The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azkokut6, 2020-10-29 22:29:46

BW - KAJIAN TINDAKAN 2020 new

BW - KAJIAN TINDAKAN 2020 new

SMK DATUK HAJI AHAMAD BADAWI
13200 KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG

KAJIAN TINDAKAN 2020

PENGAJIAN PERNIAGAAN TING. 6

TAJUK KAJIAN:

WARNA PELANGI :
KEBERKESANAN PENGGUNAANNYA BAGI MENGUASAI FAKTA
KHUSUS DALAM TOPIK PENGELUARAN SEMESTER 1 PENGAJIAN

PERNIAGAAN

NAMA PENYELIDIK:
PN AZAHTUL AZMA BINTI ABAS

emel: [email protected]

1|Page

WARNA PELANGI :
KEBERKESANAN PENGGUNAANNYA BAGI MENGUASAI FAKTA KHUSUS DALAM

TOPIK PENGELUARAN SEMESTER 1 PENGAJIAN PERNIAGAAN

Azahtul Azma Binti Abas
SMK Datuk haji Ahmad Badawi, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Abstrak

Topik Pengeluaran Semester 1 merupakan salah satu topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran
Pengajian Perniagaan bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Proses pembelajaran yang
berlaku menunjukkan bahawa pelajar tidak dapat menguasai topik pembelajaran dengan baik kerana
perlu mengingati fakta khusus yang banyak untuk subjek Pengajian Perniagaan. Kajian tindakan ini
dilakukan untuk membantu pelajar dalam meningkatkan penguasaan fakta khusus bagi topik
pengeluaran khususnya dalam subtopik proses pengeluaran, jenis rekabentuk pengeluaran dan
sebagainya dengan menggunakan kaedah warna pelangi. Warna pelangi merupakan kaedah kajian
tindakan yang digunakan dengan melaksanakan ujian pra dan ujian pasca untuk menguji
keberkesanannya dalam membantu pelajar mengingati dan menguasai fakta khusus. Kajian ini
mendapati dengan mengaplikasikan warna pelangi ke atas 16 orang pelajar 6B UUM secara tidak
langsung dapat menguasai topik berkenaan dengan baik dan berkesan. Kajian seperti ini dapat
memperlihatkan proses PdPc banyak membantu dan meningkatkan kemahiran pelajar dalam
penggunaan teknologi sedia ada serta menyediakan alternatif kaedah pengajaran yang lebih berkesan.
Kajian ini secara tidak langsung meningkatkan keupayaan guru dalam mempelbagaikan kaedah dan
inovasi dalam pengajaran .

Kata kunci : Pengajian Perniagaan, Topik Pengeluaran Semester 1, Warna Pelangi

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Pengajian Perniagaan merupakan salah satu subjek yang ditawarkan dalam Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM). Subjek ini merupakan subjek yang banyak membuka
peluang kepada pelajar dalam melanjutkan pengajian ke peringkat universiti dengan kursus
yang lebih banyak ditawarkan sekiranya pelajar mengambil subjek ini.

Pemerhatian awal guru dalam proses pembelajaran yang telah dilaksanakan,
menunjukkan pelajar kurang mahir dalam menguasai dan mengingati fakta khusus bagi topik-
topik dalam subjek Pengajian Perniagaan. Teknik penyoalan secara lisan dalam mengingati
fakta khusus juga menunjukkan pelajar kurang mahir dalam menguasai sesuatu topik dengan
baik. Menurut Mohd Ridzuan (2020), guru dapat menganalisis nilai-nilai dalam pendidikan
yang menjadi asas dalam amalan pengajaran dan menyatakan pendapat sendiri yang
berkaitan dengan sistem pendidikan semasa.

Setelah guru mengumpulkan maklumat awal melalui pemerhatian dan kuiz yang telah
dilaksanakan, guru perlu mengubahsuai pendekatan dalam pengajaran agar pelajar dapat
menguasai sesuatu topik dengan lebih berkesan. Pendekatan baharu yang digunakan
mengaplikasikan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21), iaitu pembelajaran
berpusatkan pelajar dan menekankan aspek 4K1N (Komunikasi, Kolaboratif, Kemahiran
Berfikir, Kreatif dan Nilai dan Etika) (Mohd Ridzuan 2020).

