SISTEM
EJAAN RUMI
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjangkan ke atas
hadrat ilahi kerana dengan izin limpah kurnian-Nya dapat juga saya
menyempurnakan tugasan bagi kod subjek Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu (BMMB 1074) ini dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini, saya amat berbesar hati untuk
menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Dr. Shamsul Aizuwani Bin Nawi,
selaku Pensyarah Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (BMMB 1074) bagi
kelas B1 kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka
ruang untuk menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Sekarang penghargaan juga kepada sema pihak yang tidak putus-putus
usaha membantu menyiapkan tugasan yang diberikan seperti rakan-rakan
seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan serta
kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan
jayanya. Segala bantuan dan budi kalian dari segi informasi terkini mengenai
tugasan amat saya hargai.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau secara tidak
langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai
kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin
tidak dapat disempurnakan dengan baik mengikut kriteria soalan.
DISEDIAKAN OLEH
Jannatul Azzahrah Binti Mohd
Kamarudin
ISI KANDUNGAN
BIL TOPIK MUKA
SURAT
PENGHARGAAN
2
1.0 ISI KANDUNGAN 3
4
2.0 PENGENALAN
5-10
3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN
4.0 RUMI MENGIKUT KRONOLOGI 11-12
5.0 2.1 PRAMERDEKA 13
14
SISTEM EJAAN WILKINSON (1903) 15
SISTEM EJAAN RUMI ZA'BA (1949)
SISTEM EJAAN RUMI FAJAR ASIA
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
2.2 PASCAMERDEKA
SISTEM EJAAN RUMI MELINDO
SISTEM EJAAN RUMI BARU BAHASA
MALAYSIA (1972)
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
(DBP) DALAM MENYERAGAMKAN SISTEM
EJAAN RUMI
CABARAN SISTEM EJAAN RUMI PADA MASA
KINI
PENUTUP
RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
Sistem ejaan merupakan suatu
perkara yang penting dalam
sesuatu bahasa. Bahasa Melayu
turut mempunyai sistem
bahasanya yang tersendiri iaitu
sistem ejaan rumi. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat,
perkataan rumi membawa
maksud kepada huruf ataupun
abjad yang bermula dengan
huruf A dan berakhir dengan
huruf Z. Huruf ini berasal dari
kerajaan Rom Kuno, huruf
Rumawi, huruf Kuno dan huruf
latin. Sistem ejaan rumi yang
digunakan secara meluas pada
masa kini telah bermula sejak
tahun 1972. Sistem ejaan ini
telah luas digunakan dalam
penulisan mahupun pertuturan
masyarakat di Malaysia
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
2.1 PRAMERDEKA
2.1.1 SISTEM EJAAN RUMI WILKINSON (1903)
Menurut Mohd Naim Daipi (1990), R.J.Wilkinson turut
menggalas tanggungjawab sebagai pegawai pemerintah
Inggeris. Beliau telah menyusun sebuah kamus yang
berjudul “Malay-English Dictionary” yang mempunyai
1300 halaman muka surat yang mula diusahakan pada
tahun 1986. Sistem yang telah disusun oleh beliau ini
menjadi penting kepada persekolahan Melayu di negeri-
negeri Melayu Bersekutu atas arahan pemerintah pada
ketika itu. Kepentingan ini jelas terlibat apabila sistem
ejaan ini digunakan secara rasmi di semua sekolah-
sekolah umum. Sistem ejaan Wilkinson ini bertujuan untuk
memperkemaskan lagi ejaan-ejaan dalam sistem yang
lama iaitu Sistem Marsden (1812) dan Sistem Shellaber
(1901). R.J.Wilkinson telah mengambil pendekatan
transliterasi daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi
sebagai kaedah untuk merumikan bunyi-bunyi Melayu.
Wilkinson telah menerapkan huruf-huruf vocal seperti a,
e (taling), e (pipit),i, o dan u. Beliau juga menggunakan
konsonan ch bagi menggambarkan bunyi c, sh bagi
menggambarkan bunyi sy begitu juga dengan kh, ng, ny,
yh, dh dan dz. Menurut R.O.Windstedt (1952), Wilkinson
telah mempertahankan ejaan “tuan” dan bukannya dieja
sebagai “tuwan”. Menurut beliau, ejaan “tuwan”
memberikan idea yang bertentangan dengan fungsi
huruf alif.
