The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hakmat Abdullah, 2020-10-22 09:15:25

UiTM_SMK_BALABAN_JAYA (3)

UiTM_SMK_BALABAN_JAYA (3)

PANITIA BAHASA MELAYU
SMK BALABAN JAYA
PETI SURAT 108
90108 BELURAN

UTIM : Ujian Terancang Ikut Modul

SOALAN 3 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BERBAHASA
BAHASA MELAYU KERTAS 2

BINA AYAT
1. Jangan lakukan kesalahan tatabahasa atau ejaan. ( potongan setengah markah )
2. Jangan letakkan sebarang imbuhan pada kata yang diberikan. (0 markah )
3. Jangan gandakan kata yang diberikan. ( 0 markah )
4. Jangan bentuk Kata Nama Khas daripada kata yang diberikan. (0 markah )
5. Jangan gunakan kata yang diberikan sebagai simpulan bahasa atau cogan kata. ( 0 markah )
6. Jangan bentuk kata yang diberikan sebagai kata majmuk. ( 0 markah )
7. Untuk kata nama tidak berimbuhan, anda boleh menggunakan ayat dialog:

Contohnya - tebang ("Jangan tebang pokok buluh itu", kata Chong Meng.)
8. Jangan buat ayat yang tidak menunjukkan makna. ( 0 markah )

Contohnya - tebang (Saya bertanya guru saya maksud perkataan tebang.)
Bina ayat daripada perkataan yang diberi di bawah bagi menunjukkan anda faham penggunaan dan maksudnya.

1. hemah / hemat.
2. kerangka / rangka
3. perap / perah
4. melarik / melirik
5. mentaksir / mentafsir
6. menjurus / menjirus
7. mengubah / menggubah
8. menghembuskan / menghemburkan
9. menatap / meratap
10. meraung / melaung
11. menyumpah / menyampah
12. rencam / rencah
13. diharap / digarap
14. laksana / laksamana
15. sering / seiring
16. menghidap / menghadap
17. secocok / secucuk
18. sasaran / sesaran
19. tergolong / tergulung
20. sepadan / sempadan
21. persatuan / penyatuan
22. menembuk / menembok
23. sembang / sumbang.
24. menyeluruh / menyeloroh
25. belot / belut
26. mengindahkan / mengendahkan
27. menyerap / mencerap
28. mengabaikan / mengaibkan
29. tapak / tepak
30. menyuraikan / menyuarakan
31. bertitah / bertatah
32. gumpal / gempal
33. mencolek / menculik
34. memerah / memeras
35. melencong / melancong
36. bertelur / bertelor
37. berkenan / berkenaan.
38. menempa / menempah
39. menyurut / menyorot
40. melagakan / melegakan
41. melayukan / melayurkan
42. mengibas / mengimbas
43. pedalaman / pendalaman
44. merimaskan / meramaskan
45. benteng / beting
46. menuntun / menonton
47. pujuk / pojok.
48. beradat / beradab
49. hempas / hampas
50. lengan / lengang
51. tabik / tabib
52. resmi / rasmi
53. padan / pandan
54. perah / perap

1

MENGESAN KESALAHAN AYAT
TEKNIK MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN AYAT
A. Langkah yang perlu diikuti:
1. Kenal pasti jenis kesalahan yang hendak dibetulkan sama ada ‘kesalahan ejaan’, ‘kesalahan imbuhan’, ‘kesalahan istilah atau kata’ atau
‘kesalahan tatabahasa’.
2. Baca ayat berulang-ulang supaya anda dapat mengenal pasti kesalahan ayat itu.
3. Perhatikan kesalahan dengan meneliti perkataan demi perkataan serta cuba kaitkan dengan hukum tatabahasa yang telah dipelajari.
4. Biasanya anda dikehendaki menyalin semula ayat yang sudah dibaiki dengan lengkap.
5. Sebaik mungkin, garisilah perkataan atau frasa yang telah dibaiki.
6. Biasanya, dalam satu ayat terdapat 2 kesalahan yang perlu dibaiki.
7. Semasa menulis ayat itu semula, jangan ubah struktur dan maksud asal ayat tersebut.
8. Biasanya, satu ayat yang dibetulkan dengan sempurna akan diberi 2 markah.

