INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PENULISAN) SEMESTER: 2 TAHUN: 1 PIMK2092M PENGENALAN KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH DISEDIAKAN OLEH: HASNAZLI BIN HASAN NO. K/P:921012-02-6053 PROGRAM: PDPP AMBILAN OKTOBER 2023 KUMPULAN AKADEMIK: ANGKA GILIRAN: BAHASA ARAB 202318240003 NAMA PENSYARAH DR MOHD ZAINI BIN MD ZAIN TARIKH HANTAR: 16 Mac 2024 Pengesahan Pelajar: Saya Hasnazli Bin Hasan No. kad pengenalan 921012026053 telah faham dan menerima maklum balas daripada DR MOHD ZAINI BIN MD ZAIN pensyarah PIMK2092M : PENGENALAN KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH semester 2 / 2023 Tandatangan Pelajar: __________________ Tarikh:16/3/2024
ISI KANDUNGAN Bil BUTIRAN HALAMAN SAMPEL KERTAS SOALAN 1-7 1.0 PENDAHULUAN 8 2.0 PENGENALAN 9 3.0 ANALISIS ITEM -3.1 Analisis Bidang Pentaksiran -3.2 Analisis Bidang Kandungan Pendidikan Islam Tingkatan 1 -3.3 Analisis Tahap Kognitif Dalam Soalan -3.4 Analisis Tahap Kesukaran 10-17 4.0 PENUTUP 17
1
2
3
4
5
6
7
8 1.0 PENDAHULUAN Pentaksiran merupakan satu proses mengukur dan menilai kebolehan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah, pentaksiran dilakukan oleh guru untuk menguji tahap pencapaian dan kemajuan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (Haidzir Yusof, 2019). Tambahan pula, menurut Tan Jia Yuh & Husaina Banu Kenayathula (2020), Pentaksiran merupakan alat atau teknik untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan pembelajaran murid. Dalam erti kata lainnya pentaksiran ialah cara guru mentaksir pembelajaran murid. Selain itu, pentaksiran juga dapat dilihat sebgai satu proses pengumpulan maklumat berdasarkan pengujian, pengukuran dan penilaian yang dilaksanakan. Ciri-ciri pentaksiran yang baik perlulah merangkumi kesahan skor, kebolehtadbiran, keobjektifan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran. pentaksiran yang dilakukan secara intensif dapat meningkatkan pencapaian murid. JSU digunakan untuk memastikan bilangan item, tahap kesukaran dan aras kognitif yang sesuai. Pembinaan item pula akan menentukan kebolehpercayaan dan kemudahtadbiran seperti yang dikatakan oleh Halimatus Saadiah, Shahirah Muhammad Zin & Manisah Mukhtar, (2020) bahawa bagi mewujudkan pembinaan item yang berkualiti, aspek kesahan dan kebolehpercayaan perlu diteliti dengan mencakupi ciri-ciri item akur dengan kurikulum, spesifikasi, aras kesukaran dan format yang ditetapkan. Kebolehpercayaaan item mestilah tekal dan boleh dibina oleh mana-mana penggubal soalan. Pengkaji menjalankan analisis terhadap set soalan sedia ada, pengkaji berharap setelah selesai menganalis, akan bertambah kefahaan serta kesedaran terhadap kepentingan membina item soalan mengikut spesifikasi soalan yang ditetapkan.
