1
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
Visi dan Misi Sekolah
Atur Cara/ Agenda Mesyuarat 3
Barisan Pentadbir dan AJK PIBG 2021/2022 4
Untaian Kata Yang Dipertua PIBG 5
Untaian Kata Pengetua SEMDUTA 6
Laporan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-33 7
• Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33 8
• Intisari Ucapan Pengetua SEMDUTA-Mesyuarat 15
Agung PIBG Kali Ke-33 20
• Laporan Tahunan PIBG Sesi 2021/2022 24
• Laporan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2021 32
Laporan Akademik Sesi 2021/2022 38
Laporan HEM Sesi 2021/2022 41
Laporan Kokurikulum Sesi 2021/2022 46
Aktiviti dan Sumbangan PIBG 49
Usul dan Cadangan PIBG
Lampiran 54
• Jawatankuasa Pelaksana
2
SMK DAMANSARA UTAMA
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
VISI
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera”
MISI
“Melestarikan Sistem Pendidikan yang
Berkualiti untuk Membangunkan Potensi
Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara’
COGAN KATA
Berfikir Asas Kebijaksanaan
3
ATUR CARA
BAHAGIAN 1:
Cadangan Atur Cara:
11.00 pagi : Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan Pengetua
Data e-sarana
Tayangan aktiviti-aktiviti PIBG 2020/2021
Mesyuarat Agung PIBG bermula
12.30 pagi : Bersurai
BAHAGIAN 2: MESYUARAT AGUNG PIBG SEMDUTA KALI KE-33
Agenda Mesyuarat
1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Membentang dan Meluluskan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-33
3.0 Laporan Tahunan PIBG Sesi 2021/2022
4.0 Membentang dan Meluluskan Laporan Penyata Kewangan PIBG
(berakhir pada 31.12.2021)
5.0 Membentang dan Meluluskan Usul
6.0 Pemilihan Jawatankuasa Tahun 2022/2023
7.0 Hal-hal Lain
8.0 Ucapan Penangguhan
4
Jawatan SENARAI AJK PIBG 2021/2022
Penasihat / Pengetua
Yang Dipertua Nama AJK
Naib Yang Dipertua Pn. Suryani binti Ismail
Setiausaha Kehormat Y. Bhg. Datuk Ahmad Shalimin bin Ahmad Shaffie
Bendahari Kehormat YM En. Raja Mohd Sukry Bin Raja Mohamad
AJK Ibu Bapa Pn. Norhayatul Hassanah binti Mohd Noor
Pn. Shamalatha a/p Subramaniam
AJK Guru En. Yong Meng Keet
En. Muhammad Akmar Bin Kasim
Juruaudit Luar (Ibu bapa) Pn. Rekha Dutt
Juruaudit Dalaman (Guru) Pn. Farah Diba binti Abd Talib
Pn. Saidatul Kesuma Dewi
Pn. Teoh Chiew Chuan
Pn. Risahida Bt Bahari (Asrama)
Pn. Nadeerah bt Abd Wahab
Pn. Tan Wai Soo
Pn. Wan Asmawani bt Wan Ibrahim
Pn. Rosniza Ahmad (Asrama)
Dato’ Ahmad Rizal Bin Abdul Rahman
Pn. Anisha Bt Mohd Sulan
5
Untaian Kata
Y. BHG.DATUK HJ. AHMAD SHALIMIN BIN HAJI AHMAD SHAFFIE
Yang Dipertua PIBG SEMDUTA
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sekalung tahniah dan syabas kepada pihak pentadbir dan juga barisan AJK PIBG kerana mengurus
dan mengelolakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-34 ini. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan yang tidak
terhingga saya tujukan kepada barisan pentadbir, para pendidik dan kakitangan sekolah yang komited dan
ikhlas meneruskan kesinambungan budaya kerja dan prestasi sekolah.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun 2022, PIBG sekali lagi akan berdiri teguh di belakang
barisan pentadbir dan guru-guru SEMDUTA untuk meneruskan kecemerlangan SEMDUTA.PIBG akan
memastikan setiap kecemerlangan yang dicapai pada tahun 2021 akan dijadikan kayu ukur dan penanda
aras untuk terus melakar kejayaan. PIBG akan sentiasa meninjau peluang dan ruang yang ada untuk
membawa sekolah ini terus maju dalam pelbagai bidang demi menyediakan anak-anak didik SEMDUTA
yang berdaya saing dan mampu menghadapi cabaran global.
Pada kesempatan ini, rakaman jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan
khas kepada semua pihak yang telah sudi memberikan sumbangan sama ada dari bentuk idea, tenaga
mahupun kewangan. Tanpa sumbangan ikhlas semua pihak, usaha yang dirancang sukar menemui
kejayaan. Ibu bapa perlu ingat segala sumbanagn bakti yang diberikan kepada pihak sekolah hasilnya akan
berbalik kepada anak-anak kita sendiri.
Akhir kata, saya berharap agar jalinan ukhuwah dan kerjasama yang erat bagai dakwat dengan kertas
antara pihak sekolah dengan PIBG akan kekal menjadi budaya di SEMDUTA.Bersama-samalah kita
bergerak dalam satu pasukan untuk menyahut pelbagai cabaran dan halangan demi memastikan SEMDUTA
akan mampu merealisasikan visi dan misi yang dihasratkan demi kecemerlangan warga SEMDUTA. “PIBG
CEMERLANG, SEMDUTA GEMILANG”
Sekian, terima kasih.
DATUK AHMAD SHALIMIN BIN AHMAD SHAFFIE
Yang Dipertua PIBG SEMDUTA
6
Untaian Kata
PUAN SURYANI BINTI ISMAIL
PENGETUA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa yang sudi hadir pada Mesyuarat Agung PIBG Kali
ke-34 ini. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada barisan AJK PIBG yang diterajui oleh YDP PIBG, Dato’
Ahmad Shalimin bin Ahmad Shaffie dan para pendidik yang sentiasa berganding bahu memberikan
komitmen padu dalam mengelolakan dan menjayakan majlis yang penuh bermakna ini dalam usaha
bersama-sama meningkatkan kecemerlangan SEMDUTA. Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-
sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya segala perancangan
dan usaha yang akan diterjemahkan pada hari ini.
Tahun 2020 telah mengejutkan kita dengan pandemik COVID-19 yang memberi kesan dalam norma
kehidupan kita. Dunia pendidikan juga turut terkesan dengan gangguan ini. Apabila fenomena gangguan
pembelajaran berlaku, proses pengajaran terjejas menyebabkan matlamat pembelajaran tidak tercapai
seperti yang dihasratkan. Pandemik yang berlaku sepanjang tahun 2020 sebenarnya bukan sahaja telah
menjejaskan pendidikan anak-anak kita, malah telah menerobos nilai, amalan dan budaya hidup kita.
Menghargai nyawa, menjaga kebersihan, kuarantin diri, menjaga jarak sudah menjadi nilai yang wajib
diutamakan. Malah menukar suatu amalan yang lazimnya ‘normal’ juga sudah menjadi kebiasaan masa kini.
Walau bagaimanapun, dunia Pendidikan mesti bersedia dengan perubahan.
Biarpun terpaksa mengharungi pelbagai halangan, banyak kejayaan yang telah dicapai oleh SEMDUTA
sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Sesungguhnya, kejayaan meletakkan SEMDUTA
sebaris dengan sekolah-sekolah cemerlang di tanah air bukanlah satu kerja yang mudah. Tanpa
kesepakatan dan komitmen yang jitu daripada PIBG amat sukar bagi SEMDUTA mencapai kejayaan-
kejayaan yang diharapkan. Sebagai peneraju SEMDUTA dan penasihat PIBG di sekolah ini, saya amat
berbangga dan berasa terhutang budi kepada barisan AJK PIBG dan para ibu bapa yang sentiasa menjadi
tulang belakang kepada pihak sekolah membangunkan kecemerlangan sekolah.
Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi
kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Hanya dengan kerjasama semua
pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina menjadi insan yang cemerlang dari
segi sahsiah, akademik serta kokurikulum. Akhir kata semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam
menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berilmu dan cemerlang
seterusnya menjadi rakyat yang sentiasa berjasa kepada agama, bangsa dan negara Malaysia. 1 TEAM,
1GOAL, 1SEMDUTA.
Sekian, terima kasih.
SURYANI BINTI ISMAIL,
Pengetua,
SMK DAMANSARA UTAMA
7
8
SMK DAMANSARA UTAMA
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33
Tarikh : 23 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa
Tempat : 9.00 pagi
Kehadiran
: Dewan Sri Budiman, SMK Damansara Utama
: Ibu bapa secara fizikal : 22 orang
: Ibu bapa secara maya : 37 orang
Guru : 44 orang
Jumlah : 103 orang
1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 2021
Y. Bhg. Dato’ Hj. Ahmad Shalimin bin Hj. Ahmad Shaffie Yang Dipertua PIBG 2021/2022 telah
mempengerusikan mesyuarat. Pengerusi mengucapkan salam dan merakamkan penghargaan dan
terima kasih kepada barisan AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa yang telah melapangkan masa untuk
hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33 sama ada secara fizikal atau secara maya.
Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana mesyuarat agung tahunan ini berjaya direalisasikan
walaupun agak terlewat lantaran pandemik COVID-19 yang melanda negara. Namun setelah kita
memasuki fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, kita dapat menunaikan tanggungjawab ini secara
bersemuka dan hybrid demi memenuhi tuntutan Sarana Ibu bapa dalam Anjakan ke-9 PPPM.
Pada kesempatan tersebut juga, beliau merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak
sekolah dan semua guru kerana dapat terus mendidik anak-anak walaupun mendepani pelbagai
cabaran dan kekangan pada era pandemik ini. Kerja keras dan komitmen yang tinggi telah dibuktikan
dengan pencapaian cemerlang kelulusan 100% dalam SPM 2020.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada guru yang telah bersara,
dinaikkan pangkat dan berpindah sekolah.
Yang Dipertua PIBG juga melahirkan komitmen AJK PIBG akan terus membantu pihak sekolah dalam
usaha memperkasakan SEMDUTA yang dikasihi.
9
2.0 PEMBENTANGAN MINIT DAN LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG YANG LALU
2.1 Membentang dan Meluluskan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-32
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-32 dibentangkan oleh Setiausaha PIBG, Pn. Norhayatul Hassanah
binti Mohd Noor. Pengerusi meminta para hadirin menyemak dan meneliti Minit Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke-32 itu untuk diterima dan disahkan.
Pn. Teoh Chiew Chuan mencadangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-32 diterima dan disahkan.
Cadangan disokong oleh Pn. Saidatul Kesuma Dewi
dan diterima sebulat suara oleh semua ibu bapa.
2.2 Pembentangan Laporan Tahunan PIBG Yang Lalu
Setiausaha Kehormat, Pn. Norhayatul Hassanah binti Mohd Noor membentangkan Laporan Aktiviti
PIBG yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang sesi 2020/2021.
.
Setiausaha telah memaklumkan pembetulan maklumat dalam Laporan Akademik iaitu pada muka
surat 43. Terdapat tambahan aktiviti iaitu Perkampungan Ilmu. Bagi unit Kokurikulum pula, terdapat
pembetulan nama pertandingan iaitu pada muka surat 50, pasukan ragbi U15 (P), pertandingan
tersebut ialah JUMBO Alor Gajah, bertempat di MRSM Alor Gajah.
2.3 Pembentangan Laporan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2020/2021
Pn. Shamalatha a/p Subramaniam selaku Bendahari PIBG, membentangkan laporan pendapatan dan
perbelanjaan PIBG sesi 2020/2021 yang berakhir pada 31 Disember 2020
Pn. Catherine Cheong mencadangkan Laporan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2020 yang dibentangkan
itu diterima dan diluluskan, lalu disokong oleh Pn. Zohriah binti Abdul Hamid tanpa sebarang pindaan.
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan.
4.0 PERKARA BAHARU
4.1 PERBINCANGAN USUL
USUL / CADANGAN IBU BAPA
4.1.1 Encik Khairul Anuar bin Abdul Azid mengusulkan agar pihak sekolah tidak melepaskan
tanggungjawab 100% kepada pelajar-pelajar senior dalam apa sahaja proses pemilihan menjadi
AJK, pemimpin pelajar, pustakawan, pengawas dan lain-lain. Perlu ada panel pemilih dalam
kalangan guru-guru untuk memilih dan membuat keputusan.
10
Pihak sekolah menjelaskan bahawa terdapat beberapa tatacara bagi proses pemilihan setiap AJK,
Pengawas & Pengawas Pusat Sumber. Butirannya adalah seperti berikut;
• Murid perlu menduduki ujian dan temu duga.
• Sesi temu duga dijalankan di bawah seliaan guru.
• Keputusan muktamad pemilihan pengawas terletak pada guru berdasarkan keterampilan murid
daripada semua aspek.
Unit KoKurikulum:
• AJK murid yang dilantik adalah melalui pemilihan guru dan berdasarkan temu duga bersama
guru penasihat dan AGM unit.
4.1.2 Encik Sim Yong Chian mencadangkan agar dilakukan promosi buku digital dan media pengajaran di
dalam kelas.
Pihak sekolah menjelaskan bahawa tindakan telah diambil berkaitan perkara berikut.
a) Bagi mempromosikan buku digital, sekolah telah mewujudkan e-platform digital library dan
boleh diakses melalui link di bawah:
https://smkdamansarautama.eplatform.co/
b) Sekolah dalam proses menyediakan platform digital iaitu TV PSS untuk diakses oleh semua
warga SEMDUTA.
4.1.3 Pn. Noorul ingin tahu mengapakah murid-murid group B perlu mengambil peperiksaan dahulu
daripada group A? Ini adalah tidak adil kerana Group A telah dapat menghadiri sekolah
untuk 2 minggu sebelum murid-murid Group B. Mereka dapat belajar secara bersemuka bersama
guru-guru dalam tempoh yang lebih lama. Keadaan ini adalah tidak adil sedangkan rata-rata murid
bersetuju bahawa pembelajaran dalam talian tidak mudah dan sukar untuk difahami oleh
mereka.
Beliau mencadangkan agar peperiksaan dianjakkan selama seminggu untuk berlaku adil kepada
Group A dan Group B.
Pihak sekolah telah mengambil tindakan terhadap perkara ini di mana Jadual Pentaksiran Sumatif 2
2021 telah ditetapkan mengikut penggiliran seperti berikut:
Kumpulan A: 5 - 19 Nov 2021
29 Nov – 3 Dis 2021
Kumpulan B: 22 – 26 Nov 2021
6 – 10 Dis 2021
11
Catatan: Jumlah hari bersemuka Kumpulan A sehingga tarikh Pentaksiran Sumatif 2 2021 berjumlah
5 Hari. Bagi Kumpulan B pula adalah 10 hari.
Jadual asal yang telah disediakan oleh pihak sekolah adalah sama bilangan hari bersemuka bagi
kedua-dua kumpulan.
