The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatinnajihah:), 2022-06-06 20:49:35

2016

2016

WELCOME

SOALAN JAWAPAN STPM SEM 2

ILMU S2T0P16M ilmu
HADIS
HADIS

SOALAN 4.a) Jelaskan empat kaedah yang digunakan oleh para sahabat dalam meriwayatkan sesebuah hadis(8)
4 B) Kitab Sunan Abu Daud merupakan sebuah kitab hadis yang berbentuk jawami". Jelaskan metode

penyusunan kitab tersebut. (12)

4ABCJAWAPAN 2016

jawapan 4.a
Empat kaedah yang digunakan oleh para sahabat dalam meriwayatkan sesebuah hadis
ialah mengurangkan periwayatan kerana dibimbangi tersalah atau terlupa yang boleh
membawa pendustaan terhadap hadis nabi. Sebagai contohnya, Sayyidina Abu Bakar ,

walaupun beliau adalah orang yang paling rapat dengan Nabi SAW dan banyak
mendengar hadis daripada baginda, namun beliau amat kurang meriwayatkan hadis

selepas kewafatan baginda SAW.

perengan 2/

Selain itu, begitu teliti dalam meriwayat dan menerima sesebuah hadis. Mereka
begitu memberi penekanan terhadap sanad dan matan sesebuah hadis sehingga

mereka hanya menerima hadis yang mutawatir dan masyhur yang tidak
bertentangan dengan al- Quran sahaja.

perengan3/

Seterusnya, menggunakan metode rehlah bagi mengenalpasti kesahihan
hadis serta mengelakkan berlakunya pemalsuan hadis .

perengan4 /

Akhir sekali, menghadkan hanya mereka yang benar-benar berminat dan thiqah sahaja yang
boleh mendengar hadis daripada mereka. Jadi, para sahabat tidak membenarkan mereka
yang tidak dikenali atau diragui serta mereka yang suka mengadakan-adakan cerita
menghadiri majlis ilmu mereka.

JAWAPAN 4b/
perenggan 1

Metode penyusunan kitab Sunan Abu Daud ialah (berbentuk jawami'). Sunan ini disusun
berdasarkan masalah fiqh, iaitu bermula dari topik yang terpenting bagi seorang mukallaf

iaitu berkaitan dengan ibadah seperti taharah, solat dan lain-lain.

perenggan 2

Selain itu, penulis telah memuatkan sebanyak 4800 buah hadis dalam
sanadnya. Kitab ini disusun kepada 40 kitab (bahagian) dan setiap kitab

tersebut dibahagikan pula kepada 1871 bab kecil.

perenggan 3

Seterusnya, hadis sahih yang dimuatkan dalam sunan ini tidak dijelaskan kedudukannya
kerana telah jelas kesahihannya. Sementara hadis-hadis yang yang lain samada daif,
munkar, mu'addal dan sebagainya akan diterangkan kedudukannya.

perenggan 4

Akhir sekali, semua hadis yang terdapat dalam sunan ini akan diterangkan kedudukan
perawinya samada thiqah, waham, majhul dan sebagainya. Hadis-hadis didalam kitabnya

adalah ahkam dan hadis-hadis masyhur banyak terdapat dalam sunan Abu Daud.

SOALAN
5 (a) Berikan dua nama tokoh yang terlibat dalam


penulisan ilmu jarh dan ta'dil. [2]

(b) Huraikan empat syarat yang perlu dimiliki oleh


seseorang yang melakukan jarh dan ta'dil. [8]

(c) Bincangkan kepentingan ilmu jarh dan ta'dil dalam bidang kewartawanan

5 ABCJAWAPAN 2016

JAWAPAN 5a
5 a) nama tokoh yang terlibat dalam penulisan ilmu jarh dan ta'dil



1. Imam Bukhari
2. Abd Rahman bin Abu Hatim al- Razi

JAWAPAN 5b

Empat syarat yang perlu dimiliki oleh seseorang yang melakukan jarh dan ta'dil
ialah berilmu.Seseorang yang ingin melakukan jarh dan ta'dil mestilah memiliki

ilmu yang mendalam dalam bidang agama, memahami dengan baik akan al-
Quran dan al-hadis serta hukum-hukum yang berkaitan dengan kedua-dua

sumber tersebut.