9 2.0 PENGENALAN Pendidikan Islam adalah satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah, kurikulum Pendidikan islam ini memberi penekanan kepada aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan. Pentaksiran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dijalankan bagi mengukur pencapaian objektif. Pentaksiran dalam pendidikan adalah satu proses penting yang tidak hanya mengukur pencapaian pelajar, tetapi juga membimbing proses pengajaran dan pembelajaran kearah yang lebih baik. Dalam konteks pelajaran Pendidikan Islam, pentaksiran berperanan penting dalam menilai pemahaman, kefahaman, dan aplikasi pelajar terhadap nilai-nilai dan prinsip-prinsip agama, serta kemahiran praktikal yang berkaitan. Justeru, untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, analisis pentaksiran adalah satu komponen yang kritikal. Oleh itu, untuk mencapai objektif sebenar pentaksiran iaitu mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, penghasilan item yang baik harus dititikberatkan. Tugasan ini ada berbentuk analisis dimana pengkaji telah menganalisis item pentaksiran dari segi beberapa aspek penting iaitu kuantiti bidang pentaksiran, kuantiti tahap kognitif dalam soalan, serta tahap kesukaran. Setiap aspek ini memainkan peranan yang penting dalam menilai keberkesanan dan kecekapan pelajar dalam menyerap dan mengaplikasikan pengetahuan agama dalam kehidupan mereka. Dalam pendidikan Islam, bidang pentaksiran meliputi pelbagai aspek seperti pemahaman konsep agama, aplikasi nilai-nilai dalam kehidupan seharian, kemahiran membaca dan memahami teks agama, serta refleksi terhadap pengalaman dan pengetahuan agama. Pengkaji telah membuat analisis kuantiti bidang pentaksiran dalam memastikan pelbagai aspek ini diberi penekanan yang sewajarnya dalam ujian atau penilaian. Selain itu, kuantiti tahap kognitif dalam soalan juga merupakan faktor penting dalam menilai tahap pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap isi pelajaran. Tahap kognitif yang pelbagai dalam soalan pentaksiran membolehkan penilaian yang komprehensif terhadap pelbagai kemahiran kognitif, termasuk pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian dalam konteks agama. Pengkaji telah membuat analisis aras kognitif yang terdapat dalam satu set soalan bagi mengetahui bilangan dan nisbah peratusan soalan mengikut aras kognitif.
10 Di samping itu, pengkaji telah menganalisis tahap kesukaran soalan untuk mengetahui nisbah yang digunakan selari dengan teori yang dipelajari. Kewajaran nisbah aras kesukaran adalah penting untuk memastikan bahawa soalan yang diberikan mencabar pelajar dalam mencapai tahap kecekapan yang dikehendaki.Kesukaran yang sesuai dengan tahap pembelajaran pelajar dapat membantu meningkatkan keberkesanan pentaksiran dalam mengukur prestasi mereka. Dalam konteks ini, analisis pentaksiran Pendidikan Islam adalah satu langkah yang kritikal dalam memastikan keberkesanan sistem pendidikan dalam memupuk pemahaman, penghayatan, dan pengamalan nilai-nilai agama dalam kalangan generasi muda. Dengan memahami dan menganalisis aspek-aspek pentaksiran ini dengan teliti, kita dapat memastikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berjalan dengan lancar dan memberikan impak yang positif kepada pembentukan akhlak dan keperibadian pelajar. 3.0 ANALISIS ITEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM Data Analisis Keseluruhan Item Bidang Bidang pentaksiran Aras kognitif tahap kesukaran 1(a) i alquran penguasaan ilmu memahami rendah 1 (a) ii alquran penguasaan ilmu menilai tinggi 1(a)iii alquran penghayatan dan amalan mencipta tinggi 1 (b)i alquran penguasaan ilmu menganalisis sederhana 1 (b) ii alquran penguasaan ilmu mengingat rendah 1 (c)i hadis penguasaan ilmu mengingat rendah 1 (c )ii hadis penguasaan kemahiran menilai tinggi 2 (a) i Akidah penguasaan ilmu mengingat rendah 2 (a)ii Akidah penguasaan ilmu menganalisis sederhana 2 (a)iii Akidah penghayatan dan amalan menilai tinggi 2(b)i Akidah penguasaan ilmu mengingat rendah 2(b)ii Akidah penguasaan ilmu memahami rendah 2(b)iii Akidah penguasaan ilmu menganalisis sederhana 3 (a) i Ibadah penguasaan ilmu mengingat rendah 3 (a)ii Ibadah penguasaan ilmu mengingat rendah 3 (a)iii Ibadah penghayatan dan amalan mengaplikasi sederhana
