PENGENALAN
• Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu yang berbentuk
bukan formal dan tidak menitikberatkan perkembangan pe1ajar-pelajar.
• Corak pendidikan yang ada pada ketika itu ialah berjalan seperti biasa dengan
adanya pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang mulia, pengetahuan
kerohanian dan terakhir sekali seni mempertahankan diri.
• Ini juga termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam
bidang pertanian, perikanan dan perburuan.
• Pada peringkat lebih teratur dan sistematik terdapat satu sistem pendidikan agama
yang disebut sebgagai ‘sekolah pondok ‘ yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh
ulama-ulama Islam yang terkenal.
• Pelajar-pelajar yang menuntut di madrasah agama mereka tinggal di pondok yang
di telah bina di sekeliling mereka.Pada Peringkat kedua dalam perkembangan sistem
pendidikan di Tanah melayu yang berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris dalam
sekitar 1824-1957.
• Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikendalikan, dikawal dan
diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang
konkrit atau teguh Dasar pendidikan Kebangsaan.
• Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah
iaitu “pecah dan juga perintah serta dasar ini terbuka dan tiada campur tangan
tentang pendidikan vernacular.
• Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ini ialah semata-mata untuk memberi
pendidikan kepada golongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka dapat
memenuhi keperluan tenaga dan juga ekonomi.
• Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris pada tahun 1816.
• Perhatian yang diberikan kepada pelajar melayu hanya sekadar melepas batok di
tangga sahaja.
• Mereka menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian
Inggeris dengan pembesar – pembesar tempatan.
• Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc tanpa dibendung oleh
satu garis panduan yang kukuh atau batasan-batasan yang konkrit.
• Ini adalah kerana pemerintah Inggeris pada Ketika itu tidak menggangap pendidikan
sebagai satu pelaburan di ‘periphery’nya untuk meningkatkan kemahiran dan
kebolehan rakyatnya bagi mencapai sesuatu kemajuan.
• Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen
• Objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan untuk mengubah atau memajukan
struktur sosial tetapi hanya sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia
ada menjadi sedikit efisien sahaja.
• Pendidikan pada zaman sekarang berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa
satu dasar yang jelas yang boleh membina dan memupuk unsur-unsur kebangsaan
di kalangan rakyat.
• Akibat dari dasar Inggeris tersebutlah maka wujudnya sistem pendidikan plural yang
sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk.
• Terdapat lima aliran bahasa yang sangay dikenali ramai seperti bahasa Cina, Melayu,
Arab dan Tamil.
• Sistem pendidikan plural ini tidak dapat disemai serta memupuk semangat
Kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang kaum.
• Orientasi pendidikan yang Sumbang ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan
taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka.
• Terdapat beberpa pendidikan awal yang ada di tanah melayu sebelum berlakunya
kemerdekaan antaranya ialah Pendidikan melayu.
• Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran tentang Al Quran dan
pengetahuan asas membaca, menulis dan juga mengira iaitu dikenali sebagai (3M).
• Pendidikan melayu diadakan hanya pada diperingkat rendah sahaja bagi anak-anak
Melayu yang bercita-cita tinggi dan juga ingin melanjutkan pelajaran terpaksa
memasuki sekolah menengah Inggeris yang ada di bandar.
• Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke
20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, dan mewarisi
kemiskinan keluarga.
• Pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu hanya dihadkan kepada
empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang agak terhad.
• Pendidikan melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau
menyumbangkan kepada sebarang mobiliti menegak di antara kalangan masyarakat
melayu.
• Pada awal abad ke 20, bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap
Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar telah diasaskan mengikut
model English Grammar School iaitu pada tahun 1905.
• Sekolah ini adalah khas hanya untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru
melayu pula dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura.Pada tahun
1922, bagi memenuhi permintaan yang kian bertambah terhadap guru-guru
sekolah melayu yang berkelayakan,dengan itu tertubuhlah Maktab Perguruan Sultan
Idris.
• Penubuhan terhadap Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pada tahun
1935.
• Dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri sahaja.
• Orang-orang Melayu tidak digalakkan ke bandar,ini kerana mereka cuba
memisahkan orang melayu daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian
• Terdapat Pendidikan arab dan agama iaitu jurusan yang menampung persekolahan
anak-anak melayu pada ketika itu.
• Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya pula menekankan
pengajaran Al Quran serta pendidikan moral dan juga kerohanian.
• Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama ini juga telah
muncul di merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutamanya di negeri
Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.
• Terdapat juga Pendidikan cina pada ketika itu.
• Dasar yang terbuka dan tidak campur tangan Inggeris dalam hal ehwal sosial kaum
pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil.
