The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 2 BMMB1144 Penghasilan Produk.
Ahli kumpulan :
1) Muhammad Dzulfikri
2) Mohd Khairuddin
3) Irshad Alfian

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PISMPBMSK Irshad Alfian Bin Jaimis, 2023-07-10 10:49:27

Tugasan 2 BMMB1144 Penghasilan Produk.

Tugasan 2 BMMB1144 Penghasilan Produk.
Ahli kumpulan :
1) Muhammad Dzulfikri
2) Mohd Khairuddin
3) Irshad Alfian

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU,SABAH PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PISMP(P) -KERJA KURSUS- KURSUS: LITERASI BAHASA KOD KURSUS : BMMB 1124 KANDUNGAN: I. TUGASAN 1:UJIAN II. TUGASAN 2:PERSEMBAHAN III. TUGASAN 3:PENULISAN Nama Pelajar : MUHAMMAD DZULFIKRI BIN MATIN MOHD KHAIRUDDIN BIN MAT JISLIM IRSHAD ALFIAN BIN JAIMIS No. Kad Matrik : P22070432 P22070475 P22070447 Angka giliran : 2022072310013 2022072310012 2022072310009 No.Kad Penegnalan : 030320120069 040106150039 040514120971 Kumpulan : PPISMP BM SK1 Ambilan : Jun 2022 (Kemasukan Ogos 2022) Semester : Semester 3 / 2023 No.Telefon Bimbit : 0197243796 0133242607 0199040552 Alamat E-mel : 1677-24- [email protected] 1676-24- [email protected] 1675-24- [email protected] Nama Pensyarah Kursus : PUAN ARBIAH BINTI MADDAHIRI


Markah : KRITERIA 30% Ujian 30% Persembahan 40% Penulisan Jumlah (100 %) Pemeriksa 1 Pemeriksa 2


SAPAAN TETAMU JEMPUTAN Seiring madah pantun bersambut, Disulam senyum pengubat jemu. Mesra berdakap kasih berpaut, Yang Berbahagia tuan kini bertemu. Mengumumkan ketibaan yang diraikan Tuan Muhammad Dzulfikri bin Matin, diiringi dif-dif jemputan dan barisan pentadbiran sekolah masuk ke dewan terbuka Gaya Street. Awal Bismillah Pembuka Bicara, Ucapan alu-aluan pembuka acara. Selamat datang kata disua, “Sekalung Budi, Sejalur Kenangan” Majlis Bernama. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Yang dikasihi dan diaraikan, Encik Muhammad Dzulfikri bin Mati Guru Bahasa Melayu SMK Gaya Yang berusaha, Encik Dennison Domisin Pengetua SMK Gaya Yang berusaha, Encik Muhammad Hafiz bin Mohd Noor Yang Dipertua PIBG SMK Gaya Yang dihormati, Encik Ikramah bin Abdul Rashid Penolong Kanan Pentadbiran SMK Gaya


Yang dihormati, Puan Nur Azmina Izzatie Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang dihormati, Puan Maya Nazira Anong Penolong Kanan Kokurikulum Seterusnya yang dihormati, Barisan ketua panitia, rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Selamat datang ke Majlis “Sekalung Budi, Sejalur Kenangan” Sempena majlis perpisahan Encik Muhammad Dzulfikri bin Matin Pagi-pagi makan halwa, Halwa manis dari istana. Pagi ini kita bersua, Raikan majlis penuh bermakna. Selak takbir ambil geliga, Belati tajam letak di riba. Gelak bibir tampak gembira, Hati di dalam sayu dan hiba. Hadirin sekalian, Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana atas limpah dan kurnianya kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi meraikan satu majlis yang cukup istimewa iaitu majlis meraikan perpisahan Encik Muhammad Dzulfikri bin Matin, salah seorang Guru Bahasa Melayu SMK Gaya yang amat kita kasihi dan hormati. Walapun hanya 5 tahun sahaja beliau berkhidmat di sini, beliau telah banyak mencurahkan bakti dan menabur budi untuk SMK Gaya.


