The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

VIDEO CHAT TELEGRAM :
MENINGKATKAN KEBOLEHUPAYAAN PELAJAR 6AUUM DALAM MENGUASAI FAKTA KHUSUS BAGI SUBJEK PENGAJIAN PERNIAGAAN SEMESTER 2 SEMASA PdPR.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azkokut6, 2021-11-30 20:42:35

KAJIAN TINDAKAN T6 2021

VIDEO CHAT TELEGRAM :
MENINGKATKAN KEBOLEHUPAYAAN PELAJAR 6AUUM DALAM MENGUASAI FAKTA KHUSUS BAGI SUBJEK PENGAJIAN PERNIAGAAN SEMESTER 2 SEMASA PdPR.

SMK DATUK HAJI AHAMAD BADAWI
13200 KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG

KAJIAN TINDAKAN 2021

PENGAJIAN PERNIAGAAN TING. 6

TAJUK KAJIAN:

VIDEO CHAT TELEGRAM:
MENINGKATKAN KEBOLEHUPAYAAN PELAJAR 6AUUM

DALAM MENGUASAI FAKTA KHUSUS BAGI SUBJEK
PENGAJIAN PERNIAGAAN SEMESTER 2 SEMASA PdPR

NAMA PENYELIDIK:
PN AZAHTUL AZMA BINTI ABAS

emel: [email protected]

MARNet membership NO : 01305-00117-21258
(Malaysian Action Reserach Network)

VIDEO CHAT TELEGRAM:
MENINGKATKAN KEBOLEHUPAYAAN PELAJAR 6AUUM DALAM MENGUASAI

FAKTA KHUSUS BAGI SUBJEK PENGAJIAN PERNIAGAAN
SEMESTER 2 SEMASA PdPR.

Azahtul Azma Binti Abas
SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Abstrak

Fakta-fakta khusus yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan bagi Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) Semester 2 merupakan fakta-fakta yang perlu dikuasai pelajar
bagi meningkatkan kebolehupayaan menguasai sukatan berkenaan. Proses pembelajaran yang
berlaku menunjukkan bahawa pelajar tidak dapat menguasai fakta-fakta khusus dengan baik
kerana perlu mengingatinya dengan banyak untuk subjek Pengajian Perniagaan. Kajian tindakan
ini dilakukan untuk membantu pelajar dalam meningkatkan penguasaan fakta khusus bagi
sukatan Semester 2. Penggunaan aplikasi Telegram iaitu Video Chat Telegram merupakan
kaedah kajian tindakan yang digunakan untuk melihat sejauh mana keberkesanannya dalam
membantu pelajar mengingati dan menguasai fakta khusus. Dengan adanya aplikasi Telegram ini
yang diaplikasikan oleh 17 orang pelajar 6AUUM secara tidak langsung dapat menguasai
sukatan Pengajian Perniagaan Semester 2 dengan baik dan berkesan. Kajian seperti ini dapat
memperlihatkan proses PdPR banyak membantu dan meningkatkan kemahiran pelajar dalam
penggunaan teknologi sedia ada serta menyediakan alternatif kaedah pengajaran yang lebih
berkesan. Kajian ini secara tidak langsung meningkatkan keupayaan guru dalam
mempelbagaikan kaedah dan inovasi dalam pengajaran .

Kata kunci : Pengajian Perniagaan, Sukatan Pelajaran Semester 2, Video Chat Telegram

1.0 PENGENALAN
Tujuan kajian tindakan adalah untuk menambah baik ‘amalan’, namun apakah yang
dimaksudkan dengan ‘amalan’?. Sarjana-sarjana awal kajian tindakan seperti Stephen
Kemmis, Robin McTaggart, Bridget Somekh dan Jean McNiff menjelaskan tujuan kajian
tindakan adalah untuk menambah baik atau mempertingkatkan ‘amalan’. Kemmis dan
McTaggart sebagai contoh, dalam bukunya “The Action Research Planner” (1988)
menjelaskan kajian tindakan merupakan satu pendekatan untuk mempertingkatkan
amalan kependidikan dengan mengubahnya dan pengamal mempelajari daripada hasil
daripada tindakannya.

