KOLEJ VOKASIONAL KAJANG
JALAN SEMENYIH
43000 KAJANG
SELANGOR
KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA G452-002-2:2018 – LIGHT VEHICLE – REPAIR SERVICE
PROGRAMME / (PERKHIDMATAN PEMBAIKAN-KENDERAAN RINGAN)
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP / LEVEL L2
KOD PROGRAM, KOD G452-002-2:2018-C12 – MANUAL TRANSMISSION /
DAN TAJUK UNIT TRANSAXLE UNIT OVERHAULING
KOMPETENSI /
PROGRAMME CODE, 1. CONDUCT MANUAL TRANSMISSION/TRANSAXLE UNIT
COMPETENCY UNIT FUNCTIONAL TEST
CODE AND TITLE
2. REMOVE MANUAL TRANSMISSION/TRANSAXLE UNIT
FROM VEHICLE
NOMBOR AKTIVITI KERJA
DAN PENYATAAN / WORK 3. PERFORM CLUTCH SYSTEM OVERHAUL
ACTIVITIES NUMBER AND
STATEMENT 4. PERFORM MANUAL TRANSMISSION/TRANSAXLE
OVERHAULING
5. INSTALL MANUAL TRANSMISSION/TRANSAXLE INTO
VEHICLE
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2-2018/C12/P(2/3) Muka Surat /
Page : 1
Drp / Of 7
TAJUK / TITLE: JENIS, FUNGSI DAN OPERSI SISTEM CEKAM
(CLUTCH SYSTEM)
Copyright Azmie Arshad SLDN KV KAJANG
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
2 Drp/Of 21
TUJUAN/PURPOSE:
Kertas Penerangan ini disediakan adalah bertujuan untuk menerangkan dengan lebih
jelas mengenai jenis, fungsi dan operasi sistem cekam pada kenderaan.
PENERANGAN / INFORMATION :
1.0 PESANAN KERJA (REPAIR ORDER)
Pesanan kerja disediakan untuk memastikan semua kakitangan yang terlibat di dalam
kerja – kerja pembaikan mempunyai maklumat yang cukup untuk memboelhkan kerja
pembaikan dijalankan dengan lancar dan tersusun.Sebuah pesanan kerja yang baik
haruslah memenuhi ciri – ciri berikut:
Tepat dan mudah difahami.
Membekalkan semua maklumat yang diperlukan di sepanjang proses pembaikan
Pergerakan dokumen yang lancar dari satu bahagian ke bahagian yang lain.
Membekalkan maklumat yang cukup untuk membolehkan invois disediakan dengan
tepat dan cepat.
Sejarah pembaikan disimpan dengan baik.
Kawalan dokumen yang baik.
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
3 Drp/Of 21
Pesanan pembaikan perlu disediakan sebelum menjalankan kerja – kerja berikut:
i. Menjalankan pemeriksaan pada kenderaan.
ii. Membuat pembaikan atau pelarasan pada kenderaan.
iii. Terdapat masalah atau keperluan pelanggan yang perlu untuk rujukan pada masa
hadapan.
iv. Menjalankan kempen khas di mana pelarasan atau pembaikan diperlukan.
v. Pelanggan ingin membuat tuntutan bayaran balik akibat daripada pembaikan
kecemasan.
Untuk memastikan keberkesanan penggunaan pesanan kerja ia mestilah memenuhi
keadaan berikut:
i. Mudah untuk diperoleh
Penasihat servis hendaklah menyediakan pesanan pembaikan dengan cepat
apabila pelanggan hadir untuk mendapatkan perkhidmatan.
ii. Penyelarasan
Lebih cepat bahagian alat ganti memperoleh maklumat mengenai sesuatu kerja
pembaikan yang dilakukan, lebih cepat alat ganti yang diperlukan boleh diperoleh.
iii. Kawalan
Pesanan kerja perlu disusun mengikut nombor dan dikira untuk mengelakkan
kehilangan. Kehilangan pesanan kerja perlu dilaporkan dan dicari punca kepada
masalah berkenaan.
iv. Ketepatan
Semua maklumat berkaitan perkhidmatan yang telah diberikan termasuk senarai
alat ganti, upah kerja, masa dan lain–lain perlu dinyatakan di dalam pesanan
pembaikan.Untuk membolehkan bayaran yang tepat dikenakan kepada pelanggan
dan meningkatkan keyakinan mereka terhadap perkhidmatan yang diberikan.