B. Jenis kesalahan dalam ayat:
i. Kesalahan ejaan
ii. Kesalahan penggunaan imbuhan
iii. Kesalahan penggunaan kata atau istilah
iv. Kesalahan tatabahasa

MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA

A. Kesalahan istilah:
Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi.
Contoh 1:
Salah : Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara.
Betul: Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara.

Contoh 2:
Salah: Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.
Betul: Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.
B. Kesalahan tatabahasa:
Kesalahan tatabahasa bermaksud semua bentuk kesalahan dalam pembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan
kesalahan hokum tatabahasa.
Contoh 1:
Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia.
Betul: Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.
Contoh 2:
Salah: Azim diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan itu.
Betul: Azim diberi masa dua jam setengah untuk sampai ke tempat pertandingan itu.

2

MENGESAN KESALAHAN AYAT

TEKNIK MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN AYAT
A. KESALAHAN EJAAN DAN PENGGUNAAN IMBUHAN:

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Pengusha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi suka hati kepada pemborong ayam.
2. Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana masalah bekalan simen.
3. Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih itu.
4. Perompak yang sangat merbahaya itu Berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh pihak polis.
5. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan.
6. Walau pun telah lama berada di luar Negara, sikap Daud yang keanak-anak masih tidak berubah.
7. Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.
8. Kosmitik yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan jualan di negara ini.
9. Kedudukkan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburu oleh adik-beradiknya.
10. Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam debatan itu kerana pihak pencadang gagal mengemukakan definasi tajuk
perbahasan dengan tepat.
11. Beranika jenis barang dijual di kedai yang meletak di hujung jalan itu dan harga yang ditawarkan berpatutan juga.
12. Pelancung asing yang dating ke majlis kebudayaan itu turut terhibur oleh persembahan tarian asli yang ditontonkan.
13. Calun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan supaya menyertakan semua salinan sijil yang telah disah
oleh pihak sekolah.
14. Kehabisan peterol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana suntuk masa.
15. Peninju yang berbadan gempal itu berjaya tumbang pencabarnya pada pusingan yang kelima.
16. Oleh sebab dia menghadap masalaah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran yang diberikan oleh pegawai harta tanah itu.
17. Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradesional kerana mereka menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhi
pelbagai penyakit kronik.
18. Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak dengan gejala gengsterisma.
19. Lepasan sekolah teknik dan vokaysional akan diberi peluang bagi menceburi diri dalam bidang perniagaan dan industri kecil.
20. Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamirkan permainan yang menarik dan penuh semangat sukan.
21. Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena disambut kemerdekaan tanah air selesai.
22. Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik seminar.
23. Pendidikan pra-sekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada
persekitaran sosial.
24. Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya menangi pingat dalam acara yang disertai.
25. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa diperangkap dalam kesesakan jalanraya terutama pada waktu puncak.

3

26. Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal mengadakan berikutan kematian ahli parlimennya pada awal minggu lepas.

27. Kami singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak tradisional Melayu pada minggu yang lalu.

28. Lima orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu telah tertangkap oleh pihak polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.

29. Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibat diri dalam lapangan perniagaan.

30. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besar di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

31. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pehak yang melakukan kebakaran secara terbuka untuk menangani masalah
jerebu yang semakin meruncing.

32. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasa undang-undang dari semasa ke semasa untuk mendisplinkan pengguna jalan raya terutama
pada musim perayaan.

33. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindari diri daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.

34. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong royong untuk memperlebarkan jalan kerana bilangan kenderaan yang melalui kampung itu
semakin bertambah.

35. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah mengadakan sempena hari keputeraan baginda yang ke 52 tahun.

