah hujung yang lebar
dipersendikan ke badan ataupun di bahagian bawah pula dipersendikan
kepada komponen-komponen swivel, yang terdiri daripada stub Axle yang
menjinjing roda jalan (road wheel). Diantara dua batang wishbone ini di
pasangkan satu coil spring dan sebuah hydraulic damper (shock absorber)
yang dapat mengurangkan kejutan jalanraya.Biasanya kedua-dua wishbone ini
tidak dibuat sama panjang ataupun selari, yang mana wishbone yang disebelah
atas adalah lebih pendek sedikit daripada wishbone yang dibawah. Kedudukan
ini sesungguhnya dapat menahan roda daripada lebih lama berada diatas
semasa menempuh bump. Tetapi disebaliknya membolehkan ia condong ke
atas dan ke bawah.Ada beberapa jenis gantungan bebas depan yang
mengunakan spring gelung iaitu coil spring dipasang diantara bahagian atas
pada rangka dan lengan kawal bawah. Lengan kawal bawah dipasangkan ke
rangka hanya pada satu titik sahaja.coil springdipasang diantara rangka
bahagian atas dan lengan kawalbawah tetapi lengan kawal bawah
dipasangkan ke rangka pada dua titik.

Rajah 8: Double Wishbone

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 7
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

IV. Air suspension system
Air suspension system adalah sejenis penggantungan kenderaan yang
dikuasakan oleh pam atau pemampat udara elektrik atau enjin. Pemampat ini
mengepam udara ke dalam bellows yang fleksibel, biasanya diperbuat
daripada getah bertetulang tekstil. Tidak seperti penggantungan
hidropneumatik, yang menawarkan banyak ciri yang sama, penggantungan
udara tidak menggunakan cecair bertekanan, tetapi udara bertekanan.
Tekanan udara melambungkan bellows, dan menaikkan casis dari Axle.Talian
membawa udara termampat ke beg. Barisan ini sama dengan garis udara
bertekanan tinggi biasa dan diarahkan di sepanjang bingkai kenderaan.
Walaupun kebanyakan garis adalah komposisi getah / poliuretana, ia boleh
digantikan dengan garis keluli tersuai, yang menawarkan rupa yang lebih
bersih dan pembinaan yang lebih lasak.Valve adalah pintu masuk bagi udara
untuk memasuki pelbagai bahagian sistem. Dalam sistem penggantungan
udara hari ini, valve memainkan peranan penting dalam mengasingkan dan
mengendalikan di mana udara diarahkan dan bagaimana. Sistem
penangguhan udara generasi awal adalah penyediaan dua hala. Pada
asasnya, setiap beg udara kiri dan kanan disambungkan dengan garis dan
udara yang dikongsi. Ketika kenderaan itu mengerang, satu beg udara
memampatkan udara dan menolaknya melalui jalur ke beg udara yang lain,
yang berkembang. Ini menyebabkan roll badan yang teruk dan menyumbang
sebahagian daripada sistem suspensi udara reputasi telah menyebabkan
perjalanan yang teruk. Kini, sistem menggunakan siri valve yang mengawal
kecenderungan ini dan menawarkan pengendalian yang lebih baik.Solenoid
digunakan dalam sistem kawalan elektronik untuk mengisi dan melepaskan
setiap beg udara. Oleh kerana sistem menyesuaikan untuk keadaan yang
berbeza, ia menyuruh setiap solenoid membuka atau menutup, mengubah
jumlah udara dalam setiap beg.

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 8
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

Sistem elektronik diuruskan melalui modul kawalan elektronik(electronic control
module). Perisian pengendalian boleh menjadi sangat asas, hampir versi digital
analog / mati kawalan, atau mungkin menjalankan perisian yang lebih canggih,
mengawasi tekanan dan naik ketinggian dalam waktu nyata. Modul-modul ini
menerima maklumat melalui pelbagai input, termasuk sensor naik-tinggi, dan
toggle pemampal dan mematikan sesuai keperluan. Bahagian elektronik sistem
adalah di mana kebanyakan inovasi telah berlaku, dan di mana perubahan
kemungkinan akan berlaku pada masa akan datang. Sistem ini secara amnya
kekal berasingan dari modul dan komunikasi dalam kenderaan.

