WELCOME
STPM SEM 2 2017
ILMU S2T0P17M ilmu
HADIS
HADIS
SOALAN
4 4.a) Kemukakan dua nama ulama hadis yang masyhur dalam kalangan tabiin (2)
b) Jelaskan empat cara penjagaan hadis yang berlaku pada zaman tabiin (8)
c) Bincangkan faktor perkembangan Ulum al-Hadis (10)
4ABCJAWAPAN 2017
jawapan 4.a KOM
EN
1.Said bin al-Musayyab
2.U'rwah bin al-Zubair
JAWAPAN 4b/
perenggan 1
Antara cara penjagaan hadis yang berlaku pada zaman tabiin ialah mereka
menghafaz hadis kerana mereka khuatir hilangnya hadis Rasulullah disebabkan
ramainya para penhafaz hadis yang mati syahid sebagaimana kebimbangan khalifah
umar bin abd aziz yang direkodkan oleh al bukhari dalam sohihnya
perengan 2/
Selain itu, cara penjagaan hadis yang berlaku pada zaman tabiin ialah mereka
memastikan kesahihan riwayatnya. contohnya seperti yang diriwayatkan daripada
Imam 'Amir Al- Sya'bi, dia berkata : Jika engkau mendengar sesuatu hadis, maka
tulislah ia, walaupun di atas dinding"
perengan3/
seterusnya, cara penjagaan hadis yang berlaku pada zaman tabiin ialah dengan
memperbanyakkan majlis pembelajaran hadis. Oleh itu hadis dapat dikembangkan lagi
di kalangan generasi yang akan datang yang mana mereka juga akan mengenal hadis
secara terperinci.
perengan4 /
Akhir sekali, cara penjagaan hadis yang berlaku pada zaman tabiin ialah beliau
memerintahkan ulama di kalangan tabiin supaya menukis hadis dan dihantar beberapa
salinan ke negeri negeri islam yang lain. dengan itu, hadis nabi juga turut dapat
disebarkan dan dijadikan panduan bagi orang islam samada orang arab mahupun
orang ajam.
JAWAPAN 4c/
perenggan 1
Antara faktor perkembangan ulum al-Hadis ialah gejala pemalsuan hadis palsu yang
berkembang dengan pesat oleh itu adanya ulum al hadis untuk mencegah serta
membetulkan penyebaran hadis palsu yang disampaikan oleh golongan anti hadis
daripada hadis hadis yang dipalsukan itu terus menyerap kedalam pegangan
masyarakat.
KOM
EN
perenggan 2
Seterusnya, kebanyakan tokoh hadis dikalangan sahabat dan tabiin telah wafat.
dengan itu, perkembangan ulum hadis perlu dilaksanakan lagi agar martabat
hadis terjaga dan tidak hanya terhenti pada zaman sahabt dan tabiin sahaja.
perenggan 3
Selain itu, berlakunya perkembangan ilmu pengetahuan di mana terbentuknya kaedah
tertentu dalam penyusunan hadis. hal ini kerana, dengan adanya kaedah ini, hadis akan
lebih berkembang dan lebih berkualiti serta tersusun sehingga dapat menjadi
maslahah kepada masyarakat.
perenggan 4
akhir sekali, berlakunya perpindahan para huffaz ke wilayah-wilayah Islam yang meluas.
apabila para huffaz tersebut berhijrah ke wilayah lain, mereka akan menyebarkan
hafazan hadis mereka kepada masyaraka. mereka juga menyebarkan kepada
masyarakat berkenaan ulum hadis sehingga berkembang dengan pesat.
kesimpulan
kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang mendorong
perkembangan ulum hadis yang mana telah tersebar dan diguna
pakai sehingga hari ini dalam soal aqidah.