36. Mereka kesali sikap pihak kontrekter yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-
butir perjanjian.

37. Untuk mempastikan komputer sentiasa selamat samada daripada serangan virus atau daripada penceroboh sistem komputer, beberapa
panduan telah disediakan oleh pembekal.
38. “Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk khidmatan menggunting rambut,” katanya
dengan ramah.

39. Dalam perhimpunan raksaksa itu, Perdana Menteri telah menasihatkan rakyat supaya sentiasa bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan
yang sudah terjalin sekian lama.

40. Untuk membenteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah memperbesarkan pasukan anggota polis dengan
menambahkan bilangan anggotanya.

41. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan termasuk acara boria yang akan disembahkan
oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.

42. Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir
besar sejak beberapa hari yang lalu.

43. Kerajaan menggubalkan sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya
sektor berkenaan dapat diurus dengan lebih efisyen.

44. Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesyen bas ekspres telah dikenali bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan
perkhidmatan pengangkutan di negara kita.

45. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu kita dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa
mereka membesar kita sehingga dewasa.

46. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa perlaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula
untuk memperbaiki kelemahan yang timbul.

47. Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia 3000 tahun di pinggir sungai itu telah merebak ke seloroh
negara.

4

KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA

MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA

Latihan

Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat
tersebut.
1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel
tersebut.

2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat.

3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi.

4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut.

5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan.

6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara
itu.

7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan sementara sebaik-baik menerima arahan daripada pihak berkuasa.

8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti.

9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Ah Chong bersetuju untuk menulis surat
perjanjian tersebut.

10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.

11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan lain-lain hal
dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.

12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.

13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke
negara kita.

14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada
pekilang yang lain.

15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri.

16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti tepung itu.

17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka
perbicaraan.

18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari
luar negara.

19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah air
yang amat terkenal.

20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan.

21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua pasang tayar kereta yang dipandunya meletup.

22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.

23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.

24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kecederaan.

5

25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api di kawasan landasan itu.
26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas.
27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada
pengurusnya.
28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
29. Sesetengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal memasukkan gol.
30. Pegkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak selsema burung daripada meluas kepada orang ramai.
31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal.
32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah
lagi.
33. Rakyat diseru membeli barangan tempatan demi mengurangkan pergerakan wang ke luar negara.
34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita dari ancaman musuh.
35. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan
penamat.
36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan dengan berapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.
37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos bawah yang masih
terbengkalai.
38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.
39. Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi.
40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia lakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbungkam juga.
41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya pada orang ramai.
42. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka serahkan kepada pihak pengantin perempuan.
43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu runjukkan adalah benar setelah melihat sijil asal yang dikemukakan.
44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita
dalam tempoh satu setengah tahun.
45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita.
46. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera.
47. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempuh yang singkat.
48. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal di buat pada minggu hadapan.
49. Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang
dikehendaki.
50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk
meningkatkan mutu barang keluaran mereka.

6

LATIHAN MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA MAJMUK :

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-
ayat tersebut.(Tukarkan ayat-ayat mudah di bawah supaya menjadi 3 ayat majmuk.)

Soalan 1 :

Tanaman getah telah diperkenalkan di Malaysia. Tanaman itu ditanam pada tahun 1930-an. Tanaman itu oleh penjajah Inggeris. Kini tanaman itu
sangat penting. Tanaman itu menjadi tanaman kedua utama. Tanaman itu telah dieksport. Tanaman itu dieksport ke seluruh dunia. Tanaman itu
semakin berkurangan. Banyak tanah telah ditebus guna. Tanah itu dijadikan kawasan industri. Tanah itu dijadikan kawasan tanaman kelapa sawit.

