KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 2021
TAJUK:
KAJIAN GUNA TANAH DI AYER HITAM, KEDAH
NAMA PELAJAR ANIS HAZIRAH BINTI MUHAMAD
TINGKATAN 3 SAKINAH
NAMA GURU
PUAN ARHAMNI BINTI ROBIAN
TARIKH HANTAR 11 NOVEMBER
1
SENARAI KANDUNGAN
Kandungan Halaman
Tajuk kajian 1
Senarai kandungan 2
Penghargaan 3
Pendahuluan 4
Objektif kajian 5
Kawasan kajian 6
Kaedah kajian 7
Hasil kajian 8
I ) Latar belakang kawasan kajian 8
ii ) Melukis peta lakar yang menujukkan taburan 9
9
guna tanah di kawasan kajian 10
iii ) Mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan 11
12
guna tanah di kawasan kajian
iv ) Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan
kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah
v ) Tiga kesan guna tanah tersebut terhadap
alam sekitar yang telah dikaji
vi ) Cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah
yang dihadapi apabila kegiatan pertanian dijalankan
Rumusan 13
Rujukan 14
Lampiran 15
2
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Zaiton binti Ismail
selaku pengetua Maktab Mahmud Alor Setar kerana telah memberi keizinan
kepada saya untuk menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang
diperlukan bagi melaksanakan tugasan ini.
Tidak ketinggalan guru mata pelajaran Geografi saya, Puan Arhamni binti
Robian atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat
berguna serta telah banyak menolong saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi
menyempurnakan tugasan ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya
iaitu Muhamad bin Zain dan Shariyah binti Baharudin yang telah banyak
memberi sokongan moral dan dorongan kepada saya serta sudi mengorbankan
masa mereka untuk menolong saya mengumpulkan maklumat-maklumat
tentang kajian guna tanah yang saya kaji.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan sekelas
saya kerana telah memberi saya banyak pendapat dan idea
3
PENDAHULUAN
Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditentukan oleh Lembaga
Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi subjek Geografi Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3). Saya merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 3 di Maktab
Mahmud Alor Setar .Saya telah memilih tajuk kajian guna tanah (pertanian) di Ayer
Hitam,Kedah.
Tujuan saya memilih kawasan Ayer Hitam,Kedah ini adalah kerana kawasan ini
merupakan kawasan tempat tinggal saya .Ekoran itu, kawasan ini memudahkan lagi
saya menjalankan kajian ini.
Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya yang lain
telah dimanfaat dengan sebaiknya untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan
kajian tentang guna tanah ini.
Saya telah menemu ramah dan soal selidik sekurang-kurangnya seramai 3 orang
responden yang terpilih untuk mendapatkan maklumat terkini tentang latar belakang
kawasan kajian dengan tepat disamping mengenal pasti satu jenis guna tanah
utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah
tersebut serta mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut
terhadap alam sekitar yang telah dikaji.
Selain itu, saya turut mendapatkan cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan
guna tanah tersebut daripada responden.
Kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada saya. Kerjasama
yang diberi telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi
melengkapkan kajian tentang guna tanah di kawasan saya ini. Semua data dan
maklumat yang dipilih telah
4
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak
tugasan kajian peta melalui aspek dan perkara-perkara seperti berikut:
(a) Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar belakang
kawasan kajian.
(b) Melukis dan mentafsirkan peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di
kawasan kajian.
(c) Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan
satu faktor yang mempengaruhi guna tanah berkenaan.
(d) Mengenal pasti dan menghuraikan tiga kesan guna tanah tersebut terhadap alam
sekitar di kawasan kajian.
(e) Memberi tiga cadangan dan pendapat terhadap usaha-usaha untuk mengatasi
kesan guna tanah tersebut.
5
KAWASAN KAJIAN
Negeri Kedah Darul Aman mempunyai 11 buah daerah. Salah satu daerah yang
terdapat di Kedah ialah Kubang Pasu. Kubang Pasu mempunyai keluasan kira-kira
948 m .Kubang Pasu memmpunyai 20 mukim. Salah sebuah mukim yang terdapat
dalam Kubang Pasu ialah Ayer Hitam. Saya telah memilih Ayer Hitam, Kedah,
sebagai kawasan kajian saya. Antara sebab utama saya memilih Ayer Hitam
sebagai kawasan kajian kerana ia merupakan tempat tinggal saya. Selain itu, saya
juga mahir dengan kawasan ini justeru memudahkan saya mendapat data-data yang
berguna untuk direkodkan dalam kerja kursus saya.
