1. (a) Berikan nama dua tokoh ahli falsafah Yunani berdasarkan kenyataan di bawah: i. Pengasas Ilmu Mantik ii. Guru pertama ilmu Mantik i. Pengasas Ilmu Mantik = Socrates ii. Guru pertama Ilmu Mantik = Aristotle
1. (b) Galurkan kronologi sejarah kemunculan ilmu Mantik di zaman Yunani. [8] Bermula kurun ke 6 SM di zaman Heroklitos yang dilahirkan di kota Ephesos. Beliau mengkaji dengan akal tentang kuasa yang menguasai hukum dunia yang mana sebelum ini hanya percaya kepada mitos dan khurafat. Zaman awal falsafah Yunani bersifat material.Pythagorus merupakan orang pertama mengetengahkan pemikiran mantik dan mencipta teorem Pythagoras Bermaindas boleh dianggap pencetus kepada ilmu mantik yang menyentuh tentang qanun tidak bertentangan “adam al-tanaqud”
Socrates pula merupakan pengasas yang menyusun ilmu mantik .beliau menyusun perbincangan ilmu mantik berkaitan istidlal,al-jadal dll. Plato mengembangkan lagi perbincangan tersebut dan menolak kumpulan sofisme dengan kaedah takrif dan istiqra’ serta alqismah al-mantiqiyyah. Aistotle menyusuli kedua-dua gurunya dengan menjadi penyusun ilmu mantik secara sistematik dengan karyanya “organon” atau “alat”. Ilmu tidak lagi dianggap cabang ilmu falsafah.
1. (c) Bincangkan akibat pengabaian ilmu Mantik dalam pengajian ilmu bahasa. [10] Tidak dapat membina atau membentuk takrif yang tepat dalam pelbagai bidang pengajian ilmu bahasa Tidak dapat menentukan dengan jelas antara lafaz dan makna dalam pengucapan Tidak dapat mengaitkan antara lafaz dan makna seperti lafaz kinayah dalam ilmu balaghah Berlaku kesilapan dalam aspek bahasa seperti pengucapankerana mantik menitikberatkan pemikiran yang benar . Kesimpulannya, pengabaian ilmu Mantik dalam pengajian ilmu bahasa menyebabkan kepincangandari sudut membina takrif, menentukan lafaz dan makna, begitu juga mengungkap lafaz yang benar
2. (a) Nyatakan jenis takrif ghair al-mantiqi bagi contoh berikut: i.Sedih ialah tidak gembira[1] ii.Kenderaan ialah kereta[1] iii.Gelak ialah ketawa[1] iv.Harimau ialah raja rimba[1] Sedih ialah tidak gembira Takrif bi al-salb Kenderaan ialah kereta Takrif bi al-mithal Gelak ialah ketawa Takrif bi al-muradif Harimau ialah raja rimba Takrif bi al-majaz
al-Takrif bi alHad Penakrifan dengan menyebutkan sifat atau unsur asasi kepada perkara yang ditakrifkan. Contoh Manusia ialah haiwan yang berfikir al-Takrif bi alRasm Penakrifan dengan menyebutkan sifat luaran yang lazim kepada perkara yang ditakrifkan. Contoh Manusia ialah haiwan yang ketawa 2. (b) Jelaskan perbezaan antara al-Takrif bi al-Had dengan takrif bi al-Rasm berserta contoh.[6]
2. (c) Bincangkan kepentingan al-Takrif dalam disiplin ilmu. [10] Menggunakan ta’rif untuk mendefinisikan sesuatu istilah dalam disiplin ilmu. Kepentingan al-Takrif dalam disiplin ilmu ialah: 1. 2. Menggunakan ta’rif untuk mengetahui unsur asas atau lazim dalam mengklasifikasikan sesuatu ilmu. 3. Menggunakan ta’rif dalam setiap bidang ilmu agar menepati skop perbahasan sebenar. 4. Mengelakkan kekeliruan berkaitan dengan istilahistilah dalam setiap bidang ilmu. 5. Mengelakkan daripada kesalahan dalam penta’rifan sesuatu disiplin ilmu.