Soalan 2 :

Rakyat Malaysia diseru supaya bersabar. Rakyat Malaysia diseru supaya berjimat cermat. Harga minyak sedang melambung tinggi. Harga
barangan pengguna sedang meningkat. Kerajaan akan mengambil pelbagai langkah. Kerajaan akan membantu meringankan beban rakyat.
Kerajaan akan memulihkan harga minyak. Kenaikan harga minyak ini adalah fenomena luar biasa. Harga minyak dunia meningkat dengan
mendadak. Harga minyak meningkat sehingga US45 setong.

Soalan 3 :

Tiga buah Negara telah menjajah negara kita. Negara tersebut ialah England, Portugal dan Jepun. Mereka mula menjajah sejak tahun 1511.
Mereka menjajah selama lebih 400 tahun. Semasa penjajahan rakyat hidup menderita. Ramai mangsa telah dibunuh. Mereka dibunuh dengan
kejam. Ramai pejuang tanah air telah sedar. Mereka menubuhkan pelbagai persatuan. Mereka menentang penjajah. Mereka ingin mendapatkan
kemerdekaan tanah air.

Soalan 4 :

Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama
dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati
mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan
mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

Soalan 5 :

Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah
dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan
terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam
siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka
menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.

Soalan 6 :

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-
rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini
membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja.
Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga

Soalan 7 :

Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. Pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini. Langkah
Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang
berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang
kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer. Langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer juga.

7

Soalan 8 :

Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis novel kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan
rakannya. Mereka bercuti ke Pulau Sayak. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya
mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.

LATIHAN MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH.

Latihan 1:

Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Samad .....: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.
Aziz .........: Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, .................... Thailand, Singapura dan negara-negara
Eropah.
Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong ....................tempatan .pelancong di dalam negeri.
Kamariah.:.Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi .................... potongan .harga istimewa kepada pelancong
tempatan yang mengunjungi pusat .....................percutian mereka.
Samad .....: Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam ....................dalam diri.

Jawapan:
...............Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi.
Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang
indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia,
Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana
kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula
mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan
yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong
di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.

Latihan 2 :

“Bagaimana dengan rancangan awak?” tanya Salleh. “Rancangan apa?” jawab Ani. “ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya
tempoh hari” kata Salleh. “ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan.” jelas Ani. “ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu
“Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. ............[ 6 markah ]

Latihan 3:

“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......” “Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu.“Ani
tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi. “Ya, Tuk Yahya tahu.........” “Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk
tak ada”,jelas anak itu hampir meraung. “Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya .....................................[ 6 markah ]

Latihan 4 :

“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam. “Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang
masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit
tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan. “Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang
saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim. “Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan
jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam. “Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim. .....[ 6 markah ]

Latihan 5 :

MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia. ...................[ 6 markah ]

8

Latihan 6 :

Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita ...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama
berkawan?
Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit. ........................................................[ 6 markah ]

B. AYAT CAKAP PINDAH KEPADA AYAT CAKAP AJUK. 1:
Latihan

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya
itu disokong oleh Samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz
pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand,
Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya
promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula
mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan
yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong
di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu. ...........[ 6 markah ]

Latihan 2 :

...............Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop
mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi
dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak
meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti
kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Latihan 3 :

...............Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke bandar. Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia
sudah nekad dan tidak mahu Azman memujuknya lagi. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa kampung mereka pun tiada kurangnya
berbanding dengan bandar. Yahya menegaskan bahawa dia sudah bosan hidup di kampung yang bergelumang dengan lumpur sawah. Azman
cuba menyedarkan Yahya bahawa mereka lulusan bidang pertanian dan bekerja sebagai petani iatulah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka.
Sekali lagi Yahya menegaskan bahawa Azman sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi dia tetap hendak ke bandar. Azman tetap mengajaknya
mengerjakan tanah terbiar di kampung mereka kerana hasilnya tentu lumayan. Yahya tetap berkeras dan menyuruh Azman sahaja
mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan gaji di bandar.

Latihan 4 :

Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat rapat.Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan
yang berada di halaman rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul
dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.Dengan nada
mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke
situ.Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan
mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.

