KLAFIKASI HADIS
SUDUT SIFAT PERAWI
HADITH
HASDAHIIHS
PRESENTED BY
AAQYIULNAIH
SSooppaaeellrraassnnooffnnooaakklluuss
1) Besertakan contoh, berikan
pengertian Hadis Sahih. (4m)
DARI SEGI BAHASA :
Kata sifat daripada perkataan
يصح- صحyang bermaksud yang
sejahtera dan selamat daripada
sebarang keaiban dan keraguan.
DARI SEGI ISTILAH:
Hadith yang bersambung sanadnya
yang dinukilkan oleh perawi
yang adil lagi dabit (sempurna
hafalan/jagaanya)daripada perawi
yang sama sifatnya hingga ke akhir
sanad,tidak menyimpang dan juga
tidak mempunyai'illah atau
kecacatan.
contohnya hadis sahih:
لولا ان أشق علي أمتي لامرتهم بالسوك مع كل صلاه
2) Nyatakan syarat Hadis
sahih . (4m)
1) Sanad yang bersambung
2) Para perawi yang adil
3) Para perawi yang dabit(sempurna
hafalan/jagaannya)
4) Tidak syaz (menyimpang dari yang tsiqah)
5) Tidak mempunyai 'illah (kecacatan )
3) Jelaskan 5 syarat hadith Sahih. (10 m)
syarat hadith sahih ialah sanad yang bersambung.Hal ini
bermaksud perawi telah bertemu dan menerima hadith
secara langsung daripada gurunya.Keadaan ini
bersambung sanad ini berlaku daripada awal sanat atau
tabaqqat pertama iaitu sahabat hingga kepada perawi
yang terakhir yang menulis hadith tersebut tanpa tertinggal
atau terputus seorang perawi pun.
Selain itu ,syarat kedua ialah para perawi yang adil.Hal ini
demikian seseorang itu orang soleh dan bertakwa kepada
Allah serta tidak difitnah atau tidak dituduh seperti tidak
dituduh berdusta ,tidak bergaul dengan orang yang tidak
bermaruah ,tidak keterlaluan dalam bergurau senda ,tidak
membuang air kecil di jalanan dan tidak makan di jalanan.
Di samping itu,syarat seterusnya ialah para perawi yang dabit
(sempurna hafalan atau jagaannya). Hal ini demikian , perawi
yang memiliki daya ingatan kuat,cerdik dan faham sama ada
berbentuk hafazan atau tulisan serta menjaga tulisannya
daripada sebarang penambahan ,pengurangan atau
perubahan.
Seterusnya ,syarat keempat pula ialah tidak mempunyai
syaz(menyimpang dari yang tsiqah).Hal ini kerana hadith syaz
ialah hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi
bertentangan dengan hadith yang diriwayatkan oleh
ramai.Maksudnya,hadith tersebut berbeza dengan hadith-
hadith lain yang lebih kuat daripadanya.
Akhirnya,syarat kelima ialah tidak mempunyai 'illah iaitu
kecacatan .Hal ini kerana tiada kecacatan yang boleh
meragui atau merosakkan kesahihan sesebuah hadith
Contohnya:Hadith yang diriwayatkan secara bersambung
tetapi tertinggal seorang atau lebih perawi yang mana
dalam sanadnya seorang fasiq atau tidak dhabit.
4) Nyatakan 4 buah kitab yang
terdapat di dalamnya Hadith
Sahih. (4m)
1) Kitab sahih Imam Bukhari
2)Kitab sahih oleh Imam
Muslim
3)Kitab sahih oleh Ibn Khuzaima
4)Kitab sahih oleh Ibn Hibban
4) Jelaskan hukum beramal
dan menolak Hadith Sahih.