Antara ciri fizikal yang terdapat di kawasan kajian saya ialah sebatang sungai
tersebut membekalkan sumber air kepada kawasan sawah padi. Secara
keselurahannya, guna tanah di Ayer Hitam adalah lebih kepada kegiatan pertanian.
Kebanyakan kawasan telah dibangunkan untuk tujuan ekonomi. Kegiatan ekonomi
ini adalah sangat penting kerana ia menyediakan peluang pekerjaan kepada
penduduk setempat.
Selain itu, penduduk dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk. Penduduk
di sini terdiri daripada pelbagai kaum dengan purata umur 40 tahun. Kawasan ini
terletak berdekatan dengan institusi pendidikan dan kawasan pertanian
Bentuk muka bumi kawasan ini ialah tanah pamah, iaitu kawasan rata dan sesuai
untuk melakukan aktiviti pertanian .Struktur tanah yang lembap juga menggalakkan
aktiviti pertanian seperti pertanian sawah padi. Aktiviti perindustrian juga dapat
dilakukan di kawasan tanah pamah ini serta pelbagai jenis petempatan seperti
rumah, bangunan kedai, sekolah dan masjid. Kawasan ini juga merupakan salah
satu kawasan yang mempunyai kadar pembuangan sisa pepejal dan sisa domestik
yang tinggi.
6
KAEDAH KAJIAN
Pelbagai kaedah kajian yang telah digunakan untuk mengumpul data dan
maklumat.Penggunaan kaedah yang bersesuian dapat membantu saya memperoleh
makkumat dengan lebih mudah dan tepat. Selain itu, melalui kaedah kajian, sesuatu
maklumat berkaitan tajuk kajian diperoleh dengan mudah dan lengkap. Kaedah
kajian yang dapat saya gunkan adalah seperti yang berikut:
Pemerhatian
Merupakan kaedah pengumpulan maklumat paling mudah dan cepat.Kaedah ini
dapat dilakukan untuk membuat pemerhatian tentang perkara atau isu yang hendak
diuji.Kaedah pemerhatian ialah cara mengumpul data atau maklumat dengan
mengamati sesuatu yang ingin dikaji.Foto yang diambil boleh menjadi bahan
bukti.
Soal selidik
Merupakan kaedah mengumpul maklumat dengan mengedarkan borang soal
selidik kepada orang ramai. Borang yang mengandungi maklumat yang ingin
ditentukan tersedia terlebih dahulu. Responden hanya perlu menjawab soalan-
soalan yang disediakan dalam borang soal selidik.
Rujukan
Merupakan kaedah yang membuat rujukan di laman web, buku ,bahan tercetak,
dan bahan multimedia yang lain. Kaedah rujukan ialah kaedah yang paling sesuai
bagi orang yang baru menjalankan kerja lapangan. Sumber rujukan yang dugunakn
perlu disenaraikan pada bahagian rujukan dalam laporan.
7
DAPATAN KAJIAN
Keperluan kegunaan guna tanah sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa
berdasarkan keperluan asas aktiviti manusia di dalam kehidupan. Guna tanah boleh
diklasifikasikan kepada bentuk aktiviti seperti perindustrian, perumahan pertanian,
bandar institusi dan sebagainya. Konsep dan definisi aktiviti guna tanah
kebanyakannya tidak mempunyai satu keseragaman yang khusus.
i) Latar belakang Kawasan kajian
Negeri Kedah Darul Aman mempunyai 11 buah daerah. Salah satu daerah yang
terdapat di Kedah ialah Kubang Pasu. Kubang Pasu mempunyai keluasan kira-kira
948 m .Kubang Pasu memmpunyai 20 mukim. Salah sebuah mukim yang terdapat
dalam Kubang Pasu ialah Ayer Hitam. Kawasan kajian saya ialah Ayer
Hitam,Kedah, yang terletak di dalam daerah Kubang Pasu.
