The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulnabila17502, 2021-11-10 02:17:38

PEMBACAAN MEKANIS DAN MENTALIS

PEMBACAAN MEKANIS DAN MENTALIS

PEMBACAAN
MEKANIS DAN

MENTALIS

AMIRA FARISHA BINTI ROSMADI
NURUL NABILA BINTI KHAMAROZAMAN
WAN IRENE ARDINEE BINTI WAN ZAMRI

NURIN YASMIN BINTI RAZIMAN

AKTIVITI YANG
SESUAI

DILAKSANAKAN
UNTUK PdP

MEMBACA
SECARA MEKANIS

Aktiviti membaca secara mekanis ialah
teknik membaca yang mengeluarkan suara
dan pendapat antara satu sama lain serta
proses yang dapat membantu peningkatan
pencapaian akademik murid-murid. Ini
merupakan salah satu contoh aktiviti yang
menggunakan teknik membaca secara
mekanis. Aktiviti ini dinamakan aktiviti
perbincangan dan pembentangan isi
karangan. Aktiviti ini selalu digunakan
ketika pdp secara dalam berkumpulan.
Aktiviti ini kebiasaannya terdiri daripada 4-
6 orang ahli. Masa yang akan diberikan
selama 10-15 minit untuk satu isi bagi
setiap kumpulan. Cikgu akan memberikan
tajuk dan isi-isi penting. Tugasan murid-
murid ialah menghuraikan dan
membentangkan hasil kerja kepada rakan
sekelas yang lain untuk dijadikan sebuah
karangan yang lengkap.

FAEDah- Dapat memberi peluang kepada
faedah murid-murid untuk berfikir secara
membaca berkumpulan tentang sesuatu
mekanis maklumat.
Dapat mewujudkan kerjasama

antara satu sama lain untuk
menghasilkan output yang berguna.
Dapat menambahkan keyakinan
murid-murid untuk berkomunikasi di
khalayak ramai.
Dapat merangsang pemikiran
kreatif murid-murid.
Dapat memberi peluang kepada
murid untuk memberi idea mereka
sendiri.

MEMBACA SECARA
MENTALIS

Aktiviti membaca secara mentalis ini
ialah aktiviti yang menggunakan kaedah
pembacaan secara senyap atau
membaca dalam hati. Contoh diatas
merupakan aktiviti PdP secara mentalis
yang dinamakan sebagai membaca
petikan teks tanpa bunyi. Aktiviti ini selalu
dilakukan ketika diberi tugasan oleh guru
untuk melaksanakannya secara individu.
Selain itu aktiviti ini juga berlaku ketika
menjawab peperiksaan yang memerlukan
perhatian dan ketelitian dalam
menjawab soalan. Jika terlalu banyak
bunyi ia akan mengganggu konsentrasi
murid-murid. Membaca secara senyap
dapat meningkatkan daya kefahaman
murid disebabkan maklumat yang dibaca
mudah diterima.

Murid-murid dapat melaksanakan FAEDah-
tugasan dengan cepat dan lebih faedah
memahami soalan. membaca
Murid-murid dapat menggunakan meNTALIS
kemahiran membaca senyap untuk
mendapatkan pengetahuan.
Murid-murid dapat menggunakan
kemahiran membaca mentalis untuk
hiburan.
Murid-murid lebih mudah memahami dan
dapat menambahkan ilmu pengetahuan
bedasarkan apa yang dibaca.
Murid-murid dapat mengesan maksud
dan isi kandungan petikan dengan lebih
baik.

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version