The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhamad Wafiy, 2022-07-05 23:16:48

EBOOK ETIKA MPU21302

EBOOK ETIKA MPU21302

MEMPERKASAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN

KUMPULAN 4

AHLI KUMPULAN :

MUHAMMAD AFIQ IZZAT B
MOHD KASMAN
23DLS21F2020

HANY SYAKIRA BINTI SRIDHARAN A/L
AHMAD REGHANATHAN
23DLS21F2024
23DLS21F2054

LECTURER : ASRI B ABD GHANI

LATAR BELAKANG

Intergrasi dan peraduan kaum memainkan peranan yang sangat

besar bagi memajukan negara. Kejayaan sesbuah negara dalam

era globalisasi dan liberalisasi bergantung kepada perpaduan

rakyat, ketahanan dalaman dan kemampuan daya saing

generasi masa hadapan. Generasi masa ini dan masa hadapan

di Malaysia perlu lebih bersatu padu demi keharmonian sebuah

negara yang majmuk. Hasrat pertubuhan sekolah Kebangsaan

(SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai

wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap

dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup

bermasyarakat, saling bekerjasama antara sama lain serta

melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada

kesejahteraan negara seperti yang dinyatakan dalam Ordinan

Pelajaran 1952.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) sentiasa berusaha untuk memperkasakan SK dengan
meningkatkan kualiti SK agar menjadi sekolah pilihan utama ibu
bapa tanpa mengira kaum dan agama. Walaupun pelbagai
inisiatif dan program telah dilaksanakan oleh kerajaan, hasrat dan
aspirasi penubuhan SK untuk menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum menghadapi pelbagai cabaran.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADI PENGHALANG
DAN CABARAN ADALAH SEPERTI

1)Peningkatan permohonan penubuhan sekolah jenis
kebangsaan cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsan tamil
(SJKT)
2) Pemasuhan kuota kemasukan murid warganegara malaysia
3) Pelaksanaan dasar memartabatkan bahasa malaysia
memperkukuh bahasa inggeris
4) Perkembangan homeschooling.

ISU

Pada masa ini perpaduan kaum yang dihasratkan melalui
pendidikan masih belum tercapai dan sekolah kebangsaan tidak
lagi menjadi pilihan utama untuk semua kaum. Ini dapat dilihat
dengan perkembangan pendidikan di peringkat nasional.

1. Peningkatan permohonan penubuhan SJKC dan SJKT

Semenjak kebelakangan ini desakan penubuhan SJKC dan SJKT

baharu semakin meningkat kerana peningkatan murid yang

mendaftar di SJKC dan SJKT, Kelulusan bagi penubuhan sekolah

jenis kebangsaan ini boleh mengakibatkan polarisasi kaum yang

lebih meluas. Peningkatan penubuhan SJKC dan SJKT secara

tidak langsung mengakibatkan permohonan bagi sekolah

menengah jenis kebangsaan (SMJK) semakin bertambah

sebagai pendidikan vernakular di negara ini. Perkembangan ini

mengakibatkan pengaliran keluar murid Cina dan India dari

sekolah kebangsaan.

Jadual : Peratus Murid Cina dan India di Sekolah Kebangsaan:

JENIS 2000 2000 2011 2011 2014 2014
INDIA CINA INDIA CINA INDIA
SEKOLAH CINA

SK 8 49 4 38 0.9 2.8

SJKC 92 5 96 5 85 2.2

SJKT 0 47 0 56 0.03 99.6

Mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk
Razali Ibrahim pernah mempersoalkan kewajaran bilangan SJKC
ditambah mengikut desakan daripada pihak tertentu sedangkan
KPM perlu memberi fokus kepada pengukuhan SK. Oleh itu,
beliau meminta kerajaan menghentikan kelulusan permohonan
pembinaan SJKC baharu dan meminta kerajaan mengambil
maklum tentang kedudukan SK sebagai sekolah untuk semua
kaum. Sehubungan dengan itu, KPM hendaklah tegas dalam isu
mempertahankan peruntukan dan dasar sedia ada agar agenda
mengintegrasikan rakyat Malaysia dapat dicapai. Walau
bagaimanapun, dengan sistem pendidikan negara yang memberi
opsyen kepada pelbagai pilihan persekolahan kepada ibu bapa,
sokongan ibu bapa menghantar anak mereka ke SK semakin
berkurangan terutamanya di kawasan bandar. Akibatnya terdapat
beberapa SK menjadi sekolah kurang enrolmen.

PEMANSUHAN KUOTA KEMASUKAN MURID
WARGANEGARA MALAYSIA

Susulan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan
(JPP) yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran pada 18
Januari 2012 memutuskan pembukaan kuota kemasukan murid
warganegara ke sekolah antarabangsa daripada 40 peratus
kepada 100 peratus. Hakikatnya, murid di sekolah swasta adalah
dalam kalangan ibu bapa berpendapatan tinggi. Keputusan
pemansuhan kuota kemasukan muridwarganegara Malaysia ,
secara tidak langsung mengakibatkan ibu bapa tidak memilih SK
sebagai sekolah pilihan. Hal tersebut mengakibatkan intergrasi
pelbagai kaum dan sosioekonomi tidak tercapai. Data di bawah
menujukan peningkatan enrolmen murid warga negara di sekolah

swasta,

Data juga menunjukkan bahawa kemasukan murid ke sekolah

antarangsa didapati tidak seimbang daripada segi jumlah murid

berdasarkan kaum. Enrolmen murid Melayu ialah 16 peratus

berbanding dengan kaum Cina sebanyak 69 peratus dan 15

peratus kaum India. Jika ini berterusan dikhuatiri jurang di antara

kaum semakin meluas.