Hadirin dan Hadirat sekalian, Hari ini, Isnin, 9 Julai 2016 mecatatkan satu lagi detik penting bagi warga SMK Gaya. Pada pagi ini, kita meraikan seorang teraju pendidik negara yang dikasihi dan disanjung tinggi yang akan menamatkan khidmat dalam profesion pendidikan secara rasmi pada hari ini. Sesungguhnya warga sekolah akan berasa kehilangan intan permata yang berwibawa, berpengalaman luasa dan sangat berjasa ini. Buah selasih di dalam taman, Dibawa gadis ke tengan laman. Takkan hilang jasamu tuan, Menjadi ingatan sepanjang zaman. BACAAN DOA Bunga mawar cantik tersemat, Dipetik gadis di tepi titi. Doa dibaca memohon rahmat, Moga majlis sentiasa diberkati. Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan, mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh saudara Mohd Khairuddin bin Mat Jislim. Majlis mempersilakan. -baca doa- Amin amin ya rabbal alamin, Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Mohd Khairuddin bin Mat Jislim di atas kesudian memimpin bacaan doa sebentar tadi.


UCAPAN PELAJAR Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga. Aluan sudah, doa pun sudah, Tibalah masa ke acara seterusnya. Hadirin sekalian, Sebagai pembuka persada ucapan pada pagi ini, majlis diteruskan lagi dengan mendengar ucapan daripada wakil pelajar. Untuk itu, sekali lagi saya menjemput saudara Mohd Khairuddin bin Mat Jislim untu menyampaikan ucapan. Dipersilakan… -ucapan pelajar- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara Mohd Khairuddin bin Mat Jislim atas ucapan itu tadi. UCAPAN GURU YANG BERPINDAH Hadirin dan hadirat sekalian, Jasamu dikenang, Budimu tak terbilang, Semangatmu dijulang, Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang disempurnakan oleh Yang Diraikan Tuan, Encik Muhammad Dzulfikri bin Matin atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Dzul sepanjang perkhidmatan beliau sebagai guru dalam dunia pendidikan. Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itulah adat, itulah lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak langkah


Selagi hidup dikandung badan Hidup adalah satu perubahan Tidak tahu bagaimana lajunya putaran tapi roda selalu berputar Dalam setiap perjalanan kita merantai kisah Suka duka tangis dan tawa Kadang-kadang kita tidak sehaluan Tapi lebih banyak kita berganding tangan Hadirin sekalian Sudah biasa kita dengari, Patah tumbuh silih berganti. Namun tidak sama guru yang ini, Tak mungkin ada gakang ganti. Tak molek jika ada alu tiada lesungnya, Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya, Tak lengkaplah majlis jika yang diraikan tidak berbicara. Seterusnya, tibalah masa yang kita nanti-natikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Muhammad Dzulfikri bin Matin. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan. -ucapan dzul- Kain berlipat dalam istana, Pakaian puteri raja kayangan. Sepatah nasihat ilmu yang beguna, Secubit budi jadi kenangan Majlis mengucapkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang diraikan Encik Muhammad Dzulfikri bin Matin atas ucapan sebentar tadi. Encik Dzulfikri mohon untuk terus berada di atas pentas bagi menyempurnakan acara penyampaian cenderahati. Dijemput puan pengetua, penolong-penolong kanan, dan Yang dipertua PIBG untuk turut serta naik ke atas pentas bagi menyempurnakan penyampaian cederahati.


Dijemput tuan pengetua untuk menyampaikan cenderahati kepada yang diraikan Encik Muhammad Dzulfikri bin Matin. -acara pemberian cenderahati- Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan-puan dan tuan-tuan yang telah menyempurnakan majlis penyampaian cenderahati sebentar tadi. BERSURAI Hadirin sekalian, Dengan berakhirnya acara penyampaian cenderahati sebentar tadi maka majlis kita pada pagi ini sudah berada di penghujungnya. Inilah yang dikatakan, umpama berlayar telah sampai ke pelabuhan, Umpama berkayuh telah sampai di muara, Umpama berjalan telah sampai ke destinasi. Para hadirin sekalian kita telah pun berada di hujung acara. Kuning emas masaknya padi, Mawar merh dalam jambangan. Terima kasih daun keladi, Budi tuan jadi kenangan. Sebelum saya mengakhiri majlis ini, saya Irshad Alfian bin Jaimis selaku pengacara majlis anda memohon maaf sekiranya wujud cacat cela dan tersalah bahasa sepanjang saya mengendalikan majlis. Para tetamu jemputan dan guru-guru boleh bergerak ke bilik VIP untuk jamuan makan manakala para pelajar boleh mengambil makanan di kantin. Sekian dan terima kasih.


TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR Terima kasih pengerusi majlis, Bismillahirrahmaanirrahiim , Assalamualaikum w.r.b.t, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Yang dihormati pengerusi majlis Irshad Alfian bin Jaimis, tuan pengetua cemerlang SMK Gaya, Encik denisson domissin, Penolong Kanan, Encik Ikramah Bin Abdul Rashid,Penolong Kanan HEM, Encik puan nhr azmina izzatie, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Maya Nazirah Anong guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan yang saya kasihi sekalian. Bersyukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat berkumpul dan berhimpun di pagi yang indah ini bersempena majlis perpindahan guru cemerlang kita iaitu Cikgu Mohammad Dzulfikri Bin Matin yang akan berpindah ke sekolah baharu iaitu di tempat kelahirannya sendiri.Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar atas kesudian diri untuk menghadiri majlis perpisahan ini. Para hadirin yang dihormati sekalian, Sempena majlis perpisahan ini, saya selaku wakil pelajar ingin mengucapkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Bahasa Melayu kita Cikgu Mohammad Dzulfikri Bin Matin atas sumbangan beliau sepanjang berkhidmat menjadi seorang guru yang sangat berbakti di sekolah kita hampir dua dekad. Setiap pertemuan akan diakhiri dengan perpisahan.Oleh itu saya percaya bahawa perpisahan ini sangat mendukacitakan guru-guru, para pelajar dan kakitangan sekolah kita. Beliau terlalu banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan Subjek Bahasa Melayu sekolah kita sehingga dikenali di seluruh negeri Sabah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Cikgu Dzulfikri atas komitmen yang sangat padu dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru yang sangat cemerlang. Semoga semangat ini akan sentiasa berterusan pada masa-masa hadapan dan saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Dzulfikri sebagai seorang guru baharu di sekolah cikgu akan datang. Curahkanlah bakti cikgu di sekolah baharu cikgu seperti mana cikgu berbakti di sekolah ini . Segala jasa dan bakti ayahanda kepada sekolah ini sentiasa dikenang sampai bila-bila. Berlayar putera bertandang disambut, Berehat sebentar di hujung anjung,


Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik sentiasa dijunjung. Akhir kata, kami berharap cikgu sentiasa sihat dan berbahagia di samping keluarga dan di tempat baharu.Semoga cikgu tidak akan melupakan segala memori pahit manis yang tercipta di sekolah ini cikgu. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Terima kasih cikg


UCAPAN GURU BERPINDAH Selamat sejahtera & Salam Hormat Yang berusaha Encik Dennison Domisin selaku Pengetua SMK Gaya Kota Kinabalu, Yang dihormati Penolong Kanan Pentadbiran Encik Ikramah bin Abdul Rashid, PK HEM Puan Nur Azmina Izzatie, PK Kokurikulum Puan Maya Nazira Anong. Terima kasih pengerusi majlis dan usaha warga sekolah bagi mengadakan Majlis Sanjungan Budi yang dibuat sempena perpindahan saya.Sebenarnya, saat inilah yang amat menyedihkan saya untuk member ucapan untuk semua. Jikalau boleh, saya mahu pergi tanpa pengetahuan semua.Bukan sebab tidak menyukai warga SMKG semua tetapi terlalu sedih dengan kenangan yang kita ukir dan bina bersama. Tapi saya tetap ingin memberi ucapan juga sebab rakan-rakan sekalian dapat menerima saya dengan baik semasa kedatangan saya dahulu.Oleh itu, pemergian saya juga mestilah dengan cara yang baik sejajar dengan cara layanan semua. Kepada Cikgu Dennison, terima kash banyak-banyak kerana dapat membimbing dan memimpin saya dengan baik selama ini. Cikgu Dennison juga sangat prihatin dan bertimbang rasa kepada semua warga SMKG. Ribuan kemaafan jika selama ini saya membuat kesalahan secara sengaja atau pun di sebaliknya. . Kepada Encik Dennisson,, saya juga memohon kemaafan dan keampunan jika pernah berbuat kesalahan. Pada pandangan saya walaupun Encik Dennisson seorang yang tegas tetapi hatinya lembut dan mengambil berat akan kebajikan gurunya. Saya tetap akan menghargaia segala bimbingan dan tujuk ajanya sepanjang saya berkhidmat di sini. Seterunya penolong kanan hal ehwal murid, Puan Azmina, sebenarnya Saya amat kagum dengan sifat Puan kerana beliau seorang yang sangat berdisiplin dan menepati masa dalam semua bidang tugasnya. Saya sempat mengenali beliau selama beberapa bulan sahaja tetapi beliau merupakan seorang yang ramah di sekolah ini. Seterunya Puan Maya, beliau merupakan seorang yang sentiasa bersedia membantu khususnya dalam bidang kokurikulum. Beliau merupakan guru yang aktif