Pekan Ayer Hitam merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi
negeri Kedah.Kedah dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah
dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).
Pekan Ayer Hitam merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam
negara Kedah di bawah daerah Kubang Pasu, dan juga merupakan satu dari mukim
yang terletak dalam pentadbiran Daerah Kubang Pasu.Sekarang, daerah ini pesat
membangun dan diberi jolokan ‘Daerah Pendidikan’.
Pekan di daerah ini ialah Changlun di utara, Jitra di selatan, Kodiang, Tunjang,
Kepala Batas, Padang Sera dan Bandar Darulaman.
ii) Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di Kawasan
kajian
8
iii) Mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di
kawasan kajian
Peta lakar Kawasan kajian menunjukkan kawasan Ayer Hitam,Kedah. Ciri pandang
darat fizikal yang terdapat di kawasan peta lakar ialah sungai,hutan dan rumput.
Manakala ciri pandangan darat budaya di kawasan peta lakar pula adalah terdiri
daripada jalan raya,sawah padi.petempatan,sekolah,balai polis dan masjid.Masjid
tersebut terletak di barat laut pada peta lakar. Sebahagian besar bentuk muka bumi
di kawasan peta lakar adalah terdiri daripada kawsan tanah pamah yang rata.
Kawasan tanah pamah digunakan untuk petempatan,pertanian dan pengakutan.
Berdasarkan peta lakar, guna tanah di kawasan kajian say aini ialah pertanian.
Tanaman yang diusahakan ialah padi sawah. Padi sawah ditanam di kawsan
lembah sungai dan tanah pamah seperti di Kg.Lubok Ayer .
9
iv) Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan
menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah
Jenis guna tanah utama di kawasan kajian saya ialah pertanian. Ada beberapa
faktor mempengaruhi guna tanah di Ayer Hitam untuk tujuan aktiviti pertanian.
a ) Sumber air yang mencukupi
Saliran yang baik merupakan salah satu faktor kegiatan guna tanah bagi aktiviti
pertanian dijalankan di Ayer Hitam. Hal ini kerana, sungai penting untuk
membekalkan air bagi kawasan pertanian penanaman padi dan membolehkan padi
ditanam dua kali setahun. Selain itu, aliran sungai di bahagian hilir sungai akan
membentuk dataran alluvium yang subur. Contohnya, terdapat sebatang sungai di
hadapan Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam yang mengalirkan air ke Kawasan sawah
padi.
b ) Bentuk muka bumi
Menurut respondan yang ketiga, Encik Abdul Kassim bin Zulkifli menyatakan antara
faktor guna tanah di Ayer Hitam bagi kegiatan pertanian ialah Kawasan bertanah
pamah. Kawasan tanah pamah ialah kawasan yang rendah,rata, dan
beralun,ketinggiannya tidak melebihi 180m dari aras laut. Tanah pamah penting
untuk pelbagai jenis kegiatan seperti petempatan,pertanian,pengakutan dan
perhubungan. Terdapat dataran dan lombongan yang subur dan terdiri daripada
tanih aluvium yang sangat sesuai untuk kegiatan penanaman padi di Ayer
Hitam,Kedah.
c ) Iklim
Suhu yg tinggi sepanjang tahun sesuai untuk pertumbuhan tanaman padi, getah,
kelapa sawit dan koko.Hujan lebat sepanjang tahun membantu tumbesaran tanaman
terutamanya yang memerlukan banyak air seperti padi sawah.Sinaran matahari
sepanjang tahun menjamin proses fotosentesis berlaku sepenuhnya.
10
v) Tiga kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah
dikaji
Setelah saya selesai membuat kaji selidik, saya mendapati bahawa terdapat
beberapa kesan daripada aktiviti guna tanah bagi pertanian yang dijalankan di Ayer
Hitam, Kedah. Antaranya ialah:
a ) Menjejaskan kualiti air
Kesan daripada aktiviti guna tanah bagi pertanian di Ayer Hitam menyebabkan tali
air yang berdekatan tercemar. Hal ini kerana , antara sisa domestik yang dibuang ke
dalam tali air sepert botol-botol racun dan plastik bungkusan. Selain itu, baja kimia
dan racun serangga meresap masuk ke dalam tanah. Bahan yang dibawa masuk ke
dalam sumber air menyebabkan pencemaran air berlaku. Contonya, penggunaan
baja kimia dan racun serangga yang berlebihan atau tidak mengikut piawaian dalam
pertanian menyebabkan kualiti air terjejas.