USUL / CADANGAN PIHAK SEKOLAH
4.1.4 Pihak Sekolah mengadakan kutipan dana untuk menukar lantai dan pintu dewan.
Anggaran kos untuk menukar lantai dan pintu dewan serta mengecat asrama adalah
seperti berikut:
Bil Bahagian Dewan Anggaran Kos
1. Lantai dewan RM 40000
2. Pintu dan tingkap RM 33000
3. Mengecat 2 blok bangunan asrama RM 46000
RM 119000
Jumlah
Sehingga bulan September 2021, pihak sekolah telah melakukan beberapa penambahbaikan pada
dewan seperti berikut:
Bil Bahagian Dewan Sumber Kewangan Kos
1. Bumbung PIBG RM 49900
2. Siling dalam dan luar PPD RM 6000
3. Lantai pentas RM 5398
SEKOLAH RM 61298
Jumlah
Usul menaik taraf dewan dan prasarana sekolah telah mendapat sokongan dan kelulusan sebulat
suara daripada pihak ahli mesyuarat sama ada secara fizikal ataupun secara maya.
4.1.5 Pn. Shamalatha a/p Subramiam mencadangkan agar ibu bapa dapat memberi sumbangan sebanyak
RM 100 bagi setiap keluarga untuk menampung perbelanjaan pihak sekolah. Sumbangan boleh
disalurkan secara pindahan wang ke dalam akuan bank PIBG.
Puan Pengetua memaklumkan bahawa pada tahun ini tiada kutipan bayaran Majalah Sekolah kerana
Majalah Sekolah tidak akan diterbitkan ekoran tidak banyak aktiviti yang berlangsung secara
12
bersemuka. Namun begitu, sebuah majalah berbentuk memori akan diterbitkan khusus untuk murid-
murid Tingkatan 5 2021 atas permintaan murid-murid. Memori tersebut berketebalan 44 muka surat
berwarna dan melibatkan kos RM20.00 akan hanya dijelaskan oleh murid-murid Tingkatan 5 sahaja.
Usul sumbangan tahunan PIBG berjumlah RM100 sekeluarga telah dilulus dan disokong oleh ibu bapa
secara sebulat suara.
4.2 PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2021/2022
4.2.1 Tiada pelantikan dan pemilihan AJK pada tahun ini kerana pemilihan dilakukan dua tahun sekali.
4.2.2 Senarai AJK PIBG 2021/2022 adalah seperi butiran berikut.
Jawatan Nama AJK Nama Anak
Penasihat / Pn. Hjh. Suryani binti Ismail Pengetua
Pengetua
Yang Dipertua Y. Bhg. Datuk Ahmad Shalimin bin Ahmad Aiman Shakir Nazli
Shaffie (2 Kiambang)
Naib Yang Dipertua En. Raja Mohd Sukry Bin Raja Mohamad Raja Nor Aiman Sufi (5 Meranti)
Setiausaha Pn. Norhayatul Hassanah binti Mohd Noor Guru
Kehormat
Bendahari Kehormat Pn. Shamalatha a/p Subramaniam Guru
AJK Ibu Bapa En. Yong Meng Keet Justin Yong (5 Jati)
En. Muhammad Akmar Bin Kasim Mira Amelia (2 Cempaka)
Pn. Rekha Dutt Neil Roy (4 Meranti)
Pn. Farah Diba binti Abd Talib As’ad El-Zakry (4 Keruing)
Pn Saidatul Kesuma Dewi Sastrosutikno Suyanto (3
Anggerik)
Pn. Teoh Chiew Chuan Teoh Enxi (5 Cengal)
En. Ahmad Zakir Bin Hj Abdul Rahman Siti Nor Aleeza (2 Mawar)
Pn. Risahida Bt Bahari (Asrama) Syaza Najihah (5 Meranti)
AJK Guru Pn. Nadeerah bt Abd Wahab Guru
Pn. Tan Wai Soo Guru
Pn. Wan Asmawani bt Wan Ibrahim Guru
Pn. Rosniza Ahmad (Asrama) Guru
13
Juruaudit Luar (Ibu Dato’ Ahmad Rizal Bin Abdul Rahman Raihana (5 Keruing)
bapa) Pn. Anisha Bt Mohd Sulan Guru
Juruaudit Dalaman
(Guru)
5.0 HAL -HAL LAIN
5.1 Tiada hal-hal lain yang dibincangkan.
6.0 UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Yang Dipertua PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang hadir secara fizikal
atau secara maya dan guru-guru yang sudi hadir untuk menjayakan mesyuarat agung PIBG kali ke-33 ini
walaupun berdepan halangan pandemik COVID-19. Perjumpaan setahun sekali ini amat penting kerana
banyak perkara dapat diselesaikan dalam mesyuarat ini dan beliau juga berharap agar kerjasama erat ini
akan diteruskan bagi memacu kecemerlangan SEMDUTA.
6.2 Yang Dipertua menangguhkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 pada pukul 10.05 pagi.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
……………………… ……………………………
NORHAYATUL HASSANAH BINTI MOHD NOOR
DATUK HJ. AHMAD SHALIMIN B. HJ. AHMAD
Setiausaha Kehormat PIBG SHAFFIE
SMK Damansara Utama
Yang Dipertua PIBG
SMK Damansara Utama
14
INTISARI UCAPAN PENGETUA
Pn. Suryani binti Ismail
(Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-33)
Bismilah.
Salam.
Terima kasih kepada Pn Siti Rahayu binti Hairam selaku Pengacara Majlis. Saya merafakkan rasa syukur
kepada Allah kerana pada pagi ini MAT PIBG Kali ke-33 dan Majlis Anugerah Cemerlang 2021 dapat
dilaksanakan walaupun agak lewat daripada sepatutnya atas sebab-sebab yang semua sedia maklum. Saya
mengalu-alukan kehadiran YB Datuk Hj Ahmad Shalimin bin Haji Ahmad selaku YDP PIBG, barisan AJK ibu
bapa, barisan pentadbir, guru-guru, dan ahli mesyuarat yang ada di dalam dewan Sri Budiman ini dan yang
turut hadir secara maya. Kehadiran dan sokongan semua pihak hari ini mencerminkan kesatuan kita dalam
memberi sokongan dan komitmen demi memajukan pencapaian anak-anak khasnya serta mengangkat nama
sekolah ini yang sememangnya antara lima terbaik dalam Petaling Utama.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 56 orang guru yang telah bekerja keras
dalam memastikan kejayaan majlis hari ini, guru-guru ini lah yang menyusun dan mengelap kerusi meja,
menyapu , menghias dewan, menyediakan sijil, dan macam-macam lagi tugasan bukan hakiki dibuat dengan
berlapang dada, pada masa yang sama mereka tidak mengabaikan tugas hakiki iaitu mengajar anak-anak
Ting 5 secara semuka, datang membantu selepas melaksanakan PdPR malah ada yang laksanakan kedua-
duanya. Lebih membanggakan lagi kerja-kerja perkeranian seperti mengisi maklumat untuk proses
vaksinisasi 1008 orang murid, membantu di Pusat Vaksin, menyediakan kelas untuk menerima kembali
murid-murid ke sekolah, dll tugas tambahan oleh itu jika ada kesilapan, kelewatan atau kekeliruan semasa
guru-guru ini berurusan dengan tuan-puan atau dengan anak-anak mereka janganlah marah-marah, berilah
maklum balas yang membina dan tidak dibesar-besarkan.
Terima kasih juga kpd dua belas orang staf sokongan, empat orang pekerja kebersihan dan tujuh orang
pengawal keselamatan yang sentiasa bersedia menyumbang tenaga dan idea bagi memperkasa SMK
Damansara Utama.
Saya juga mengalu alukan kehadiran beberapa orang murid yang akan membantu guru-guru, saya percaya
mereka buat secara sukarela, pengalaman membantu guru dalam majlis-majlis rasmi sekolah adalah satu
bentuk pendidikan tidak formal yang sebenarnya sangat berharga dan akan dingat sampai bila-bila.