Rajah 9: Air Suspension System

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 9
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

3. KOMPENAN KEPADA SUSPENSION SYSTEM
Pada suspension system terdapat beberapa kompenan yang penting diantaranya
adalah:

i. Shock Absorber
Fungsi shock absorberadalah untuk Menyerap hentakan dengan memendekkan
hayunan suspension spiring (spring). Ia juga akan memberi keselesaan kepada
pemandu dan penumpang serta mengawal kenderaan dengan lebih stabil dan selamat
semasa membelok. Terdapat 2 jenis Shock absorber iaitu:

a. Shock absorberisian hidraulik.
kompenan Shock absorber ini terdapat 2 jenis operasi hidraulik iaitu Single
ActionShock absorberjenis ini menggunakan piston lejang yang panjang,
liangorifice yang besar dan edaran bendalir yang meluas. Apabila berlaku
lantunan, spring akan memanjang. Bendalir hidraulik di dalam shock
absorberakan bergerak dari satu hujung ke satu hujung yang lain melalui
injap perintang, lalu memperlahankan pergerakan minyak. Dengan tindakan

ini dapatlah shock absorbermengurangkan ayunan oleh spring. Lihat Rajah
10

Rajah 10: Penyerap Hentak

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 10
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

Operasi yang kedua iaitu Double Action Apabila berlaku lantunan, spring
akan memanjang. Shock absorber akan turut memanjang dan
menggerakkan piston ke atas memaksa cecair di ruang bahagian atas
masuk semula ke ruang bahagian bawah piston melalui injap corong.
Hasilnya, spring tidak dapat mengurangkan lantunan yang di hasilkan oleh
spring. Apabila spring termampat, rod dan piston akan tertolak ke bawah dan
memaksa masuk ke ruang bahagian atas piston melalui corong. Oleh sebab
injap corong itu kecil, piston tidak dapat bergerak ke bawah dengan cepat.
Hasilnya, spring termampat dengan perlahan dan terhad. Sebahagian
daripada cecair masuk ke ruang pemulihan. Shock absorber yang rosak
boleh di kesan apabila memberikan pantulan baik ketika diuji selain
mengeluarkan minyak, jika ia Shock absorber yang menggunakan minyak.
Shock absorber ang baik akan cepat menyerap pergerakan pantulan atas
dan bawah.

Rajah 11: Bahagian Shock absorber Isian Hidraulik

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 11
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

b. Shock absorber isian gas.
Kendalian Shock absorber isian gas sama prinsipnya seperti shock
absorberbiasa yang menggunakan bendalir hidraulik. Ia menggunakan piston
dan ruang bendalir seperti Shock absorber lain. Cuma perbezaannya ialah
penggunaan tiub kembar dengan ruang simpanan yang mengasingkan ruang
bendalir dengan simpanan yang mengasingkan ruang minyak dengan ruang
udara. Ruang udara mengandungi bendalir hidraulik khas sementara ruang
gas mengandungi gas ringan pada 25 kali tekanan atmosfera

ii. Suspension spring
Jenis - jenis spring yang sering digunakan pada kenderaan motor ialah:
a. Coil spring (spring Gegelung)
Spring gegelung adalah jenis spring yang paling biasa digunakan pada
kenderaan bermotor moden. Ini adalah kerana sifatnya yang padat, tahan lasak
dan secara mayanya bebas peyenggaraan.Dua jenis Coil spring yang biasa
digunakan iaitu Petaman ada Spring lazim. Jenis ini mempunyai kadar spring
yang malar. Sebagai contoh, jikalau beban 20 kg menyebabkan panjang spring
berkurang sebanyak 10 mm, dengan itu beban 40 kg akan menyebabkan
panjang spring berkurangan sebanyak 20 mm.Kesemua gegelung di dalam
spring ini mempunyai garis pusat dan ketebalan yang sama.

