The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Miz ELa, 2021-10-14 10:20:58

LAPORAN SETIAUSAHA DAN BENDAHARI PIBG SK PANTAI TAHUN 2020

SETIAUSAHA DAN BENDAHARI TAHUN 2020/2021

Mesyuarat

AGUNG PIBG

SK PANTAI WP. LABUAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI SESI

87023, WP. LABUAN 2020/2021

16 Oktober 2021 / Sabtu
9.00 Pagi

BILIK MESYUARAT SK PANTAI
https://meet.google.com/ouu-ddkk-zpm
(Atas talian)

TAHUN 2021

Dirasmikan Oleh
PUAN MAIMOON BINTI MATNOH
TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

JPWPL

Mesyuarat

AGUNG PIBG

Tentatif Program

8:30 pagi : Pendaftaran Ajk PIBG
: Kehadiran Ibu Bapa

9:00 pagi : Ketibaan Perasmi
: Nyanyian lagu 'Negaraku‘
: Nyanyian lagu Maju dan Sejahtera
: Bacaan doa (Ustaz Farouk bin Amran)
: Ucapan Yang Dipertua PIBG
(En. Zainal Bin Abdul Wahab)
: Ucapan Guru Besar
(Pn. Mahani Binti Hj. Husin)
: Ucapan Perasmian oleh
(Pn. Maimoon Binti Hj. Matnoh)
Timbalan Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah JPWPL
: Penyampaian cenderahati kepada perasmi
: Persembahan Montaj

9.40 pagi : Taklimat PdPR
(En. Rizdaudin bin Abdul Wahap)
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Pantai

10:00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG bermula

11:30 pagi : Penyampaian sijil dan hadiah kepada AJK PIBG
: Cabutan bertuah

12:30 tengahari : Majlis bersurai

.

3

Pembentangan Usul

USUL 1

NAMA PENCADANG : Mohd Happyzam Bin Abd Rasid

CADANGAN : Alternatif jalan keluar dr sk pantai ke jalan utama

supaya tidak perlu melalui smk pantai utk mengurangkan.

KEPUTUSAN :

USUL 2

NAMA PENCADANG : Surianih Binti Jumat

CADANGAN : 1- Saya mahu menu2 d kantin d

perbanyakkan buah2an seperti anggur,dan tembikai,jambu batu, kismis UTK

menaikan protein dlm bdn anak2 sk pantai mantap, mantap.mantap dgn harga

mampu milik...Sya berharap permintaan Saya sebagai ibu di tunaikan untuk anak2

kita menjadi terbaik...yakin itu harus ada.

2- Saya mahu anak2 hadir ke sekolah dengan penjarakan sosial, dan aktiviti

sukan d teruskan untuk kesihatan harmoni anak2 sk pantai semua, jika mereka di

dlm kelas shja mata mereka rasa lemas, mereka mahu kan aktiviti cergas dan

memandang suasana luas dan kehijauan alam semula jd...belajar sambil

cergaskan diri

KEPUTUSAN :

4

Pembentangan Usul

USUL 3

NAMA PENCADANG : Soffrey bin Mohammad Rapi (PERDANA)

CADANGAN : Minta update tugasan yang perlu di buat setiap hari

(sepanjang pkp), selalu tertinggal kalau anak2 buka google form sendiri sebab ibu

bapa bekerja.

KEPUTUSAN :

USUL 4

NAMA PENCADANG : Ummu habibah sujono (PPKI)
CADANGAN : PdP ppki diperbaiki lagi. Tidak berulang ulang benda
yang sama.
KEPUTUSAN :

USUL 5

NAMA PENCADANG : Saharuddin Bin Suding
CADANGAN :Memberi kebenaran dan kelonggaran kepada kepada pelajar yang
berada di seberang disebabkan temujanji pelajar/ ibu bapa yang kerap di luar Wp
Labuan.
KEPUTUSAN

4

Pembentangan Usul

USUL 6

NAMA PENCADANG : Riham Abdollah (PRA MUSYTARI)
CADANGAN : Guru mengadakan libat urus dgn ibu bapa berkaitan
dengan prestasi murid.
KEPUTUSAN :

4

Mesyuarat

AGUNG PIBG

Aktiviti & Program

BIL NAMA PROGRAM BULAN

1 Peserta Kejohanan Catur MSSM 2020 MAC 2020
MAC 2020
2 Program Pusat Sumber Sekolah (PSS) sempena perintah
kawalan pergerakan MAC 2020
APRIL 2020
3 Program Guru Penyayang
4 Pertandingan Memori PKP Anak dan Ibu Bapa SK JULAI 2020