• Sekolah-sekolah ini dikendalikan hanya oleh masyarakat masing.masing tanpa
sebarang bantuan daripada lnggeris sehinggalah tahun 1920-an iaitu se1aras
dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti
bangsa masyarakat Cina yang mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal
abad ke 19.
• Keadaan ini juga serupa di Sabah dan Sarawak.
• Dasar yang tidak campur tangan lnggeris dalam pendidikan vernakular menyebabkan
perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem pendidikan
masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu dan juga di Sabah Dan Sarawak.
• Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru
mereka tersendiri juga dibawa masuk dari sana.
• Isi kurikulumnya selalu menegaskan pengetahuan dalam bidang 3M iaitu membaca,
mengira dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan
dan pengetahuan am.
• Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan
Inggeris bahawa bahayanya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan.Oleh itu
pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang- undang pada tahun 1920
iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan.
• Tujuannya adalah untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal
aktiviti sekolah ini.
• Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini telah menerima bantuan
kewangan daripada kerajaan.
• Guru-guru di sekolah ini tidak mepunyai latihan formal sehinggalah selepas perang
Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal telah diadakan dan
diwujudkan.Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung
dapat mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina
• Pendidikan tamil juga diperkanalkan pada sebagai Pendidikan awal.
• Sekolah-sekolah Tamil selalulunya didirikan di lading-ladang getah yang
sebahagian besar kaum keturunan India ditempatkan,seperti sekolah- sekolah Cina
juga,sekolah Tamil juga didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri.
• Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak memberikan sebarang bantuan
sama ada dari segi fizikal, kewangan dan pedagogi.
• Sekolah-sekolah Tamil yang didirikan di ladang-ladang getah telah menghadapi
beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum,tenaga pengajar dan juga
pedagogi.
• Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul-de-suc iaitu sebahagian besar
pelajarnya akan kekal tinggal di ladang getah dan hanya menjadi buruh kasar
sepanjang hidup mereka.
• Pada tahun 1923 pula, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang
undang-undang.
• Iaitu satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan untuk
semua ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka.
• Mubaligh kristian juga telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan
pendidikan Tamil.
• Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India sendiri,
begitu juga kebanyakan guru serta buku -buku teks telah dibawa masuk dari India
ke Tanah Melayu.
• Sangat menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3M seperti
membaca,mengira dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri.
• Sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal,iaitu selama 3
tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil.
• Pendidikan di sekolah Tamil juga agak terhad di peringkat rendah sahaja.
• Ini kerana dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan
sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama
di negara kita sendiri iaitu Melayu, Cina,dan India.
• Terdapat juga Pendidikan inggeris di tanah melayu pada zaman sebelum berlakunya
kemerdekaan.Pendidikan ini mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila penang
“Free School” ditubuhkan pada tahun 1816.
• Pada pertengahan abad ke 19 pula,mubaligh kristian membantu menubuhkan
beberapa buah sekolah Inggeris.
• Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di Kawasan-kawasan bandar dengan adanya
bantuan kerajaan Inggeris
• Kurikulumnya bercorak Kurikulum bergrammar School of Great Britain dengan tujuan
mengeluarkan pegawai –pegawai pentadbir rendah bagi memenuhi segala keperluan
kuasa, iaitu metropolitan British.
• Pendidikan yang ada di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah
dan juga menengah.
• Bagi memenuhi keperluan guru-guru pelatih,program latihan guru kelas secara
normalnya dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pila
pada tahun I907.
• Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma pula ditawarkan di Raffles College,
Singapura.Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan Medical School
di Singapura pada tahun 1905 dan juga pada tahun 1912, akan tetapi namanya telah
ditukar menjadi King Edward VII Medical College.
• Raffles College telah ditubuhkan pada tahun 1928, dengan menawarkan kursus-
kursus ke arah bidang Sastera dan Sains.
• Yang terakhir sekali ialah Pendidikan zaman Jepun.
• Semasa perang Dunia Kedua sekitar l941-1945,negeri-negeri yang menganggotai
Malaysia telah diduduki oleh tentera Jepun.
• Secara tidak langsung perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem
pendidikan di Semenanjung Malaysia.
• Dasar pelajaran di bawah pemerintahan tentera Jepun,antaranya ialah sekolah-
sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan seperti sebelumnya akan tetapi
mereka menambahkan bahasa Jepun dalam bidang kokurikulum serta
berorientasikan negeri Jepun.
• Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-Go iaitu bagi mengantikan
sekolah-sekolah Cina dan Inggeris.
• Pengajaran yang mereka dapat pada ketika itu dari Nippon-Go ini tersebut ialah,
adanya lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam bidang
kurikulum sekolah rendah.
• Pendidikan menengah pula telah diberhentikan manakala digantikan dan telah
ditubuhkan beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk pengajian
telekomunikasi,“maritim”,perikanan,pertanian dan juga pembinaan.