Ahli Mesyuarat yang Dihormati
Persatuan ini adalah milik kita, aktif atau tidak, sihat atau tidak status kewangannya, banyak atau kurang
membantu kebajikan ahli terutama anak-anak di sekolah ini bergantung kepada kita. Tahniah dan terima
kasih kepada AJK Sesi 2020/21 di bawah kepimpinan Datuk Haji Ahmad Shalimin dibantu oleh YM En Raja
dgn 9 orang AJK ibu bapa yang begitu komited, menariknya setiap biro yang diketuai oleh AJK ini ada pasukan
Kumpulan Sarana Ibu Bapa yang sentiasa menyambut inisiatif atau aktiviti yang dijalankan oleh biro-biro ini
dgn memberi sumbangan idea, tenaga dan wang ringgit. Buktinya dalam tempoh setahun lapan bulan ini
walaupun pergerakan kita agak terbatas tetapi aktiviti PIBG tetap berjalan seiring dengan lima tujuan PIBG
ditubuhkan berdasarkan Akta Pendidikan Tahun 1996 iaitu:
1) Sebagai forum utk membincangkan hal-hal kebajikan murid dalam sekolah seterusnya meningkatkan
imej sekolah, untuk itu misalnya program Suapan Kasih, dan Bakul Makanan dijalankan.
15
2) Membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan
murid dalam kegiatan mereka oleh itu sumbangan PIBG dalam menyediakan peralatan untuk aktiviti
sukan dan koku, serta menambah baik bilik sukan sehingga SEMDUTA berjaya menghasilkan bintang
sukan dalam sukan GOLF, lawan pedang beberapa contoh dan terbaharu bakat e-sukan,
menampakkan impak yang sangat positif.
3) Membolehkan ibu bapa dan guru bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai Pendidikan.
Sehubungan itu beberapa sesi dialog kualiti atau Dialog Prestasi dengan ibu bapa dan calon SPM 2021
telah diadakan pada bulan Julai. Manakala Take Home Test juga berjaya diadakan pada bulan Jun
dengan kerjasama semua ibu bapa.
4) Memberi peluang kpd ibu bapa dan guru berunding antara satu sama lain untuk memperbaik taraf
pendidikan anak-anak, jadi maklum balas yang diberi oleh ibu bapa dan tindak susul yang diambil
oleh sekolah daripada maklum balas dan cadangan ibu bapa berkaitan PDPR telah beberapa kali
dibuat. Sehingga Jadual Waktu sehingga minggu ini adalah Versi yang ke-9. Begitu juga dari segi SOP
untuk pembukaan semula sekolah. Kami sangat menghargai dan membuka pintu untuk
perbincangan.
5) Membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah berusaha menambah kewangan sekolah dan
meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan PdP, hal ini dibuktikan
dengan komitmen ibu bapa memberi sumbangan RM100 kpd Tabung PIBG bagi sesi persekolahan
2021 walaupun MAT belum diadakan, melalui sumbangan inilah kerja-kerja membaik pulih dan
menyelenggara kemudahan fizikal dapat dijalankan terutama dari segi pendawaian elektrik dan
bekalan air, bumbung, menebang pokok-pokok dan lain-lain keperluan asas untuk 1008 murid dapat
dibuat. Terima kasih daun keladi, kita perlu dana lagi.
Ahli Mesyuarat yang saya hormati.
Adalah menjadi harapan saya agar pada penghujung mesyuarat hari ini nanti kita akan dapat mencapai kata
sepakat berkaitan usul-usul ke arah sekolah berkualiti dan kemenjadian murid. Yang lebih penting komitmen
untuk menggerakkan usul dan cadangan agar menjadi kenyataan bukan sekadar bersemangat ketika
membahaskan usul dan memberi cadangan tetapi meminta serta menunggu ajk atau guru atau pihak lain
untuk melaksanakannya. Akhir kata daripada saya jika ada kekurangan dan kelemahan terutama dari segi
teknikal kami minta maaf kerana guru-guru bekerja dalam keadaan peranti serta gajet yang minimum. Kami
budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. Terima kasih sekali lagi atas sikap tolak ansur, dan kata-
kata semangat yang kami terima daripada ibu bapa tanpa PIBG SEMDUTA yang kuat, kita tidak akan berada
dalam kedudukan hari ini, iaitu sekolah yang menjadi pilihan ibu bapa bukan sahaja dalam Damansara, PJ
dan KL tetapi sampai ke Kajang, Gombak dan Sepang. Selamat bermesyuarat.
16
KEHADIRAN NAMA IBU BAPA PIBG 2021 KALI KE-33
BIL NAMA IBU BAPA NAMA MURID KELAS
1 LALITA RAKKIYAPPAN THARRENDIRA MOGANA SUNDRAM 1A
2 NOR SUHANI BINTI MOHD NOR ADAM DANISH B DANIEL MURUGAN 1A
MOHAMAD DANISH AQEAL B MOHAMAD
3 ANISHA BINTI MOHD SULAN RIDUAN 1A
4 NOR SUHAINI BT MOHD NOR ADAM DANISH BIN DANIEL MURUGAN 1A
5 FAIROOZ BT KHALEEQUE AHMAD AHMAD MUNEER JALANI 1C
6 FAZLINA IHZAN BINTI DATO’ KHALIL ALYSSA FAIQAH BINTI ADAM KAMAL 1C
7 WAN NOR ROSNANI BT WAN HUSSIN RAZIQUE KYLE RYAN BIN ROSLAN 1C
8 KUMUTHA YAHAMBARAM DESHVIND MARAN MUGUNTHAN 1C
9 AFIDA IBRAHIM MEGAT ARMIN BIN MEGAT SHAHRUL AZAM 1C
10 NORA SHIRDA BINTI MOHD NOOR KHALIS ZULKARNAIN BIN ANA NUR'AFIFI 1C
11 WAN NURMAWATI BINTI ABDUL RANI SAYANG ALEEYA BINTI REDUAN 1D
12 SOUNTIRAVALLY A/P RJU SURITHA A/P MURUGESAN 1D
13 MOHD FITRI REZA NUR ALIA ADRIANA 1D
14 VASANTHA KUMAR A/L VADIVELOO KAVIARASU A/L VASANTHA KUMAR 1D
15 HANA MUHD IDRIS TENGKU NADRA AMANI BINTI TENGKU OMAR 1D
16 AZLIANA BINTI SAMSUDIN MUHAMMAD AKMAL BIN MOHD GHAZALI 1D
17 MURUGESAN A/L RAJU SURITA A/P MURUGESAN 1D
18 WAN SYASLIZA BT MOHAMED THANI MARYAM DALILAH BINTI KHAIRI EZWAN 1M
19 ZULKIFLI BIN ABDUL RAHMAN NURUL QISTINA BINTI ZULKIFLI 1M
20 CHEONG YEE HOU, CATHERINE JULIAN SIAH 2A
21 NORMILA BINTI AZMI DANILLA ADJZWATULL QHAEIRANISSA ELLSA 2A
22 NORHAFIZAH KASBON ADAM HAIQAL BIN KAMARULAZHA 2A
23 AZAM A. JALIL ALANNA CITRA RAQIYA 2A
24 KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL AZID KHAIRUL DAMIA BINTI KHAIRUL DAMIA 2C
25 KHAIRIAMRI BIN AHMAD MUHAMMAD AQEEL BIN KHAIRIAMRI 2K
26 NOR FASMAH BINTI HAMADUN NUR FARIZA ZUHAYRA BINTI ZULKEFLI 2K