2.1.2 SISTEM EJAAN RUMI ZA'BA (1949)
Dalam sistem ini terdapat aspek
Sistem ejaan rumi ini muncul
pelambangan vokal, Za’ba telah
apabila Za’ba membuat
menggunakan istilah “huruf saksi”
perubahan kepada sistem ejaan
Wilkinson kerana ia mempunyai
untuk maksud fonem vokal. beberapa kelemahan dan
kekeliruan kerana ia melibatkan
Menurut Asmah Omar (2008) kaedah penggunaan lambang-
lambang huruf yang beraneka
Sistem ejaan tersebut telah
ragam menyebabkan berlakunya
digunakan secara meluas di sekolah-
ketidakseimbangan dalam
pengejaan dalam tulisan rumi.
sekolah dan di dalam urusan rasmi
Sistem Ejaan Rumi Za’ba
tanah air sejak tahun 40-an lagi.
merupakan sistem ejaan yang
lebih maju berbanding sistem
Sistem ejaan ini terus digunakan dan
ejaan Wilkinson:
dikaji semula untuk diselaraskan
pada tahun 70-an.
Beliau telah membahagikan
Za’ba berpendapat bahawa tiada konsep
enam bunyi yang
panjang pendek vokal
dilambangkan oleh enam huruf
vokal iaitu a (bunyi atas
kerana Za’ba berpegang kepada konsep
kasar), e (bunyi atas halus), e
tulisan Rumi Melayu hendaklah dieja
(bunyi bawah kasar), i (bunyi
mengikut bunyinya. Za’ba telah
bawah halus), o (bunyi
hadapan kasar) dan u (bunyi
menetapkan beberapa peraturan dalam
hadapan halus). Za’ba juga
sistem keserasian vokal ejaannya seperti
telah memadamkan huruf alif
grafem e digunakan pada suku kata akhir
dengan a dan e, ya dengan i
yang ditutupi dengan h atau k sahaja tanpa
dan e serta wau dengan u dan
o. mengira jenis vokal pada suku kata
praakhir.
Selain itu, grafem e yang digunakan
pada suku kata akhir yang ditutupi
dengan beberapa konsonen selain h
dan k jika suku kata praakhir
mengandungi vokal e atau o.
2.1.3 SISTEM EJAAN RUMI
FAJAR ASIA
Sistem ejaan rumi ini merupakan sistem ejaan yang dipakai oleh
Majalah Fajar Asia di Singapura. Menurut Nordin Hussin (2013),
MaJalah Fajar Asia diterbitkan oleh Ahmadiah Oress dari
dikendalikan oleh Zainal Abidin Ahmad bersama isterinya Rohana
DJamil. Zainal Abidin Ahmad merupakan seorang individu yang
terkenal dalam bidang pengarangan pada zaman sebelum Perang
Dunia Kedua dan pernah memimpin majalah Panji Islam di Medan.
Fajar Asia ini diterbitkan dengan restu pihak pemerintah Jepun di
Singapura oleh Pejabat Pembangunan Melayu Baru yang berada di
Singapura.
Penerbitan Fajar Asia ini bermula pada 25 Januari 1943 dan
berakhir pada 10 April 1944. Majalah ini mempunyai bilangan
halaman yang tidak tetap dan menggunakan huruf rumi. Majalah
ini hanya dikeluarkan sebanyak 19 keluaran sahaja. Terbitan
pertama Fajar Asia memperlihatkan artikel tentang tujuan majalah
ini diterbitkan. Zainal Abidin Ahmad menerbitkan majalah ini bagi
memenuhi harapan bangsa Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia
agar lahirnya satu majalah yang mempunyai semangat baru sekali
gus dapat memandu bangsa mereka untuk mencapai kemajuan
dan kemuliaan.
Di dalam majalah ini, Zainal Abidin juga turut memuji Jepun sebagai
suatu bangsa yang gagah perkasa dalam mengusir kuasa-kuasa Barat di
Asia. Bangsa Jepun mempunyai potensi untuk memimpin bangsa-bangsa
di Asia supaya mereka dapat berdiri tegak di atas kakinya sendiri dengan
semangat muda dan tenaga baru untuk mencapai cita-cita Lingkungan
Kesemakmuran Asia Timur Raya. Selain itu, matlamat Fajar Asia juga telah
memajukan bidang kebudayaan dan keseniaan bangsa Melayu di Tanah
Melayu dan Indonesia.