2|Page

2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan merupakan satu pendekatan dalam memperbaiki amalan pengajaran,
mengubah dan menambah baik mutu pengajaran dan pemudahcaraan di bilik darjah (Lee
Keok Cheong, 2018). Menurutnya lagi, isu kajian yang dikemukan seharusnya bersifat
praktikal dan bermakna untuk dikaji, terdapat saranan kajian, pencapaian yang boleh diukur
dan mampu memberikan sumbangan dan implikasi kepada sesuatu bidang pengetahuan
(body of knowledge).

Fokus kajian ini adalah untuk membantu 16 orang pelajar 6B UUM dalam menguasai fakta
khusus bagi topik pengeluaran Semester 1 dalam subjek Pengajian Perniagaan dengan
menggunakan konsep warna pelangi. Penyediaan bahan PdPc mengunakan Microsoft Power
Point dengan warna-warna pelangi sedikit sebanyak mewujudkan iklim pembelajaran yang
menyeronokkan dalam meningkatan kemahiran penggunaan teknologi sedia ada disamping
membantu pelajar untuk menguasai fakta bagi topik berkenaan dengan lebih baik dan
berkesan serta mencapai objektif pembelajaran yang dikehendaki.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum
Objektif umum kajian ini adalah untuk membuat penambahbaikan dalam amalan pengajaran
pengkaji di bilik darjah selain membantu dalam meningkatkan peratusan kelulusan bagi
subjek Pengajian Perniagaan pada peringkat sekolah khususnya.

3.2 Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:

i. Meningkatkan penguasaan fakta khusus pelajar dalam topik pengeluaran melalui
kaedah warna Pelangi.

ii. Mewujudkan iklim pembelajarn yang lebih kreatif dan kritis
iii. Membantu dan memudahkan guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran merupakan kumpulan yang hendak dikaji atau menjadi peserta kajian (Lee
Keok Cheong, 2018). Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian kali ini adalah terdiri
daripada pelajar-pelajar kelas pengkaji iaitu seramai 16 orang dari kelas 6B UUM

3|Page

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Dalam pelaksanaan kajian, pengkaji akan menghuraikan cara mengumpul dan mendapatkan
maklumat yang dikehendaki sebelum kajian ini dijalankan dengan lebih lanjut. Menurut Lee
Keok Cheong (2018), terdapat pelbagai model kajian tindakan yang telah dijalankan oleh
para penyelidik, antaranya ialah Model Kajian Tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis dan
McTanggart (1988). Model tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan
gelungan (cycle) seperti berikut:

Rajah 1. Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)
Gelungan ini mempunyai empat langkah utama dalam melaksanakan penyelidikan,
iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati dan seterusnya ke langkah mereflek
kembali. Keseluruhan pelaksanaan kajian tindakan ini menunjukkan bahawa kitaran pertama
yang dapat dilaksanakan tidak akan berulang pada kitaran yang kedua jika masalah dapat
diselesaikan. Proses ini akan berulang jika masalah yang dikaji tidak dapat diselesaikan.

5.1 Pelaksanaan Kajian Meliputi:
5.1.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan awal pengkaji mendapati topik pengeluaran agak sukar utk dikuasai
oleh pelajar dan memerlukan kesungguhan pelajar dalam menguasai fakta
khusus bagi topik berkenaan. Masalah ini telah dikenalpasti melalui ujian pra
yang dijalankan ke atas pelajar 6B UUM.

4|Page

5.1.2 Analisis Tinjauan Masalah
Dalam bahagian ini, guru akan menunjukkan dan menghuraikan maklumat dan
data yang diperolehi melalui tinjauan awal masalah. Tinjauan awal amat
penting untuk seseorang pengkaji mengetahui bagaimana sesuatu masalah itu
wujud dan perkara-perkara lain yang berkaitan yang dilihat menyumbang
kepada berlakunya pemasalahan tersebut (Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM, 2008).

5.1.2.1 Analisis Keputusan Ujian Pra
Pengkaji telah menganalisis keputusan ujian pra yang dijalankan ke atas
pelajar untuk mengesan tahap penguasaan fakta khusus bagi topik
pengeluaran semester 1. Seramai 16 orang pelajar telah menduduki ujian ini,
di mana ujian ini memperuntukkan markah sebanyak 40 markah secara
keseluruhannya. Namun begitu, pengkaji mendapati selepas ujian dijalankan
dan menyemak semula jawapan fakta yang telah dijawab oleh pelajar, didapati
masih tidak mencapai tahap yang diinginkan. Jadual 2 menunjukkan markah
ujian pra semua pelajar yang terlibat.