Pantai. Buat video dan Buku Skrap SEPTEMBER 2020
5 Program Gotong-royong mendirikan khemah untuk NOVEMBER 2020
NOVEMBER 2020
murid menunggu balik
6 Program Sambutan Hari Kemerdekaan APRIL 2021
7 Majlis Graduasi Tahun 6 OKTOBER 2021
8 Program Hari Hadiah dan Sijil Tamat Prasekolah 6 tahun
9 Sumbangan kertas A4 untuk pihak Sekolah: 20 Kotak OKTOBER 2021
10 Sumbangan Data Internet bagi peserta ujian indeks

kemenjadian murid
11 Ziarah Cakna – murid terkesan dengan pandemik Covid-

19

12

13
14

5

Jawatankuasa PIBG

JAWATANKUASA PIBG
SK PANTAI WP LABUAN

TAHUN 2020 – 2021

MAHANI BINTI HJ HUSSIN : Penasihat

ZAINAL BIN ADBUL WAHAB : Yang Dipertua

ZAENAH BINTI SUHAILI : Naib Yang Dipertua

SHAELAYANI BINTI MOHD HASLI: Setiausaha

AZIZAH BINTI MUZAINI : Pen. Setiausaha

ANIS BINTIABD. KARIM : Bendahari

SURINAH BINTI BAKAR : Pen. Bendahari

EDDY HERMAN BIN RAHMAT: AJK Ibu Bapa PPKI

NORFADZILAH BINTI MOKTI: AJK Ibu Bapa PRA Sekolah

SUFIAN BIN SUILI : AJK Ibu Bapa

HASNANI BINTI ADENAN : AJK Ibu Bapa

ROHAIDAH BINTI YAHYA : AJK Ibu Bapa

SAFLEE BIN HJ SAMAT : AJK Ibu Bapa

HAMDAN BIN HARUN : AJK Ibu Bapa

ROSNIH BINTI ZAINAL : AJK Ibu Bapa

6

Mesyuarat

AGUNG PIBG

Agenda Mesyuarat

AGENDA 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG
AGENDA 2 : Pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung
tahun 2020.
AGENDA 3 : Perkara-perkara Berbangkit
AGENDA 4 : Membentang dan menerima laporan
tahunan
AGENDA 5 : Membentang dan menerima penyata
kewangan yang berakhir pada 31
AGENDA 6 : Disember 2020
AGENDA 7 : Perbahasan usul
Pembubaran AJK 2020/21 dan memilih
AGENDA 8 : jawatankuasa 2021/2022
AGENDA 9 : Memilih 2 orang pemeriksa kira-kira
AGENDA 10 : Penetapan sumbangan PIBG Tahun 2021

Ucapan Penangguhan

7

Minit Mesyuarat

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 20220
SK PANTAI

Tarikh : 29 Feb 2020
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 Pagi
Kehadiran : (Rujuk Lampiran)

AGENDA

1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG

1.1 Tn Hj Openg @ Supri Bin Abidin memulakan mesyuarat dengan salam keagamaan
dan mengalu-alukan kehadiran semua dif-dif kehormat, barisan pentadbir, ahli jawatankuasa
PIBG, guru-guru dan ibu bapa. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua
penyumbang cabutan bertuah bagi Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bagi tahun 2020.

1.2 Beliau memaklumkan setiap tahun sebelum berakhir bulan Mac, semua sekolah akan
mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG. Objektif utama mesyuarat ini dijalankan
adalah untuk bertemu, berbincang dan berkolaborasi dengan guru-guru bagi meningkatkan
pencapaian anak-anak dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan dalam bidang keagamaan,
akhlak dan sahsiah.

1.3 Beliau memaklumkan kepada semua ibu bapa yang hadir bahawa pihak sekolah
telahpun merangka aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan murid. Beliau
mengharapkan peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak terlibat secara aktif dalam
setiap aktiviti yang telah dirancang.