5) a) Berikan pengertian mukhtalaf al-hadis. (2)
SOALAN
5 B) Terangkan empat kepentingan ilmu mukhtalaf al-hadis dalam memahami sesebuah
hadis (8)
C) Bincangkan kaedah yang digunakan oleh ulama dalam menyelaraskan hadis yang
pada zahirnya bercanggah dengan hadis yang lain (10)
5 ABCJAWAPAN 2017
JAWAPAN 5a
mukhtalaf al hadis dari segi bahasa ialah merupakan isim mafuul daripada perkataan
iktalafa yang bererti perseisihan antara dua perkara ataupun ketidaksesuaian anatar dua
perkara. manakala, dari sudut istilah pula keberadaan dua hadis yang pada zahirnya
saling bertentangan pada makna, lalu diharmonikan keduanya sehingga hilang
pertentangan dan kerumitan tersebut
JAWAPAN 5b K2O/M2EN
Antara kepentingan ilmu mukhtalaf al-hadis dalam memahami hadis ialah para ulama
dari pelbagai lapisan amat memerlukan ilmu ini kerana ianya akan menerangkan
kebenaran daripada dalil-dalil yang saling bertentangan dan menunjuki satu amalan
yang lebih pantas untuk diamalkan atau ditinggalkan.
perenggan 2 K2O/M2EN
Selain itu, memungkinkan seorang mujtahid untuk mentarjih diantara pendapat-
pendapat yang ada ketika mengkaji dalil-dalilnya dan sebab perselisihan yang wujud di
dalamnya. disebabkan kepentingan mengetahui tempat perselisihan dan sebabnya
maka al-syatibi mengatakan " sesiapa yang tidak mengetahui tempat wujudnya
perselisihan maka dia belum lagi mencapai darjat mejtahid.
perenggan 3 K2O/M2EN
Seterusnya, dapat mengeluarkan hukum hukum-hukum daripadanya tidak akan
sempurna sekiranya seseorang itu tidak dapat menyelesaikan hadith-hadith yang
kelihatan bercanggah antara satu sama lain, kerana ia merupakan salah satu syarat
untuk berijtihad.
perenggan 4 K2O/M2EN
Akhir sekali, pemahaman secara mendalam terhadapnya, pengetahuan tentang am dan
khasnya, pengetahuan tentang mutlaq dan muqayyadnya dan selainnya yang
bersangkutan penguasaan terhadap perbahasan Ulum al-Hadith. ia tidak memadai
dengan hanya menghafaz atau menghimpunkan hadis berserta pelbagai bentuk sanad
dan matannya tanpa disertakan kefahaman dan pengetahuan mengenai isi dan
kandungannya.
JAWAPAN 5C KO1/M2EN
Antara kaedah ulama dalam menyelaraskan hadis yang pada zahirnya bercanggahan ialah melalui al-
Naskh iaitu mencari waktu bilakah Rasulullah SAW menyampaikan kedua hadith yang saling bercanggah
tersebut. apabila waktu hadith tersebut dapat diketahui di mana yang satu lebih dahulu warid dari yang
lainnya maka hadis yang datang kemudian perlu diambil dan diamalkan kerana ia telah memansukhkan
hadis yang terdahulu. ini dilakukan apabila kedua hadith yang bercanggah tadi tidak boleh diharmonikan.
perenggan 2 1/2 KXOCMOENNTOH
Seterusnya, dengan menyatukan dan mengharmonikan iaitu mengharmonikan dua
hadis yang saling bercanggah dengan mengkaji beberapa aspek kerana beramal dengan
kedua dalil lebih utama daripada mengabaikan salah satu dari keduanya, seperti salah
satunya bersifat umum dan yang lain khusus, atau yang satu bersifat mutlaq dan yang
lainya bersifat muqayyad dan sebagainya.
perenggan 3 1/2 KXOCMOENNTOH
Selain itu, melalui pentarjihan salah satu hadith ke atas yang lain di mana hadith yang
rajih menjadi pegangan dan yang marjuh ditinggalkan. ini adalah berdasarkan kaedah-
kaedah pentarjihan yang ditetapkan oleh para ulama. Metode pentarjihan merupakan
aspek penting yang perlu dikuasai oleh kedua-dua ulama hadith dan fiqh supaya dapat
memahami makna dan hukum hadith yang dikaji.
perenggan 4 1/2 KXOCMOENNTOH
Akhir sekali, pendekatan Tawaqquf iaitu apabila kesemua cara tidak boleh dilakukan,
maka beramal dengan kedua-duanya wajib dihentikan sementara (tawaquf) sehingga
terserlah oleh para pengkaji sudut penyatuan dan pentarjihan atau mengambil
ketetapan agar kedua-dua dalil yang saling bercanggah tersebut digugurkan.