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 12
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

Rajah 12: Coil Spring

Kedua pada jenis ini ada Kadar berubah. Jenis ini mempunyai garis pusat dan
ketebalan gegelung yang berlainan yang menyebabkan kadar spring berubah -
ubah dengan beban yang dikenakan. Sebagai contohnya, jika beban 20 kg
menyebabkan panjang spring berkurang sebanyak 10 mm, ini tidak bermakna
beban 40 kg akan menyebabkan panjang spring berkurangan sebanyak 20
mm. Kedua - dua jenis spring ini ditempatkan dalam gantungan antara
kerangka berbentuk 'V' (wishbone) dan bahagian kerangka bertetulang khas.

b. Leaf spring (spring Dedaun)
Leaf spring terdiri daripada beberapa jalur keluli yang dinamakan dedaun.
Dedaun - dedaun dipegang bersama oleh bolt tengah dan klip. Salah satu daun,
biasanya daun yang teratas, dipasangkan dengan mata pada setiap satu
hujungnya untuk membentuk daun utama. Mata pada daun utama ini selalunya
dipasangkan dengan sesendal getah untuk membenarkan spring dilekapkan
kepada kerangka kenderaan dengan mengunakan bolt belenggu. Dedaun yang
lain, yang mana berkurang panjangnya apabila ditempatkan jauh daripada daun
utama, dipegang sejajar dengan daun utama, dengan mengunakan klip
pantul.Pemasangan yang lengkap ditempatkan diatas Axle pada bolt tengah dan
dikapitkan dalam kedudukan oleh dua bolt 'U'.

Rajah 13: Leaf Spring

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 13
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

c. Hidrolastik spring
Spring jenis ini biasanya digunakan pada kereta - kereta British. Sistem
gantungan seperti ini terdiri daripada pengabunggan empat blok getah dan unit
peredam hidraulik. Unit hadapan dan belakang, pada setiap sisi kenderaan
disambungkan bersama dengan mengunakan paip dan hos hidraulik. Sistem ini
direka untuk mengekalkan ketinggian kenderaan yang tetap semasa melepasi
bonggol dan lubang.

Rajah 14: Spring hidrolastik

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 14
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

d. Torsion bar (Bar kilasan)

Spring bar kilasan merupakan rod keluli spring yang mempunyai bentuk gelugur
atau poligon yang dibentuk di setiap hujungnya. Salah satu hujung roda
disambungkan kepada kerangka berbentuk 'V' (wishbone) pada gantungan dan
satu hujung lagi disambungkan kepada kerangka melalui blok cagakan. Pada
spring jenis ini, tegangan pada bar kilasan boleh dilaraskan untuk mengekalkan
ketinggian memandu badan yang betul.

Rajah 15: Torsion bar (Bar kilasan)

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 15
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

iii. Bush
Fungsi bush di dalam sistem – sistem ini ialah untuk Mengelakkan geseran antara
logam dengan logam. Selain daripada itu ia juga untuk mendapatkan pergerakkan yang
senyap dan selesa.Mengecilkan saiz pada sesetengah komponen berbanding dengan
yangmengunakan bearing. Dan yang terakhir adalah untuk menyerap gegaran atau
goyang terutama bagi bush jenis getah.Pada suspension system terdapa beberapa
Jenis – jenis bush Terdapat beberapa jenis bush yang digunakan pada bahagian –
bahagian tertentu kenderaan bergantung kepada kesesuaiannya. Antaranya ialahJenis
getahJenis ini paling banyak digunakan pada kenderaan terutamanyapada bahagian
penyerap hentak, spring dedaun, suspension arm dan stabilizer bar. Seperti pada rajah
16

Rajah 16: Kedudukan bush di dalam sistem gantungan

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 16
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

iv. Ball joint
Ball joint merupakan komponen yang terdapat di dalam sistem gantungan. Di mana
kedudukannya adalah pada upper arm assembly dan compression lower arm assembly
pada front suspension manakala pada toe control arm assembly pada rear suspension.
Binaan Ball joint merupakan penyambungan flexsibe yang menggunakan ball dan
socket. Ball joint digunakan di steering linkage, steering knuckle pivot support . Ball joint
berfungsi untuk menyambungkan steering linkage atau control arm dengan roda.
Sembungan Ball joint dilakukan sama ada dengan beban atau tanpa beban. Seperti

pada rajah 17

Rajah 17: Ball joint

Kerosakan yang biasa terjadi pada Ball joint adalah dust cover pecah, Ball joint longgar
dan tidak bergerak. Ini disebabkan Ball jointtelah kehilangan grease. Dengan ini, stud
akan bergeser dengar housing dan berlaku kehausan pada Ball joint. Dengan itu,
penukaran Ball jointperlu dilakukan untuk mendapat keselesaan pemanduan. Kedudukan
Ball jointboleh dibahagi kepada dua iaitu Tension loaded dan Compression loaded

