Sejarah Perkembangan Tulisan
dalam bahasa Melayu, Sejarah Perkembangan bahasa
Melayu Pramerdeka dan
Pascamerdeka serta Cabaran dan Masa Depan bahasa
Melayu
NURUL NABILA BINTI KHAMAROZAMAN
(PPISMP BM6)
E-PORTFOLIO
Penghargaan
Dengan nama Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian dan syukur kehadrat ilahi
kerana dengan Hidayah dan anugerahNya telah memberikan saya kekuatan dan menghalang segala kesulitan untuk
saya menyiapkan tugasan ini.
Dalam usaha untuk menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan
terima kasih kepada Dr. Robiah Binti Mohamad selaku guru Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu saya. Beliau telah
meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyempurnakan kerja
kursus ini.
Khas untuk datuk dan nenek saya yang tercinta, iaitu Karim Bin Ibrahim dan Chekma Binti Othman dan adik beradik
kesayangan saya jutaan terima kasih dirakamkan kerana telah memberi sokongan dai segi moral dan kewangan serta
kasih sayang kepada saya sepanjang masa.
Penghargaan kepada rakan baik saya dan semua rakan yang lain atas kesudian membantu dan memberi segala
nasihat. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sanggup mengharungi suka dan duka secara bersama-sama
dan semoga Allah S.W.T. meredhai dan merahmati kita semua.
Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.
ISI KANDUNGAN
BIL BUTIRAN MUKA SURAT
1. Penghargaan 2
2. Isi Kandungan 3
3. Sejarah Perkembangan Tulisan Dalam Bahasa Melayu 4-10
4. Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka dan Pascamerdeka 11-20
5. Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu 20-27
6. Sumber Rujukan 28
Sejarah
Perkembangan
Tulisan Dalam
Bahasa Melayu
SISTEM TULISAN PALLAWA
Suatu sistem tulisan abjad suku kata yang berasal daripada tulisan Brahmi.
Dikenali tulisan bulat.
Merupakan sistem tulisan terawal digunakan di kawasan Kepulauan Melayu.
Mula bertapak di Pulau Jawa dan ditulis dalam bahasa Sanskrit.
Mempunyai 46 abjad dan ketika itu bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan.
Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu dijangka terhad terhadap golongan istana akibat ketiadaan kemudahan asas untuk
mengajar orang membaca dan menulis.
Sistem tulisan paling awal digunakan untuk menulis dalam Bahasa Melayu Kuno dan menerima banyak pengaruh daripada
Sanskrit.
Bukti penggunaan tulisan Pallava terdapat pada yupa (tiang batu persembahan).
Aksara Pallawa diaplikasi dalam dokumen Tarumanegara yang berasal dari pertengahan abad ke-5 dan dokumen-dokumen
yang terhasil menjadi bukti penggunaan aksara Pallawa sebagai tanda aksara berkembangnya tulisan ini di Nusantara.
Tugu turut dijumpai oleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879 ketika huruf Pallawa berbahasa Sanskrit.
Ketujuh-tujuh tugu kini terletak di Muzium Nasional Jakarta.
Terbahagi kepada dua tulisan iaitu pallava akhir dan pallava awal.
SISTEM TULISAN KAWI
Merupakan sistem tulisan terawal di Kepulauan Melayu dan telah wujud dalam kurun ke-8 Masihi.
Digunakan untuk menulis dalam bahasa Kawi yang dituturkan oleh orang Jawa.
Digunakan serentak dengan bermulanya era permulaan tulisan Jawi di kalangan orang Melayu.
Berasal daripada huruf Vangki iaitu huruf orang-orang Pallava yang berasal dari Coromandel India.
Aksara Kawi ditulis tanpa ruang kosong serta merupakan sebuah huruf yang digubah dari huruf India Selatan.
Memiliki sekitar 47 huruf, tetapi sebahagian huruf tidak dapat dikenalpasti bentuk dan penggunaannya.
Setiap hurufnya melambangkan suku kata dengan vokal yang boleh diubah dengan penggunaan tanda baca.
Memiliki huruf subskrip yang digunakan untuk menulis konsonan-konsonan sama dengan pasangan dalam aksara Jawa dan
aksara Bali. Namun, beberapa aksara Kawi tidak mempunyai pasangan dalam penulisannya.