9

PERIBAHASA

Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini dinyatakan di bawah:

A. Membina ayat daripada peribahasa:

Contoh:
1. bagai menatang minyak yang penuh

Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa.

2. seperti katak di bawah tempurung

Sikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran tertutup seperti katak di bawah
tempurung.

3. seperti paku dengan penukul

Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

4. ketam mengajar anaknya berjalan lurus

Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya
berjalan lurus.

B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi:

Contoh: Beri tiga peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberi.

1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak
menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak
dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal.

i. bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang)
ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)
iii. anak emas (anak kesayangan)
iv. air muka (diri, peribadi)

2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal melayari hidup sebagai suami isteri. Setiap pasangan perlu bersabar
dan jika ada perselisihan pendapat, mereka perlu bertolak ansur serta saling memaafkan. Tanpa sikap tolak ansur sesebuah keluarga tidak akan
dapat bertahan lama dan perasaan kasih saying akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian berlaku.

i. bagai pinang dibelah dua.
ii. sedangkan lidah lagi tergigit.
iii. bagai embun di hujung rumput.

C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:

Contoh:

1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang
hendak meragut beg tangannya.

* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke kampung halamannya kerana berasakan
kampung halamannya lebih tenteram.

* hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling
berbalah.

* bagaikan anak ayam kehilangan ibu.

10

D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:

Contoh:

1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek
sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama …………(i)…………… Mereka sepatutnya tidak mengemukakan
pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ……(ii)……..
Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah …………(iii)………..nya itu supaya dapat
memuaskan hati semua pihak.

i. rumah siap pahat berbunyi

ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

iii. anak buah

A. Membina ayat daripada peribahasa:

1. bagai menatang minyak yang penuh.
2. seperti katak di bawah tempurung
3. seperti paku dengan penukul
4. ketam mengajar anaknya berjalan lurus

B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi:

1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak
menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak
dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal.

2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal melayari hidup sebagai suami isteri. Setiap pasangan perlu bersabar
dan jika ada perselisihan pendapat, mereka perlu bertolak ansur serta saling memaafkan. Tanpa sikap tolak ansur sesebuah keluarga tidak akan
dapat bertahan lama dan perasaan kasih saying akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian berlaku.

C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:

1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut
beg tangannya.

2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke kampung halamannya kerana berasakan kampung
halamannya lebih tenteram.

3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling
berbalah.

D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:

1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek
sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama …………(i)…………… Mereka sepatutnya tidak mengemukakan
pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ……(ii)……..
Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah …………(iii)………..nya itu supaya dapat

memuaskan hati semua pihak.

Latihan 1:

Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. bagaikan kera mendapat bunga
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
3. burung terbang dipipiskan lada
4. menegakkan benang yang basah
5. bagaikan telur dihujung tanduk

11

6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
8. matinya semut kerana gula
9. air dicincang tidak akan putus
10. bagaikan embun di hujung rumput

Latihan 2:

Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. seperti mendukung biawak hidup
2. sudah jatuh ditimpa tangga
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak.
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
9. bagai mencurah air ke daun keladi
10. kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak

Latihan 3:

Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
4. seperti pelanduk dua serupa
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
6. seperti ular kena palu
7. mati semut kerana gula
8. bagai mendapat durian runtuh
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

Latihan Tambahan:

Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi
2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
3.buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa
6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
7. umpama mintak setitik, di laut sekalipun timbul juga
8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
9. bagai lebah menghimpun madu
10. cepat kaki, ringan tangan
11. genggam bara api biar sampai jadi arang
12. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
13. malas bergarit perut perit
14. malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
15. seperti anai-anai makan kayu
16. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang
17. bagai beliung dengan asahan
18. biduk berlalu kiambang bertaut
19. buang yang keruh ambil yang jernih
20. cubit peha kanan peha kiri terasa juga
21. enggang dengan enggang, pipit dengan pipit, baru boleh terbang bersama
22. ibarat telur semangkuk/ sesangkar, pecah sebiji pecah semua
23. ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu juga
24. jauh bau bunga, dekat bau tahi
25. kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
26. mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak
27. seperti pungguk rindukan bulan
28. ikut hati mati, ikut rasa binasa

