The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengandungi nota lengkap sejarah tingkatan 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mommy Kitchen's, 2019-06-28 04:27:10

e-book nota lengkap Sejarah Tingkatan 3

Mengandungi nota lengkap sejarah tingkatan 3

Keywords: Sejarah Tingkatan 3

BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
Pengenalan

 Secara umumnya Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang kaya dengan hasil bumi
seperti bijih timah dan emas berjaya ditadbir urus dengan baik sehingga negeri tersebut makmur
telah menarik minat kuasa Acheh, Belanda dan British untuk menguasai negeri tersebut

3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

Kekayaan bijih timah

 Perlombongan bijih timah abad ke-15
i. Diusahakan oleh orang Melayu di lembah sungai untuk kegunaan tempatan dan
diperdagangkan
ii. Perdagangan di bawah pengawasan pembesar sebagai pemilik lombong dan membekalkan
keperluan perbelanjaan
iii. Pembesar memperolehi kawasan pegangan melalui surat tauliah sultan

iv. Contohnya Che Long Jaafar di Larut Perak dapat surat tauliah daripada Paduka Seri Sultan
Shabudin Riayat Syah

v. Sultan menerima hasil perdagangan
vi. Kaedah tradisional melombong bijih timah iaitu melampan

 Perlombongan bijih timah abad ke-16 hingga abad ke-17
i. Tertumpu di Sungai Perak, Kuala Kangsar, Kelian Intan, Manjung dan Beruas
ii. Perak pelabuhan utama menghasilkan bijih timah
iii. Tumpuan pedagang terutama Portugis

iv. Kekayaan dan kemakmuran Perak menyebabkan Acheh meletakkan Perak sebagai negeri
naungannya

v. Perak menjadikan bijih timah bahan untuk mendapatkan perlindungan Portugis bagi
membebaskan Perak daripada Acheh

1 Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 2019

 Perlombongan bijih timah abad ke-18
i. Perak
 Bijih timah dikeluarkan oleh pelombong kecil Melayu di kawasan Larut (Kerian,
Kurau, Larut, Terong dan Beruas)
 Sultan Muzafar membuat perjanjian menjual bijih timah kepada Belanda
 Kota Belanda di Pulau Pangkor di bina sebagai gedung menyimpan bijih timah yang
diperolehi dari Perak
 Akhir abad ke-18 hasil merosot akibat aktiviti penyeludupan untuk dijual pedagang
British di Pulau Pinang

ii. Selangor
 Perlombongan bijih timah di Kuala Selangor
 Sultan Ibrahim membuat perjanjian menjual bijih timah kepada Belanda.

 Perlombongan bijih timah abad ke-19
i. Larut
 Diusahakan oleh Long Jaafar dan anaknya Ngah Ibrahim di Klian Pauh dan Klian
Baru dengan membawa masuk pelombong Cina
 Kuala Sepetang dijadikan pelabuhan mengangkut bijih timah dari Perak ke Pulau
Pinang

ii. Lembah Kinta
 Pengeluar utama bijih timah dunia
 Kegiatan pelombongan mewujudkan bandar Gopeng, Ipoh dan Kampar
 Sultan Ismail mengusaha dan memajukan kawasan perlombongan bijih timah di
Lembah Kinta menyebabkan muncul Bandar Papan dan Pengkalan Peguh

iii. Jugra
 Pusat pentadbiran Kesultanan Selangor
 Juga pusat pengutipan cukai bijih timah melalui Sungai Langat untuk ke pelabuhan
Melaka

2 Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 2019

iv. Kuala Lumpur
 Pusat pengeluaran bijih timah yang penting di Selangor
 Bijih timah di lombong di Ampang
 Mendorong orang Melayu dan Cina mendirikan petempatan
 Pembentukkan Bandar Kuala Lumpur yang diambil dari nama Sungai Lumpur
(Sungai Gombak sekarang)

v. Lukut
 Diusahakan oleh Raja Busu dengan membawa masuk pelombong Cina
 Raja Jumaat kemudiannya berjaya menjadikan Lukut sebagai pusat perdagangan
bijih timah terkenal
 Lukut diserahkan kepada Sungai Ujong melalui rundingan antara Sultan Selangor
bersama pemerintah Sungai Ujong
 Selangor menerima Kajang, Semenyih dan Beranang yang sebelum ini di dalam
kawasan Sungai Ujong