Lenyap pada tahun 1400 Masihi seiring dengan runtuhnya kemaharajaan yang menggunakan huruf itu iaitu Majapahit dan
digantikan dengan huruf Jawa yang dikembangkan daripada huruf Kawi oleh Kekhalifahan Demak.
Orang-orang Melayu kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-
batu bersurat.
Bukti kemunculan tulisan kawi disebabkan dua artifak lama yang ditemui iaitu Batu bersurat Joreng dan Batu bersurat
Padang Lawas.
SISTEM TULISAN JAWI
Berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa
Melayu.
Ditulis dari kanan ke kiri dan bekembang melalui pedagang-pedagang Islam.
Merupakan faktor utama kebangkitan bahasa Melayu dan penyebaran agama Islam yang boleh meningkatkan
pemahaman Islam dan al-Quran.
Digunakan untuk menulis Hukum Kanun.
Di Pulau Jawa, Islam mula didakwahkan sejak 803H oleh seorang pendakwah yang juga seorang wali yang bernama
Maulana Malik Ibrahim.
Kedatangan Islam telah mengubah aspek seperti budaya lain yang juga turut berubah.
Penggayaan istilah dengan kemasukan istilah Arab/Parsi-Islam, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan
penyampaian Islam di seluruh kepulauan Melayu.
Bahasa Melayu memperoleh satu aliran baru kerana aliran lama lebih cenderung kepada sifat esterika.
SISTEM EJAAN ZA'BA
Za’ba telah menyusun sistem ejaan Rumi bahasa Melayu pada tahun 1933 dan tersiar dalam Daftar Ejaan
Melayu Jawi-Rumi 1949.
Sistem ejaan Wilkinson yang dipakai sebelum ini terdapat beberapa kelemahan. Maka, sistem ejaan Rumi Za’ba
telah diperkenalkan untuk memantapkan lagi sistem ejaan Rumi dalam bahasa Melayu.
Antara pembaharuan dalam ejaan Za’ba adalah membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu kepada huruf saksi
dan huruf benar.
Huruf saksi merupakan vokal yang terdiri daripada 21 huruf. Terdapat 40 peraturan yang telah dikemukakan
dalam sistem ejaan Za’ba.
Huruf besar digunakan dengan menurut dua kaedah, yang pertama pada awal perkataan di pangkal ayat,
kemudian daripada noktah, seterusnya daripada tanda tanya jika bukan percakapan pengarang, kemudian
daripada syair atau pantun, huruf pertama ada cakap ajuk dan huruf pertama dalam perkataan teriakan. Kedua,
pada huruf awal dalam kata nama khas atau gelaran nama Tuhan, dan sebagainya serta nama perkara atau
benda yang diserukan.
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
Merupakan sistem ejaan selepas sistem ejaan Rumi Za’ba.
Hasil dalam salah satu sidang di bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu pada 1956 dan
sidang tersebut menghalusi tiga kertas kerja tentang ejaan dan bunyi bahasa Melayu serta membuat 16
ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, dua ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang
tulisan Jawi.
Prinsip ejaan Rumi Kongres adalah menggunakan sistem fonologi iaitu melambangkan satu fonem dengan
satu grafem atau huruf sahaja.
Tanda sempang dihapuskan penggunaannya kecuali dalam kes-kes tertentu.
Perbezaan telah ditetapkan semula dari segi keserasian vokal dalam suku kata awal dan suku akhir
tertutup.
PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Pada 27 Jun 1967 :
Sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah
dicapai.
Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia telah dihadiri oleh Jawatankuasa
Bahasa dan Ejaan Malaysia dengan Kumpulan Ahli Bahasa KOTI.
Hasil pertukaran fikiran dan pendapat serta penelitian dan pengolahan bersama, kedua-dua pihak telah
mencapai kesimpulan dan persefahaman bahawa perkembangan ejaan dalam kedua-dua bahasa adalah wajar
dan sesuai dengan tuntutan kemajuan ilmiah dan keperluan praktikal.
Antara rangka usaha mencapai cita-cita bersama antara rakyat Indonesia dan Malaysia ialah meningkatkan
hubungan antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia melalui semua saluran.