1.4 Beliau selaku wakil AJK tertinggi PIBG sesi 2018-2019 memohon maaf sekiranya

terdapat kekurangan selama menjalankan tugas. Berikut ialah penama AJK PIBG sesi 2018
– 2019 :

1. Yang Di Pertua : Tn Hj Openg @ Supri Bin Abidin
2. Setiausaha : Natasha binti Ak Kalong
3. Bendahari : Nasita binti Badurun

8

Mesyuarat

AGUNG PIBG

Minit Mesyuarat

1.5 Beliau berharap AJK baharu yang dilantik pada kali ini akan menjadi sebuah organisasi
yang lebih mantap demi kebaikan anak-anak SK Pantai. Pertukaran AJK ini juga melibatkan
pertukaran penandatangan bagi Akaun PIBG di Agro Bank. Kuasa untuk menandatangani
sebarang urusan Bank adalah melibatkan dua daripada tiga penandatangan. Berikut
merupakan penama AJK tertinggi baharu bagi sesi 2020 – 2022 :

1. Yang Di Pertua : En. Suwito bin Kardo
2. Setiausaha : Shaelayani binti Mohd Hasli
3. Bendahari : Anis binti Abd Karim

1.6 Beliau memaklumkan bahawa sangat terharu dengan komitmen yang ditunjukkan oleh
AJK tertinggi PIBG dan mengharapkan komitmen ini akan diteruskan oleh barisan AJK PIBG
yang baharu.

1.7 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Safariah Osdam atas sumbangan
sebuah penghawa dingin untuk bilik gerakan PIBG.

1.8 Beliau juga berharap agar Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Pantai bagi tahun 2020
ini dapat berjalan dengan lancar.

2.0 UCAPAN GURU BESAR

2.1 Pn Mahani Binti Hj Hussin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG, Barisan
pentadbir sekolah, guru-guru, barisan jawatankuasa PIBG dan ibu bapa yang hadir pada hari
ini kerana berjaya menjalankan mesyuarat agung tahunan PIBG bagi tahun 2020.

2.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang hadir pada hari ini.

2.3 Beliau juga memaklumkan kepada ibubapa khususnya tahun 6. Pelbagai aktiviti yang
telah dirancang oleh pihak sekolah antaranya ialah Program Kelas Malam. Makluman
kepada semua bahawa program ini telah mendapat kelulusan oleh pengarah JPN Labuan
dan meminta maklum balas atau komen daripada ibubapa samaada bersetuju atau tidak,
dan cadangan yuran bagi kelas tersebut adalah RM20. Tambahan pula, cadangan hari
program ini dijalankan ialah hari Isnin, Selasa dan Rabu.

2.4 Beliau juga meminta pandangan dan persetujuan ibubapa samada bersetuju untuk
menyumbangkan 1 rim kertas kepada pihak sekolah untuk membantu masalah kekurangan
kertas di sekolah.

2.5 Beliau juga mengalukan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang
menyumbangkan wang ringgit untuk tujuan menceriakan bilik darjah anak. Beliau turut
berharap agar mesyuarat kali ini dapat berjalan lancar.

Tindakan : Makluman

9

Minit Mesyuarat

3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG 2019
Cadangan : En Suwito bin Kardo
Disokong : Pn. Rohaida binti Yahya

Tindakan : Makluman

4.0 LAPORAN SETIAUSAHA
Sila ke link http://gg.gg/LAPORANSUSKP2019

5.0 PEMBENTANGAN KEWANGAN 01.01.2018 – 31.12.2019
(Rujuk lampiran)

6.0 MEMBAHASKAN USUL
PK PENTADBIRAN

Usul / cadangan : Kelas Tambahan murid tahun 6
Maklum balas:
Guru besar mencadangkan untuk membuat kelas tambahan berbayar dan meminta
persetujuan dari pihak ibu bapa. Beliau juga memaklumkan kepada ibu bapa hendaklah
memastikan anak-anak hadir ke kelas tambahan.

PK HEM
Usul/ cadangan: Menyediakan tong khas untuk memudahkan ibu bapa yang ingin
memberikan sumbangan.

Usul/ cadangan: Memberi sumbangan buku, pakaian dan kasut terpakai (masih
berkeadaan baik)

PUAN SAENAH
PUAN NURAQILAH
PUAN STEPHANIE

Maklum balas: Buku pakaian dan kasut sekolah yang terpakai dan tidak digunakan lagi boleh
dihantar ke sekolah untuk didermakan kepada murid yang memerlukan. Sebelum dihantar
ke sekolah, hendaklah dipastikan semua barangan tersebut dalam keadaan yang masih boleh
digunakan. Pihak sekolah akan menyediakan tempat khas untuk mengumpulkan barang
tersebut.

