KOLEJ VOKASIONAL KAJANG
JALAN SEMENYIH
43000 KAJANG
SELANGOR
KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA G452-002-2:2018-LIGHT VEHICLE - REPAIR SERVICE
PROGRAM /
PROGRAM’S CODE & L2
NAME
TAHAP / LEVEL G452-002-2:2018-C12-MANUAL TRANSMISSION /
TRANSAXLE UNIT OVERHAULING
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI / 1. CONDUCT MANUAL TRANSMISSION/TRANSAXLE
COMPETENCY UNIT NO. UNIT FUNCTIONAL TEST.
AND TITLE 2. REMOVE MANUAL TRANSMISSION/TRANSAXLE
FROM VEHICLE.
NO. DAN PENYATAAN 3. PERFORM CLUTCH SYSTEM OVERHAUL.
AKTIVITI KERJA / WORK 4. PERFORM MANUAL TRANSMISSION/TRANSAXLE
ACTIVITIES NO. AND OVERHAULING.
STATEMENT 5. INSTALL MANUAL TRANSMISSION/TRANSAXLE INTO
VEHICLE.
NO. KOD / CODE NUM. G452-002-2:2018-C12/P(1/3) Muka/Page : 1
Drp/Of : 14
Tajuk / Title:
ASAS MANUAL TRANSMISSION/TRANSAXLE
Tujuan / Purpose:
Kertas penerangan ini menerangkan binaanya, pergerakkan jenis sliding dan constant
mesh gear box. Gear ratio, selctor mechanism dan kerosakan yang selalu terjadi pada
gear box.
Copyright Azmie Arshad SLDN KV KAJANG
NO. KOD / CODE NUM. G452-002-2:2018-C12/P(1/3) Muka/Page: 2
Drpd/Of: 14
PENERANGAN/ INFORMATION
1. JOB ORDER
Job order juga disebut sebagai repair order atau work order, ia adalah satu borang
yang digunakan untuk mencatat aduan/tugasan yang diterima dari pelanggan.
i. Perbezaan repair order dengan warranty order
a. Repair Order
Setiap kerja baik pulih yang dilakukan oleh mekanik dibayar oleh pelanggan
mengikut alat ganti yang ditukar dan upah kerja atau masa.
b. Warranty Order
Setiap kerja baikpulih yang dilakukan oleh mekanik tidak perlu dibayar oleh
pelanggan.
ii. Fungsi Job Order
• Job order juga disebut sebagai repair order atau work order, ia adalah satu
borang yang digunakan untuk mencatat aduan/tugasan yang diterima dari
pelanggan.
• Job order mungkin sesuatu perintah kerja untuk produk atau perkhidmatan
• Ia bertujuan untuk memudahkan juruteknik melakukan kerja perkhidmatan dan
memeriksa kerosakan aduan yang dibuat oleh pelanggan.
• Ia juga bertujuan memudahkan pusat servis merekod data aduan dari
pelanggan untuk kegunaan pada masa hadapan.
iii. Job Order biasanya diisi oleh :
a) Service manager
b) Service writer
c) Shop manager
d) Service advisor
NO. KOD / CODE NUM. G452-002-2:2018-C12/P(1/3) Muka/Page: 3
Drpd/Of: 14
RAJAH 1 : Contoh Job Order
2. PENGENALAN MANUAL TRANSMISSION/TRANSAXLE
i.Fungsi kotak gear
i) Untuk mengadakan kelajuan yang berubah-ubah yang sesuai mengikut keadaan
jalan dan keberatan ( load) kereta.
NO. KOD / CODE NUM. G452-002-2:2018-C12/P(1/3) Muka/Page: 4
Drpd/Of: 14
ii) Untuk mengadakan keadan NEUTRAL yang tetap ( Jentera hidup, sedang kereta
tidak bergerak).
iii) Untuk memboleh kereta itu mengundur(Reverse)
ii. Komponen utama sistem penghantaran
Rajah 2 : Komponen utama sistem penghantaran
c. Komponen Kotak Transmission
Rajah 3 : Gambarajah gearbox.
Rajah 3: Komponen transmission
i. Clutch housing
NO. KOD / CODE NUM. G452-002-2:2018-C12/P(1/3) Muka/Page: 5
Drpd/Of: 14
ii. Input shaftGear
iii. Transmission case
iv. Output shaft
v. Gear shift lever
d. Jenis-Jenis Kotak giar.
i. Sliding mesh gear box.
ii. Constant mesh gear box.
iii. Synhchromesh gear box
iv. Epicyclic gear box (Automatic)
e. Prinsip-prinsip gear
i) Apabila gear dalam jaringan, satu pemacu yang lain ia akan berputar dalam arah
yang bertentangan . Satu gear dalam darjah jaringan dengan satu gear kecil berputar
dalam arah yang sama terdapat tiga buah membuat jejaringan, gear tengah dinamakan
gear idle yang memindahkan usaha pacuan agar gear berputar dalam arah yang sama.
ii) Nisbah gear ialah bandingan jumlah pusingan gear pacuan dengan satu pusingan
gear pemacu . Nisbah gear boleh diperolehi dengan membahagikan jumlah gigi pacuan
dengan gear pemacu ,gear idle pula tidak berubah nisbah gear.
iii) Pacuan diantara gear boleh dibandingkan dengan taji .Gear kecil memacu dua gear
lebih besar dua kali.oleh itu,gear besar mempunyai dua kali gandagaris pusat
berbanding gear kecil.Gear kecil membuat dua pusingan lengkap untuk memusingkan
gear.
iv) Jenis gear yang biasa digunakan dalam penghantaran ialah gear taji ( Spur Gear)
dan Helical gear. Gear taji mempunyai gigi yang dipotong lurus merentasi mukanya.