(8m)
hukum beramal dengan hadith ialah wajib untuk
beramal dengan hadith sahih menurut ijmak
ulama hadith,fikah dan usul. Hal ini disebabkan ia
merupakan salah satu hujah syarak yang mana
seorang muslim tidak boleh
meninggalkannya.Bukan itu sahaja ,hadis sahih
boleh dijadikan hujah jika tidak beramal dengannya
djatuhkan keatasnya kafir .
5) Dengan memberikan contoh,
bezakan pengertian antara Hadith
Sahih Li Ghairihi dengan Hadith Sahih
Li Zatihi. (6m) (2013U)
pengertian hadith sahih li zatihi ialah dari sudut bahasa
ialah Sihat atau tidak sakit
dari sudut istilah pula bermaksud hadith yang
mempunyai silsilah sanad yang bersambung ,oleh para
perawi adil,dobit atau baik pemeliharaanya ,sama ada
sudut tulisan atau hafazan ,tidak janggal juga tiada
kecacatan yang boleh merosakkan riwayat tersebut.
Hadith yang sampai kepada darjat sahih dengan
sendirinya tanpa memerlukan kepada penyokong atau
saksi untuk menguatkannya.Contohnya:daripada Abu
Hurairah r.a daripada Nabi SAW bersabda:
لولا ان أشق علي أمتي لامرتهم بالسوك مع كل صلاه
Manakala,pengertian pembahagian hadith sahih li ghairihi
ialah hadith yang berada pada darjat yang sahih
disebabkan oleh salah satu syarat daripada syarat-syarat
perawi seperti dhabit dan ianya akan naik ke darjat yang
lebih tinggi kerana memenuhi salah satu perkara di bawah
ini iaitu:Wujudnya jalan atau beberapa jalan lain yang
lebih kuat darinya atau yang sama darjat dengannya.
Contohnya,hadith riwayat Muhammad bin Jubayr bin
Mut'im daripada ayahnya.
سموت رسول الله صلي الله عليه وسلم قرأ في المعرب:قال،عن ابيه
بالطور
6) Besertakan contoh, jelaskan
bahagian Hadith Sahih. (8m)
pengertian hadith sahih li zatihi ialah dari sudut
bahasa ialah Sihat atau tidak sakit
dari sudut istilah pula bermaksud hadith yang
mempunyai silsilah sanad yang bersambung
,oleh para perawi adil,dobit atau baik
pemeliharaanya ,sama ada sudut tulisan atau
hafazan ,tidak janggal juga tiada kecacatan
yang boleh merosakkan riwayat tersebut.
Hadith yang sampai kepada darjat sahih
dengan sendirinya tanpa memerlukan kepada
penyokong atau saksi untuk
menguatkannya.Contohnya:daripada Abu
Hurairah r.a daripada Nabi SAW bersabda:
لولا ان أشق علي أمتي لامرتهم بالسوك مع كل صلاه
Manakala,pengertian pembahagian hadith sahih
li ghairihi ialah hadith yang berada pada darjat
yang sahih disebabkan oleh salah satu syarat
daripada syarat-syarat perawi seperti dhabit
dan ianya akan naik ke darjat yang lebih tinggi
kerana memenuhi salah satu perkara di bawah
ini iaitu:Wujudnya jalan atau beberapa jalan lain
yang lebih kuat darinya atau yang sama darjat
dengannya. Contohnya,hadith riwayat
Muhammad bin Jubayr bin Mut'im daripada
ayahnya.
سموت رسول الله صلي الله عليه وسلم قرأ:قال،عن ابيه
في المعرب بالطور
SSooccaaaallmmaappnnuufrfroaoaknknuuss
1) Nyatakan 4 buah kitab yang
terdapat didalamnya Hadith
Sahih, Hadith Hasan dan Hadith
Dha'if. (4m) (2013U) (5a)
1)Al maqasid al Hasanah Fi Bayan
Kathir min al hadith al musytahirah
'ala al alsinah
2)Al jami'al saghir li al sayuti
3)Al Tadhkirah fi al Ahadith al
Musytahirah
4)Tamyiz al Tayyib min al Khabith