Kajian Tindakan pada kali ini memfokuskan kepada amalan yg dilaksanakan
dalam subjek penyelidik. Pengajian Perniagaan merupakan salah satu subjek yang
ditawarkan dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Subjek ini merupakan
subjek yang banyak membuka peluang kepada pelajar dalam melanjutkan pengajian ke

peringkat universiti dengan kursus yang lebih banyak ditawarkan sekiranya pelajar
mengambil subjek ini. Pemerhatian awal guru dalam proses pembelajaran yang telah
dilaksanakan, menunjukkan pelajar kurang menguasai dan mengingati fakta khusus
bagi topik-topik dalam subjek Pengajian Perniagaan Semester 2 khususnya pelajar
daripada kelas 6AUUM. Dalam mendepani pembelajaran secara PdPR semasa
Perintah kawalan Pergerakan (PKP), tumpuan dan minat pelajar mulai merosot dalam
menguasai fakta-fakta khusus bagi sukatan Pengajian Perniagaan Semester 2.
Kemahiran asas dalam penggunaan aplikasi Video Chat Telegram telah membuka
ruang kepada penyelidik dalam melaksanakan PdPR dengan lebih berkesan untuk para
pelajar menguasai fakta-fakta khusus secara tidak langsung. Kelebihan penggunaan
Video Chat Telegram ini secara amnya dapat melibatkan diri pelajar secara dalam talian
dengan lebih aktif dan berkesan semasa PdPR.

Menurut Mohd Ridzuan (2020), guru dapat menganalisis nilai-nilai dalam
pendidikan yang menjadi asas dalam amalan pengajaran dan menyatakan pendapat
sendiri yang berkaitan dengan sistem pendidikan semasa. Setelah guru mengumpulkan
maklumat awal melalui pemerhatian dan kuiz yang telah dilaksanakan, guru perlu
mengubahsuai pendekatan dalam pengajaran agar pelajar dapat menguasai sesuatu
topik dengan lebih berkesan. Pendekatan baharu yang digunakan mengaplikasikan
konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21), iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar
dan menekankan aspek 4K1N (Komunikasi, Kolaboratif, Kemahiran Berfikir, Kreatif dan
Nilai dan Etika) (Mohd Ridzuan 2020).

McNiff juga menjelaskan ‘tindakan’ dalam kajian tindakan adalah berkaitan
dengan tindakan yang diambil oleh pengamal dalam mempertingkatkan amalan.
Manakala ‘kajian’ pula adalah mengenai keterangan dan penjelasan mengenai apa yang
pengamal lakukan semasa mengambil tindakan. Berdasarkan kepada konsep dan
tujuan kajian tindakan seperti mana yang dijelaskan di atas, ‘amalan’ dalam kajian
tindakan merujuk kepada amalan profesional seseorang pengamal. Sebagai contoh,
amalan profesional seorang guru adalah tentang merancang pengajaran, melaksanakan
pengajaran, menilai pengajaran dan sebagainya.

2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan merupakan satu pendekatan dalam memperbaiki amalan

pengajaran, mengubah dan menambah baik mutu pengajaran dan pemudahcaraan di
bilik darjah (Lee Keok Cheong, 2018). Menurutnya lagi, isu kajian yang dikemukakan
seharusnya bersifat praktikal dan bermakna untuk dikaji, terdapat saranan kajian,
pencapaian yang boleh diukur dan mampu memberikan sumbangan dan implikasi
kepada sesuatu bidang pengetahuan (body of knowledge).

Fokus kajian ini adalah untuk membantu 17 orang pelajar 6AUUM dalam menguasai
fakta khusus bagi subjek Pengajian Perniagaan Semester 2 dengan menggunakan
Video Chat Telegram. Penggunaan aplikasi Telegram dalam amalan kajian kali ini,
sedikit sebanyak mewujudkan iklim pembelajaran yang menyeronokkan dalam
meningkatan kemahiran penggunaan teknologi sedia ada disamping membantu pelajar
untuk menguasai fakta bagi sesuatu topik berkenaan dengan lebih baik dan berkesan
serta mencapai objektif pembelajaran yang dikehendaki.

