The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kumpulan 6
Tajuk:Takrifan Harian dan Autoriti

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by magdlinejoi99, 2021-12-20 08:33:31

MPU21032:Penghayatan Etika dan Peradaban

Kumpulan 6
Tajuk:Takrifan Harian dan Autoriti

Penghargaan

Syukur kepada Tuhan kerana dengan berkat dan keizinan-
Nya,maka kumpulan kami, Kumpulan 6 dari kelas DAT1A dapat
menyiapkan Projek Penghayatan Etika dan Peradaban bagi Sesi1
2021/2022 dengan jayanya.Semoga,tugasan projek ini akan
memberikan banyak manfaat kepada saya dan rakan-rakan yang lain,
dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian di
masa hadapan.

Saya, Magdline Joi anak Jaman, selaku penulis e-Book untuk projek
pada kali ini ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pensyarah subjek ini, Puan Lezawati Binti Seron kerana tidak jemu-
jemu memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar cara-cara membuat projek mengikut
kriteria yang telah ditetapkan.Puan Lezawati juga turut membantu menyemak isi dan laporan
serta membuat teguran agar memperoleh hasil projek dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya iaitu
ayahanda Encik Jaman anak Jimbu dan bonda Puan amoi anak Ancha yang turut membantu
untuk menyiapkan kerja-kerja seperti ini.Hal ini kerana, kerja-kerja untuk menyiapkan projek
inni memerlukan motivasi,usaha dan buah fikiran.

Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada
rakan- rakan seperjuangan saya iaitu Nur Ayuni Binti Abdullah, Khairunnisa Binti Abu Bakar
dan Eliezer Uring Juk yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai
semangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat serta
cadangan.

Akhir kata, saya ingn mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja projek ini.Hanya Tuhan sahaja
yang dapat membalas jasa dan budi kalian.

Senarai ahli kumpulan 6

Magdline Joi anak Jaman
20DAT21F1008
Tugas:Penulis EBook

Nur Ayuni Binti Abdullah
20DAT21F1016
Tugas:Isi

Khairunnisa Binti Abu Bakar
20DATF1072
Isi

Eliezer Uring Juk

20DAT21F1038

Gambar& Muka hadapan dan

belakang(Rujukan)

Pengenalan

Untuk Projek kali ini,kumpulan kami telah diberikan salh satu tajuk dari Bab 8 iaitu Peranan
Etika dan Peradaban Mendokong Tanggungjawab Sosial di Malaysia.Subtopik yang telah
diberikan oleh pensyarah kepada kumpulan kami untuk dihuraikan ialah Topik 8.1:Takrifan
Harian dan Autoriti.

Di dalam eBook ini,kami akan memaparkan maksud takrifan harian dan autoriti serta
bagaimana takrifan harian san autoriti dijalankan dalam kalangan masyarkat
Malaysia.Seterusnya, di dalam eBook ini juga akan disertakan budaya masyarkat di
Malaysia.Selain itu, eBook kumpulan kami juga akan memaparkan konsep
segregasi,akomodasi,akulturasi,asimilasi dan amalgasi yang menceritakan tentang
hubungan etnik di Malaysia.

Isi kandungan

1. Muka Hadapan
2. Penghargaan
3. Senarai Ahli Kumpulan
4. Abstrak:Pengenalan
5. Takrifan Harian
6. Budaya Masyarakat di Malaysia: -Masyarakat Melayu

-Masyaraakat Cina
-Masyarakat India
-Masyarakat Dayak
7. Takrifan Autoriti
8. Konsep Segregasi, Akomodasi, Akultrasi, Asimilasi, dan Amalgasi
9. Penjelasan konsep-konsep di(8):-Segregasi
-Akomodasi
-Akultrasi
-Asimilasi
-Amalgamasi
10. Konsep Perpaduan dan Integrasi
11. Rujukan(Muka Belakang)

Takrifan harian

 Merujuk kepada fenomena dan tingkah laku yang tidak terikat oleh
undang-undang formal tetapi lebih memaparkan dalam perbezaan
itu mereka didorong dan memiliki norma yang dikongsi dan diterima
bersama.

 Setiap bangsa dan agama di Malaysia mempunyai budaya dan adat
resam masing-masing.

