KOLEJ VOKASIONAL KAJANG
JALAN SEMENYIH
43000 KAJANG
SELANGOR
KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA G452-002-2:2018 LIGHT VEHICLE-REPAIR SERVICE
PROGRAM /
PROGRAM’S CODE & L2
NAME
G452-002-2:2018 -C11 AUTOMATIC TRANSMISSION /
TAHAP / LEVEL TRANSAXLE UNIT OVERHAULING
KOD PROGRAM, KOD
DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
PROGRAMME CODE,
COMPETENCY UNIT
CODE AND TITLE
NOMBOR AKTIVITI 1. CONDUCT AUTOMATIC TRANSMISSION /
KERJA DAN PENYATAAN TRANSAXLE UNIT FUNCTIONAL TEST.
/ WORK ACTIVITIES
NUMBER AND 2. REMOVE AUTOMATIC TRANSMISSION /
STATEMENT TRANSAXLE FROM VEHICLE.
3. PERFORM AUTOMATIC TRANSMISSION /
TRANSAXLE OVERHAULING.
4. INSTALL AUTOMATIC TRANSMISSION /
TRANSAXLE INTO VEHICLE.
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C11-P(3/3) Muka Surat / Page 1 Drp /
of 13
TAJUK/TITLE :
PEMERIKSAAN AUTOMATIC TRANSMISSION
TUJUAN/PURPOSE :
Kertas penerangan ini menerangkan fungsi komponen automatic transmission, langkah
pelarasan, operasi sistem hidraulik, jenis-jenis ATF serta langkah-langkah mengisi ATF.
Copyright Azmie Arshad SLDN KV KAJANG
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C11-P(3/3) Muka Surat / Page 2 Drp /
of 13
PENERANGAN/INFORMATION :
1. BINAAN SERTA FUNGSI ASAS
1.1 Pada asasnya didalam penambahan binaan, automatic transmission
mengandungi:
a. Satu torque conventer untuk menghantar kuasa dari enjin ke bahagian
transmission yang seterusnya ( torque Converter menggantikan Clutch)
b. Satu atau lebih planetary gear set dan shaft yang bebas bergerak semasa
kelajuan kehadapan dan mengundur
c. Rangkaian brake band dan reka bentuk beberapa clutch disc bagi mengawal
pergerakan planterry gear set.
d. Hydraulic servo dan piston bagi mengerakan brake band dan clutch.
e. Satu atau lebih oil pump bagi mengadakan tekanan hydraulic.
f. Terdapat beberapa valve seperti control valve, check valve, pressure regulator
valve, balanced valve, trasmission valve down shift valve dan lain-lain yang
mana semuanya dibina bagi mengawal arah pengaliran tekanan hydraulic
keseluruhan transmission.
g. Terdapat juga sistem penyejukan dari hydraulic oil.
h. Sistem pengawalan mekanikal digunakan untuk menentukan arah deretan
kelajuan (speed ranges). Sama ada high speed atau low speed dan sebagainya.
ENJIN TORQUE PLANETARY
CONVERTER GEAR UNIT
GOVERNOR
SERVO VALVE
MECHANISM
CARBURETOR OIL
PUMP VALVE
BODY
Rajah 1 : susunan komponen automatic transmission
Copyright Azmie Arshad SLDN KV KAJANG
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C11-P(3/3) Muka Surat / Page 3 Drp /
2. of 13
Rajah: inhibitor switch
2.1 FUNGSI INHIBITOR SWITCH
Bagi transmisi yang dikawal secara mekanikal, inhibitor switch merupakan mekanisme
penghidup keselamatan. Bila tuil pemilih tidak berada di kedudukan “P” atau “N”, litar
elektrik yang diguna untuk menghidupkan enjin berada di keadaan OFF. Oleh itu, enjin
tidak hidup dalam keadaan ini walaupunignition switch telah dipusing ke kedudukan
“START”. inhibitor switch dipasang pada bekas trans-gandar dan disambung dengan
aci kawalan manual. Inhibitor switch mempunyai litar dalaman untuk mengesan
kedudukan tuil pemilih, isyarat ini diguna untuk menunjukkan gear yang dipilih di dalam
kelompok peralatan. Bagi transmisi-transmisi yang dikawal secara elektronik,
contohnya siri Hivec, isyarat-isyarat kedudukan anjakan diguna oleh unit kawalan
elektronik untuk memilih julat anjakan yang betul. Fungsi elektrik yang betul bagi suis
boleh diperiksa menggunakan multi meter, dengan mengukur contuinity di antara
terminal-terminal yang berkaitan. Gambar yang ditunjuk di atas adalah contoh sahaja,
kerana terdapat beberapa versi yang berlainan. Untuk melihat susun atur individu, sila
rujuk kepada Buku panduan bengkel. Jika terdapat sebarang perbezaan, periksa sama
ada suis telah dipasang dan dilaras ke kedudukan yang betul. Jika pelarasan betul,
gantikan suis tersebut. Dalam kes ini, pastikan suis yang betul digunakan, kerana
terdapat beberapa versi yang berlainan
Copyright Azmie Arshad SLDN KV KAJANG
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C11-P(3/3) Muka Surat / Page 4 Drp /