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
4 Drp/Of 21
1.1 MAKLUMAT YANG PERLU ADA DI DALAM PESANAN PEMBAIKAN
Pesanan pembaikan hendaklah mengandungi maklumat – maklumat berikut:
i. Maklumat lengkap pelanggan – nama, alamat, no telefon, tarikh dan masa
kenderaan dikehendaki dan lain – lain.
ii. Maklumat berkaitan kenderaan – tahun, model, jenama, VIN (vehicle indetification
number), perbatuan dan lain – lain.
iii. Maklumat berkaitan masalah yang dihadapi oleh pelanggan.
iv. Arahan pemeriksaan (jika perlu), biasanya borang yang berasingan digunakan.
v. Keterangan lengkap mengenai kerosakan (defect) atau ketidakfungsian
(malfunction) yang telah dikesan oleh juruteknik. Contoh: pengukuran, diagnostic
code, bacaan multimeter atau lain – lain perkara yang perlu.
vi. Keterangan lengkap mengenai pembaikan yang telah dijalankan oleh juruteknik.
Rekodkan jarak perbatuan semasa pandu uji, jika perlu
vii. Catatkan masa mula dan tamat melakukan kerja – kerja pembaikan.
1.2 ANGGARAN KOS DAN KELULUSAN PELANGGAN
Penasihat servis dikehendaki menyediakan anggaran kos bertulis untuk pembaikan yang
diperlukan sebelum sesuatu kerja pembaikan boleh dimulakan. Untuk keadaan di mana
anggaran kos tidak boleh dibuat sebagai contoh kenderaan perlu ditunda ke pusat servis
dan punca kerosakan tidak dapat dikenal pasti, penasihat servis perlu membuat panggilan
telefon kepada pelanggan sebaik sahaja keputusan analisa kerosakan diperoleh dan
anggaran telah dibuat. Catatan mengenai perkara ini hendaklah dibuat di dalam borang
pesanan pembaikan.
Setiap pelanggan hendaklah dibekalkan dengan salinan pesanan pembaikan yang
mengandungi anggaran pembaikan yang akan dilakukan dan penjelasan mengenai kerja–
kerja yang akan dibuat. Pesanan pembaikan juga perlu disediakan untuk kerja–kerja yang
tidak melibatkan pembayaran seperti kerja–kerja waranti.
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
5 Drp/Of 21
Pelanggan dikehendaki menandatangani ruang tertentu di dalam pesanan pembaikan
sebagai tanda ia telah bersetuju untuk membayar kos–kos yang terlibat dengan kerja–
kerja pembaikan yang akan dilakukan. Dokumen yang telah ditandatangani oleh kedua–
dua belah pihak dinamakan sebagai kontrak perkhidmatan.
1.3 JENIS – JENIS PESANAN PEMBAIKAN
Terdapat 3 jenis pesanan pembaikan iaitu:
i. Manual.
Pesanan pembaikan di isi di atas kertas dan disimpan di dalam fail.
Rajah 1.1: Pesanan kerja manual
ii. Pesanan pembaikan berkomputer (computerised repair order)
Maklumat berkaitan kerja pembaikan akan disimpan di dalam komputer dan
pesanan pembaikan akan dicetak dengan menggunakan komputer. Di antara
perisian yang boleh digunakan untuk tujuan ini ialah excel dan access. Antara
kelebihan sistem ini ialah pengiraan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan
cepat.
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
6 Drp/Of 21
Rajah 1.2: Pesanan kerja berkomputer
iii. Pesanan pembaikan elektronik (electronic repair order)
Pesanan pembaikan elektronik menggunakan perisian tertentu yang boleh
dibeli melalui pembekal perisian. Perisian ini dapat menghubungkan semua
bahagian di dalam sesebuah syarikat.