11 3 (b) i fiqh penguasaan ilmu mengingat rendah 3 (b) ii fiqh penguasaan ilmu memahami rendah 3 (b) iii fiqh penguasaan ilmu memahami rendah 3 (c) i fiqh penguasaan ilmu mengingat rendah 3(c ) ii fiqh penguasaan ilmu memahami rendah 4 (a) i sirah dan tamadun islam penguasaan ilmu mengingat rendah 4 (a) ii sirah dan tamadun islam penguasaan ilmu menganalisis sederhana 4 (a) iii sirah dan tamadun islam penghayatan dan amalan menganalisis sederhana 4 (b) i sirah dan tamadun islam penguasaan ilmu mengingat rendah 4 (b) ii sirah dan tamadun islam penguasaan ilmu mengingat rendah 4 (b) iii sirah dan tamadun islam penghayatan dan amalan menganalisis sederhana 4 (b) iv sirah dan tamadun islam penghayatan dan amalan menganalisis sederhana 5 (a) i akhlak islamiah penguasaan ilmu mengingat rendah 5 (a) ii akhlak islamiah penguasaan ilmu menganalisis sederhana 5 (a) iii akhlak islamiah penghayatan dan amalan menilai tinggi 5 (b) i akhlak islamiah penguasaan ilmu mengingat rendah 5 (b) ii akhlak islamiah penghayatan dan amalan menganalisis sederhana 5 (b) iii akhlak islamiah penguasaan kemahiran mencipta tinggi
12 3.1 ANALISIS BIDANG PENTAKSIRAN Bidang pentaksiran dalam Pendidikan islam KSSM merangkumi tiga bidang pentaksiranm iaitu penguasaan ilmu, penguasaan Kemahiran dan penghayatan dan amalan, bidang pentaksiran ini bertujuan untuk menguji penguasaan ilmu penguasaan kemahiran penghayatan dan amalan da;alm diri pelajar, dibawah ini ialah jadual data analisis bidang pentaksiran Bidang pentaksiran Item terlibat Bilangan Item Nisbah Penguasaan ilmu 1(a) i, 1 (a) ii, 1 (b)i, 1 (b) ii, 1 (c)i, 2 (a) i, 2 (a)ii, 2(b)i, 2(b)ii, 2(b)iii, 3 (a) i, 3 (a)ii, 3 (b) i, 3 (b) ii, 3 (b) iii, 3 (c) i, 3(c ) ii, 4 (a) i, 4 (a) ii, 4 (b) i, 4 (b) ii, 5 (a) i, 5 (a) ii, 5 (b) i 24 70.6 Penguasaan kemahiran 1 (c )ii, 5 (b) iii 2 5.9 penghayatan dan amalan 1(a)iii, 2 (a)iii, 3 (a)iii, 4 (a) iii, 4 (b) iii, 4 (b) iv, 5 (a) iii, 5 (b) ii 8 23.5 JUMLAH 34 100 Jadual diatas menunjukan hasil dari analisis item bidang pentaksiran, didapati bahawa penguasaan ilmu merupakan aspek terpenting dengan bilangan penggunaan item sebanyak 24 item yang mencerminkan 75.0% daripada jumlah keseluruhan, dikuti dengan item penghayatan dan amalan, bilangan item nya sebanyak 8 item mewakili 23.5% dari keseluruhan soalan, dan seterusnya yang terakhir penguasaan kemahiran, hanya terdapat 2 item, mewakili 5.9% dari keseluruhan soalan. Dari data tersebut dapat digambarkan bahawa lebih memberi penumpuan kepada penguasaan ilmu. Hal ini wajar kerana soalan dalam lingkungan penguasaan ilmu merupakan soalan dari kategori aras rendah yang memberi kebarangkalian yang tinggi kepada semua pelajar untuk menjawab soalan tersebut.
13 3.2 ANALISIS BIDANG KANDUNGAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 Organisasi kandungan KSSM Pendidikan islam tingkatan 4 dan 5 seperti yang terdapat didalam DSKP merangkumi bidang Al-quran, Hadis, Aqidah, Fiqh, Sirah dan Tamadun Islam Akhlak Islamiah. Bidang Item terlibat Bilangan Item Nisbah Alquran 1(a) i, 1 (a) ii, 1(a)iii, 1 (b)i, 1 (b) ii 5 14.7 Hadis 1 (c)i, 1 (c )ii 2 5.9 Akidah 2 (a) i, 2 (a)ii, 2 (a)iii, 2(b)i, 2(b)ii, 2(b)iii 6 17.6 Fiqh 3 (b) i , 3 (b) ii, 3 (b) iii, 3 (c) i, 3(c ) ii, 3 (a) i. 3 (a)ii, 3 (a)iii 8 23.5 sirah dan tamadun islam 4 (a) i, 4 (a) ii, 4 (a) iii, 4 (b) i, 4 (b) ii, 4 (b) iii, 4 (b) iv 7 20.6 akhlak islamiah 5 (a) i, 5 (a) ii, 5 (a) iii, 5 (b) i, 5 (b) ii, 5 (b) iii 6 17.6 jumlah 34 100 Berdasarkan jadual analisis data diatas, peperiksaan ini menunjukkan penumpuan terhadap bidang Fiqh dimana ia adalah yang paling dominan dengan 8 item, diikuti dengan sirah dan tamadun Islam dengan 7 item, dan akidah serta akhlak Islamiah masing-masing dengan 6 item. Al-Quran dan Hadis mempunyai kehadiran yang lebih rendah dengan masing-masing 5 dan 2 item. Dengan mengambil kira jumlah keseluruhan item yang disertakan dalam peperiksaan, bidang Fiqh menyumbang 23.53% daripada keseluruhan, diikuti dengan sirah dan tamadun Islam sebanyak 20.59%, akidah dan akhlak Islamiah masing-masing 17.65%, dan Al-Quran serta Hadis masing-masing 14.71% dan 5.88%. Dengan demikian, peperiksaan ini menunjukkan komprehensif yang baik dalam mencakup aspek-aspek utama dalam pengajian Islam.