• Beberapa bangunan sekolah di bandar-bandar telah digunakan sebagai berek,
setor,pusat perniagaan dan juga ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun.
• Guru-guru tempatan juga diberi latihan tambahan khas untuk mengajar
bahasa Jepun.
• Kelas-kelas bahasa Jepun juga diadakan itu,surat khabar juga mempunyai ruangan
khas bagi pengajaran Bahasa Jepun pada ketika itu.
• Pendidikan pacta zaman pemerintahan Jepun tidak mempunyai satu falsafah untuk
tujuan perpaduan rakyat dan membentuk identiti Kebangsaan.
ASPEK PENDIDIKAN DALAM MENYATUKAN
PERPADUAN
Persoalan besar yang dihadapi oleh para pemimpin dan juga warga pendidik selepas perang
dunia kedua ialah bagaimana kita hendak cari formula untuk melahirkan masyarakat yang
Bersatu padu dan juga majmuk dengan adanya sifat keazaman,kesanggupan dan bersedia
untuk hidup dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran keperibadian dan nilai-
nilai yang tinggi sebagai rakyat Malaysia.Dengan itu terdapat beberapa aspek yang penting
bagi mewujudkan perpaduan sesebuah negara dalam melalui aspek pendidikan.Dalam
konteks Malaysia yang sedia ada,secara hakikatnya bahawa Pendidikan merupakan faktor
yang unggul dan memainkan peranan yang tinggi dan juga penting dalam membina
kerakyatan yang tunggal telah lama disedari.
MENGGUNAKAN BAHASA IBUNDA SEBGAI BAHASA PENGANTAR
Di negara kita iaitu di Malaysia sendiri sewajarnya menggunakan Bahasa ibunda iaitu Bahasa melayu
sebagai Bahasa pengantar utama di semua institusi Pendidikan terutamanya di kalangan peringkat
sekolah
Apabila kita menggunakan Bahasa kebangsaan sebagai bahsa pengantar ia akan merapatkan lagi
perhubungan dan juga persefahaman di antara kaum dengan kaum yang lain tanpa menimbulkan
sebarang perasaan syak wasangka dan curiga antara satu sama lain
Dengan adanya aspek ini ia akan mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa aman harmoni dan Sentosa
antara kaum di negara ini.
Semua warga pendidik dan pihak atasan perlu mewar-warkan dan memberikan pendedahan awal untuk
murid-murid bagi membiasakan diri mereka dalam memartabatkan Bahasa kebangsaan sebagai Bahasa
utama kita dalam menyelesaikan atau meneruskan segala urusan persekolahan ataupun dalam pebualan
seharian mereka
MENGGUNAKAN SUKATAN PELAJARAN YANG SERAGAM
Ini kerana apabila kita menggunakan sukatan pelajaran yang sama dari segi isi kandungannya yang
disyorkan oleh penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi
mewujudkan perpaduan negara
Antara mata pelajaran yang memainkan peranan penting dalam sistem Pendidikan ialah mata pelajaran
sejarah
Mata pelajaran ini ialah yang membawa ke arah matlamat pembangunan
Melalui pelajaran sejarah diharapka dapat membina semangat perpaduan dan juga perasaan hormat
menghormati yang tinggi terutamanya dalam masyarakat yang berbilang kaum.agama dan adat resam
Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia setiap kaum di Malaysia hampir sama dan
tiadanya perselisihan dalam segi persefahaman
Yang terkahir pula aspek yang memainkan peranan yang penting dalam menyatukan
perpaduan ialah menggunakan sukatan pelajaran yang seragam.Ini kerana apabila kita
menggunakan sukatan pelajaran yang sama dari segi isi kandungannya yang disyorkan oleh
penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas si stem pelajaran kebangsaan bagi
mewujudkan perpaduan negara.Antara mata pelajaran yang memainkan peranan penting
dalam sistem Pendidikan ialah mata pelajaran sejarah.Ini kerana mata pelajaran ini ialah
yang membawa ke arah matlamat pembangunan.Melalui pelajaran sejarah diharapka dapat
membina semangat perpaduan dan juga perasaan hormat menghormati yang tinggi
terutamanya dalam masyarakat yang berbilang kaum.agama dan adat resam.Sukatan
pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia setiap kaum di Malaysia hampir
sama dan tiadanya perselisihan dalam segi persefahaman.Dengan adanya aspek ini diatas
kita sebagai individu terutamaya pelajar perlulah terapkan dan mempelajari mata pelajaran
sejarah dengan lebih dalam agar kita dapat menghargai segala titik peluh dan pengorbanan
yang pejuang-pejuang sudah lalui pada suatu Ketika dahulu dapat meningkatkan juga
kesedaran bagi menjaga dan meneruskan adat resam dan juga adat tradisi yang sedia ada.