 Prinsip kepelbagaian ini perlu diberi,dijelaskan dan dihayati kepada
semua masyarakat,bagi memastikan perpaduan dan kehidupan
yang harmoni agar dapat diwariskan kepada generasi masa
hadapan.

 Perubahan masa begitu cepat sehingga menghakis serba sedikit
budaya dan adat kebiasaan bagi sesetengah masyarakat.

 Di Malaysia,terkenal dengan masyarakat majmuk,iaitu terdapat
kepelbagaian bangsa, agama, dan keturunan.

1)budaya masyarakat melayu

Klarifikasi Jenis-Jenis

Perayaan-perayaan Aidilfitri,Aidiladha, Al-Quran, Maulid Nabi, Awal

Keagamaan Muharam

Muzik/Tarian Wayang Kulit, Mak Yong, Kuda Kepang, Menorah,

Tarian Gamelan, Zapin

Adat Perkahwinan Merisik, Bertunang,Pelamin,Bersanding

Jenis Pakaian Sarung, Pakaian Cik Siti Wan Kembang,Pakaian

Puteri Perak, Baju Kurung Teluk Belanga, Baju

Kebaya Labuh, Baju Riau atau Pahang.

Jenis Makanan Kuih Bahulu, ketupat, nasi kerabu, nasi dagang.

Tradisional

2)Budaya masyarakat cina

Klarifikasi Jenis-jenis
Perayaan-perayaan Perayaan Tahun Baru Cina,Chap Goh Mei,
keagamaan Perayaan Ching Ming, Perayaan Hantu Lapar,
Perayaan Kuih Bulan
Pakaian Samfoo, Cheongsam
Muzik/Tarian Opera Cina, Tarian Singa, Tarian Naga
Adat Perkahwinan Meminang dan merisik
Jenis Makanan Tradisional Kuih Bulan, Kuih Bakul, Tau Fu Fah, Char Koay
Teow, Mee Wantan, Nasi Ayam Claypot

3)Budaya masyarakat india

Klarifikasi Jenis-jenis

Perayaan-perayaan Deepavali, Thaipusam, Ponggal

keagaamaan

Pakaian Dhoti, Sari, Kurta, dan Salweer Kameez

Muzik/Tarian Tarian Khathak, Bharata Natyam

Adat Perkahwinan Merisik, Kunjungan ke Rumah Pengantin(Pen

Poarttal), Ikat Janji(Niccayam), Upacara

Perkahwinan.

Jenis makanan tradisional Murukku, Tosai, Idli, Putu Mayam, Vadai, Rogan

Josh

4)budaya masyarakat dayak

Klarifikasi Jenis-jenis
Perayaan-perayaan Gawai Dayak
Keagamaan
Muzik Tarian Langgi Pingadap, Ngajat(Iban)
Adat Perkahwinan Mengamalkan monogami, dilarang perkahwinan
antara sepupu, larangan kuat terhadap
Jenis Pakaian inses(keluarga dekat), perkahwinan luar daripada
Jenis Makanan keluarga.
Tradisional Baju Boyuh(Bidayuh),Baju Kulit Kayu(Bidayuh)
Pribuh, Sup Ponah, Pogang

Takrifan autoriti

Fenomena dan tingkah laku yang dikaitkan dengan

perundangan,protokol, perlembagaan yang telah diinstitusi dan

diperakui bersama.

Lahir berdasarkan dokumen dan pihak berkuasa dalam

maysarakat.

Autoriti cenderung bersifat tetap dan rigid dengan erti kata lain

perbuatan masyarakat terikat dengan peraturan dan undang-

undang dan peraturan yang berkuatkuasa

Sistem perundangan merupakan salah satu kriteria utama

masyarakat kerana sistem perundangan mampu menghasilkan

keadilan yang amat besar pengaruhnya dalam menentukan jatuh
bangun sesebuah tamadun.

Konsep segregasi, akomodasi,akulturasi, asimilasi dan
amalgamasi

 Hubungan etnik di Malaysia boleh diukur sejak zaman penjajahan lagi.
 Perkembangan hubungan etnik di Malaysia bermula dari tahap yang

rendah ke tahap yang lebih tinggi.

 Tahap tersebut dapat dilihat dalam konsep-konsep berikut iaitu bermula

dengan segregasi,akomodasi,akulturasi,asimilasi dan amalgamasi.