perenggan 2

Seterusnya, mempunyai akhlak yang baik. Seseorang yang ingin melakukan jarh dan
ta'dil mestilah orang yang sentiasa menjaga akhlaknya dengan baik, tidak melakukan

perkara yang tercela, serta sentiasa menjaga hubungannya dengan masyarakat.

perenggan 3

Selain itu, tidak pernah dicela atau bukan marjuh. Seseorang yang ingin
melakukan jarh dan ta'dil mestilah orang yang tidak pernah dicela dari semua

sudut sama ada dirinya atau akidahnya dan ia adalah orang yang sentiasa
dipandang baik oleh masyarakat.

perenggan 4

Akhir sekali, tidak bersifat ta'sub. Seseorang yang ingin melakukan jarh dan ta'dil
juga mestilah orang yang tidak ta'sub atau cenderung kepada mana-mana pihak

atau perawi tertentu agar apa yang dilakukannya itu ikhlas dan adil

JAWAPAN 5C

kepentingan ilmu jarh dan ta'dil dalam bidang kewarwatanan ilmu ini
dapat dilihat sebagai kaedah untuk menentukan kualiti
perawi(pemberita) dalam menyampaikan berita.

perenggan 2

Selain itu, kepentingan ilmu jarh dan ta'dil juga iialah mempunyai
hubungan yang erat dengan misi dakwah sekaligus sebagai medium

menyebarkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat.

perenggan 3

Seterusnya, Ilmu ini dijadikan penentu terhadap sifat-sifat yang dimiliki oleh perawii iaitu pihak media perlu
menapis dan membuat pertimbangan seadil-adilnya sebelum menyiarkan maklumat atau berita kepada
masyarakat.

perenggan 4

Akhir sekali, penyebaran maklumat tepat, benar dan berkualiti boleh menjadi suatu aset penting
dalam pembangunan modal insan, pembentukan masyarakat berilmu yang mampu membentuk

sebuah negara yang maju dan bertamadun.

SOALAN
6 a) Perihalkan latar belakang pengarang kitab Matn Al-Arba'in. (8m)

b) Jelaskan isi kandungan kitab Matn Al-Arba'in. (12m)

6 ABCCJAWAPAN 2016

JAWAPAN 6A

Nama sebenar pengarang kitab Matn al- Arba'in ialah Yahya bin Syaraf bin Marri bin Husain al- Nawawi al -
Dimasyqi. Beliau dilahirkan pada Muharram 631H dan meninggal pada 24 Rejab 676 H. Beliau adalah
seorang yang zuhud, wara' dan qana'ah akhlaknya. Beliau mula belajar di Katatib (pondok) iaitu belajar
menulis, membaca dan menghafaz al-quran. Manakala, tempat pengajian beliau di Madrasah al-
Rawahiyah. Seterusnya, nama guru beliau ialah Ibn Ishak Ibrahim Bin Isa dan Ishak Bin Ahmad.
Akhir sekali, karya-karya beliau ialah Riyadh al- Salihin, Minhaj al- Talibin dan Matan Arba'in.

JAWAPAN 6B

Isi kandungan kitab Matan Arba'in ialah mendidik dan membina
kerohanian manusia tentang hakikat Islam ,Iman, ihsan dan tanda-

tanda berlaku kiamat.

perenggan 2

Selain itu, menegaskan bahawa Islam dibina atas lima rukun utama iaitu syahadah, solat,
zakat, puasa dan haji bagi yang berkemampuan merupakan isi kandungan kitab Matn Al-

Arba'in.

perenggan 3

Seterusya, isi kandungan Kitab Matn Al-Arba'in adalah juga amalan bida'ah atau khurafat yang
mengingatkan umat islam supaya tidak menerima sesuatu amalan yang diada- adakan dalam

agama sedangkan sesuatu perkara itu tidak terdapat dalil syarak yang membenarkannya.

perenggan 4

Akhirnya, menjelaskan perkara halal dan haram serta cara-cara
memelihara diri daripada perkara-perkara yang syubhah


Click to View FlipBook Version