b ) Pencemaran udara
Salah satu kesan guna tanah di Ayer Hitam menyebabkan kualiti udara tidak
memuaskan. Pencemaran udara berlaku apabila bahan pencemar hadir dalam
kuantiti tinggi sehingga memudaratkan hidupan dan alam sekitar. Contonya, aktiviti
membakar jerami padi selepas dituai menyebabkan bayak gas karbin dioksida yang
merupakan bahan pencemar yang dilepaskan ke udara .
c ) Kesuburan tanah berkurangan
Tanah yang subur penting untuk aktiviti guna tanah bagi pertanian . Penggunaan
baja nitrogen yang berlebihan turut mengakibatkan tanah menjadi berasid. Tanah
berasid akan mengikat nutrien penting dan mengurangkan kedapatan nutrient dalam
tanah. Tanah berasid tidak subur dan boleh menyebabkan keracunan ferum,
mangan dan aluminium pada tanaman disamping mempunyai kandungan mikro
nutrien seperti fosforus dan mikro nutrien seperti kalsium yang rendah.
11
vi) Cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah yang
dihadapi apabila kegiatan pertanian dijalankan
Setelah saya selesai membuat kaji selidik saya mendapati bahawa terdapat
beberapa cadangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi apabila kegiatan guna
tanah bagi aktiviti pertanian dijalankan. Antaranya ialah:
a ) Melakukan sistem perparitan yang betul
Menurut salah seorang respondan, Mariza binti Darus mencadangkan kepada para
pesawah supaya melakukan sistem perparitan yang betul. Hal ini kerana, parit yang
berada berdekatan kawasan pertanian penanaman padi tidak akan tersumbat serta
tiada pencemaran berlaku. Selain itu, air parit lebih mudah disalurkan ke sawah
padi.
b ) Menggunakan racun serangga yang mesra alam
Penggunaan racun serangga yang mesra alam dapat menghapuskan serangga
perosak padi serta melakukan kaedah kawalan biologi. Hal ini dapat mengelakkan
kawasan persekitaran tercemar dan tidak menjejaskan kesihatan manusia di
kawasan tersebut. Contonya, membela itik telur untuk menghapuskan siput gondong
emas di sawah padi dan elakkan penggunaan kaedah kawalan kimia seperti
menggunakan pestisid.
c) Menggunakan baja organik
Penggunaan baja organik dapat mengekalkan kesuburan tanah agar padi dapat
tumbuh dengan subur. Hal ini juga dapat mengekalkan tanah tercemar dan berasid.
Penghasilan baja organic dihasilkan oleh campuran bahan buangan terbiodegrasi.
Bahan buangan terbiodegrasi mudah direputkan oleh mikroorganisma dan Kembali
menjadi nutrient di dalam tanah. Contohnya, sisa makanan dan kertas.
12
RUMUSAN
Kajian yang telah dijalankan di Ayer Hitam ini telah memberi pengalaman yang
sangat berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti jenis
guna tanah di Ayer Hitam.
Selain daripada itu saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas apa disebalik
definasi dan maksud guna tanah. Begitu kajian mengenai faktor yang mempengaruhi
guna tanah petempatan, perniagaan dan pertanian di Ayer Hitam. Berdasarkan
kepada kajian yang dijalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas
beberapa kesan guna tanah di kawasan kajian iaitu di Ayer Hitam.
Selepas mengumpulkan segala maklumat, kami dapat memberikan beberapa usaha
usaha dan cadangan yang boleh digunapakai untuk mengatasi kesan guna tanah
yang sedang dan telah berlaku di Ayer Hitam.
Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai penduduk di Ayer Hitam menjalankan
aktiviti guna tanah dengan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi
masalah-masalah yang boleh menjejaskan flora dan fauna akibat daripada tindakan
kita sendiri.
Saya menyedari betapa bertuahnya penduduk serta responden di kawasan kajian
mempunyai kesedaran tentang pelbagai potensi khususnya bagi meningkatkan
kualiti kehidupan mereka. Saya berharap usaha penduduk dan responden di
kawasan kajian tersebut dapat dipertingkat dan diperbaiki dari masa ke semasa.