Rajah 1.3: Pesanan kerja elektronik
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
1.4 MENUTUP PESANAN PEMBAIKAN 7 Drp/Of 21
Pelanggan mengharapkan maklumat yang tepat mengenai setiap item yang perlu dibayar
oleh mereka. Bil pembaikan terperinci juga akan dapat memastikan bahawa segala kerja–
kerja pembaikan yang telah dilakukan telah dicas kepada pelanggan seperti mana yang
sepatutnya ini termasuklah kos alat ganti, upah buruh, kos trak penunda dan lain–
lain.Langkah berikut hendaklah dilakukan sebelum menutup sesebuah pesanan kerja:
iv. Semak semula borang pesanan pembaikan untuk memastikan bahawa semua
kerja yang diminta oleh pelanggan telah dilaksanakan.
v. Periksa setiap cas yang dikenakan dan kira jumlah keseluruhan cas adalah
tepat dan betul.
vi. Periksa untuk memastikan bahawa juruteknik memberikan justifikasi mengenai
kerja – kerja yang mereka lakukan, termasuk menyatakan jenis pengukuran
yang dilakukan untuk mengesan kerosakan.
vii. Perhatikan kerja – kerja tambahan yang dicadangkan yang masih belum dapat
dilaksanakan dan senarai alat ganti yang perlu dibuat pesanan.
viii.Periksa untuk memastikan bahawa jumlah masa yang tercatat di dalam
pesanan pembaikan sama dengan jumlah masa yang diambil untuk melakukan
pembaikan.
ix. Jalankan pemeriksaan kualiti sebelum menyerahkan kembali kenderaan
kepada pelanggan.
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
CEKAM (CLUTCH) 8 Drp/Of 21
Cekam (Clutch) adalah merupakan sebuah peralatan yang terdiri daripada 2 buah aci
yang berputar. Di dalam peralatan ini, salah satu aci (shaft) biasanya digerakkan oleh
motor atau kapi (pulley), manakala aci yang satu lagi digunakan untuk menghasilkan kerja
dengan memutarkan peralatan yang lain. Dengan mengambil mesin gerudi sebagai
contoh, motor digunakan untuk aci masukan (input shaft) dan aci keluaran (output shaft)
yang satu lagi digunakan untuk memutarkan bindu (chuck). Klac digunakan untuk
membuat percantuman di antara kedua - dua aci ini, apabila klac bercantum kedua – dua
aci akan berputar dengan kelajuan yang sama, manakala apabila percantuman klac
terbuka aci keluaran akan berputar mengikut kelajuan yang berbeza daripada kelajuan aci
masukan.
Rajah 1.1: Klac tidak bercantum
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
9 Drp/Of 21
Rajah 1.2: Klac bercantum
Di dalam kenderaan, apabila brek ditekan kenderaan akan bergerak dengan perlahan dan
seterusnya berhenti. Apabila kenderaan tidak bergerak (contohnya berhenti di lampu
isyarat), enjin perlu terus bergerak untuk membolehkan kenderaan digerakkan dengan
cepat apabila diperlukan. Klac digunakan untuk memutuskan penyambungan di antara
enjin dengan roda. Tanpa klac, enjin perlu dimatikan untuk membolehkan kenderaan
diberhentikan semasa sedang dipandu.
Rajah 1.3 : Kedudukan klac di dalam kenderaan
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
10 Drp/Of 21
Fungsi sistem Cekam (Clutch) ialah untuk menyambung dan memutuskan kuasa dari
enjin ke sistem penghantaran supaya:
i. Penukaran gear dapat dilakukan dengan mudah dan lancar;
ii. Kenderaan boleh mula digerakkan dengan lancar;
iii. Membolehkan enjin kenderaan terus hidup semasa kenderaan tidak bergerak dan
gear tidak diletakkan pada kedudukan neutral dengan cara menekan pedal klac
(clutch pedal)
Komponen utama Cekam (Clutch)
Sistem klac terdiri daripada penutup klac (clutch cover), plat tekanan (pressure plate),
piring klac (clutch plate) dan spring.
Rajah 1.4: Komponen utama sistem Cekam (Clutch)
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
i. Penutup Cekam (Clutch) 11 Drp/Of 21
Rajah 1.5: Binaan penutup klac
Penutup Cekam (Clutch) merupakan perumah yang diikat pada permukaan roda tenaga
(flywheel) dan berpusing bersama – sama plat Cekam (Clutch plate), plat tekanan
(pressure plate) dan spring gegendang (diaphgram spring) atau spring tekanan gegelung
(pressure coil spring) yang dipasang di dalam penutup Cekam (Clutch).
ii. Plat tekanan (Pressure Plate)
Merupakan sebuah bulat yang rata. Plat ini digunakan untuk menekan plat klac melalui
tindakan spring.
iii. Plat Cekam (Clutch)
Plat Cekam (Clutch) terdiri daripada pepasangan hab, plat keluli (disc plate) dan lapik
cekam (facing) yang di rivet pada plat keluli. Bahagian tengah plat mempunyai hab dan
gelugur (spline) untuk membolehkan plat Cekam (Clutch) menggelangsar pada aci
masukan kotak gear. Spring kusyen yang terdapat pada plat Cekam (Clutch) berfungsi
untuk menyerap getaran semasa berlakunya percantuman antara plat Cekam (Clutch)
dan roda tenaga.