10

Minit Mesyuarat

PK KOKUM:
Usul/ cadangan: Sukan Tahunan SK Pantai.
Maklum balas: Sukan Tahunan SK Pantai diadakan pada waktu pagi. Ibu bapa hendaklah
memaklumkan tahap kesihatan murid-murid yang menjadi atlet. Bagi murid yang sakit
mereka tidak dibenarkan mengikuti acara sukan. Murid yang tidak terlibat juga tidak
dibenarkan berada dipadang balapan. Ada cadangan untuk mengadakan Sukan Sekolah pada
waktu petang tetapi pihak sekolah memikirkan aspek keselamatan murid-murid
memandangkan suasana malam akan ada kesukaran untuk mengawal murid. Manakala bagi
sukan Tahap 1 telah dilaksanakan di sekolah sahaja bagi menjimatkan masa.

7.0 PERKARA BERBANGKIT

7.1 YDP PIBG mengharapkan kehadiran ibubapa sepanjang mesyuarat PIBG dijalankan dan
pembayaran sumbangan PIBG RM40 perlu dijelaskan untuk memudahkan sekolah
menjalankan aktiviti sepanjang tahun.

7.2 Sebanyak RM9792.00 sumbangan PIBG yang diterima pada tahun 2019. Sumbangan
yang diterima tidak mencukupi dan pihak sekolah terpaksa mengamalkan perbelanjaan
berhemah.

7.3 Walaupun sumbangan PIBG tidak wajib tetapi ibu bapa perlu memikirkan keperluan
pembelajaran anak-anak.

7.4 YDP PIBG berharap tahun 2020 sasaran sebanyak 70% ibu bapa membayar sumbangan
PIBG akan tercapai. 30% lagi adalah dianggap golongan yang tidak mampu membayar
sumbangan tersebut.

Tindakan: ibu bapa penjaga
8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 YDP PIBG Encik Suwito bin Kardo menyatakan bahawa yuran bagi PIBG iaitu :
- RM150 untuk prasekolah (6 tahun)
- RM50 bagi prasekolah (5 tahun)
- RM40 untuk tahap 1 dan tahap2

10

Minit Mesyuarat

8.2 Bagi penggunaan jejantas, Puan Mahani memaklumkan menjadi tanggungjawab kita
semua untuk sama-sama mengingatkan murid-murid tentang sikap semasa menggunakan
jejantas. Ibu bapa diminta untuk mengambil anak mengikut waktu yang ditetapkan bagi
menggelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Manakala guru-guru diminta untuk
menamatkan sesi pembelajaran mengikut waktu yang ditetapkan bagi memudahkan ibu
bapa yang bekerja. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kejadian
yang berlaku diluar kawasan sekolah. Tugas pengawal keselamatan sekolah tidak termasuk
untuk mengawal murd-murid semasa dijejantas.

Makluman dan tindakan : ibu bapa /penjaga dan Guru

8.3 Puan Mahani memaklumkan guru-guru boleh membuat latihan sukan selepas waktu
Ko-kurikulum iaitu pada jam 4.30-5.30 petang. Setiap murid yang mewakili sekolah dalam
sukan dan permainan akan mendapat markah didalam sistem PAJSK.

Makluman dan tindakan : Guru
9.0 PENUTUP

9.1 YDP PIBG Encik Suwito bin Kardo mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
yang telah hadir pada mesyuarat kali ini.

9.2 Beliau berharap agar ibu bapa dan penjaga dapat memberikan komitmen kepada
PIBG demi kemenjadian anak-anak SK Pantai.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi oleh YDP PIBG Encik Suwito bin Kardo.
Dicatat oleh:

1. Pn Nazhatul Izma Farahani Binti Ahmad Kuhardi
2. Pn Azizah Binti Muzaini
3. Pn. Surinah Binti Bakar

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

SHAELAYANI BINTI MOHD SUWITO BIN KARDO MAHANI BT HJ HUSSIN
HASLI Yang Dipertua Penasihat
Setiausaha Persatuan Ibu Bapa Persatuan Ibu Bapa
Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Guru
dan Guru SK Pantai SK Pantai
SK Pantai WP Labuan WP Labuan
WP Labuan
Tarikh: 2 Mac 2020 Tarikh : 2 Mac 2020 Tarikh : 2 Mac 2020

10

Cucur badak di kedai nenek,
Murahnya harga dapat berjimat;
Ajar budak akhlak yang baik,
Dunia dibangga, akhirat selamat

Pulang pemburu dengan riangnya,
Dapat menghambat si anak rusa;
Berjuang guru dengan ilmunya,
Menobat martabat si anak bangsa.

Ayu semarak di sisi bonda,
Kekal berseri jambangan gelora;
Guru pencorak generasi muda,
Bakal mengisi kepimpinan negara.


Click to View FlipBook Version