Jadual 1. Keputusan Markah Ujian Pra

Senarai Responden Markah Ujian Pra (%)

(30 /09 / 2020)

Pelajar 1 63

Pelajar 2 75

Pelajar 3 60

Pelajar 4 63

Pelajar 5 88

Pelajar 6 75

Pelajar 7 93

Pelajar 8 80

Pelajar 9 65

Pelajar 10 93

Pelajar 11 45

Pelajar 12 78

Pelajar 13 18

Pelajar 14 80

Pelajar 15 90

Pelajar 16 58

5|Page

5.1.3 Tindakan Menangani Masalah
Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, pengkaji telah memperkenalkan
kaedah warna pelangi dalam proses pembelajaran bagi menguasai fakta
khusus dalam topik pengeluaran. Tujuan pengkaji memperkenalkan kaedah
warna pelangi ini adalah untuk membantu dalam proses PdPc serta iklim
pembelajaran yang lebih menyakinkan pelajar dengan menguasai fakta khusus
topik pengeluaran dengan lebih berkesan.

5.1.3.1 Kaedah Warna Pelangi
Inovasi PdPc ini menyediakan konsep pembelajaran yang kreatif dan kritis
serta boleh dilaksanakan dalam kemudahan teknologi yang sedia ada. Fakta-
fakta khusus bagi topik pengeluaran diaplikasikan dalam warna pelangi ini
dengan memulakan fakta dari bawah ke atas. Warna Pelangi ini direkabentuk
dengan menggunakan Microsoft Power Point utk memudahkan pelajar
menyediakan bahan PdPc ini dengan lebih mudah, berkesan dan menarik.

Rajah 1. Warna Pelangi dalam medium Microsoft Power Point

5.1.4 Cara Pelaksanaan
Sebeleum kaedah PdPc ini dilaksanakan, pengkaji telah meminta pelajar
mendapatkan fakta-fakta khusus dalam topik pengeluaran secara
berpasangan bagi memudahkan penyediaan bahan PdPc ini. Pelajar
menggunakan Microsoft Power Point memudahkan pelajar memaparkan
warna-warna pelangi dan memasukkan fakta-fakta khusus topik pengeluaran
yang telah ditetapkan dalam kumpulan masing-masing.

6|Page

Seterusnya pelajar akan memuatnaikkan bahan PdPc ini ke telegram
kelas 6B UUM Pengajian Perniagaan. Dalam aplikasi telegram ini, pelajar
dapat mengakses bahan PdPc ini dengan mudah dan cepat. Medium yang
digunakan ini juga secara tidak langsung memudahkan pelajar untuk
mengulangkaji pada bila-bila masa bagi menguasai fakta khusus topik
pengeluaran.

5.1.4.1 Cara Pelaksanaan Kajian
Selepas menjalankan tindakan intervensi menggunakan warna pelangi,
sepanjang proses PdPc, pengkaji telah melaksanakan ujian pasca pada 8
Oktober 2020 untuk menguji keberkesanan inovasi ini ke atas pelajar yang
terlibat. Guru masih menggunakan soalan berbentuk struktur fakta khusus bagi
tujuan kesahan data.

Berikut merupakan keputusan markah bagi ujian pasca yang dijalankan
kepada pelajar 6B UUM. Keputusan ujian pasca adalah seperti yang
dipaparkan dalam Jadual 2.

Jadual 2. Keputusan Markah Ujian Pasca

Senarai Responden Markah Ujian Pasca (%)

(08/10/2020)

Pelajar 1 93

Pelajar 2 83

Pelajar 3 95

Pelajar 4 100

Pelajar 5 100

Pelajar 6 93

Pelajar 7 100

Pelajar 8 85

Pelajar 9 98

Pelajar 10 100

Pelajar 11 85

Pelajar 12 100

Pelajar 13 90

Pelajar 14 98

Pelajar 15 100

Pelajar 16 100

7|Page

5.1.5 Membuat Refleksi Kajian
Analisis bagi ujian pra dan ujian pasca dijalankan dengan membandingkan
skor pelajar bagi kedua-dua ujian tersebut untuk menunjukkan bahawa
terdapat peningkatan prestasi selepas sesi pengajaran menggunakan kaedah
baharu dijalankan (Othman Lebar, 2015). Proses PdPc menggunakan kaedah
warna Pelangi ini memberi impak yang baik kepada prestasi penguasaan
pelajar dalam menguasai fakta khusus bagi topik pengeluaran semester 1.
Jadual 3 memaparkan keputusan markah yang diperolehi oleh 16 orang pelajar
dalam keberkesanan kaedah warna pelangi bagi topik pengeluaran.