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
12 Drp/Of 21
Rajah 1.6: Binaan plat Cekam (Clutch)
iv. Spring gegendang (diaphragm spring) atau spring gegelung (coil spring)
Berfungsi untuk menghasilkan tekanan untuk mencantumkan plat klac ke roda tenaga
semasa proses penghantaran kuasa dari enjin ke roda, ia juga berfungsi untuk
membebaskan plat Cekam (Clutch) apabila pedal klac ditekan.
1.2. Jenis-jenis pemasangan Cekam (Clutch)
Kebanyakan Cekam (Clutch) automotif menggunakan spesifikasi penghantaran yang
mempunyai binaan dan kendalian yang hampir sama, cuma berbeza dari segi rangkaian
dalam pemasangan plat tekanan (pressure plate). Pemasangan Cekam (Clutch) dibuat
dengan dua cara iaitu :
i. Mekanikal
ii. Hidraulik
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
13 Drp/Of 21
1.3. Cekam (Clutch) mekanikal
Cekam (Clutch) mekanikal terdiri daripada:
i. Pedal Cekam (Clutch) (clutch pedal) dan tuil pelepas klac (clutch release lever);
ii. Kabel pelepas Cekam (Clutch) (clutch release cable);
iii. Tuil pelepas (release fork); dan
iv. Galas pelepas Cekam (Clutch) (clutch release bearing).
Gerak bebas pedal Cekam (Clutch)
Pedal Cekam (Clutch) dihubungkan kepada tuil pelepas melalui kabel. Gerak bebas
pedal Cekam (Clutch) (clutch pedal free play) merujuk kepada jarak kelegaan di antara
jejari gegendang dengan bearing pelepas klac.
Di dalam sistem ini, kehausan plat Cekam (Clutch) akan menyebabkan jarak antara jejari
gegendang dengan galas pelepas akan menjadi semakin kecil, ini akan menyebabkan
gerak bebas pedal turut berkurangan. Jika keadaan ini berterusan, Cekam (Clutch) akan
gelincir Cekam (Clutch) (clutch slip) akan terjadi.
Pelaras gerak bebas dilakukan dengan mengubah jarak kedudukan perumah kabel.
Semakin pendek jarak perumah kabel, semakin luas jarak gerak bebas.
Di dalam sistem Cekam (Clutch) mekanikal, apabila pedal Cekam (Clutch) ditekan, kabel
akan tertarik dan menyebabkan tuil pelepas (release fork) menolak galas pelepas ke
hadapan dan menekan spring gegendang. Spring gegendang akan menarik plat tekanan
ke belakang dan membebaskan plat Cekam (Clutch). Kuasa dari enjin diputuskan.
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
14 Drp/Of 21
Rajah 1.7: Sistem Cekam (Clutch) jenis mekanikal
1.4. Klac hidraulik
Cekam (Clutch) hidraulik terdiri daripada 3 komponen utama iaitu:
i. Silinder induk;
ii. Silinder pelepas; dan
iii. Pedal klac.
Silinder induk menyimpan cecair hidraulik di dalam takungan cecair hidraulik dan
membekalkan tekanan hidraulik yang diperlukan oleh sistem Cekam (Clutch) hidraulik.
Apabila pedal klac ditekan, tekanan hidraulik yang terhasil di dalam silinder hidraulik akan
dihantar kepada silinder pelepas, keadaan ini akan menyebabkan tuil pelepas bergerak.
Tuil pelepas dan galas pelepas menekan spring gegendang yang terdapat pada penutup
Cekam (Clutch) dan Cekam (Clutch) akan dilepaskan.