Sementara gear helical pula dipotong berpenjuru dimukanya .Ianya lebih senyap
berbanding spur gear.
NO. KOD / CODE NUM. G452-002-2:2018-C12/P(1/3) Muka/Page: 6
Drpd/Of: 14
Rajah 4 : kedudukan shaft
f. Kendalian Kotak Gear
i. Kelajuan gear pertama :
Apabila tuil anjakan gear diletakkan dalam gear pertama, gear besar di aci
utama bergerak sepanjang aci sehingga membuat cantuman dengan gigi terkecil di
atas aci-aci lawan . Apabila klac tidak dalam gandingan maka aci klac dan aci lawan
berhenti berputar. Sekiranya klac bergandingan dengan aci utama, aci engkol
memandu aci klac dan terus memusingkan aci lawan. Ini memperlahankan pusingan
aci lawan dan memusingkan aci utama penghantaran. Nisbha gear biasanya 5:1.
Rajah 5 : 1st gear
ii. Kelajuan gear kedua :
Ketika klac dikendalikan, tuil anjakan gear digerakkan ke gear kedua, gear
kelajuan tinggi kedua membuat cantuman dengan gear kedua di aci lawan. Apabila aci
digandingkan, aci klac memacu gear pacuan dia aci lawan dan pergerakkan
dipindahkan sepanjang aci lawan ke gear kedua di aci lawan, kemudian memusingkan
gear kedua terus ke aci utama penghantaran.
NO. KOD / CODE NUM. G452-002-2:2018-C12/P(1/3) Muka/Page: 7
Drpd/Of: 14
Rajah 6 : 2nd gear
iii. Kelajuan gear ketiga
Apabila tuil anjakan gear diletakkan dikedudukan gear ketiga, gear ketiga
membuat cantuman dengan gear ketiga di aci lawan. Ketika klac digandingkan ,aci klac
akan memusingkan gear pemacu di aci lawan dan memusingkan aci lawan. Kemudian
kuasa dipindahkanke gear ketiga pada aci utama penghantaran.
Rajah 7 : 3rd gear
iv. Kelajuan gear keempat
Apabila tuil anjakan gear digerakkan kekedudukan gear keempat, maka aci
klac membuat cantuman dengan gear kelajuan tinggi secara langsung dan berputar
satu unit dengan aci utama penghantaran dengan nisbah 1:1 . Ia akan berputar sebaik
sahaja klac digandingkan. Kelajuan ini sama laju dengan kelajuan keluaran enjin yang
dihantarkan ke roda kenderaan.
Rajah 8 : 4th gear
v. Gear undur
Apabila gear diletakkan dalam balikan , gear utama aci klac menggelangsar
membuat cantuman dengan gear pemelahu balikan dan membuat cantuman dengan
gear balikan kecil. Gear balikan membuat cantuman diantara gear balikan di aci utama
NO. KOD / CODE NUM. G452-002-2:2018-C12/P(1/3) Muka/Page: 8
Drpd/Of: 14
penghantaran. Dengan adanya gear kecil pemelahu tadi putaran enjin akan dibalikkan
dalam pusingan lawan kemudian disalurkan keluar ke aci utama penghantaran dalam
arah yang berlawanan. Kuasa akan disalurkan apabila klac digandingkan.
Rajah 9 : Reverse gear
vi. Gear neutral :
Tuil anjakan gear diletakkan dalam alur neutral, yang mana kuasa disalurkan
melalui aci klac dan memusingkan aci lawan. Tidak ada satu pun gear yang membuat
jaringan dengan gear di aci penghantaran utama. Kedudukan ini menunjukkan gera
neutral.
Rajah 10 : Operasi gear
3. LANGKAH – LANGKAH MEMBUAT PEMERIKSAAN MANUAL TRANSMISSION
Pemeriksaan pada komponen kotak transmission amat penting bagi menjamin
prestasi yang baik untuk kenderaan. Pemeriksaan yang perlu diambil berat adalah
seperti berikut:-
a. Perkara-perkara yang diperiksa
i. Kebocoran
ii. Ikatan muonting braket
iii. Keretakan pada casing gear box
iv. Keaadan semua gear adalah lancar
NO. KOD / CODE NUM. G452-002-2:2018-C12/P(1/3) Muka/Page: 9
Drpd/Of: 14
b. Rekod pemeriksaan
setiap pemriksaan hendaklah mempunyai rekod rawatan dan pemeriksaan bagi
memudahkan pembaikan yang akan dijalankan dan bagi meminimumkan kos
pembaikan serta memuaskan pelanggan. Gambarajah dibawah adalah salah satu
contoh borang pemeriksaan dan rawatan bagi kenderaan.