2.1.4 SISTEM EJAAN
RUMI KONGRES
Menurut Mohd Naim Daipi (1990), sistem ejaan rumi Kongres ini
merupakan satu sistem yang telah dipersetujui oleh Kongres Bahasa
dan Persuratan Melayu ke-3 yang telah diadakan pada 16 hingga 21
September 1956 di Singapura dan Johor Bahru. Kongres ini telah
dihadiri oleh lebih kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati
daripada 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu di seluruh
Malaysia. Beberapa orang wakil rasmi dari Indonesia turut menyertai
kongres ini. Melalui kongres ini, satu rumusan telah dipersetujui
berkaitan dengan sistem ejaan bahasa Melayu bagi kedua-dua buah
negara.
Rumusan tersebut ialah ejaan di Malaya dan Indonesia hendaklah
disatukan dan disamakan. Selain itu, peraturan ejaan hendaklah
mudah, maka sistem fonologi diterima sebagai sistem yang lebih baik
daripada sistem fonetik dan satu fonom hendaklah digambarkan
dengan hanya satu tanda (huruf) saja. Seterusnya, pengejaan
hendaklah sekata mengikut satu kaedah sahaja. Selepas itu,
perkataan-perkataan dari bahasa-bahasa asing hendaklah disusun
pengejaannya mengikut hukum-hukum fonologi Melayu. Oleh itu,
terdapat beberapa ketetapan yang perlu dicapai dalam sistem ejaan
bahasa Melayu. Antara ketetapan tersebut ialah ejaan Kongres
menetapkan 30 huruf dan grafem baru yang melambangkan fonem-
fonem Melayu dan bukan Melayu yang diterima sebagai huruf-huruf
dalam tulisan Rumi. Selain itu, ejaan Kongres menetapkan terdapat 5
huruf vokal yang melambangkan 6 fonem vokal iaitu garfem e mewakili
2 fonem iaitu e (taling) dan e (pepet). Selepas itu, sistem ejaan ini juga
meminda ketiga-tiga diftong kepada baharu dengan alasan bukan
semua ai dan au dalam ejaan lama berupa diftong tetapi hanyalah
vokal rangkap yang perlu dibezakan grafemnya daripada grafem
diftong.
2.2 PASCAMERDEKA
2.2.1SISTEM EJAAN
RUMI MELINDO
Menurut Mohd Naim Daipi (1990), sistem ejaan rumi
Melindo ini terhasil kerana timbulnya beberapa desakan
daripada pengguna bahasa, maka jawatankuasa telah
dibentuk bagi menghalusi ejaan Kongres dan membuat
hubungan dengan pihak Indonesia bagi tujuan
penyelarasan.
Sidang pertama antara jawatankuasa
Ejaan Rumi Baru Persekutuan dengan
jawatankuasa Panitia/Ejaan yang
mewakili negara Indonesia telah
berlangsung pada 7 Disember 1957.
Melalui perundingan ini satu
persetujuan telah diambil berdasarkan
kepada gagasan iaitu ejaan yang
dipersetujui hendaklah disebut ejaan
Melayu-Indonesia atau singkatannya
ialah Melindo.
Terdapat beberapa persetujuan yang dicapai dalam sistem
ejaan rumi Melindo ini antaranya ialah sistem ini
mempunyai 6 huruf vokal iaitu a, e, i, o dan u. Sistem ini
turut mempunyai tiga diftong iaitu ay, aw dan oy. Selain itu,
fonem f,s dan z hendaklah digunakan untuk
menggambarkan kata-kata asing. Perselisihan politik antara
Malaysia dan Indonesia menyebabkan sistem ejaan ini tidak
dapat digunakan lagi bermula tahun 1964
2.2.2 SISTEM EJAAN RUMI BARU
BAHASA MALAYSIA (1972)
Menurut Mohd Naim Daipi (1990), sistem ejaan ini merupakan
usaha yang disambung pada tahun 1966 setelah tamatnya
masalah antara Malaysia dan Indonesia sehingga menyebabkan
sistem ejaan Melindo tidak dapat digunakan lagi.