Kempen-kempen memberikan penerangan mengenai Ejaan bersama telah dijalankan melalui akhbar-akhbar,
radio, televisyen serta melalui majalah-majalah dan ceramah-ceramah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pada 16 Ogos 1972 :
Hasil daripada persetujuan antara Malaysia dan Indonesia, Sistem Ejaan Baharu bagi bahasa Malaysia-
Indonesia telah dilancarkan penggunaannya oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein, di
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bertujuan memperbaiki sistem ejaan Rumi Bahasa Malaysia dan menyesuaikannya dengan unsur-unsur dan
perkembangan-perkembangan yang telah mempengaruhi bahasa Malaysia sejak beratus tahun.
Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu Pramerdeka
dan Pascamerdeka
PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG
Membuka peluang kepada warga akademik menyebarluaskan kepakaran mereka dalam bidang
diceburi dan dapat mengimarahkan budaya penulisan dalam kalangan universiti.
Menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik dalam bentuk buku, jurnal dan sebagainya.
Menganjurkan bengkel-bengkel penulisan serta kursus penterjemahannya.
PERANAN PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA
Memelihara tulisan jawi.
Memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu.
Mengadakan perpustakaan.
Mencipta perkataan baharu.
Memajukan bahasa Melayu secara berkumpulan.
PERANAN ASAS 50
Memperluas dan mempertinggikan martabat kesusasteraan dan
kebudayaan Melayu.
Melahirkan pembaharuan dalam karya sastera.
Ahli-ahli ASAS 50 bersepakat berjuang untuk meluaskan dan
meninggikan status kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.
Mempelajari bidang karangan sastera seperti cerita, lakonan dan
sebagainya.
Bahasa Melayu
Dalam Sistem
Pendidikan
LAPORAN BARNES (1951) LAPORAN FENN-WU (1951)
Menubuhkan sekolah dwibahasa serta Untuk mengkaji sistem pendidikan orang
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai Cina.
bahasa pengantar. Mencadangkan supaya matlamat pendidikan
Sekolah-sekolah Melayu, Cina dan tamil menuju ke arah pembentukan warganegara
ditukarkan secara beransur-ansur kepada yang bercorak kebangsaan.
sekolah kebangsaan. Pendidikan percuma kepada semua kanak-
Pendidikan percuma untuk semua kanak- kanak.
kanak di sekolah kebangsaan. Penubuhan kolej latihan guru dan latihan
Sekolah kebagsaan menggunakan satu dalam perkhidmatan.
bahasa sahaja sebagai bahasa pengantar. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi
Sekolah kebangsaan ditadbir dan dibiayai dan menggunakan tiga bahasa iaitu Melayu,
oleh Penguasa Pelajaran Tempatan. Cina dan Tamil.
Bahasa Inggeris sahaja yang wujud di Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan
sekolah menengah sebgaai bahasa (Inggeris) dikekalkan.
pengantar.
ORDINAN PELAJARAN (1952) LAPORAN RAZAK (1956)
Mengadakan dua sistem persekolahan yang Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Bertujuan melahirkan perpaduan kaum.
Inggeris sebagai bahasa pengantar. Merapatkan jurang perbezaan antara kaum.
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mula Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan
dikuatkuasakan di sekolah-sekolah Cina dan yang cekap dan berkesan.
Tamil. Menyediakan kemudahan pelajaran yang
Pendidikan agama diadakan pada waktu mencukupi.
persekolahan untuk murid-murid beragama Mencadangkan supaya dasar pelajaran adalah
Islam. tanggungjawab Menteri Pelajaran.
Pelajaran Bahasa Melayu diwajibkan di Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi
sekolah Inggeris, manakala Bahasa Inggeris mata pelajaran wajib bagi semua sekolah.
diwajibkan di sekolah Melayu. Pelajar hendaklah lulus dalam Peperiksaan
Pelajaran Bahasa Cina dan tamil perlu Masuk Sekolah Menengah untuk memasuki
disediakan sekiranya terdapat sekurang- sekolah menengah rendah.
kurangnya 15 orang pelajar.
Pengenalan Bahasa
Melayu Moden
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)
Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains
dan teknologi.
Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.
Membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain
bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan.
Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan
dalam semua bidang.
Membakukan ejaan dan sebutan serta membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam
bahasa kebangsaan.
KERJASAMA SERANTAU DAN PENGANTARABANGSAAN
Malaysia dan Indonesia menubuhkan Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia (MBIM)
pada tahun 1972 bagi memulakan era baru dalam kerjasama kebahasaan
peringkat serantau.
Pada tahun 1985, Brunei Darussalam menyertai penubuhan pakatan ini
sekaligus MBIM dipertua menjadi Majlis Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia -
Malaysia (MABBIM).