Antara isu yang dapat diketengahkan dalam kajian ini adalah untuk meningkatkan
kebolehupayaan penguasaan fakta-fakta khusus bagi pelajar-pelajar 6AUUM melalui
Video Chat Telegram dalam Channel PdPR 6AUUM.

3.0 METODOLOGI
Antara perkara yang dibincangkan dalam kajian ini ialah reka bentuk kajian, kaedah

pemgumpulan dan menganalisis data serta intervensi kajian.

3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan, kitaran tindakan refleksi

(McNiff, 2017) yang melibat proses memerhati, mereflek, bertindak, menilai, mengubah
suai dan seterusnya merancang tindakan baru seperti yg ditunjukkan dalam Rajah 1.
Penggunaan kitaran tindakan-refleksi dalam kajian ini membantu pengamal sebagai
penyelidik dalam usaha untuk menambah baik amalan, pengetahuan, idea dan teori
yang baharu (McNiff, 2017). Sepanjang PdPR, penyelidik telah membuat pemerhatian
terhadap amalan pengajaran yang dilakukan semasa PKP seterusnya mereflek untuk

menambah baik amalan sebagai guru untuk meningkatkan kebolehupayaan pelajar
menguasai fakta-fakta khusus semasa PdPR.

Rajah 1: Kitaran Tindakan-Refleksi (McNiff, 2017)
3.2 Kaedah Pengumpulan dan Penghasilan Data

Secara umumnya, pengumpulan data merupakan proses penting dalam mengumpul,
menghimpun dan mentakrif maklumat yang diperolehi bagi membolehkan penyelidik
menjawab soalan dan isu kajian. Melalui Video Chat Telegram yg dilakukan secara tidak
langsung dapat memperolehi maklumat sejauh mana pelajar telah dapat menguasai
fakta-fakta khusus dengan baik dan betul. Melalui kaedah ini penyelidik dapat menilai
dan mengubah suai sejauh mana kaedah ini dapat membantu meningkatkan
penguasaan pelajar tentang fakta-fakta bagi sukatan Pengajian Perniagaan Semester 2.

4.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Dalam pelaksanaan kajian, pengkaji akan menghuraikan cara mengumpul dan

mendapatkan maklumat yang dikehendaki sebelum kajian ini dijalankan dengan lebih
lanjut. Menurut Lee Keok Cheong (2018), terdapat pelbagai model kajian tindakan yang
telah dijalankan oleh para penyelidik, antaranya ialah Model Kajian Tindakan yang
dibangunkan oleh Kemmis dan McTanggart (1988). Kajian ini dilaksanakan berulang kali

bagi membolehkan amalan penyelidik mengenal pasti sejauh mana kebolehupayaan
pelajar dalam menguasai fakta khusus dengan baik, betul dan berkesan. Perkara ini
bertepatan dengan tujuan kajian tindakan dan perbincangan amalan yang menekankan
kepada persoalan fakta yang diajukan kepada pelajar yg terlibat antara satu sama lain.

Menurut McNiff, 2017 kitaran tindakan refleksi yang melibatkan proses memerhati,
mereflek, bertindak, menilai, mengubah suai dan seterusnya merancang tindakan baru
seperti yg ditunjukkan dalam Rajah 1 telah memberi impak kepada pengamal-penyelidik
dalam usaha menambahbaik amalan yg dilaksanakan bagi membolehkan para pelajar
menguasai fakta khusus dengan kebolehupayaan yg berbeza dalam kalangan pelajar.
Keseluruhan pelaksanaan kajian tindakan ini menunjukkan bahawa kitaran pertama
yang dapat dilaksanakan tidak akan berulang pada kitaran yang kedua jika masalah
dapat diselesaikan. Proses ini akan berulang jika masalah yang dikaji tidak dapat
diselesaikan.

4.1 Pelaksanaan Kajian Meliputi:
4.1.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan awal penyelidik mendapati sukatan Semester 2 agak sukar utk
dikuasai oleh pelajar dan memerlukan kesungguhan pelajar dalam menguasai
fakta khusus bagi semua topik yang berkenaan. Masalah ini telah dikenalpasti
melalui kuiz dalam talian yang dijalankan ke atas pelajar 6AUUM.