Beberapa rundingan telah diadakan untuk menghasilkan
kesefahaman yang lebih konkrit antara kedua-dua belah
pihak antaranya ialah mengadakan kolaborasi yang
berterusan dalam merancang pembinaan bahasa dalam
jangka waktu yang panjang.
Selain itu, meningkatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan
bahasa dan kesusasteraan serta menyelaraskan penggunaan istilah-
istilah. Setelah beberapa kali rundingan dilakukan, maka pelaksanaan
ejaan bersama Indonesia-Malaysia yang dikenali dengan nama
Sistem Ejaan Baharu telah diisytiharkan penggunaan rasminya 16
Ogos 1972.
Sistem ejaan ini diperlukan sedemikian supaya kedua-dua golongan
pengguna bahasa Melayu dan Indonesia dapat menerima sistem
ejaan ini. Sistem Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip-prinsip
linguistik, ekonomi, kesederhanaan, kejelasan dan fleksibiliti serta
taraf standardisasi yang tinggi dan lebih nyata berbanding dengan
sistem-sistem yang terdahulu. Sistem Ejaan Rumi Baharu tidak syak
lagi merupakan wahana yang cukup mudah dan cekap bagi
penulisan Rumi bahasa Melayu di rantau ini untuk beberapa
dasawarsa yang akan datang.
1) MEMBAKUKAN EJAAN DAN SEBUTAN
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka telah dilakukan
dengan rasminya di Johor pada 22 Jun 1956. Penubuhan ini
merupakan hasil perjuangan golongan ahli bahasa,
sasterawan, wartawan, pendidik dan agamawan melalui
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua (1954) serta
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (1956). Pada
mulanya, Dewan Bahasa dan Pustaka terletak di Bukit
Timbalan, Johor Bahru. Penubuhan DBP ini merupakan suatu
perkara yang penting kerana ia mempunyai banyak peranan
dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi. Menurut Awang
Sariyan (2020), antara peranan DBP ini ialah, membakukan
ejaan dan sebutan serta membentuk istilah yang sesuai
dalam bahasa kebangsaan. Peranan ini mempunyai tujuan
untuk memantapkan lagi pembekuan sistem ejaan rumi dan
penggubalan istilah dalam negara kita sejak dari awal
penubuhan DBP lagi. Perkara ini merupakan sesuatu yang
penting kerana ia dapat menyeragamkan sistem ejaan rumi
ini kepada seluruh masyarakat tanpa menimbulkan sebarang
kekeliruan semasa mengeja sesuatu perkataan.
2) MEMPERKAYA DAN MEMBINA
BAHASA KEBANGSAAN
Menurutnya lagi, DBP juga berperanan dalam memperkaya dan
membina bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dalam semua
bidang termasuk sains dan teknologi. Perkara ini merupakan sesuatu
yang positif kerana ia dapat menimbulkan istilah-istilah yang baharu
dalam bidang tersebut. Apabila munculnya istilah-istilah yang baharu
ini, ia dapat membantu kita dalam pengejaan istilah tersebut dalam
rumi. Seterusnya, DBP juga berperanan dalam mencetak atau
menerbitkan buku-buku, majalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan
dalam bahasa kebangsaan. Perkara ini dapat meningkatkan
pengetahuan tentang ejaan sesuatu perkataan apabila seseorang
membaca bahan-bahan tersebut. Ia akan menjadikan seseorang
terebut dapat mengeja dengan betul sekali gus dapat
menyeragamkan sistem ejaan rumi. Selepas itu, DBP berperanan
untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia
dapat digunakan secara meluas. Perkara ini akan menyebabkan
setiap masyarakat kaya dengan ilmu bahasa Melayu serta dapat
memastikan mereka dapat mengeja mengikut sistem ejaan rumi yang
selaras. DBP turut melibatkan diri dalam pembakuan tatabahasa
dan sebutan. Peranan ini merupakan perkara yang dominan kerana
ia dapat memberikan kesan yang ketara kepada keseragaman sistem
ejaan rumi.
4.0 CABABARAN SISTEM
EJAAN RUMI PADA MASA
KINI
Sistem ejaan rumi pada masa kini semakin mendapat kekangan dan
cabaran dari pelbagai aspek untuk masyarakat menggunakannya.