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 17
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

seperit pada rajah 18
Rajah 18: Jenis Ball joint

v. Suspension arm
Pada suspension system, suspension arm, juga dikenali sebagai control arm, adalah
sambungan suspension berengsel antara casis dan tegak suspension atau hub yang
membawa roda.Control arm jenis Wishbone adalah segi tiga dan mempunyai dua
laras pada hub bearing. Ini mengehadkan penghujung tulang penyumbat dari
bergerak ke belakang dan sebagainya, mengawal dua sudut darjah kebebasan, dan
tanpa memerlukan pautan tambahan.Kebanyakan kawalan senjata membentuk
pautan bawah penggantungan. Reka bentuk beberapa menggunakannya sebagai
pautan atas, biasanya dengan tulang penyumbat yang lebih rendah. Batang radius
tambahan kemudian dilekatkan pada lengan atas. Seperti rajah 19

Rajah 19: Suspension Arm

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 18
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

4. KAEDAH PENYELENGGARAAN SUSPENSION SYSTEM
i. Langkah – Langkah Keluarkan Shock absorber
a. Naikkan hadapan kereta, letakkan safety stand bingkai pada penunjuk
jack, keluarkan roda jalan.
b. Tanggalkantie-rod end Ball joint
c. Tanggalkan hos brek dan paip bawah (brek drum) atau turunkan caliper
(brek cakera).
d. buka skrew bahagian atas absorber,ada dua skrew semuanya
e. buka dua skrew absorber (strut mount)yg mengikat ke body kereta.
f. buka skrew lower arm
g. bila semua skrew dah dibuka tarik saja absorber kebawah
h. absorer dah dikeluarkan dari kereta
i. untuk mengeluarkan spring dari absorber,gunakan spring
compressor,,clamp sprig sampai longgar(langkah ni kena hati-hati
kalau tak cukup clamp spring boleh membingkas)
j. buka mounting atas absorber dahulu supaya spring boleh keluar,kena
kepit hujung kepala absorber,baru skrew boleh terbuka
k. mounting atas sudah dicabut
l. keluarkan Shock absorber dan juga coil spiring
m. tanggalkan rubber bump stop dan juga dust cover

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 19
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

ii. KaedahPemeriksaan Dan Petukaran Kompenan Suspension System

Fungsi menyerap hentakan sebenarnya dilakukan oleh spring (coil spring) tetapi spring
pula mempunyai tabiat di mana ia akan memantul. Untuk kenderaan, pantulan spring itu
boleh menyebabkan penumpang mabuk dan paling bahaya, ia akan menjadikan
kenderaan tidak stabil dan hilang kawalan. Untuk "mematikan" lantunan spring itu,
shock absorberatau peredam digunakan. Namun seperti komponen-komponen lain,
shock absorberakan hilang fungsi peredamnya.

a. Shock absorberyang mengalami kebocoran.

Kita boleh mengesan tanda-tanda kebocoran minyak shock absorberpada badan
komponen ini.Perhatikan tanda-tanda "basah" pada bahagian tiub dan strut
shock absorberyang merupakan tanda minyak hidraulik sudah bocor dari pelapik
getah di bahagian ini.Namun begitu, sekarang ini sudah ada shock
absorbermempunyai alas habuk yang menyukarkan kita untuk melihat terus
bahagian strut dan tiub penyerap hentak.Dalam hal ini, cuba selak sedikit alas
habuk tersebut dan perhatikan tanda-tanda minyak bocor.

Rajah 20: Kebocoran Pada Shock Absorber

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 20
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

b. Ujian fizikal
Cara seterusnya ialah ujian "tekanan" yang memerlukan kita menekan
kenderaan kita pada bahagian bucu. Mungkin praktikal kalau kereta kita kecil,
tapi kalau bucu kereta kita pun sudah mencapai paras pinggang, ini tidak mudah
dilakukan. Apa pun, cuba henyak atau tekan dengan berat badan anda pada
bucu kereta dan lepaskan. Jika pergerakan badan kenderaan kembali ke
keadaan pegun secara cepat tanpa berayun-ayun, ia bermakna shock
absorbermasih berfungsi. Jika kenderaan anda naik dan turun beberapa kali
seperti bot kecil dilanda ombak, shock absorberanda sudah pun rosak.

Rajah 21: Uijan Fizikal
.