27 SIEW SUET CHING WOO JIAN FU 2K
28 ZULKEFLI BIN ABDUL RAUF NUR FARIZA ZUHAYRA BINTI ZULKEFLI 2K
29 TENGKU MAZURA DIANA MEGAT SHAREEF ZAFRAN 2K
30 AIMA HANIM BINTI HUSSIN HAIKAL AZIM 2M
31 KASTURI BIN YUSUP HAIKAL AZIM 2M
32 HASLINI BT AB HALIM MUHAMMAD SYAHIR BIN ROSLAN 2M
33 ROHANA BINTI MAT AHMAD AMMAR BIN AZRIN 2M
34 NORSHAKINA SHAHRUDIN AIMAN WONG KHAI JIEN 2M
35 SOGINYONO BIN MASDI ANDRE MUSMULYADI B. SOGINYONO 2M
36 MOHD AZMI BIN AB RAHMAN NUR AZMINA BINTI MOHD AZMI 2M
37 ZAILILA BT IBRAHIM AIDIE ISKANDAR B. RAZALEE 2M
38 UBAIDAH ROSLI UQAIL BIN MARWAN AZIZI 3A
39 NORHAZIMA BINTI YAACOB KAMILIA HANNANI BT MOHAMAD FAIZAL 3A
AKMAL
40 RAZMAN BIN SAMSUDIN EIRFAN BIN RAZMAN 3A
41 LIANA HARIS EIRFAN BIN RAZMAN 3A
17
42 COURTNEY TAI SOOK YEE NATASHA HO ZHI-YING 3C
3D
43 NOOR AZRINA BT MOHAMAD ANUAR NUR BALQIS QISTINA BINTI MOKHTAR 3T
4C
44 HAIRNANI BINTI IBRAHIM AKIBE SHAFIQAH HUMAIRAA BINTI SAMSUDIN 4J
4J
45 AHMAD AMINUDDIN B MAT TAIB PUTERI RANIA AERISSA 4M
5B
46 SULIANA BT SALEH NURUL JASMINE BT BADRUL HISHAM 5B
5C
47 BADRUL HISHAM BIN BESRI NURUL JASMINE BT BADRUL HISHAM 5C
5C
48 REKHA DUTT NEIL ROY 5J
5J
49 NUR RASHAD A RAHMAN AFEEQ NAUFAL BIN NUR RASHAD 5K
5K
50 NOOR AZLIANA BINTI ALIAS AFEEQ NAUFAL BIN NUR RASHAD 5M
5M
51 DR. CHANDRA KUMAR A/L KRISHNAN DARSHAN CHANDRA KUMAR
52 HAFIDZ RIZAL BIN ABDUL RASHID PUTERI ZAWIYAH BINTI HAFIDZ RIZAL
53 TEOH CHIEW CHUAN TEOH ENXI
54 YONG MENG KEET JUSTIN YONG WENN WEII
55 ASMA HANA DATO' AHMAD MUHAMMAD AFIQ JOSI RIZAL
56 ROHAYA BINTI AHMAD RAMLLY MUHAMMAD AFIQ AISAR BIN ARSHAD
57 EZREEN AZLINA BT ABD RAHMAN SOPHEA BINTI SAIFUL
58 NOR HAIZAN BINTI HARUN NUR ERINA FALISHA BINTI MAZLAN
59 AMAT SANO BIN REBU AYU UMAIRAH BINTI JAMIRAN
18
SENARAI NAMA KEHADIRAN GURU PIBG KALI KE-33
BIL NAMA GURU
1 SURYANI BINTI ISMAIL (PENGETUA)
2 NOR AZIZAH BINTI MUHAMUD ZAIN (PENOLONG KANAN)
3 ARPAH JUDIN (PK HAL EHWAL MURID)
4 NOR ANIM BINTI WAHAB (PK KOKURIKULUM)
5 NORHAYATUL HASSANAH BINTI MOHD NOOR (GKMP TEKNIK & VOKASIONAL)
6 SHAMALATHA A/P SUBRAMANIAN (GKMP BAHASA)
7 TAN SIEW ING (GKMP KEMANUSIAAN)
8 ANISHA BINTI MOHD SULAN (GKMP SAIN & MATEMATIK)
9 ABDULLAH BIN ISMAIL
10 ANNADURAI A/L SUBRAMANIAN
11 ASRUL BIN OTHMAN
12 CHONG LI MOI @ VICKEY CHONG
13 DAINA AB HALIM
14 FATIN FAIRUZ BINTI MOHD FARIDUL ATRASH
15 HARIYANA BINTI WADZIR
16 HASNIAH BINTI ZAINAL ABIDIN
17 ILYANA BINTI MOHAMAD HILMI
18 JULILAH BINTI HARON
19 KANG SHIN GAIK
20 LEKHA SHARMA
21 MALINI A/P MOHANANDASS
22 MOHAMAD BISYRUN BIN MOHAMAD KHAIRI
23 NAJWA BINTI KHASIM
24 NIK NOR DALILA NOOH
25 NIK NURUL NUSRATINA BINTI ZAWADI
26 NOOR AZIRA BINTI IBRAHIM
27 NOOR HASMIDA BINTI ABDULLAH
28 NOOR SALIMATUL ALIZA BINTI MAT YUNUS
29 NOR AZIFAH BINTI MOHAMAD NAWI
30 NOR SYAZWANI RASHID
31 NUR AMIRA SYAMIMI BT RUSLAN
32 NUR ARTIKA BINTI ABDUL RAHMAN
33 R. MOGANA DEVI
34 RAFIDAH BINTI RAHMAT
35 ROSNIZA BINTI AHMAD
36 SHAJARATUDDUR BINTI MOHAMAD SHUKRI
37 SITI HASNI BT DENAM
38 SITI RAHAYU BT HAIRAM
39 SU LING
40 WAN ASMAWANI BINTI WAN IBRAHIM
41 WONG SUING MING
42 YEAP LEE KIEN
43 ZAITON BINTI MAHAD
44 ZOHRIAH BINTI ABDUL HAMID
19
20
LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2021/2022
1.0 PENDAHULUAN
PIBG sesi 2021/2022 telah bersidang sebanyak dua kali bagi membincangkan perancangan dan
pelaksanaan aktiviti yang bersesuaian demi melonjakkan kecemerlangan prestasi SMK Damansara Utama
dalam bidang kurikulum, kokurikulum mahupun sahsiah dan kemenjadian murid. Pembentukan enam biro
khas dalam organisasi PIBG dibuat bagi melancarkan pengurusan dan pentadbiran.
2.0 AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : Puan Suryani binti Ismail
Yang Dipertua PIBG : Datuk Ahmad Shalimin bin Ahmad Shaffie
Naib Yang Dipertua : Y. M Raja Mohd Shukry bin Raja Mohamad
Setiusaha Kehormat : Puan Norhayatul Hassanah binti Mohd Noor
Bendahari Kehormat : Puan Shamalatha a/p Subramaniam
Biro Kewangan : Puan Shamalatha a/p Subramaniam
:
Biro Akademik dan ICT : Puan Rekha Dutt(K)
: Puan Teoh Chiew Chuan
: Puan Nor Azizah binti Muhamud Zain
: Puan Nadeerah binti Abdul Wahab
Biro Kokurikulum : Puan Saidatul Kesuma Dewi binti Ismail (K)
: Puan Nor Anim binti Wahab
: Puan Siti Hasni binti Denam
: Puan Daina binti Abdul Halim
Biro Disiplin dan Keselamatan: Encik Muhammad Akmar bin Kasim (K)
: Puan Shajaratuddur binti Mohd Shukri
Biro Pembangunan : Y. M Raja Mohd Shukry bin Raja Mohamad(K)
Biro Kebajikan, Pembangunan: Puan Farah Diba binti Abu Talib(K)
Insan, Asrama dan Alumni : Puan Rishahida binti Bahari
: Puan Wan Asmawani binti Wan Ibrahim
Juruaudit Luar (Ibu Bapa) : Dato’ Ahmad Rizal bin Abdul Rahman
Juruaudit Dalam (Guru) : Puan Yeap Lee Kien
3.0 AKTIVITI PIBG 2020
PIBG SEMDUTA sesi 2021/2022 telah berjaya merancang dan melaksanakan program serta aktiviti
yang dapat membantu melonjakkan prestasi cemerlang sekolah ini. Biro-biro telah dibentuk dan diberi
peruntukan kewangan mengikut keutamaan bidang masing-masing bagi melaksanakan program-program
yang membawa manfaat kepada para pelajar dari segi penyelenggaraan kemudahan asas, peningkatan
prestasi akademik dan kokurikulum sekolah, di samping melaksanakan program-program pembangunan
insan. Dana PIBG diperoleh daripada pelbagai sumber sama ada daripada pihak individu, korporat mahupun
syarikat swasta. Namun memandangakan tahun 2021, negara masih berhadapan dengan masalah
pandemik Covid-19 terdapat kekangan dalam melaksanakan beberapa program yang telah dirancang.