KESIMPULAN K2O/M2EN
kesimpulannya, dalam menyelaraskan hadis perlulah mengikuti turutan dalam
menyelaraskan hadis iaitu bermula dengan menyatukan dan mengharmonikan,
seterusnya kaedah nasikh mansukh, kaedah pentarjihan dan akhirnya tawaquf.
SOALAN 6) a) Jelaskan empat pandangan yang dibawa oleh golongan antihadis di Malaysia. (8)
6
b) "Golongan antihadis mendakwa bahawa hukuman rejam sampai mati ke atas penzina
muhsan tidak dapat dilaksanakan kerana hukuman tersebut tidak termaktub di dalam al-
Quran. "Berikan hujah anda hujah anda untuk menyangkal dakwaan ini . (12)
6 ABJAWAPAN 2017
JAWAPAN 6a K2O/M2EN
Perenggan 1
pandangan pertama, golongan anti hadis mengatakan bahawa sunnah itu adalah bukan
wahyu. mereka berpendapat bahwa rasulullah saw sendiri dilarang oleh allah dari
mengata dan mengajar selain al quran
pandangan kedua pula yang dibawa oleh golongan anti hadis adalah mereka tidak
taat pada rasulullah saw. mereka berpendapat bahawa rasulullah saw merupakan
seorang manusia biasa dan tidak wajib dipatuhi
bahkan pada pandangan ketiga pula yang dibawa oleh golongan anti hadis ini mereka
menganggap bahawa al quran tidak memerlukan hadis. mereka mnegatakan al quran
sudah lengkap sepenuhnya dan sempurna dan tidak memerlukan hadis untuk
penjelasannya
JAWAPAN 6B K2O/M2EN
hukum rejam penzina muhsan adalah sabit melalui hadis sahih tidak disebutkan dalam
al quran ,yang disebut adalah hukuman sebatan seratus kali sahaja. hal ini
menunjukkan peranan hadis dalam menerangkan hukum yang mujmal dalam al-Quran
dan ini juga merupakan salah satu contoh hadis datang mentafsirkan al-Quran yang
umum.
perenggan 2 K2O/M2EN
dalam lapangan syariah dan perundangan islam memerlukan peranan hadis dan amalan baginda saw
untuk mentafsirkan kepada manusia apa yang mereka perlukan khususnya bagi mentafsirkan ayat
yang mutlaq dan mujmal. sebagaimana firman Allah dalam surah an nahl 16/44 yang bermaksud " dan
kami pula turunkan kepada kamu wahai muhammad al quran yang memberi peringatan supaya
engkau menerangkan kepada manusia akan apa yang telah diturunkan kepada manusia.
perenggan 3 K2O/M2EN
pada zaman rasulullah terdapat 3 kes zina berkaitan pasangan yang telah berkahwin,
baginda rasulullah menjatuhkan hukuman rejam sampai mati. hal ini kerana
pelaksanaan hukum rejam itu bertujuan untuk menjaga kemaslahatan dan kehormatan
diri serta zuriat keturunan yang wajib daripada bidang maqasid as-syariah
perenggan 4 K2O/M2EN
hukum rejam sampai mati kepada penzina muhsan telah disepakati oleh jumhur ulama
bahawa ia telah ditetapkan leh hadis serta amalan sahabat. hal ini kerana ijmak ulama
mengakui hadis itu wajib diikuti yang menjadi sumber perundangan islam.
sememangnya ayat berkaiyan dengannya wujud dalam Qura tetapi ia relah
dimansukhkan secara bacaan dan tulisan pelaksaan hukumnya tidak dimansukhkan.