Keselamatan
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI
GEJALA BULI
Nama : Janiellia Janol Binti Abdullah Janol
No. Maktab : SC190179
Kelas : 4 Al-Dinawari
Pengenalan Tajuk
Buli adalah salah satu gejala yang boleh meninggalkan kesan
yang buruk kepada fizikal dan juga mental mangsa
mangsanya. Hal ini dikatakan demikian kerana buli meliputi
kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek,
menumbuk, memaki dan sebagainya. Sejak dahulu lagi, kes
buli menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam
kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. Pada era
globalisasi ini, timbul perkataan buli siber yang semakin
terkenal kerana berlaku pembulian di alam siber yang banyak
memberi kesan kepada mangsa terutamanya kanak-kanak
dan remaja. Bak kata pepatah, tiada penyakit yang tiada
penyembuhnya. Oleh itu, pelbagai langkah yang boleh
dilakukan untuk menghadapi masalah ini. Persoalannya,
apakah langkah-langkah untuk mengatasi gejala kes buli?
Mengapa Memilih Tajuk Ini
Saya memilih tajuk ini kerana kes buli sering berlaku dalam
kalangan masyarakat kita khususnya di sekolah.
ISI-ISI Menjadi contoh teladan terbaik
PENTING untuk anak-anak
Pandai memilih kawan
Mendidik ilmu keagamaan dan
moral
ISI 1
Pada pendapat saya, ibu bapa mestilah menampilkan
teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Hal ini
dikatakan demikian kerana seorang anak akan
mencontohi kelakuan ibu bapa mereka. Sebagai contoh,
ibu bapa harus sentiasa mengambil perhatian tentang
keadaan anak mereka semasa di sekolah. Tambahan
pula, ibu bapa juga harus memberikan belaian kasih
sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya
mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Impaknya,
anak-anak akan menjadi seorang yang pengasih dan
tidak bersifat negatif. Jelaslah bahawa ibu bapa
haruslah mendidik anak dari kecil kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya.
ISI 2
Selain itu, kita sebagai pelajar juga perlu pandai memilih
kawan. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar akan
mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya.
Contohnya, jika kawan minat membaca buku, maka
pelajar tersebut juga akan dipengaruhi. Perkara ini
sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri
dalam kes buli di sekolah. Natijahnya, pelajar akan
terhindar daripada terlibat dengan kenakalan dan
pengaruh negatif daripada pelajar yang bermasalah.
Jadi, jelaslah bahawa pelajar perlu pandai memilih
kawan kerana kawan juga salah satu yang memainkan
peranan dalam membentuk akhlak dan peribadi
seseorang itu.
ISI 3
Di samping itu, pihak kerajaan seperti Kementerian
Pelajaran dan pihak sekolah juga haruslah
menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di
sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti
Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Dengan itu,
pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini
merupakan satu kesalahan. Sebagai contoh, pelajar
akan didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang
kesan buruk daripada perbuatan membuli sekali gus
cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes
buli ini. Kesannya, kesedaran ini mampu mengurangkan
kes-kes buli di sekolah. Jelaslah bahawa ilmu-ilmu
dalam Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam dapat
menyedarkan para pelajar agar menjauhi diri daripada
gejala buli.
PERIBAHASA BERKAITAN TEMA
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Genggam bara api, biar sampai jadi
arang
Sudah terang lagi bersuluh, terdapat pelbagai KESIMPULAN
langkah yang mampu kita lakukan untuk
mengatasi gejala kes buli ini. Kita sebagai rakyat
Malaysia haruslah mempunyai jati diri yang kuat
serta berketrampilan tinggi. Besarlah harapan
agar kita dapat bersama-sama membanteras
sedaya upaya gejala buli ini agar ia tidak
berleluasa dan merosakkan keharmonian
masyarakat kita pada suatu masa.
Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan
penting untuk mengatasi gejala kes buli.
TAMAT
Sekian, terima kasih.