The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by harveygoon2003, 2022-06-13 02:48:50

MPU23032 (Juseuf, Solihin, Danish, Zafran)

efolio

Politeknik Balik Pulau

Course: Pengajian Islam MPU23032 (E-folio)
Lecturer: Puan Nurul Huda Binti Azizan

Salah Faham Terhadap Islam

Nama ahli kumpulan:

Nama No. Pendaftaran
21DDT21F1125
JUSEUF HARVEY GOON BIN NAZIM GOON 21DDT21F1126

MUHAMMAD QAWEEM SOLIHIN BIN MOHD ABD 21DDT21F1117
HADI 21DDT21F1115

DANISH IMAN BIN SHAHIRAL

MUHAMMAD ZAFRAN BIN MUHAMMAD NOR
HISHAM

Pengenalan

Apakah itu islamofobia?

• Islamofobia bermaksud takut, benci dan prejudis ke atas agama islam dan penganutnya.
Islamofobia ini selalunya dikaitkan dengan geopolitik dan perbuatan yang dilakukan iaitu
teroris. Rakyat dari negara Arab dan Asia termasuk Malaysia seringkali dicurigai dan sesuatu
perbuatan walaupun sepert melakukan solat di tempat terbuka juga dianggap melakukan
perbuatan yang mengancam Barat.

• Islamofobia sering dikaitkan dengan pandangan seperti berikut, Islam adalah sebuah agama
yang mempromosikan keganasan dan agresif, Islam adalah agama yang barbarik, seksis dan
tidak bertamadun, Islam membenci Barat, Islam memecah belah masyarakat dan negara, Islam
bersifat menjajah dan mengambil peluang pekerjaan dan menghabiskan duit pembayar cukai.
Islam menyebabkan pertembungan tamadun dan Islam juga adalah ideologi politik.

Situasi Islamofobia Di
Negara-negara Bukan Islam.

PENULARAN budaya islamofobia adalah ancaman terbesar yang
dihadapi oleh negara-negara Barat pada masa kini.Beberapa insiden
keganasan yang berlaku di dunia seringkali dikaitkan dengan umat Islam
biarpun pada hakikatnya ianya dilakukan juga oleh penganut agama yang
lain. Peristiwa 11 September 2001 yang telah mengorbankan kira-kira
2996 nyawa diikuti oleh pengeboman di Madrid pada 11 Mac 2004
melibatkan kematian 191 orang dan pengeboman di London pada 7 julai
2005 yang meragut 52 nyawa oleh pengganas yang disyaki Muslim telah
memburukkan lagi imej Islam di mata masyarakat dunia. Seiring dengan
perkembangan negatif ini, istilah Islamofobia telah menjadi popular dalam
memberikan gambaran tentang persepsi masyarakat terhadap umat Islam
dan Islam itu sendiri. Fenomena Islamofobia semakin hari semakin
popular dan memberikan implikasi pelbagai kepada kehidupan umat Islam
sehinggakan Pertubuhan Negara-negara Islam telah menubuhkan "OIC
Islamofobia Observatory" bagi memantau perkembangan isu ini dan juga
mengambil inisiatif usaha-usaha ke arah membetulkan persepsi negatif
terhadap Islam.

Pandangan Serong Masyarakat
Non-Muslim Terhadap Muslim
di Malaysia.

Persepsi terbahagi kepada dua sifat iaitu persepsi positif dan
juga persepsi negatif:
• Dalam proses dakwah Islam di Malaysia, tanggapan positif dan negatif

oleh masyarakat bukan Islam berlaku. Abdull Rahman el at (2009)
menyebutkan bahawa perubahan yang berlaku di Malaysia pada waktu
ini iaitu proses dakwah Islam cukup merisaukan masyarakat bukan Islam.
Hal ini diakui oleh Setiausaha Majlis Uskup-Uskup Katolik Malaysia,
Brother Augustine Julian. Beliau mengatakan bahawa isu Islamisasi yang
wujud ketika ini memang membimbangkan penganut bukan Islam.
Proses penyebaran dakwah Islam ini menurut beliau mencabar fasal di
dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan beragama kepada
rakyat Malaysia. Beliau juga melahirkan kerisauan terhadap masa depan
cara hidup dan budaya masyarakat bukan Islam yang semakin terhakis
akibat daripada proses ini. Penganut agama Kristian, Buddha, Hindu dan
lain-lain berasa terancam dan bingung dengan masa depan agama serta
budaya mereka.

Benarkah tanggapan
masyarakat bahawa Islam
merupakan agama keganasan?

• Kes keganasan terhadap orang Islam di negara majoriti bukan Islam bukan sesuatu yang asing. Namun, isu
itu tidak diketahui secara meluas oleh masyarakat khususnya yang tinggal di negara majoriti Muslim.

• Pada Julai 2018, Global News melaporkan satu serangan terhadap seorang Muslim hingga menyebabkan
kecederaan parah di selatan Ontaria, Toronto.

• Serangan itu bermotifkan kebencian terhadap agama Islam dan umatnya. Masyarakat bukan Islam percaya
Muslim cenderung melakukan keganasan serta menolak amalan toleransi, kesamarataan serta kehidupan
harmoni.

• Kegiatan ekstremis Islam menggunakan nama Islam bagi kepentingan kumpulan mereka menyebabkan
masyarakat dunia menyalahtafsirkan Islam serta umatnya.

• Ditambah pula media Barat sering memperbesarkan isu sedemikian yang mengeruhkan lagi keadaan.
• Pada hakikatnya, Islam tidaklah seperti disangka sebagai pengganas atau ekstremis.
• Islam membawa maksud sejahtera atau selamat, malah Islam amat menggalakkan manusia saling kenal-

mengenali, beramah mesra dan mewujudkan suasana kasih sayang walaupun berbeza agama, budaya,
bangsa dan keturunan.

Kesimpulan

Kejayaan membetulkan salah faham terhadap islam banyak bergantung kepada faktor umat islam
sendiri. Kitalah yang mesti memastikan islam tidak disalahfahamkan lagi, baik dari segi ilmiahnya
mahupun dai segi amaliahnya. Malah kita sendiri mesti menjadi bukti akan kesempurnaan dan

kebenara islam didalam kehidupan sehari hari.

Islam tidak seharusnya dilihat dari perspektif yang terbatas- terhad cuma kepada bidang-bidang
yang dilihat berwajah agama, sebaliknya mula menjangkau bidang-bidang lain selaras dengan
konsep Islam adalah 'way of life'. Dalam bidang pembangunan fizikal dan ekonomi misalnya, suara
golongan agama mestilah kedengaran bukan sahaja dalam menentukan halal dan haram, tetapi
memantau prinsip, pendekatan, perlaksanaan dan tujuan pembangunan itu selaras dengan

kehendak tauhid, syariah dan akhlak Islamiah.

Sumber rujukan:

Senarai sumber rujukan:
• https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/03/542745/malaysia-boleh-jadi-

pembimbing-atasi-
islamofobia?fbclid=IwAR0ZL4YTiW3idRdRu1oq9F3Nh7ftpjSSGgtXmYvolHmKReYuPVj
cPA2s9lk
• https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/salah-faham-terhadap-islam/
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Islam_dan_keganasan


Click to View FlipBook Version