14 3.3 ANALISIS TAHAP KOGNITIF DALAM SOALAN Setiap item mempunyai aras kesukaran yang dapan ditentukan mengikut Teksomi Bloom iaitu satu alat penting dalam pendidikan untuk memahami aras kognitif yang berbeza . aras kogninif disusun mengikut enam aras utama kemahiran kognitif yang biasanya digunakan dalam perancangan kurikulum, pengajaran, dan pentaksiran. Aras kognitif mengikut teksonomi bloom adalah mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai, mencipta Aras kognitif Item terlibat Bilangan Item Nisbah Mengingat 1 (b) ii, 1 (c)i, 2 (a) i, 2(b)i, 3 (a) i, 3 (a)ii, 3 (b) i, 3 (c) i, 4 (a) i, 4 (b) i, 4 (b) ii, 5 (a) i, 5 (b) i 13 38.2 Memahami 1(a) i, 2(b)ii, 3 (b) ii, 3 (b) iii, 3(c ) ii 5 14.7 Mengaplikasi 3 (a)iii 1 2.9 Menganalisis 1 (b)i, 2 (a)ii, 2(b)iii ,4 (a) ii, 4 (a) iii, 4 (b) iii, 4 (b) iv, 5 (a) ii, 5 (b) ii 9 26.5 Menilai 1 (a) ii, 1 (c )ii, 2 (a)iii, 5 (a) iii 4 11.8 Mencipta 1(a)iii, 5 (b) iii 2 5.9 JUMLAH 34 100 Berdasarkan analisis set item soalan pentaksiran , dapati bahawa terdapat pelbagai jenis kemahiran kognitif yang diuji. Kebanyakan soalan tertumpu kepada kemahiran menganalisis dengan jumlah sebanyak 9 item, diikuti dengan kemahiran mengingat sebanyak 13 item. Sementara itu, kemahiran menilai dan memahami masing-masing menyumbang 4 dan 5 item. Kemahiran mencipta dan mengaplikasi pula mempunyai kehadiran yang lebih rendah, dengan hanya 2 dan 1 item. Peratusan bagi setiap jenis kemahiran adalah seperti berikut: Kemahiran mengingat menyumbang 38.2%, memahami 14.7%, mengaplikasi 2.9%, menganalisis 26.5%, menilai 11.8%, dan mencipta 5.9%. Dengan mengambil kira peratusan ini, dapat disimpulkan bahawa peperiksaan ini memberi penekanan yang signifikan kepada kemahiran mengingat dan menganalisis, sementara kemahiran mencipta dan mengaplikasi memperoleh perhatian yang
15 lebih rendah. Aras kognitif tersebut didapati sesuai dengan aras kesukaran soalan yang munasabah dalam satu set soalan pentaksiran iaitu dengan nisbah tahap kesukaran 5:3:2.