4.1.2 Analisis Tinjauan Masalah
Dalam bahagian ini, guru akan menunjukkan dan menghuraikan

maklumat dan data yang diperolehi melalui tinjauan awal masalah. Tinjauan awal
amat penting untuk seseorang pengkaji mengetahui bagaimana sesuatu
masalah itu wujud dan perkara-perkara lain yang berkaitan yang dilihat
menyumbang kepada berlakunya pemasalahan tersebut (Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM, 2008).

4.1.3 Tindakan Menangani Masalah
Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, penyelidik telah

memperkenalkan kaedah Video Chat Telegram semasa proses PdPR berjalan
dalam proses pembelajaran bagi menguasai fakta khusus dalam sukatan
Semester 2. Tujuan penyelidik kaedah Video Call telegram ini adalah untuk
membantu dalam proses PdPR serta iklim pembelajaran yang lebih
menyakinkan pelajar dengan menguasai fakta khusus Semester 2 dengan lebih
berkesan.

4.1.4 Kaedah Video Chat Telegram
Intervensi PdPR ini menyediakan konsep pembelajaran yang kreatif dan

kritis serta boleh dilaksanakan dengan kemudahan teknologi yang sedia ada
bagi menguasai fakta khusus sukatan Semester 2. Dengan adanya kemudahan
ini ianya dapat diaplikasikan dengan mudah dan berkesan. Video Chat Telegram
merupakan salah satu kaedah yang boleh digunapakai dengan menggunakan
medium aplikasi Telegram sama ada dengan menggunakan telefon mudah alih
atau pun Telegram Desktop yang membolehkan para pelajar memuatkan
turunkannya dalam laptop peribadi. Secara tidak langsung ianya membantu para
pelajar semasa PdPR dijalankan serta membolehkan penyelidik menambahbaik
amalan yang dikaji dengan lebih mudah, berkesan dan menarik.

4.1.4 Cara Pelaksanaan
Sebelum kaedah PdPR ini dilaksanakan, penyelidik telah meminta pelajar
mendapatkan fakta-fakta khusus dalam sukatan Semester 2 bagi memudahkan
penyediaan bahan PdPR ini. Pelajar menggunakan pelbagai jenis bentuk nota
fakta khusus bagi membolehkan mereka menguasai fakta-fakta khusus tersebut
dengan betul dan berkesan.

Seterusnya pelajar akan menghafal fakta-fakta khusus berkenaan dan
mengulang semula hafalan tersebut berkali-kali secara individu. Dalam aplikasi
Telegram ini, penyelidik akan memastikan pelajar dapat mengakses bahan
PdPR dengan mudah dan cepat untuk menilai sejauh mana amalan kajian ini
pelajar dapat menguasai sukatan Semester 2 Pengajian Perniagaan. Medium
yang digunakan ini juga secara tidak langsung memudahkan pelajar untuk

mengulangkaji pada bila-bila masa bagi menguasai fakta-fakta khusus sukatan
Semester 2 Pengajian Perniagaan.

4.1.5 Cara Pelaksanaan Kajian
Selepas menjalankan tindakan intervensi menggunakan Video Chat

Telegram, sepanjang proses PdPR, penyelidik telah melaksanakan kuiz fakta
khusus secara atas talian dengan menggunakan medium Start Live Stream
Telegram dalam Channel PdPR 6AUUM/21 untuk menguji tahap
kebolehupayaan dalam menguasai fakta-fakta khusus berkenaan.
Keberkesanan inovasi ini ke atas pelajar yang terlibat memberi impak yang besar
kepada penyelidik dalam menambahbaik amalan kajian tindakan pada masa
akan datang.

4.1.6 Membuat Refleksi Kajian
Proses PdPR menggunakan kaedah Video Chat Telegram ini memberi

impak yang besar kepada prestasi penguasaan pelajar dalam menguasai fakta
khusus bagi sukatan Semester 2 Pengajian Perniagaan. Jika dirujuk kepada
penilaian penyelidik yang telah dibuat, ianya menunjukkan terdapat sebahagian
daripada jumlah pelajar dalam kelas 6AUUM menunjukkan peningkatan yang
ketara dalam kebolehupayaan menguasai fakta-fakta khusuh dengan betul dan
tepat. Oleh yang demikian, kaedah ini telah menunjukkan ramai pelajar dapat
menguasai fakta khusus dengan baik dan berkesan sepanjang proses PdPR
semasa PKP. Menurut Mohd Ridzaun (2020), kaedah pembelajaran koperatif
menuntut guru untuk memainkan peranan sebagai pemudah cara atau fasilitator
supaya pelajar dapat membina kognitif secara kendiri, iaitu Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dengan cara meneroka dan seterusnya membentuk aspirasi
pelajar iaitu kemenjadian pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih
berkesan dan efektif.