of 13
Rajah 3 : pelarasan Inhibitor switch
2.2 Pelarasan inhibitor switch dan kabel kawalan:
1. Setkan tuil pemilih ke kedudukan “N”.
2. Longgarkan nat gandingan tuil kawalan supaya kabel kawalan dan tuil
dibebaskan.
3. Setkan tuil kawalan manual ke kedudukan neutral.
4. Longgarkan bolt cagak inhibitor switcht dan pusing badan suis perencat supaya
lubang di hujung tuil kawalan manual dan lubang (keratan lintang A-A dalam
gambar) di bebibir pada bebibir badan suis julat trans-gandar adalah sejajar.
5. Ketatkan bolt cagak badan suis julat trans-gandar dengan daya kilas yang
ditetapkan. Berhati-hati supaya kedudukan badan suis tidak berubah.
6. Tarik kabel kawalan transmisi dengan berhati-hati ke arah hadapan kenderaan
untuk mengurangkan ruang pergerakan bebas, kemudian ketatkan nat
pelarasan.
7. Periksa semula dan pastikan tuil pemilih berada di kedudukan “N”.
8. Periksa dan pastikan setiap julat pada sebelah transmisi beroperasi dan
berfungsi dengan betul untuk setiap kedudukan tuil pemilih.
Copyright Azmie Arshad SLDN KV KAJANG
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C11-P(3/3) Muka Surat / Page 5 Drp /
of 13
Copyright Azmie Arshad SLDN KV KAJANG
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C12-P(3/3) Muka Surat / Page 6 Drp /
of 13
3. HYDRAULIC CONTROL ( VALVE BODY ).
Rajah 4 : hydraulic valve body
Valve body berfungsi mengawal aliran automatic transmission fluid ATF ke
semua bahagian automatic transmission seperti torque converter dan
planetary gear unit.
Valve body juga mengawal masa ( timing ) penukaran gear samada naik atau
turun ( up / down ).
4. PENGENALAN AUTOMATIC TRANSMISSION FLUID (ATF)
Fungsi :
1. Menghasilkan daya kilas ( torque ) di dalam
torque converter.
2. Melincirkan ( lubrication ) komponen didalam
transmission.
3. Menekan elemen clutch dan brake band di
dalam transmission.
Copyright Azmie Arshad SLDN KV KAJANG
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C12-P(3/3) Muka Surat / Page 7 Drp /
of 13
Copyright Azmie Arshad SLDN KV KAJANG
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C12-P(3/3) Muka Surat / Page 8 Drp /
of 13
4.1 CIRI-CIRI AUTOMATIC TRANSMISSION FLUID ( ATF )
1. Menahan geseran antara komponen.
2. Tidak menghasilkan buih ( mengandungi anti detergent ).
3. Tidak beku pada suhu rendah ( mengandungi anti freeze ).
4. Tidak terpeluwap pada suhu tinggi.
5. Tidak merosakkan seal ( oil seal ).
Copyright Azmie Arshad SLDN KV KAJANG
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C12-P(3/3) Muka Surat / Page 9 Drp /
of 13
4.2 PENYELENGGARAAN
Pastikan minyak gear Auto Transmission Fluid ( ATF ) ditukar setiap 20000 hingga
30000 Km mengikut servis manual.
Warna cecair ATF :
1. Merah (red) = Normal
2. Seakan kehitaman (Blacklish) = Kehausan klac telah berlaku
3. Varnish @ Syupy = Cecair berada dalam suhu yang tinggi pada masa
yang lama.