Jadual 3. Keputusan Markah Ujian Pra dengan Ujian Pasca

Senarai Markah Ujian Pra Markah Ujian Peningkatan

Responden (%) Pasca (%) Markah

(30/09/2020) (08/10/2020)

Pelajar 1 63 93 +30

Pelajar 2 75 83 +8

Pelajar 3 60 95 +35

Pelajar 4 63 100 +37

Pelajar 5 88 100 +12

Pelajar 6 75 93 +18

Pelajar 7 93 100 +7

Pelajar 8 80 85 +5

Pelajar 9 65 98 +33

Pelajar 10 93 100 +7

Pelajar 11 45 85 +40

Pelajar 12 78 100 +22

Pelajar 13 18 90 +72

Pelajar 14 80 98 +18

Pelajar 15 90 100 +10

Pelajar 16 58 100 +42

Jika dirujuk pada jadual di atas, terdapat beberapa orang pelajar yang
menunjukkan peningkatan yang ketara. Oleh yang demikian, kaedah ini telah
menunjukkan ramai pelajar dapat menguasai fakta khusus dengan cemerlang di mana
kesemua pelajar dapat memperolehi markah peratusan 80% ke atas. Pembelajaran
secara berkumpulan dan berpusatkan murid merupakan kaedah pembelajaran
koperatif, iaitu salah satu struktur pembelajaran yang terdapat dalam intipati PAK-21

8|Page

(Mohd Ridzuan, 2020). Menurut Mohd Ridzaun (2020), kaedah pembelajaran koperatif
menuntut guru untuk memainkan peranan sebagai pemudah cara atau fasilitator
supaya pelajar dapat membina kognitif secara kendiri, iaitu Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dengan cara meneroka dan seterusnya membentuk aspirasi pelajar
iaitu kemenjadian pelajar melalui proses pembelajaran.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Sepanjang pelaksanaan kajian tindakan ini dijalankan kepada pelajar tingkatan 6B UUM,
pengkaji mendapati pelajar amat tertarik dengan penggunaan warna pelangi memandangkan
ianya memudahkan pelajar untuk mengingati fakta dengan mudah serta dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang sentiasa ceria dan bersemangat dalam menyediakan bahan utk
dikongsi sesama pelajar disamping memberi pendedahan kepada pelajar dalam penggunaan
teknologi yang sedia ada dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, sedikit sebanyak
kajian tindakan kali ini disediakan agar dapat membantu memajukan amalan pedagogi yang
lebih berinovasi dalam kajian yang selanjutnya bagi topik – topik pada semester yang akan
datang. Pengkaji berharap penghasilan konsep warna pelangi ini dapat membantu pelajar
untuk meningkatkan prestasi bagi mengusasi fakta sesuatu topik dalam subjek Pengajian
Perniagaan dengan lebih baik dan berkesan.

9|Page

BIBLIOGRAFI
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM. (2008). Buku manual

kajian tindakan. Ed. Ke-3. Putrajaya. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Goh Hock Seng, Dahlia Janan & Rohaizah Ab Karim. (2019). Menulis petikan dan rujukan

gaya APA. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah & Chua Lay Nee.(2018). Penyelidikan dalam pendidikan.

Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Majlis Peperiksaan Malaysia. (1983). Sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan [Web log

post]. Retrived http://www.mpm.edu.my
Mohd Ridzuan Md Nasir. (2020). Asas penulisan laporan kajian tindakan. Kota Bahru: Uni

Press Sdn. Bhd.
Othman Lebar. (2015). Kajian tindakan dalam pendidikan: teori dan amalan. Tanjong

Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

10 | P a g e

LAMPIRAN

Rajah 1: Proses penyediaan bahan PdPc untuk fakta khusus

Rajah 2: Proses pemilihan warna pelangi untuk fakta khusus
11 | P a g e

Rajah 3: Proses mengaplikasikan fakta khusus dalam warna pelangi

Rajah 4: Ujian Pra & Ujian Pasca
12 | P a g e

Rajah 5: Fakta khusus dalam kaedah warna pelangi
13 | P a g e


Click to View FlipBook Version