MBIM dan MABBIM ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan
bahasa Melayu /Indonesia di rantau ini.
Kerjasama ini menghasilkan penyeragaman pedoman ejaan, penyeragaman
pedoman pembentukan istilah dan penyeragaman istilah-istilah ilmu tinggi
peringkat profesional.
Cabaran dan Masa
Depan Bahasa Melayu
BIDANG PENDIDIKAN
CABARAN BAHASA MELAYU MASA DEPAN
IPTS menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa Pelajar mempunyai kebebasan dalam
pengantar menentukan penggunaan bahasa pengantar.
Merendahkan martabat bahasa Melayu. Bilangan guru dalam subjek bahasa Inggeris
Melemahkan pencapaian falsafah dan matlamat dasar bertambah.
pendidikan kebangsaan. Melahirkan generasi yang tidak fasih berbahasa
Kekurangan guru dalam subjek bahasa Melayu. Melayu.
BIDANG EKONOMI
CABARAN BAHASA MELAYU MASA DEPAN
Isu graduan dalam bidang bahasa Melayu Bahasa Inggeris sebagai bahasa dominan.
tidak laku di pasaran pekerjaan. Bahas Inggeris bahasa utama dalam
Bahasa Melayu dipinggirkan. sektor perniagaan dan peindutrian.
BIDANG PENTADBIRAN KERAJAAN
CABARAN BAHASA MELAYU MASA DEPAN
Bahasa Melayu disaingi oleh bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mampu menjadi medium
Orang bukan Melayu kurang berpuas hati dengan untuk menyebarkan maklumat.
perkembangan bahasa kebangsaan.
BIDANG KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL
CABARAN BAHASA MELAYU MASA DEPAN
Bahasa ibunda akan hilang.
Sikap penutur tiada kesungguhan dan
perasaan malu ketika menggunakan bahasa
ibunda.
BIDANG PENCAMPURAN KOD
CABARAN BAHASA MELAYU MASA DEPAN
Masyarakat majmuk menjalankan urusan jual beli. Menukar kod dari satu bahasa ke bahasa
Mengamalkan perkahwinan campur. yang lain diperoleh secara berasingan.
Menggunakan dasar pelaksanaan pendidikan. Percampuran kod berlaku.
Penggunaan bahasa rojak.
BIDANG SLANGA
CABARAN BAHASA MELAYU MASA DEPAN
Mempengaruhi cara berbahasa di alam Bahasa Melayu masih digunakan dengan baik.
realiti. Masyarakat memartabatkan penggunaan
bahasa Melayu tanpa mengira keadaan.
SUMBER RUJUKAN
Aksara Kawi. (2021, Julai 17). In Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Aksara_Kawi
Amir Syafiq (2013, Februari 23). Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan. SlideShare (PowerPoint Slides).
https://www.slideshare.net/ssuser19c7d8/isu-pluraliti-selepas-merdeka-dari-perspektif-pendidikan
Aram (October, 2013). Ejaan Rumi Kongres. Blogspot. http://bujangetg.blogspot.com/2013/10/ejaan-rumi-kongres.html
Atirah Syafiqah (2021, Oktober 20). Peranan-Peranan Pejabat Karang Mengarang, Pakatan Mengajar dan Asas 50.
Anyflip.com. https://anyflip.com/wkwke/bymm/basic
Muhammad Irman (t.t). Sumbangan Za'ba Terhadap Perkembangan Bahasa Melayu. Academic Edu.
https://www.academia.edu/31089398/Sumbangan_Zaba_Terhadap_Perkembangan_Bahasa_Melayu
Nazarinanawawi. (2012, Mei 2). Masa Hadapan Bahasa Melayu. SlideShare (PowerPoint Slides).
https://www.slideshare.net/nazarinanawawi/masa-hadapan-bahasa-melayu
Shahbudin Abdullah (t.t). Academic Edu. https://www.academia.edu/4903272/Sejarah_Perkembangan_Tulisan_Jawi
Sinnathamby N. (2016, September 25). Masa Depan dan Cabaran Bahasa Melayu. Prezi.com.
https://prezi.com/kzhadelmypwl/masa-depan-dan-cabaran-bahasa-melayu/
Tulisan Pallava. (2021, Julai 17). In Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Pallava
SEKIAN,
TERIMA KASIH