3. PELAKSANAAN DASAR MBMMBI

Pada 8 Julai 2009 Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan
pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sainsdan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan
menggantikannya dengan MBMMBI. Pelaksanaan Dasar
MBMMBI telah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak
yang melihat kepentingan bahasa inggeris sebagai bahasa
pengantar mata pelajaran Matematik dan Sains. Dengan
pelaksanaan Dasar MBMMBI, terdapat peningkatan bilangan
sekolah yang menggunakan BM sepenuhnya atau dwibahasa
dalam PdP Sains dan Matematik.

Secara tidak langsung pelaksanaan dasar MBMBI ini

menyebabkan berlakunya perpindahan murid daripada golongan

ibu bapa yang berkemampuan ke sekolah menengah swasta

yang mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains dalam

Bahasa Inggeris.

PERKEMBANGAN HOMESCHOOLING

Menurut laporan media, homeschooling semakin berkembang dan

situasi ini memberi implikasi kepada enrolmen murid di sekolah

menengah. Perkembangan ini disebabkan terdapat segolongan ibu

bapa telah hilang kepercayaan kepadasistem pendidikan

kebangsaan. Walaupun homeschooling tidak digalakkan di Malaysia,

dikhuatiri jumlah murid yang mengikuti homeschooling di peringkat

menengah semakin meningkat. Hal ini adalah kerana pelaksanaan

homeschooling tidak jelas daripada aspek dasar. Secara amnya

pelaksanaan homeschooling di Malaysia berkaitan dengan

pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib di peringkat pendidikan rendah

(akta Pendidikan 1996, Seksyen 29A) dan berdasarkan Garis

Panduan Pendidikan Wajib (Penangguhan dan Homeschooling) yang

menjelaskan penguatkuasaan Pendidikan Wajib.

Ibu bapa yang ingin melaksanakan homeschooling bagi murid
sekolah rendah perlu memohon kebenaran daripada KPM dan semua
aktiviti PdP perlu dilaksanakan oleh ibu bapa di rumah
mereka.Kebanyakan murid yang mengikutihomeschooling adalah
murid di peringkat menengah yang tidak tertakluk kepada dasar
pendidikan wajib. Walau bagaimana pu terdapat homeschooling
yang dilaksanakan secara community based (kebanyakannya murid
sekolah menengah) di pusat tuisyen yang juga melaksanakan IGCSE
dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar.
Perkara ini bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan
Pendaftaran Institusi Pendidikan ) 1997 yang hanya membenarkan
pusat tuisyen memberi pendidikan bimbingan atau membantu
seseorang muridyang sedang belajar di sekolah bagi menyediakan
murid tersebut untuk menduduki peperiksaan. Selain itu, pusat
tuisyen hanya dibenarkan melaksanakan mata pelajaran korikulum
kebangsaan.

,

CARA UNTUK MEMPERKASA SEKOLAH
KEBANGSAAN (SK)

i)Membuka kelas prasekolah di sekolah kebangsaan bagi memastikan
pendidikan awal kanak-kanak tidak terabai
ii)Menaik taraf infrastruktur sekolah kebangsaan
iii) Membekalkan kemudahan bekalan elektrik dan air bersih di mana-
mana sekolah kebangsaan di semenanjung maupun sabah dan
sarawak.
iv)Memperkenalkan mata pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil
sebagai mata pelajaran tambahan dalam jadual waktu sekolah
kebangsaan.
v) Meningkatkan kualiti guru dan pemimpin seperti penempatan
pembimbing guru dan guru besar
vi) Fungsi dan peranan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) diperluas
sebagai rakan pembantu dan pemantau prestasi sekolah serta
bertanggungjawab menganalisis data sekolah.

Di samping itu pandangan ibu bapa terhadap kawalan disiplin murid
yang kurang memuaskan serta terlalu menjurus kepada ciri-ciri
keislaman merupakan antara faktor SK tidak menjadi pilihan utama.
Pemilihan pengetua dan guru besar yang kebanyakannya daripada
kaum Melayu juga menyumbang kepada pengaliran keluar murid Cina
dan India dari SK.

KESIMPULAN

Trend yang berlaku dalam sistem persekolahan pada masa ini
amat membimbangkan. Kepelbagaian pilihan sekolah didapati
bercanggah serta tersasar jauh dari Dasar Pendidikan Negara
yang termaktub dalam Laporan Razak dan Rahman Talib. Ibu
bapa boleh memilih untuk menghantar anak-anak mereka
kesekolah kebangsan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama,
sekolah swasta, sekolah antarabangsa atau homeschooling. Apa
yang dapat dilihat sekarang seoalah-olah seperti suatu
pengeluaran yang sistematik dari sekolah kebangsaan. Satu
langkah yang drastik perlu diambil supaya SK menjadi pilihan
utama semua kaum bagi merealisasikan matlamat pendidikan
untuk perpaduan tercapai.


Click to View FlipBook Version