16 3.4 ANALISIS TAHAP KESUKARAN Tahap kesukaran dalam item merujuk kepada tahap kompleksiti atau kesulitan yang diperlukan untuk menjawab sesuatu soalan bermula dari sukar hingga mudah. Tahap kesukaran dapat dikukur melalui konstruk atau kemahiran seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisisi, penilaian dan mencipta, ia merupakan faktor penting dalam perancangan pentaksiran. Tiga tahap kesukaran tersebut ialah rendah, sederhana dan tinggi, 1. Mudah : Item-item mudah memerlukan pelajar untuk menggunakan kemahiran kognitif yang rendah. Mereka mungkin memerlukan pengingatan fakta, pemahaman asas, atau aplikasi yang langsung dari maklumat yang dipelajari. 2. Sederhana : Item-item sederhana menuntut pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka dengan lebih mendalam. Mereka mungkin memerlukan analisis ringkas, penerapan konsep dalam konteks yang berbeza, atau penilaian yang sederhana terhadap maklumat. 3. Tinggi : Item-item tinggi menunjukan kepada item yang lebih sukar yang memerlukan kemahiran kognitif yang tinggi. ia memerlukan analisis yang mendalam, penilaian yang kompleks, atau penciptaan jawapan yang baru. Soalan-soalan ini sering kali menguji pemahaman yang mendalam atau kemampuan untuk menyelesaikan masalah yang kompleks. aras kesukaran yang biasa digunakan adalah mengikut nisbah 3:4:3 atau 5:3:2 atau 1:3:1. Pemilihan tahap kesukaran yang sesuai penting untuk memastikan bahawa item-item ujian mencerminkan objektif pembelajaran yang dikehendaki dan menyediakan peluang untuk menilai pelbagai aras kognitif. Berikut ialah hasil analisis dari set soalan peperiksaan pendidikan islam yang dupilih: Tahap Kesukaran Item terlibat Bilangan item Nisbah RENDAH 1(a)i, 1(b) ii, 1(c)i, 2(a) i, 2(b)i, 2(b)ii, 3 (a) i, 3 (a)ii, 3 (b) i, 3 (b) ii, 3 (b) iii, 3 (c) i, 3(c ) ii, 4 (a) i, 4 (b) i, 4 (b) ii, 5 (a) i, 5 (b) i 18 5 SEDERHANA 1 (b)i, 2 (a)ii, 2(b)iii, 3 (a)iii, 4 (a) ii, 4 (a) iii, 4 (b) iii, 4 (b) iv, 5 (a) ii, 5 (b) ii 10 3 TINGGI 1 (a) ii, 1(a)iii, 1 (c )ii, 2 (a)iii, 5 (a) iii, 5 (b) iii 6 2
17 Jumlah 34 10 Dalam analisis data tahap kesukaran untuk soalan-soalan dalam pendidikan islam yang dipilih, terdapat tiga tahap kesukaran iaitu rendah, sederhana, dan tinggi. Terdapat 18 soalan yang digolongkan sebagai tahap kesukaran rendah, 10 soalan pada tahap sederhana, dan 6 soalan pada tahap kesukaran tinggi. Analisis data menunjukkan bahawa sebahagian besar soalan dalam ujian tersebut adalah pada tahap kesukaran rendah (52.94%), diikuti oleh tahap sederhana (29.41%), dan jumlah yang paling sedikit adalah pada tahap kesukaran tinggi (17.65%). Ini menunjukkan bahawa soalan dalam ujian cenderung untuk memberi penekanan lebih kepada tahap kesukaran yang rendah dan sederhana. Aras kesukaran ini menepati teori yang dipelajari iaitu pada nisbah 5:3:2. Aras kesukaran memberi seperti ini memberi ruang kepada pelajar untuk menguasai topik-topik mudah dan meningkatkan penguasaan topik-topik yang lebih sukar. 4.0 PENUTUP Pentaksiran merupakan satu proses yang holistik yang bertujuan untuk melihat sejauh mana objektif pembelajaran telah tercapai dan sejauh mana pengetahuan dan Kemahiran telah diperolehi oleh pelajar pada akhir sesuatu program. Untuk memastikan soalan pentaksiran dapat mengukur objektif yang dikehendaki, penyusunan item mestilah mengiku teori yang telah ditetapkan, kefahaman terhadap jadual spesifikasi ujian amat penting dalam penyusunan item pentaksiran. Tugasan ini menuntut pengkaji untuk memahami jenis-jenis soalan, penggunaan kata arah dalam sesuatu soalan yang menggambarkan aras kesukaran dan tahap kognatif. "Dengan menganalisis item, pengkaji dapat memahami tahap kesukaran dan kualiti soalan yang digunakan dalam ujian, memastikan ianya sesuai dengan objektif pembelajaran yang dikehendaki. Proses ini juga membolehkan pengkaji mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam setiap soalan, yang memungkinkan penyesuaian yang diperlukan dalam pengajaran dan penilaian. Analisis item memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti ujian, meningkatkan kebolehpercayaan dan keadilan dalam penilaian. Dengan penyusunan item yang memenuhi kreteria soalan, kita dapat meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran untuk mencapai prestasi yang lebih baik bagi pelajar, serta meningkatkan keberkesanan pendidikan secara keseluruhan.