12

29. nasi sudah menjadi bubur
30. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
31. sudah terantuk baru tengadah
32. air yang tenang jangan disangka tiada buaya
33. alah membeli menang memakai
34. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah
35. biar titik jangan tumpah
36. cencaru makan petang
37. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
38. cicir dipungut, hilang di cari
39. ukur baju di badan sendiri
40. sediakan paying sebelum hujan
41. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
42. seperti air dalam kolam
43. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
44. cacing hendak menjadi naga
45. membujur lalu melintang patah
46. bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat
47. hati gajah sama di lapah, hati nyamuk sama dicicah
48. ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni
49. air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut
50. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
51. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
52. kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya
53. masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek
54. seperti kerbau dicucuk hidung
55. seperti belut pulang ke lumpur
56. seperti gagak pulang ke benua
57. seperti ikan pulang ke lubuk
58. setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga
59. jangan bermain di air keruh
60. ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
61. diam ubi berisi, diam besi berkarat
62. bagaikan harimau sembunyikan kuku
63. jauhari juga yang mengenal manikam
64. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
65. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
66. air yang dingin juga dapat memadamkan api
67. bagai menjaga intan dicanai
68. karam sambal oleh belacan
69. kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan
70. kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan
71. bagai menatang minyak yang penuh
72. bagai ditatang di anak lidah
73. kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai seberang
74. pandai menyelam air dangkal
75. timba air mandikan diri
76. yang tegak disokong, yang lemah ditopang
77. bagai duduk dengan cupak dan gantang
78. seduit dibelah tujuh
79. menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan terserak
80. umpama jari di tangan ada bercincin ada tidak
81. nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati
82. orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya
83. bagai kaduk naik junjung
84. bagai layang-layang terputus talinya
85. alah bias tegal biasa
86. ditelan mati emak, diluah mati bapa
87. beras secupak tak akan jadi segantang
88. kerana nyamuk seekor kelambu dibakar
89. bagaikan hidup segan mati tak mahu
90. bagaikan itik pulang petang

Latihan 4:
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji
yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.

13

2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.

3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia
pulang ke kampung halamannya.

4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng Heng seorang yang baik hati dan lemah lembut.

5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut
tersebar juga kepada orang ramai.

6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas
pelajar-pelajar nakal.

7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya,
akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.

8. Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.

9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Cik Liew Poh En pulang dan menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri
Sembilan.

10. Perbuatan Tong Kuan Yee menasihati kekasihnya yang bernama Wong Du Hou itu supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak
diendahkan sama sekali oleh Wong Du Hou.

Latihan 5:
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

1. Encik Surinder meminta pelajarnya bernama Khor Chean Foo membaiki komputernya tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan
tidak dapat digunakan sama sekali.

2. Perbuatan Mathews itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Santos untuk memikat hati adik perempuan Santos yang cantik itu.

3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan berduyun-duyun pulang ke rumah masing-masing.
4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat berambut panjang, Tan Yee Voong menyepak tiang gol itu
sehingga menyebabkan kakinya patah.

5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Gan Yang tidak menunjuk-nunjuk kemampuannya itu kepada peserta
perkhemahan tersebut.

6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Michele Tan yang memangku jawatannya semakin sombong dan bersifat kejam kepada pekerja-pekerja
bawahannya.

7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki, pendatang asing mestilah menghormati undang-undang yang
diguna pakai di Malaysia.

8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali janji-janji yang telah diucapkannya kepada mereka.

9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah namun berita kemenangan Lim Weng Hoi itu tersebar ke seluruh
daerah Cheras.

10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Azila yang garang dan pandai bersilat itu.