Perkara ini amat membimbangkan kita ia dapat menghapuskan sistem
ejaan rumi yang telah dijayakan dengan begitu lama oleh pejuang-
pejuang bahasa Melayu. Menurut Awang Sariyan (2020), cabaran utama
ialah dalam pembudayaan bahasa negara dalam kalangan semua
golongan. Perkara ini merupakan satu cabaran besar bagi sistem ejaan
rumi pada masa kini. Jika kita lihat, terdapat anak muda di negara kita
meminati sesuatu perkara dari luar negara seperti Korea atau Jepun. Hal
ini menyebabkan mereka akan meneroka negara tersebut dengan
kemudahan yang dimiliki oleh mereka seperti media massa. Mereka akan
lebih berminat untuk membudayakan pertuturan dan penulisan negara
tersebut berbanding negara kita sendiri. Sistem ejaan rumi akan
tergugat kerana negara lain menggunakan sistem ejaan yang berbeza
dengan sistem ejaan negara kita. Hal ini akan menyebabkan sistem
ejaan rumi akan menjadi terpinggir jika ramai masyarakat lebih fokus
untuk menguasai sistem ejaan bahasa asing berbanding bahasa ibunda.
Selain itu, sistem pendidikan negara juga merupakan cabaran bagi
sistem ejaan rumi pada masa kini. Contohnya, ada sesetengah sekolah
meletakkan bahasa Arab sebagai bahasa dalam pembelajaran agama.
Hal ini akan menyebabkan sistem ejaan rumi terjejas. Seterusnya, dasar
globalisasi juga akan membuka peluang kepada penjajah linguistik
bahasa asing khususnya bahasa Korea mendominasi pelbagai aspek
kehidupan iaitu ilmu, budaya dan media. Hal ini membuktikan apabila
ramai anak muda di negara kita menggunakan sistem ejaan dalam
bahasa Korea dalam kehidupan seharian mereka.
5.0 PENUTUP
Jelaslah bahawa sistem ejaan rumi ini mengalami banyak perubahan
mengikut peredaran zaman antaranya ialah Sistem Ejaan Wilkinson,
Sistem Ejaan Za’ba, Sistem Ejaan Fajar Asia, Sistem Kongres dan
sebagainya. Dewan Bahasa dan Pustaka juga memainkan peranan
yang penting dalam usaha meyeragamkan sistem ejaan rumi.
Kesimpulannya, sistem ejaan rumi ini merupakan perkara yang
penting dalam kehidupan seharian kita termasuklah dalam bidang
pendidikan dan pemerintahan negara. Jadi, sebagai masyarakat yang
cinta akan bahasa, kita seharusnya menjaga sistem ejaan rumi ini
supaya dapat mengelakkannya daripada pupus ditelan zaman.
SUMBER
KAMUS
RUJUKAN
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005),
CONTACT Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa
dan Pustaka
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
JURNAL
123-456-7890
Iqbal, U., Hussin, N., & Seman, A.A. (2013). IDEA
[email protected] PANDANG KE JEPUN DALAM AKHBAR DAN
MAJALAH SEMASA PERANG DUNIA KEDUA :
flipbook THE OOK-TO-JAPAN IDEA IN NEWSPAPER
AND MAGAZINES DURING THE SECOND
WEBSITE WORLD WAR. Jurnal Pengajian Melayu / Jurnal
of Malay Studies (JOMAS), 24(1), 188-247.
Evonhf, (2021). Sistem Ejaan
Wilkinson. Scribd.
Rusdi, L.H. (2016). METODOLOGI
https://www.scribd.com/presentat
PERUMIAN KITAB-KITAB KLASIK, KAJIAN
ion/332622916/Sistem-Ejaan-
TERHADAP KITAB TAFSIR NUR AL-IHSAN.
Wilkinson Jurnal 'Ulwan, 1(1), 111-127.
Sariyan, A. (2020, Jun 12). Isu
BUKU
bahasa, kuasa DBP jangan hanya
tegur, nasihat. Berita Harian.
bin Ahmad, M.A. (1994). Ejaan rumi bahasa
https://www.bharian.com.my/renc
Melayu.
ana/muka10/2020/06/699435/isu-
bahasa-kuasa-dbp-jangan-hanya-
Daipi, M.N. (1990). Perkembangan ejaan
tegur-nasihat rumi bahasa Melayu.
Omar, A., (2008). Ensiklopedia Bahasa
Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka
Windstedt, R.O., (1952). Malay Grammar,
Second Edition, Oxford.