21
3.1 Biro Akademik dan ICT
Ketua : Puan Rekha Dutt
: Puan Teoh Chiew Chuan
: Puan Nor Azizah binti Muhamud Zain
: Puan Nadeerah binti Abdul Wahab
Kecemerlangan akademik merupakan agenda utama PIBG dan pihak sekolah sama ada di peringkat
PT3, SPM mahupu pentaksiran dan peperiksaan dalaman. Biro kurikulum PIBG dan Jawatankuasa
Kurikulum Sekolah sentiasa bekerjasama menjana idea untuk merancang dan melaksanakan
pelbagai program peningkatan prestasi murid di sekolah ini.
• Modul PINTAS Tingkatan 4 dan 5 – Soalan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Selangor.
• Bayaran Servis/Sewaan- Mesin Fotostat untuk Bahan-Bahan Akademik
• Suapan Kasih
• Program Cemerlang PcSPM 2021.
3.2 Biro Kokurikulum
Ketua : Puan Saidatul Kesuma Dewi binti Ismail
: Puan Nor Anim binti Wahab
: Puan Siti Hasni binti Denam
: Puan Daina binti Abdul Halim
Sepanjang tahun 2021, tiada bayaran untuk aktiviti kokurikulum.
3.3 Biro Disiplin dan Keselamatan
Ketua : Encik Muhammad Akmar bin Kasim
: Puan Shajaratuddur binti Mohd. Shukri
Biro Disiplin dan Keselamatan PIBG ini dibentuk bagi membantu pihak sekolah melaksanakan
program berkaitan kemenjadian sahsiah dan jati diri para pelajar, di samping meletakkan keselamatan warga
sekolah sebagai satu keutamaan sepanjang waktu persekolahan. Biro ini bekerjasama erat dengan Unit Hal
Ehwal Murid (HEM).
3.4 Biro Pembangunan
Ketua : Y.M Raja Mohd Shukry bin Raja Mohamad
Pelbagai projek penyelenggaraan, baik pulih dan penggantian kemudahan sekolah dijalankan di
bawah biro pembangunan. Usaha yang dilaukan dapat memberikan keselesaan kepada semua warga
SEMDUTA.
• Kerja ubahsuai makmal biologi
• Baik pulih surau
• Menebang pokok kelapa
• Fogging Kawasan sekolah dan asrama
• Papan tanda form board
3.5 Biro Kebajikan, Pembangunan Insan, Asrama dan Alumni
Ketua : Puan Farah Diba binti Abu Talib
: Puan Rishahida binti Bahari
: Puan Rosniza binti Ahmad
: Puan Wan Asmawani binti Wan Ibrahim
22
Banyak sumbangan yang disalurkan oleh pihak PIBG bagi memastikan kebajikan murid-murid
SEMDUTA dan begitu juga kebajikan murid-murid yang tinggal di asrama.
• Token untuk Pn. Azlin
• Khidmat RELA
• Bayaran sewaan Retokil
• Persaraan (En. Ismail, Pn Shanthi dan Pn Jayanthi)
3.7 Sekretariat PIBG
Wang sumbangan PIBG turut disalurkan kepada urusan sekretariat PIBG dalam usaha melancarkan
pelaksanaan urusan PIBG itu sendiri.
• Bateri van sekolah dan servis
• Jamuan ringan mesyuarat AJK PIBG Bil 5
• Rubber stamp PIBG
• Bayaran Kad Touch and Go van sekolah
• Elaun memandu
• Servis dan baik pulih van sekolah
• Insurans dan cukai jalan van sekolah
• Majlis Anugerah Cemerlang
• Home Wireless Family Ultimate untuk PSS
• Bangku kerusi kantin
4.0 PENUTUP
PIBG sesi 2021/2022 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan semua program anjuran
PIBG dan pihak sekolah sepanjang sesi tersebut. Barisan AJK PIBG yang telah dilantik sebagai perwakilan
ibu bapa juga telah memberikan komitmen padu dan kesepakatan yang kukuh umpama aur dengan tebing
dengan pihak sekolah demi kepentingan anak-anak di sekolah ini. Semoga permuafakatan erat ini akan
berterusan membudayai perjalanan pengurusan PIBG SEMDUTA pada masa akan datang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
……………………. ……………………
(DATUK AHMAD SHALIMIN BIN AHMAD SHAFFIE)
(NORHAYATUL HASSANAH BINTI MOHD NOOR) Yang Dipertua PIBG SMK Damansara Utama
Setiausaha Kehormat PIBG
23
24
AKUAN AHLI JAWATANKUASA PIBG
Pada pendapat kami, ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Damansara Utama,
segala butir-butir penyata kewangan yang dilampirkan telah disusun supaya menunjukkan gambaran
yang benar dan saksama mengenai kedudukan pada 31 Disember 2021 dan hasil perjalanannya bagi
tahun berakhir 31 Disember 2021 serta aliran tunainya untuk tahun tersebut.
Bagi pihak ahli-ahli Jawatankuasa PIBG;
Puan Shamalatha Subramaniam Datuk Ahmad Shalimin bin Ahmad Shaffie
Bendahari Kehormat PIBG Sesi 2021/2022 Yang Di-Pertua PIBG Sesi 2021/2022
LAPORAN JURUAUDIT DALAMAN
Kami telah mengaudit penyata kewangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Damansara Utama yang
mengandungi lembaran imbangan pada 31 Disember 2021 dan penyata pendapatan dan
perbelanjaan, bagi tahun tersebut. Kami percaya bahawa bukti audit yang kami perolehi adalah
mencukupi dan menyediakan asas yang munasabah bagi pembentukan pendapat kami.
Pada pendapat kami, penyata kewangan telah disediakan untuk memberi gambaran yang benar dan
saksama mengenai penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 dan kedudukan
kewangan serta aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut.
Puan Anisha Binti Mohd Sulan Dato' Ahmad Rizal Bin Abdul Rahman
Juruaudit Dalaman PIBG Sesi 2021/2022 Juruaudit Dalaman PIBG Sesi 2021/2022
25
26
27
28
29
30
Kepada
Juruaudit Dalaman
PIBG SMK DAMANSARA UTAMA
Sesi 2021 / 2022
PENGESAHAN BAKI TUNAI DI TANGAN PADA 31 DISEMBER 2021
Saya, Shamalatha Subramaniam (Bendahari PIBG PIBG SMK DAMANSARA UTAMA) dengan ini mengesahkan
bahawa baki tunai sebanyak RM35.65 pada 31 Disember 2021, adalah di dalam pegangan saya.
Yang Benar,
_______________
Shamalatha Subramaniam
31 Disember 2021
31
32
1.0 Pendahuluan
SMK Damansara Utama telah melaksanakan pelbagai program peningkatan presatasi
akademik dalam usaha melonjakkan kecemerlangan prestasi akademik murid-murid di
sekolah ini. Program-program peningkatan prestasi yang dirancang sentiasa mendapat
sokongan penuh daripada PIBG dan ibu bapa dari segi perkongsian idea, kepakaran, tenaga
dan masa serta pembiayaan kewangan bagi menampung sebahagian kos pelaksanaanya.
2.0 Latar Belakang Murid
Berikut merupakan pecahan pelajar lelaki dan perempuan mengikut tingkatan yang terdiri
daripada murid tingkatan satu hingga lima.