Latihan 6:
Bagi setiap satu petikan yang diberi di bawah, kemukakan 3 peribahasa yang sesuai dengan cerita dan situasi tersebut.

1. Perbuatan Poon Ooi Yee memang tidak dapat dimaafkan. Ayahnya, Encik Poon Tan Chook benar-benar kecewa akan tindakan anak
kesayangannya. Encik Poon sentiasa memenuhi kehendak Poon Ooi Yee dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Tindakan Poon Ooi Yee
menjual kereta Mercedes milik Encik Poon tanpa pengetahuannya sangat melampau. Hancur luluh hati isteri Encik Poon yang turut menyayangi
anak tunggalnya itu. Dia tidak menyangka kebaikan yang telah diberi kepada Poon Ooi Yee selama itu dibalas dengan perbuatan yang tidak baik
tersebut. Encik Poon berjanji akan menghukum anaknya yang tidak tahu mengenang budi dan jasa keluarganya itu. Perbuatan Poon Ooi Yee itu
sungguh tidak bertanggungjawab.

2. Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana bagi mereka, kata-katanya mempunyai maksud tertentu.
Mereka sudah serik dengan janji manis yang ditaburkan oleh pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai berkata-kata dengan menabur
janji palsu bahawa penduduk taman itu akan menjadi jutawan sekiranya menjual tanah mereka untuk projek yang bakal dijalankan. Walau

14

bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa kerana pegawai itu tidak dapat menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan kerja itu
separuh jalan. Sebelum itu penduduk berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai itu dapat disempurnakannya.
3. Sikap Koh Shu Yin yang selalu ponteng kerja tidak disenangi oleh majikannya. Rakan-rakannya telah menasihatinya agar tidak mengulangi
perbuatan buruk itu tetapi nasihat mereka sia-sia belaka. Malahan Koh Shu Yin mula berani tidur ketika majikannya tiada di pejabat. Pada satu
hari, perbuatan buruk Koh Shu Yin tidak dapat disembunyikan lagi. Dia telah dimarahi oleh majikannya. Pada bila-bila masa sahaja dia boleh
dibuang kerja. Nasibnya kini bergantung kepada budi bicara majikannya.
Latihan 7:
Bagi setiap satu petikan yang diberi di bawah, kemukakan 3 peribahasa yang sesuai dengan cerita dan situasi tersebut.
1. Dalam keadaan sedih bercampur gembira, Lim Pei Pei akan menempuh alam perkahwinan mendahului kakaknya yang sulung. Bakal suaminya
pula bukanlah sebangsa atau rakyat Malaysia tetapi berasal dari negara barat iaitu seorang rakyat Perancis. Selepas berkahwin, bakal suaminya
akan membawanya bercuti selama dua minggu ke Eropah.
2. Setelah meninggalkan kampung halamannya lebih daripada 20 tahun, tiba-tiba Kou Chee Pet mengambil keputusan untuk pulang ke kampung
bagi menabur khidmat baktinya sebagai guru. Kata beliau, walaupun dia beroleh pelbagai kesenangan ketika bertugas di bandar, namun
keseronokan yang diperolehnya di kampung tidak sama dengan keseronokan ketika bertugas di Bandar. Setelah kepulangannya ke kampung itu,
beliau telah menjadi tajuk perbualan masyarakat kerana beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi.
3. Sikap Yow Weng Fai yang malas amat dibenci oleh ibu bapanya terutama dalam aspek pelajaran. Sekali suruh barulah dia mahu memegang
buku. Jika tidak, dia sentiasa asyik tidur. Cikgunya iaitu Encik Nazri sering menasihatinya bahawa semua pelajar boleh mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun seseorang itu sangat lemah dalam pelajaran, namun jika mereka berusaha, mereka pasti akan Berjaya.
Perkara yang penting ialah seseorang itu mesti mempunyai kemahuan. Jika kita tidak mempunyai kemahuan atau keinginan, sudah tentulah kita
tidak akan berjaya.

15


Click to View FlipBook Version