Perpaduan
Kepentingan memupuk semangat patriotisme
dalam kalangan masyarakat
Nama : Janiellia Janol Binti Abdullah Janol
No. Maktab : SC190179
Kelas : 4 Al-Dinawari
Pengenalan Tajuk
Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat
negara kita amatlah penting. Hal ini dikatakan demikian
kerana patriotisme adalah salah satu elemen penting dalam
proses mengekalkan perpaduan. Sejak azali lagi, masyarakat
Malaysia telah diajar untuk memupuk semangat patriotisme
dalam diri. Namun, banyak pihak telah mendakwa bahawa
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin
luntur. Bak kata pepatah, bagai kerang mendapat bunga. Oleh
itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah memupuk semangat
patriotisme. Persoalannya, apakah kepentingan memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat?
Mengapa Memilih Tajuk Ini
Saya memilih tajuk ini kerana ia berkaitan dengan nilai murni
yang harus ada pada dalam diri kita.
ISI-ISI Memupuk perpaduan kaum
PENTING
Menaikkan imej negara
Memupuk dan mengekalkan
semangat cinta akan negara
ISI 1
Pada hemat saya, memupuk semangat patriotisme
dalam kalangan masyarakat sebaliknya dapat memupuk
perpaduan kaum. Hal ini dikatakan demikian kerana
semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang
lebih mementingkan kepentingan negara daripada
kepentingan kaum. Sebagai contoh, dengan wujudnya
perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat
melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk
kemudahan rakyat. Contoh lain, suasana yang harmoni
antara kaum akan dapat diwujudkan. Impaknya,
suasana harmoni ini akan dapat merangsang
perkembangan sektor pelancongan negara. Jelaslah
bahawa denagan adanya semangat patriotisme dalam
kalangan masyarakat, kita dapat hidup dengan aman
damai dan harmoni.
ISI 2
Selain itu, semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakat juga dapat menaikkan imej negara. Hal ini
dikatakan demikian kerana negara kita terkenal sebagai
sebuah negara yang aman dan pesat membangun.
Sebagai contoh, negara kita dapat membangun dengan
pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang
tinggi di kalangan rakyat. Oleh itu, negara kita telah
menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
ISI 3
Di samping itu, kepentingan semangat patriotisme
dalam kalangan masyarakat juga adalah untuk
memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan
negara. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan
wujudnya semangat cinta akan negara dalam kalangan
rakyat, pasti negara kita akan terus aman dan damai.
Contohnya, jika rakyat Malaysia tidak mempunyai
semangat patriotisme, musuh negara akan mengambil
kesempatan dalam kesulitan. Apabila keadaan ini
berlaku, sudah pasti negara kita akan mudah ditakluki
dan akan dijajah oleh penjajah asing lagi. Jadi, jelaslah
bahawa kita haruslah sentiasa mengingati betapa
pentingnya semangat patriotisme ini demi negara
tercinta.
PERIBAHASA BERKAITAN TEMA
Bersatu teguh, bercerai roboh
Bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat
Berdasarkan huraian-huraian tersebut, semangat KESIMPULAN
patriotik sangat penting untuk melahirkan
warganegara yang cinta akan negaranya.
Besarlah harapan agar rakyat Malaysia dapat
memupuk semangat patriotik dalam diri. Oleh itu,
semua pihak haruslah bekerjasama bagi
memainkan peranan masing-masing agar
semangat patriotisme dapat disuburkan dalam
kalangan masyarakat.
TAMAT
Sekian, terima kasih.