4.3 MEMERIKSA LEVEL AUTOMATIC TRANSMISSION FLUID
1. Letak kenderaan diatas tempat rata dan tarik parking brake.
2. Tolak shift lever pada P dan biarkan enjin idling.
3. Suhu ATF 70- 80 darjah celcius atau suhu enjin 80-90 darjah celcius.
4. Tekan pedal brake dan gerakkan gear shift lever dari keadaan ‘P’ ke ‘L’ dan dari
‘L’ ke‘P’.
5. Dengan enjin idling dan gear shift lever pada ‘N’, tarik keluar dipstick dan lapkan
dengan kain.
6. Masuk dipstick ke dalam transmission dan keluarkan semula.
7. Periksa paras cecair ATF adalah cukup jika parasnya diantara takat panas
(HOT).
Paras fluid yang kurang boleh menyebabkan tekanan yang rendah terjadi di
dalam pump dan akan mengakibatkan pergerakan gear menjadi lemah (poor
perfomance) ( lambat pertukaran gear).
Paras fluid yang tinggi pula boleh menyebabkan transmission menjadi terlampau
panas (over heating) serta mengakibatkan pressure menjadi terlalu tinggi
(cepat pertukaran gear).
Copyright Azmie Arshad SLDN KV KAJANG
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C12-P(3/3) Muka Surat / Page 10 Drp /
of 13
Copyright Azmie Arshad SLDN KV KAJANG
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C12-P(3/3) Muka Surat / Page 11 Drp /
of 13
4.4 JENIS-JENIS AUTOMATIC TRANSAXLE FLUID ( ATF )
Automatic transaxle fluid (ATF) mempunyai lima jenis iaitu :
1. ATF 1000
2. Dexron
Jenis tersebut digunakan pada automatic transaxle yang mempunyai tiga gear
iaitu automatic transaxle jenis (F3A21).
3. Proton SP
4. Proton SP2M
5. Proton SP
5. LANGKAH MENGISI DAN MEMERIKSA PARAS AUTOMATIC TRANSAXLE
FLUID
1. Letak kenderaan diatas tempat rata dan tarik parking brake.
2. Pastikan gred minyak yang betul. Menggunakan corong masukkan minyak gear
pada transaxle.
3. Periksa paras minyak menggunakan dipstick. Pastikan pada paras “HOT”.
4. Tolak shift lever pada “P” dan hidupkan enjin, biarkan enjin idling.
5. Suhu ATF 70- 80 darjah celsius atau suhu enjin 80-90 darjah celsius.
6. Tekan pedal brake dan gerakkan gear shift lever dari keadaan “P” ke ‘’L” dan
dari “L” ke ‘’P’’.
7. Dengan enjin idling dan gear shift lever pada ‘’N’’, tarik keluar dipstick dan
lapkan dengan kain. Pada shift lever ‘’N’’ minyak akan mengalir pada setiap
bahagian transaxle.
8. Masuk dipstick kedalam transaxle dan keluarkan semula.
9. Periksa paras cecair ATF adalah cukup jika parasnya diantara takat panas
(HOT).
Copyright Azmie Arshad SLDN KV KAJANG
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C12-P(3/3) Muka Surat / Page 12 Drp /
of 13
Pastikan paras minyak betul. Paras minyak yang kurang boleh menyebabkan
tekanan yang rendah terjadi didalam pump dan akan mengakibatkan pergerakan
gear menjadi lemah (poor performance) ( lambat pertukaran gear),
menghasilkan gelembung udara, tekanan minyak menjadi tidak menentu, serta
clutch dan brake menjadi gelincir (slip).
Paras fluid yang tinggi pula boleh menyebabkan transaxle menjadi terlampau
panas (over heating) serta mengakibatkan tekanan menjadi terlalu tinggi (cepat
pertukaran gear).
Copyright Azmie Arshad SLDN KV KAJANG
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C12-P(3/3) Muka Surat / Page 13 Drp /
of 13
SOALAN/QUESTION :
1. Terangkan apakah fungsi automatic transmission fluid ?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
2. Terangkan ciri-ciri yang terdapat pada automatic transmission fluid ?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
RUJUKAN/REFERENCE :
1. Servis manual Proton.
2. Automotive skills.
Copyright Azmie Arshad SLDN KV KAJANG