Tingkatan Lelaki Perempuan Jumlah
Satu 104 96 200
Dua 112 88 200
Tiga 103 98 201
Empat 106 109 215
Lima 92 88 180
517 479 996
Jumlah
Jadual 1 : Pecahan Mengikut Tingkatan 1 hingga 5
3.0 ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AWAM
Tahun Peratus Lulus Gred Purat Sekolah (GPS) Perbezaan
2018 100% 2.49
2019 100% 2.59 -0.01
2020 100% 3.18 -0.59
2021 100% 2.95 + 0.23
Jadual 2 : Analisis Keputusan Peperiksaan Awam dari tahun 2018 hingga 2021
33
Pada tahun 2021, seramai 185 calon telah menduduki peperiksaan SPM
Rajah 1 : Pencapaian Setiap Kelas
Prestasi bagi setiap kelas adalah menunjukkan penurunan dalam tahap yang baik manakala
kelas 5 Jati menaik sebanyak +1.1 manakala 5 Cengal menunjukkan penurunan yang sangat
ketara iaitu sebanyak -2.0 dan mendapat kelas yang cemerlang pada tahun 2021.
MATA PELAJARAN MENAIK DAN MENURUN SPM 2021
Prestasi mata pelajaran merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang diukur dalam setiap mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan
untuk menunjukkan prestasi mata pelajaranialah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP). Nilai
GPMP yang lebih kecil menunjukkan prestasi mata pelajaran yang lebih baik. Terdapat 11
mata pelajaran yang menaik GPMP manakala 5 mata pelajaran yang menurun bagi SPM 2021
34
Graf 11 Subjek Menaik SPM 2021
Rajah 2 : Pencapaian Mata Pelajaran yang menaik
35
Graf 11 Subjek Menurun SPM 2021
Rajah 3 : Pencapaian mata pelajaran yang menurun
Prestasi Mata Pelajaran
Pelaporan analisis prestasi pelajar cemerlang di bawah menunjukkan sebanyak 2 calon
mendapat A+ bagi semua mata pelajaran dan 28 calon SPM 2021 mendapat sekurangnya A-
bagi semua mata pelajaran.
Jadual 2 : Pelajar cemerlang semua A+ dalam mata pelajaran
Mata pelajaran Pencapaian
Ahmad Syahmi Bin Al-Zambri 9[A+]
Mohamed Adam Bin Mohamed Ashraff 9[A+]
36
Mata pelajaran Pencapaian
Ahmad Amien Bin Ahmad Tarmizi 9[A+] 1[A]
Lim Sze Jing 9[A+] 1[A]
Adrienne Francisca Fernandiz 8[A+] 1[A]
Darshan Chandra Kumar 8[A+] 1[A]
Farah Hana Sophia Binti Mohd Fauzi 8[A+] 1[A]
Puteri Zawiyah Binti Hafidz Rizal 8[A+] 1[A]
Sorfina Aqeelah Binti Ibrahim Hussin Salleh 8[A+] 1[A]
Arasan Mark Muthusamy 7[A+] 2[A]
Hayek Al Fayed Bin Abdul Aziz 7[A+] 2[A]
Muhammad Imran Bin Mohamad Shajhan 6[A+] 4[A]
Aneesa Deyas Binti Asri 6[A+] 3[A]
Sayed Mohammad Nasrullah Bin Mohd Noor 6[A+] 3[A]
Adelin Ng Qi Wei 5[A+] 4[A]
Gabriel Ng Weng Yoong 5[A+] 4[A]
Victor Ngow Junxian 5[A+] 4[A]
5[A+] 2[A] 2[A-]
Sharwin Navasanggar
Shaqweeza Binti Ramlan 5[A+] 2[A] 2[A-]
Koo Pui Yee 4[A+] 5[A] 1[A-]
Deena Balqis Binti Izani 4[A+] 4[A] 1[A-]
Muhammad Luqman Bin Mohd Ridzal 4[A+] 4[A] 1[A-]
Ng Jun Wai 4[A+] 3[A] 3[A-]
Angevell Liew Ning Xuen
Noor Binti Megat Fauzi Shukarnain 3[A+] 6[A]
Muhammad Amin Bin Mohd Hafeez 3[A+] 5[A]
Nik Sarah Heidi Binti Nik Feizal Haidi 3[A+] 4[A] 2[A-]
Diviyiasri A/P Suresh 2[A+] 3[A] 3[A-]
1[A+] 6[A] 2[A-]
Jadual 3: Pelajar Cemerlang semua A dalam mata pelajaran
37
38
Laporan Hal Ehwal Murid
1. Kehadiran murid
Kehadiran keseluruhan murid pada bulan Mac adalah tertinggi iaitu 90.91 %.
Bulan Peratus Kehadiran
Mac 90.91 %
April 88.49 %
Mei 86.9 %
Jun 89.9 %
Data kehadiran antara tingkatan pula menunjukkan pola kehadiran tertinggi adalah
di Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
Kelas Purata Peratus Kehadiran 4 bulan
T1 91.38 %
T2 90.28 %
T3 87.95 %
T4 91.94 %
T5 86.53 %
Laporan kehadiran mengikut Tingkatan sepanjang Mac hingga Jun 2022
Tingkatan T1 T2 T3 T4 T5
Mac 90.5% 92.8% 83.6% 96.9% 90.91%
April 92.1% 88.9% 87.7% 87.5% 88.49%
Mei 90.4% 88.3% 90.2% 88.2% 88.83%
Jun 92,5% 91.1% 90.3% 93.3% 81.4%
Kehadiran murid lewat didapati berkurangan secara beransur-ansur daripada Mac ke Jun. Namun
didapati kebanyakan murid yang lewat ke sekolah adalah dihantar oleh ibu bapa dan bukan yang
mengambil pengangkutan awam atau bas / van / kereta sewa /grab.
Bulan Bilangan lewat
Mac 300
April 188
Mei 138
Jun 78
39
2. Kes Disiplin
Kes Bilangan kes
Buli 4
Bergaduh 1
Bawa handphone tanpa kebenaran 65
Rokok / vape 2
3. Sarana ibu bapa
I. suapan kasih
II. Program Ihya Ramadan
III. Sambutan Hari Raya (program RIMUP: Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)
IV. Majlis Berbuka Puasa ASDUTA
V. Sambutan Hari Raya ASDUTA
VI. Gotong royong pendaftaran kemasukkan ke asrama 2022
VII. Keselamatan dan keceriaan kelas
VIII. Aktiviti Kokurikulum
4. Pembersihan sekolah
Kontraktor pembersihan adalah di bawah Syarikat Silika Resourses Sdn Bhd. Syarikat ini menghadapi
masalah dengan pekerja mereka yang sering bertukar dan berhenti kerja. SMK Damansara Utama
dibekalkan kuata 4 pekerja. Namun sering berlaku masalah pekerja kerana:
i. Pekerja sering bertukar ganti. Yang tetap 2 pekerja wanita India yang
sudah berumur dan tidak larat melaksanakan tanggung jawab dengan baik.
Mereka sering MC dan curi tulang apabila bekerja.
ii. Masa bekerja yag tidak tetap kerana mereka selalu terlupa untuk ‘punch
card’. Selalu didapati datang lewat dan balik awal. Juga keluar daripada
kawasan sekolah tanpa kebenaran.
iii. Tidak mencuci tandas murid dan tandas guru menyebabkan tandas sangat
kotor terutama selepas rehat.