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 21
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

Selain daripada terdapat punca – punca kerosakan kepada suspension system
seperti jadual berikut:-

Simptom Sebab dan kemungkinan Tindakan
Sistem gantungan tidak Periksa dan ganti
Roda steering berfungsi bahagian yang rosak
terasa berat atau Sambungan bebola haus Periksa dan ganti
tertarik ke atau rosak. bahagian yang rosak
sebelah. Spring gegelung lemah atau Periksa dan ganti spring
patah. gegelung
Lakukan Wheel
Wheel alignmenttidak betul. alignment
Tukar tayar dan buat
Kehausan tayar tidak sekata penjajaran roda

Kenderaan Lengan sistem gantungan Tukar lengan gantungan
condong atau bengkok.
senget sebelah. Bush rosak Tukar bush
Spring melendut atau patah Tukar spring
Periksa dan pastikan
Tekanan udara tayar rendah tekanan angin tayar
atau tidak sama. cukup
Lakukan Wheel
Kenderaan Wheel alignment tidak betul alignment
tertarik ke Tukar lengan gantungan
sebelah. Lengan gantungan rosak Tukar spring
Spring lemah dan melendut Tukar sambungan
bebola
Sambungan bebola haus Ketatkan perangkai
steering
Perangkai steering longgar

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 22
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

Simptom Sebab dan kemungkinan Tindakan
Tekanan tayar tidak sekata Periksa dan pastikan
tekanan angin tayar
Wheel alignmenttidak betul cukup
Lengan gantungan rosak Lakukan Wheel
Kehausan tayar alignment
yang tidak sekata. Galas roda longgar Tukar lengan gantungan
Ketat dan laras galas
Sambungan bebola haus roda
Tukar sambungan
Perangkai steering longgar bebola
Shock absorberbocor Periksa dan ketatkan
perangkai steering
Tukar penyerap hentak

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 23
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

iii. Keadah Pemasangan Suspension System
a. Pastikan Kawasan kerja selamat
b. Pasang rubber bump stop dan juga dust cover pada Shock absorber
c. MasukanShock absorberdan coil spring
d. Pasangankan strut mount dan ketatkan strut mount dengan strut shockabsorber
e. Lepas spring clamp dengan hati – hati
f. Masukan Shock absorberpada tempat asal nya
g. Ketatkan nat diantara strut mount dengan chasis
h. Pasang dan ketat bolt/nat pada Shock absorberdan lower arm
i. Pasang semua penyambung yang telah ditanggalkan contoh seperti brake hose
dan sebagai nya
j. Pasang roda dan ketatkan nat tersebut
k. Jack kendenraan dan keluar satefy stand
l. Turunkan kenderaan dengan berhati-hati

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 24
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

5. LAPORAN PENYELENGGRAAN SUSPENSION SYSTEM
Setiap pemeriksaan yang dilakukan kepada kenderaan pelanggan haruslah
melakukan laporan. Laporan pemeriksaan ini adalah untuk menyatakan kepada
pelanggan bahawa kenderaan tersebut mengalami masalah seperti yang dinyatakan
dalam laporan pemeriksaan kenderaan. Selain daripada itu laporan pemeriksaan
kenderaan ini juga memintak persetujuan daripada pelanggan untuk melakukan
baikpulih pada kenderaan tersebut.

Rajah 8: Contoh Laporan Pemeriksaan Kenderaan

ID UNIT KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C09/P(1/4) Muka / Page : 25
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 24

SOALAN:
QUESTION

1. Nyatakan fungsi job card.

2. Berikan nama kompenan suspension system?

3. Namakan pemeriksaan pada suspension system parts?

RUJUKAN:
REFERENCES

MOTOR AUTOMOTIVE TECHNOLOGY – Anthony E.Schwaller ISBN O-8273-8354-1
DJ LEEMING HEAVY VEHICLE TECHNOLOGY.
J.A. DOLAN MOTOR VEHICLE TECHNOLGY AND PRACTICAL WORK.
CLIFFORD AUTOMOTIVE SERVICE TECHNOLGY BOOK
MOTOR AUTOMOTIVE TECHNOLOGY – ANTHONY E.SCHWALLER ISBN O-8273-
8354-1
TEKNOLOGI AUTOMOTIF, BAHAMAN RAJULI, IBS, P.J SELANGOR


Click to View FlipBook Version