dan cergas, dan cepat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh cikgu- cikgu. Tidak lupa kepada Encik Hafiz, Yang Dipertua PIBG, saya mengucapkan sejuta terima kasih kepada Tuan kerana telah memegang pangkat pengerusi selama 5 tahun ini tanpa mendapat apa-apa bantahan akan kedudukan beliau.Tuan merupakan pemimpin yang sangat berdedikasi dan berkalibar, saya ingin mencontohi jejak beliau kerana telah banyak menyumbang kepada badan PIBG sekolah ini.Ribuan terima kasih sekali lagi diucapkan. Kepada pihak pentadbiran Sekolah Menengah Gaya, saya akan selesaikan tugastugas saya sebelum balik ke Semenanjung kerana amanah dan tanggungjawab mestilah diselesaikan juga.Terima kasih kerana tidak putus-putus member teguran dan nasihat yang sangat berguna untuk saya.Segala suka duka bersama kita lalui, moga menjadikan saya lebih matang lagi. Seterusnya kepada rakan-rakan barisan guru encik Afiq, encik Aiman, encik Wan Zahir, cikgu senior encik Abdullah, cikgu Hakimi, encik Akmal.Terima kasih ducapkan kerana sentiasa memberi dorongan dan nasihat kepada saya. Kepada guru-guru perempuan, maafkan saya jika saya terguris perasaan tersilap kata sepanjang tahun saya berkhimat di sini. Saya sangat beruntung mendapat guru-guru seperti di sekolah ini yang sangat rajin dan berdedikasi.Saya sebenarnya sangat seronok bekerja di sini. Tetapi sudah ada takdir yang memiisahkan saya daripada sekolah ini. Walaupun saya yang memohon perpindahan tetapi tidak disangka begitu cepat saya akan berpindah. Kepada encik Den staf pejabat sekolah kita, saya ingin meminta maaf dan mengucapkan terima kasih telah sentiasa ada apabila kita perlu.Tidak lupa juga pada kak Zarina yang sentiasa ceria menunaikan tanggjawabnya.Tidak dilupakan zura dan zila yang suka membantu dalam menjalankan tugas. Seterusnya Pesana cikgu Susila pada murid-murid.Sekolah Menengah merupakan selangkah bagi menuju kejayaan dalam kehidupan sesorang pada masa hadapan.


Jadi aplikasikan segala ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru.Usaha bersungguh- sungguh pasti dapat kejayaan.Belajar rajin-rajin supaya boleh menjadi tokoh terbaik. Usaha hari inila yang akan menentukan masa depan . Bagi pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas SPBT jalankan tugas anda dengan baik cari pengalaman di sini.Pengalaman inilah yang akan membantu kamu di alam Universiti kelak.Naikkan nama baik Sekolah Menengah Kebangsaan Gaya. AKHIR KATA, Kepada semua warga SMKG saya mohon maaaf atas kesalahan sama ada secara sedar atau tidak sedar dan saya mengucapkan setinggi terima kasih atas segala bimbingan tunjuk ajar nasihat yang diberikan.Saya tetap akan menghargainya sumbangan hadiah-hadiah yang diberi oleh pihak pentadbiran, AJK PIBG, guru-guru serta anak-anak didik sekalian. Sekian terima kasih, jika panjang umur kita pastu berjumpa lagi.


Click to View FlipBook Version