Kontrak pembersihan ini akan tamat pada Ogos 2022
40
41
LAPORAN KOKURIKULUM 2021
1.0 PENDAHULUAN
Pada dasarnya, mengikut peraturan semua pelajar di SMKDU diwajibkan untuk mendaftar sebagai
ahli dan mengambil bahagian sekurang-kurangnya satu unit badan beruniform, satu kelab/persatuan dan
satu aktiviti sukan permainan. Hasrat SMKDU adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk
melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
2.0 PELAKSANAAN AKTIVITI
Takwim Kokurikulum SMKDU telah dirancang dengan teliti pada setiap tahun untuk membmbing para
guru dan murid agar dapat menjalankan aktiviti kokurikulum dengan sempurna dan bersistematik. Pelantikan
ahli jawatankuasa bagi setiap unit kokurikulum adalah menepati tugas yang mampu dilaksanakan oleh
semua guru. Pelantikan ahli jawatankuasa murid dalam setiap unit kokurikulum adalah untuk melatih dan
mencungkil bakat kepimpinan murid serta bertujuan meningkatkan sahsiah murni melalui aktiviti kokurikulum
yang disertai.
Unit kokurikulum SMKDU telah berjaya melaksanakan dan menyempurnakan lima kali
perjumpaan bagi setiap unit kokurikulum secara atas talian bermula April dan berakhir Ogos
2021.Perkhemahan 5 unit badan beruniform juga telah dilaksanakan secara atas talian. Namun demikian,
penyertaan murid-murid dalam setiap aktiviti atas talian amat memberangsangkan.
Sepanjang tahun 2021, perjalanan aktiviti unit sukan dan permainan juga terlaksana sehingga di
peringkat MSSD, MSSS dan MSSM termasuk beberapa sukan elit seperti sukan memanah, akuatik, golf,
lawan pedang dan gimrama secara online.
Kejohanan Sukan Tahunan yang kebiasaannya diadakan terpaksa ditangguhkan kerana pandemic
Covid-19. Namun demikian Sukan Merentas Desa telah dilaksanakan secara online di peringkat Kebangsaan
anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor .Selain
itu penyertaan sukan merentas desa secara atas talian yang dianjurkan oleh organisasi lain dengan
kebenaran KPM juga mendapat sambutan daripada murid-murid SEMDUTA.
Kesan daripada Pandemic Covid-19 ini sedikit sebanyak telah menurunkan bilangan murid yang
mendapat gred A dalam penilaian Pentaksiran Aktiviti Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan seterusnya
menurunkan pencapaian gred purata sekolah dalam penilaian Pentaksitran Aktiviti Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK).
Sebagai langkah untuk meningkatkan gred pencapaian PAJSK, unit Kokurikulum akan berusaha
memastikan kehadiran murid untuk kesemua aktviti kokurikulum sepanjang sesi 2022/2023 menncapai
sasaran iaitu 80 peratus.
3.0 PETUNJUK PRESTASI UTAMA DAN SASARAN KOKURIKULUM TAHUN 2021
• Mencapai purata peratus kehadiran aktiviti kokurikulum meningkat daripada 70 kepada 80
peratus
• Mendapat Johan sekurang-kurangnya dalam 5 jenis sukan diperingkat MSSD dan sekurang-
kurangnya 3 jenis sukan di peringkat MSSS dan sekurang-kurangnya 1 di peringkat MSSM.
• Meningkatkan gred purata sekolah dalam penilaian Pentaksitran Aktiviti Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK) kepada 2.32
42
4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM SUKAN DAN PERMAINAN SEMDUTA 2021
PENCAPAIAN PAJSK TAHUN 2021: GPS 2.48
GRED A 1.99 % (20 ORANG)
GRED B 49.25 % (495 ORANG)
GRED C 45.76% (47.56 ORANG)
GRED D 1.19% (12 ORANG)
GRED E 0% (TIADA)
SUKAN KELAB & BADAN KO AKADEMIK
PERMAINAN PERSATUAN BERUNIFORM
Badminton (P) Persatuan Bahasa Cina Pergerakan Puteri Islam Kangaroo Maths
MSSD Pertandingan Kuiz Malaysia Gold (1)
Johan Bahasa Cina Johan-4 Silver (1)
Peringkat Kebangsaan Peringkat Negeri Bronze (6)
Badminton (L) Tempat Ke-3 Selangor
MSSD
Johan Persatuan Bahasa Melayu Johan Pertandingan Eurasian Spelling
Naib johan Naib Johan video Sorakan Online BEE
Peringkat Daerah Anjuran outpost Silver Award
Ping Pong -Pasukan BSMM Peringkat
MSSD antarabangsa
Tempat Ke-3
Kuiz cabaran Minda Pandu Puteri Malaysia Senior STEM Coding
Memanah Sihat- saguhati Anugerah Pandu Puteri Naib Johan
MSSD Raja- Galoh Safiya Peringkat Daerah
Johan keseluruhan
Malaysian National Johan Art-STEM UM
Golf Storytelling Competition Peringkat Daerah Gold (1)
MSSD Peringkat Kebangsaan Pertandingan Poster Silver (1)
Johan(L) U18 Tempat Ke-2 Digital Bronze(2)
Naib Johan (L) U18 Pandu Puteri Ranjer
Public Speaking UCSI -Oxford
Skuasy Competition Australasia Brookes BizChallenge
MSSS Champion Tempat Pertama
Johan (P)U15 Tanusya Manimuttu Tempat Ke 2
Naib Johan (L)U18
Tarian Tradisional Kreatif STEM-SHELL
Boling Peringkat Kebangsaan Penyertaan
Johan
MSSS B (15) Naib Johan
Scrabble
Peringkat
Antarabangsa
Tempat ke-6
Peringkat Daerah
Naib Johan
43
Gimrama Gold Award
MSSS (Tanusya Manimuttu)
Naib Johan (Pingat Competition of
Perak) Virtual Dance X
Tempat ke-3 (Pingat Limitless Talent
Gangsa)
Art-STEM
Olahraga AISEC UKM
MSSD -Johan Penyertaan
Catur
MSSD
Naib Johan dan
Tempat ke-4
Cabaran WALK
300000 Langkah
Peringkat Daerah
Petaling
Naib Johan
FreeStyle Skills Bola
MSSD
Johan B15
5.0 PENCAPAIAN KOKURIKULUM JANUARI- JUN 2022
AKTIVITI PENCAPAIAN
Public Speaking “We Voice Ideas” Tempat ke 2
Tanusya Manimuttu
Peringkat antarabangsa
Singapore & Asian School Maths Olympiad Bronze Medal
(SASMO) Lau Jin Hong
Peringkat Kebangsaan Joseph Ting Ming Ring
Julian Siah
Zul Aidan Naez Bin Zul Adenan
Deklamasi Sajak Bahasa Cina Tempat Ke-3
Peringkat Daerah Petaling Utama Lim Zi Yee
ASTAR Scrabble Challenge International (ASTI) Eirfan Razman- U18-6th Place
U18 &U15 Ali Imran- U15
Peringkat Antarabangsa
Wakil Perwakilan Kanak-kanak (MPKK) Negeri Lisa Rosiana Binti Selih
Selangor
The Best Business Pitch Award - “C.A.R.E”
Young Investors Challenge Entrepeneurs 2022 (A mental Health Apps)
Anjuran ASTI Poh Sim Ean
Julian Siah
44
National Brunswick Youth Challenge 2022 Champion (Girls Category)
Bowling U13 Ng Ai Shan
Ehsan Razman-17th placed
Impromptu Public Speaking Competition Champion
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Junior Girl Guides Category
Tanusya Manimuttu
Kem jati Diri Anugerah Peserta Aktif & Responsif Daurah
Anjuran Unit Pembangunan Adab Dan Nilai Sektor Imtiyaz
Pendidikan Islam JPNS
Mirza Afreena Binti Mohamad Riduan
Pertandingan Power Chef Naib Johan
Anjuran UOW Malaysia Hoda & Najya
Gymnastic Artistic Noel Micah Lim Huan Ahn
Hopes Cup 2022 Individual: Bronze
Tia Gabrielle Lim Ming En
Individual -Gold
Erykah Maesya Binti Ahmad Syamly
Individual: 9th place
45