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
15 Drp/Of 21
Rajah 1.8: Sistem Cekam (Clutch) jenis hidraulik
Jenis – jenis Cekam (Clutch)
Terdapat 5 jenis Cekam (Clutch) yang biasa digunakan pada kenderaan iaitu :
i. Cekam (Clutch) kon (cone clutch)
Cekam (Clutch) kon mempunyai fungsi yang sama dengan piring atau plat Cekam
(Clutch) (plate clutch). Sistem ini tidak menggunakan dua keping cakera yang berputar
sebaliknya menggunakan dua permukaan berbentuk kon untuk memindahkan tork melalui
geseran.
Sistem ini biasanya digunakan di dalam kereta lumba atau kenderaan lasak serta bot.
Sistem ini juga mampu untuk membuat pertukaran gear dengan cepat.
Rajah 1.9 : Cekam (Clutch) kon
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
16 Drp/Of 21
ii. Cekam (Clutch) kering plat tunggal (Single plate dry clutch)
Cekam (Clutch) kering merujuk kepada sistem klac yang tidak terendam di dalam cecair.
Cekam (Clutch) ini hanya mempunyai sebuah plat sahaja. Kadar tork yang dihantar
bergantung pada saiz dan kadar tekanan yang dikenakan ke atas Cekam (Clutch). Cekam
(Clutch) basah pula merujuk kepada Cekam (Clutch) yang direndam di dalam cecair
pelinciran, ia menghasilkan sebuah permukaan yang bersih licin dan memanjangkan
hayat Cekam (Clutch) tersebut.
Cekam (Clutch) plat tunggal terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
a. Pegas tekanan gegelung/coil-spring
b. Pegas tekanan gegendang/diaphragm spring
Rajah 1.10: Cekam (Clutch) kering plat tunggal
Cekam (Clutch) spring gegendang mempunyai saiz yang lebih kecil tetapi menghasilkan
tork yang lebih tinggi berbandingan dengan Cekam (Clutch) spring gegelung. Di samping
itu, Cekam (Clutch) spring gegendang mempunyai binaan yang lebih mudah dan saiz
penutup Cekam (Clutch) yang lebih kecil.
iii. Cekam (Clutch) berbilang plat (Multiplate clutch)
Banyak digunakan di dalam sistem penghantaran motosikal. Ia digunakan untuk
menghasilkan tork yang tinggi. Ia juga membolehkan pemandu untuk memilih kadar tork
yang diperlukan mengikut keadaan jalan dan keperluan pemanduan semasa.
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
17 Drp/Of 21
Rajah 1.6 : Multiplate clutch
iv. Cekam (Clutch) empar (centrifugal clutch)
Cekam (Clutch) empar merujuk kepada sistem Cekam (Clutch) yang menggunakan daya
empar untuk menyambungkan 2 buah aci sepusat. Aci masukan disambungkan kepada
aci engkol (crankshaft) enjin. Manakala aci keluaran disambungkan kepada aci (shaft),
rantai atau tali sawat.
Rajah 1.7 : Centrifugal clutch
v. Cekam gandingan cecair (Automotive atau fluid coupling clutch)
Penganding cecair (fluid coupling) ialah satu sistem hidrodinamik (pergerakan dihasilkan
dengan menggunakan kuasa cecair) yang digunakan untuk memindahkan pergerakan
mekanikal dari aci masukan kepada aci keluaran. Ia digunakan di dalam sistem
penghantaran automatik, untuk menggantikan Cekam (Clutch) mekanikal.
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
18 Drp/Of 21
Rajah 1.8 : Fluid coupling clutch
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
19 Drp/Of 21
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
20 Drp/Of 21
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018/C012/P(2/3) Muka Surat / Page :
21 Drp/Of 21
SOALAN / QUESTIONS:
1 Nyatakan fungsi sistem cekam (clutch)
2 Nyatakan jenis-jenis cekam (clutch)
3 Senaraikan binaan asas cekam (clutch)
RUJUKAN / REFERENCES:
1. Toyota Motor Corporation. “Team 21: Periodical maintenance learning material”.
2. Mohd Bahaman Mohd Rajuli (2006). “Teknologi Automotif, Pengenalan Sistem”,
ibsBuku, Kuala Lumpur.
3. Deanna Sclar. (2008). “Auto Repair for Dummies 2nd Editions”, Penerbit, Willy
Publishing.Inc.
4. Jack Ervajec (2010). “Automotive Technology : A System Approach”, Penerbit,
Cencage, Learning Inc.
5. http://www.howstuffworks.com/, How Transmission Work, 22/05/2013