Kekayaan Hasil Emas

 Kawasan jalur emas sebahagian besar terdiri daripada negeri Pahang yang meliputi Raub.
 Melalui rekod Negara China, emas menjadi ekspot utama Pahang sejak abad ke-13.
 Menurut catatan Portugis, pada abad ke-16 emas di Pahang diperdagangkan ke Melaka dan

Sultan Pahang menggunakan emas sebagai hadiah kepada negeri-negeri lain.
 Berdasarkan sumber India, Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Suvarnabhumi yang

bermaksud Bumi Emas
 Catatan Yunani (2M) menamakan Semenanjung Tanah Melayu sebagai Golden Khersonese

yang bermaksud Semenanjung Emas

3 Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 2019

 Lokasi Perlombongan Emas di Pahang
i. Perlombongan emas telah dilakukan di Hulu Pahang iaitu di sekitar Sungai Tembeling,
Sungai Jelai dan Sungai Semantan
ii. Kawasan-kawasan penting perlombongan emas ialah Raub, Tui, Tersang, Selising, Penjom,
Kechau dan Hulu Dong.

 Kegiatan Perlombongan Emas di Pahang pada abad ke-16 dan ke-17
 Dijalankan oleh orang Melayu, orang asli dan orang Minagkabau
 Menggunakan kaedah mendulang dan melampan

 Kegiatan Perlombongan Emas di Pahang pada abad ke-18
 Kekayaan emas menarik kehadiran oramg Cina dari Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan
 Menggunakan kaedah melampan

 Kegiatan Perlombongan Emas di Pahang pada abad ke-19
 Sultan Ahmad member konsesi kepada orang Eropah
 Menggunakan kaedah lombong dedah dan lombong bawah tanah

4 Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 2019

Latihan Objektif

1. Apakah kekayaan hasil bumi Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang menarik minat

British menguasai Negara kita?

I. Bijih timah A. I dan II
II. Bijih besi B. I dan IV
III. Arang batu C. II dan III
IV. Emas D. III dan IV

2. Pada 28 Februari 1850, Paduka Seri Sultan Shabudin Riayat Syah telah menganugerahkan
daerah Larut kepada seorang tokoh untuk melombong bijih timah. Siapakah tokoh tersebut?

A. Dato’ Sagor
B. Dato’ Maharajalela
C. Long Jaafar
D. Tengku Kudin

3. Apakah tujuan pembinaan Kota Belanda di Pulau Pangkor pada tahun 1670?

A. Gedung menyimpan bijih timah
B. Kubu pertahanan tentera Belanda
C. Gedung menyimpan makanan
D. Tempat penginapan Gabenor

4. Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti ekonomi di Perak pada abad ke16-17

 Perlombongan di Sungai Perak
 Perlombongan di Manjung dan Beruas

Apakah kesan aktiviti tersebut ke atas Perak?
A. Mengukuhkan pengaruh pembesar
B. Menjamin kedudukan pembesar
C. Menjadi negeri naungan Acheh
D. Menerima ancaman Portugis

5 Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 2019

5. Apakah faktor yang mempengaruhi kemunculan Bandar Gopeng, Ipoh dan Papan?

A. Pembukaan lading-ladang getah
B. Pusat pentadbiran kerajaan
C. Perlombongan bijih timah
D. Pertambahan penduduk

6. Tokoh berikut merupakan tokoh penting dalam sejarah Tanah Melayu
 Raja Busu
 Sultan Ismail

Apakah persamaan tokoh tersebut?

A. Membangunkan bandar baharu C Memajukan perlombongan
B. Menandatangani perjanjian D Memodenkan pentadbiran

7. Dialog berikut mungkin berlaku di Pahang pada abad ke-19
Ali : Sekarang ini, orang Eropah yang mendapat hak melombong emas

Ahmad : Orang Eropah begitu berjaya disebabkan mereka menggunakan
kaedah perlombongan yang berkesan

Apakah kaedah yang dimaksudkan dalam dialog tersebut ?

I. Lombong bawah tanah
II. Lombong dedah
III. Mendulang
IV. Melampan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

6 Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 2019

8. Apakah nilai yang diperolehi daripada maklumat berikut?
Berdasarkan sumber India, Semenanjung Tanah Melayu dikenali
sebagai Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi Emas

A. Berilmu
B. Bersyukur
C. Berwaspada
D. Bersederhana

7 Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 2019

1.

8 Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 2019

2.

3.

9 Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 2019

4.

10 Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 2019


Click to View FlipBook Version