Segregasi=berpisah(A/B/C)

Akomodasi=menyadari(A+B+C=A+B+C)

Akulturasi=terima(Abc+Bac+Cab)

Asimilasi=percantuman(A+B+C=A dominum)

Amalgamasi=percantuman etnik(A+B+C=D ras baru)

1)segregasi

 Memperlihatkan tahap hubungan antara kaum dan etnik di
Tanah Melayu yang bersifat terpisah

 Orang Melayu, Cina dan India hidup terpisah kerana berbeza
pekerjaan.

 Orang Melayu bekerja sebagai nelayan dan petani, maka
tempat tinggal mereka adalah di kampung-kampung
pedalaman dan pesisiran pantai.Orang Cina pula bekerja
sebagai peniaga dan pedagang serta pelombong dan
kebanyakan mereka di pinggir bandar dan kawasan
bandar.Manakala orang India bekerja sebagai buruh dan
penoreh getah di mana, tempat tinggal mereka kebanyakan
tertumpu di kawasan estet dan ladang-ladang.

 Dari segi pendidikan,orang Melayu bertempat di sekolah
Melayu,orang Cina bertempat di sekolah Cina dan orang India
bertempat di sekolah Tamil.Setiap sekolah menggunakan
bahasa ibunda masing-masing.

 Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang(de
jure) atau tidak didasari oleh undang-undang(de facto).

2)Akomodasi

 Setiap etnik kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh
etnik-etnik tetapi mereka tetap mempertahankan budaya dan
nilai hidup masing-masing.

 Formula bagi konsep A+B+C=A+B+C
 Negara Switzerland adalah contoh negara yang mempunyai

hubungan etnik bersifat akomodasi, dimana etnik-etnik di
dalamnya seperti etnik Jerman, Perancis dan Itali saling
membuat penyesuaian antara satu dengan lain dan hidup
dalam keadaan aman (peaceful co existence)

3)akulturasi

 Penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau

kelompok dari budaya yang lain.

 Merujuk penyerapan unsur kebudayaan dari satu budaya yang

lain dapat menyemai semangat kekitaan dalam kalangan
rakyat.

 Contohnya,pemberian duit raya oleh Orang Melayu semasa

Hari Raya dan budaya pemberian ang pau ialah budaya
masyarakat Cina.

 Formula bagi konsep inni ialah Abc+Bac+Cab.

4)asimilasi

 Penyantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok budaya dari identiti yang
sama.

 Proses asimilasi akan berlaku adanya:
I. Etnik yang mempunyai budaya yang berbeza
II. Etnik-etnik tersebut sentiasa berinteraks.
III. Interaksi etnik berlalu dalam tempoh yang agak lama

 Contohnya, ialah masyarakat Melayu di Thailand,masyarakat
Cina kampung di Kelantan dan masyarakat Baba dan Nyonya
di Melaka.

 Formula bagi konsep ini ialah A+B+C=A(dominan)

5)amalgamasi

 Budaya dan kaum bercampur mewujudkan budaya dan ras yang
baharu.Ia biasanya melalui perkahwinan campur antara etnik dan kaum.

 Contohnya, perkahwinan orang Cina dan India, Melayu dan Cina, India
dan Melayu, Melayu dan Eropah dan sebagainya.

 Ada juga mengingatkan bahawa IQ anak hasil perkahwinan campur ini
tinggi, cerdik, penampilan menarik dan sebagainya.

 Formula bagi konsep amalgamasi ialah A+B+C=D(kelompok baru)

Konsep perpaduan dan integrasi

Definisi Perpaduan:

Suatu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Definisi Integrasi:

Suatu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan
yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah politeknik.

Kesimpulan

Kesimpulannya, takrifan harian lebih berkesan daripada takrifan autoriti.Hal ini
kerana setiap anggota masyarakat majmuk bebas untuk bertindak serta berperilaku
secara prokeamanan, prokeharmonian dan antikeganasan demi survival diri, keluarga
dan kelompok sosial.Sekiranya timbul sebarang konflik, anggotanya akan segera
mencari jalan penyelesaiannya melalui rundingan dalam pelbagai cara dan bentuk.


Click to View FlipBook Version