Rajah 11 : Borang Pemeriksaan kenderaan
4. PERALATAN SERVIS
Bagi menjalankan kerja-kerja servis untuk transmission/transaxle anda perlu
menyediakan peralatan dan perkakasan yang sesuai atau yang dikhaskan untuk kerja-
kerja servis transmission.
Antara peralatan yang dikhaskan adalah :
a. Automotive Transmission Jack
Fungsinya adalah untuk menurunkan transmission dari kenderaan ketika proses
menanggalkan transmission dari kenderaan.
NO. KOD / CODE NUM. G452-002-2:2018-C12/P(1/3) Muka/Page: 10
Drpd/Of: 14
Rajah 12 : Transmission jack
b. Oil Change Equipment
Digunakan dalam kerja-kerja mengeluarkan minyak pelincir transmission dan
minyak injin
Rajah 13 : Oil Change Equipment
c. Gear Box Oil Pump
Digunakan semasa mengisi pelincir transmission kedalam gear box mengikut
sukatan yang di tentukan mengikut servis manual.
Rajah 14 : Gear Box Oil Pump
NO. KOD / CODE NUM. G452-002-2:2018-C12/P(1/3) Muka/Page: 11
Drpd/Of: 14
5 . LANGKAH-LANGKAH MENGELUARKAN MINYAK PELINCIR TRANSMISSION
Minyak pelicir adalah amat penting dalam penjaagaan kotak transmission adalah untuk
menjaga prestasi sesebuah kotak transmission dan prestasi sesebuah kenderaan.
Pada kebiasaan penukaran minyak pelincir adalah apabila sesebuah kenderaan
mencapai 40,000 km atau 1 tahun tetapi ia bergantung kepada pengeluar kenderaan
seperti yang dicatatkan dalam buku manual.
a. Langkah-Langkah Mengeluarkan Minyak Gear Box
i. Sediakan peralatan yang sesuai seperti tools dan oil change equipment.
ii. letakan kenderaan diatas car lift dan jack kenderaan diaras yang sesuai.
iii. Tentukan car lift dalam keaadan “lock’.
iv. Letakan oil change equipment di bawah gear box dibahagian Drain Nut.
v. Longgarkan Drain Nut dan keluarkan Drain nut, minyak akan keluar kedalam oil
change equipment .
vi. Biarkan minyak pelincir sehingga kering an tutup Drain Nut dan ketatkan.
OIL CHANGE EQUIPMENT
Rajah 15 : Cara Penggunaan Oil Change Equipment
NO. KOD / CODE NUM. G452-002-2:2018-C12/P(1/3) Muka/Page: 12
Drpd/Of: 14
6. RANGKAIAN LINKAGE TRANSMISSION
Sistem pengahantaran bagi kenderaan terdapat dua jenis yang digunakan iaitu :
• Sistem pemacu roda hadapan – dikenali sebagai sistem transaxle.
• sistem pemacu roda belakang – dikenali sebagai sistem transmission.
a. Komponen – komponen rangkaian Transmission/Transaxle.
i. Clutch cable – Menyambung pergerakan gear lever kepada transmission/
Transaxle.
ii. Propeller shaft – memindahkan pergerakan dari kotak gear ke gandar belakang
ke gandar belakang. Dipasaang pada kenderaan pacuan roda belakang.
iii. Drive shaft – menyambung pergerakan kotak gear ke roda hadapan. Dipasang
pada kenderaan pacuan roda hadapan.
iv. U-joint – komponen yang menhubungkan propeller shaft dengan gandar
belakang.
v. Bracket & Mounting - tujuan bracket dan mounting dipasang adalah untuk
mengelakan berlaku gegaran semasa kenderaan bergerak. Mounting bertindak
sebagai penyerap gegaran.
Rajah 16 : Propeller Shaft Dan U-Joint
NO. KOD / CODE NUM. G452-002-2:2018-C12/P(1/3) Muka/Page: 13
Drpd/Of: 14
Rajah 17 : Kedudukan Cable Clutch
Rajah 18 : Mounting dan Bracket
NO. KOD / CODE NUM. G452-002-2:2018-C12/P(1/3) Muka/Page: 14
Drpd/Of: 14
SOALAN /QUESTION:
1. Berikan perbezaan Job Order dan Warranty Order.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
2. Apakah fungsi Transmission/Transaxle?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
3. Apakah yang diperiksa semasa membuat pemeriksaan Transmission/Transaxle?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
RUJUKAN/REFERENCE :
1. .Automotif Kenderaan Tingkatan 4 & 5Dewan Bahasa Dan Pustaka.
ISBN 983- 62-8619-5. Muka Surat 181 hingga 192.
2. Teknologi Automotif.Mohd Bahaman Mohd Rajuli. International Book Service,
NO. KOD / CODE NUM. G452-002-2:2018-C12/P(1/3) Muka/Page: 15
Drpd/Of: 14
Petaling Jaya.ISBN 967-950-128-0. Muka Surat 234 hingga 241.