13
SUMBER RUJUKAN
Saya telah berjaya menyiapkan kerja lapangan ini dengan merujuk beberapa bahan
rujukan. Antaranya ialah :
1.Internet
a) https://www.cikguhailmi.com/2013/04/kawalan-biologi-kebaikan-dan-
keburukan.html
b) https://www.permohonan.my/kesan-guna-tanah-terhadap-alam-sekitar/#3-
kesan-kegiatan-pertanian-terhadap-alam-sekitar
c) https://ms.wikipedia.org/wiki/Pekan_Ayer_Hitam
d) https://mypt3.com/contoh-geografi-pt3-jawapan
2.Buku
a) Abd Rahman Md Nor. (2004). Geografi Tingkatan 3. Shah Alam : Cerdik
Publications Sdn.Bhd
b) Mohd Jamil Mohd Hj Rodli Hj Hashim & Hjh Mahani Hj Mahbar (2004)
Geografi Tingkatan 3.Johor Bahru : Johore Central Store.Sdn.Bhd
c) Geografi Tingkatan 1,2 & 3 Bangi : Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd
3 .Orang sumber
a) Nuril Aqilah binti Muhamad (pelajar)
b) Siti Bedah binti Hj Ahmad (penduduk tempatan)
c) Abdul Kassim bin Zulkifli (pesawah)
14
LAMPIRAN
15
16
BORANG SOAL SELIDIK KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 3 TAJUK: KAJIAN GUNA TANAH
(PERTANIAN) DI AYER HITAM, KEDAH
Tandakan (/) pada yang berkenaan
Nama: Ahmad Fitri bin Zaid
Jantina: Lelaki ( / ) Perempuan ( )
Umur: 20 tahun ke bawah ( ) 20 tahun ke atas ( / )
40 tahun ke atas ( )
Pekerjaan: guru
1.Apakah faktor-faktor yang menggalakkan kegiatan guna tanah sepertipertanian
dijalankan?
( ) sumber air yang mecukupi
( / ) jenis tanah
( ) bentuk muka bumi
2.Apakah kesan-kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar?
( ) pencemaran air
( / ) kesuburan tanah berkurangan
( ) pencemaran udara
3.Cadangan untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut
Menggunakan baja organik dan elakkan mengguna baja kimia
BORANG SOAL SELIDIK KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 3 TAJUK: KAJIAN GUNA TANAH
(PERTANIAN) DI AYER HITAM, KEDAH
Tandakan (/) pada yang berkenaan
Nama: Mohd Said bin Ahmad
Jantina: Lelaki ( / ) Perempuan ( )
Umur: 20 tahun ke bawah ( ) 20 tahun ke atas ( )
40 tahun ke atas ( / )
Pekerjaan: Pesawah
1.Apakah faktor-faktor yang menggalakkan kegiatan guna tanah sepertipertanian
dijalankan?
( ) sumber air yang mecukupi
( ) jenis tanah
( / ) bentuk muka bumi
2.Apakah kesan-kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar?
( ) pencemaran air
( / ) kesuburan tanah berkurangan
( ) pencemaran udara
3.Cadangan untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut
Menggunakan kaedah kawalan biologi untuk mengurangkan haiwan
perosak di sawah
BORANG SOAL SELIDIK KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 3 TAJUK: KAJIAN GUNA TANAH
(PERTANIAN) DI AYER HITAM, KEDAH
Tandakan (/) pada yang berkenaan
Nama: Aina Fatini binti Kamarulzaman
Jantina: Lelaki ( ) Perempuan ( / )
Umur: 20 tahun ke bawah ( / ) 20 tahun ke atas ( )
40 tahun ke atas ( )
Pekerjaan: pelajar
1.Apakah faktor-faktor yang menggalakkan kegiatan guna tanah sepertipertanian
dijalankan?
( / ) sumber air yang mecukupi
( ) jenis tanah
( ) bentuk muka bumi
2.Apakah kesan-kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar?
( / ) pencemaran air
( ) kesuburan tanah berkurangan
( ) pencemaran udara
3.Cadangan untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut
Memperketatkan undang-undang