5.0 KESIMPULAN
Justeru, dalam menjalankan kajian tindakan, fokus utama pelaksanaan kajian adalah

untuk menambah baik amalan profesional guru itu sendiri dan bagaimana dia belajar
untuk mempertingkatkan amalannya. Sebagai contoh, sekiranya guru ingin
mempertingkatkan amalan pengajarannya melalui kajian tindakan, guru itu perlu belajar
bagaimana untuk menambah baik rancangan pengajarannya?, bagaimana untuk
menambah baik pelaksanaan pengajarannya? dan bagaimana untuk menambah baik
penilaian terhadap pengajarannya?

Proses ini adalah bertepatan dengan tujuan asal kajian tindakan yang memfokuskan
kepada penambahbaikan ‘amalan profesional’ seseorang pengamal yang sekali gus
akan memberikan sumbangan kepada pembelajaran orang lain (secara tidak langsung).
Dalam konteks sekolah, penambahbaikan amalan profesional guru akan memberikan
kesan yang positif kepada murid-muridnya.

Sepanjang pelaksanaan kajian tindakan ini dijalankan kepada pelajar tingkatan
6AUUM, penyelidik mendapati pelajar memberi fokus yang sepenuhnya sepanjang
amalan kajian ini dilaksanakan serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
sentiasa ceria dan bersemangat semasa PdPr berlangsung. Oleh yang demikian, sedikit
sebanyak kajian tindakan kali ini disediakan agar dapat membantu memajukan amalan
pedagogi yang lebih berinovasi dalam kajian yang selanjutnya bagi topik – topik pada
semester yang akan datang. Pennyelidik berharap dengan amaln pedagogi ini sedikit
sebanyak dapat membantu pelajar untuk meningkatkan prestasi bagi mengusasi fakta
sesuatu topik dalam subjek Pengajian Perniagaan dengan lebih baik dan berkesan.

RUJUKAN
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM. (2008). Buku manual

kajian tindakan. Ed. Ke-3. Putrajaya. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Goh Hock Seng, Dahlia Janan & Rohaizah Ab Karim. (2019). Menulis petikan dan
rujukan gaya APA. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kemmis, S., McTaggart, R., & Nixon, R., (2014). The action research planner: Doing
critical participatory action research. Springer

Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah & Chua Lay Nee.(2018). Penyelidikan dalam
pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Majlis Peperiksaan Malaysia. (1983). Sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan [Web log
post]. Retrived http://www.mpm.edu.my

McNiff, J. (2017). Action Research: All you need to know. Sage Publication Ltd

Mohd Ridzuan Md Nasir. (2020). Asas penulisan laporan kajian tindakan. Kota Bahru:
Uni Press Sdn. Bhd.

Othman Lebar. (2015). Kajian tindakan dalam pendidikan: teori dan amalan. Tanjong
Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

Zainoriza Zainun, Mohd Syafiq Aiman Mat Noor & Satirah Ahmad. (2021). Meningkatkan
Kebolehupayaan Murid-murid Orang Asli Semai melalui Projek Jualan Bakeri
semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pandemik COVID-19. Online
Journal for TVET Practitionners Vol. 6 No. 2 (2021), 50-67.
https://doi.org/10.30880/ojtp.2021.06.02.007

LAMPIRAN
Rajah 1: Channel PP PdPR 6AUUM/21
Rajah 2: Vidoe Chat Telegram bersama para pelajar 6AUUM/21

RajRahaj3a:hV2id: ePoroCsehsatpTeemleilgihranmwdaarnnaCopmelamnegnitudnatulakmfaCkthaaknhnuesl uPsP PdPR
6AUUM/21

Rajah 4: Comment dalam Channel PP PdPR 6AUUM/21


Click to View FlipBook Version