3. (a) Berikan takrif qadiyyah hamliyyah dan qadiyyah syartiyyah. [4] Takrif Qadiyyah hamliyyah ialah qadiyyah yang hukumnya tidak ada ikatan atau syarat. Takrif qadiyyah syartiyyah ialah dua qadiyyah yang disertai satu adat yang menghubungkan antara keduanya atau yang memisahkan keduanya yang menjadikan kedua-keduanya satu qadiyyah.
3. (b) Terangkan al-Dukhul tahta al-Tadad dan al-Tadakhul berserta contoh.[6] Al-dukhul tahta al-tadad adalah terbentuk daripada dua qadiyyah yang berlainan dari sudut kaif (mujabah dan salibah) sahaja. Contoh: Sebahagian orang Asia merdeka Sebahagian orang Asia tidak merdeka. Al-Tadakhul adalah terbentuk dari dua qadiyyah yang bertentangan dari sudut kam (kuliyyah dan juziyyah) sahaja dan sama dari sudut kaif. Contoh: Semua orang Inggeris berilmu Sebahagian orang Inggeris berilmu
3. (c) Bincangkan hukum bagi setiap bahagian al-Taqabul baina al-Qadaya. [10] Al-Tanaqud: Tidak mungkin benar kedua-dua pernyataan secara serentak atau salah kedua-dua Jika benar pernyataan pertama maka pernyataan kedua adalah salah Al-Tadad: Tidak mungkin benar kedua-dua pernyataan namun kadangkala kedua-duanya salah Al-Dukhul Tahta al-Tadad: Tidak mungkin kedua-dua pernyataan adalah salah namun kadangkala kedua-duanya adalah benar Al-Tadakhul: Jika benar pernyataan kulliyyah maka benarlah pernyataan juziyyah dan begitulah sebaliknya selagi kedua-duanya berkaitan Kesimpulan Hukum keempat-empat al-Taqabul baina al-Qadaya adalah berbeza lantaran perbezaan kadangkala pada al-kam (kulliyyah dan juziyyah) atau al-kaif (mujabah dan salibah.
4. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan Tajribah. [2] Tajribah ialah Pemerhatian dan penelitian terhadap pelbagai jenis, bentuk, keadaan serta kejadian yang berlaku dalam kehidupan dan di hadapan seseorang sebagaimana ia berlaku.
4. (b) Terangkan empat tariqah Tahqiq al-Furudh. [8] Empat tariqah al-furudh ialah 1. Tariqah al-Ittafak wa al-talazum, bila ada sebab ada musabbab. 2. Tariqah al-ikhtilaf, Apabila tidak ada sebab maka musabbab pun tidak ada. 3. Tariqah al-jam`i baina ittifak wa altakhalluf. Iaitu menyatukan dua tariqah di atas iaitu jika ada sebab ada musabbab dan jika tiada sebab maka tiada musabbab. 4. Tariqah taghayyur al-Nisbi. Apabila berubahnya sebab maka berubahlah musabbab.
4. (c) “Membuat kajian terhadap beberapa juz’i dan diumumkan kepada setiap sesuatu di bawah kulli” Kenyataan di atas merujuk kepada al-Istiqra’. Bincangkan kepentingan al-Istiqra’ dalam kajian ilmiah [10] 1. Proses mendapatkan keputusan melalui ujikaji ini amat penting dalam penyelidikan ilmiah kerana ia adalah keputusan yang benar dan diyakini. 2. Kajian atau istiqra sangat penting dalam penyelidikan ilmiah kerana ia memperkembangkan tahap pemikiran seseorang pengkaji dalam setiap andaian yang diuji. 3. Kajian atau istiqra sangat penting dalam penyelidikan ilmiah kerana ia dapat membuat perbandingan dan perbezaan bagi setiap ujikaji. 4. Dalam kajian ilmiah, penyelidik menggunakan metode pemerhatian untuk mendapatkan data fakta serta mengumpulkannya untuk membuat keputusan dalam penyelidikan.
5.(a) Nyatakan dua buah kitab Ilmu Mantik yang dihasilkan oleh al-Ghazaliyy. [2] Dua buah kitab ilmu Mantik yang dihasilkan oleh Imam al-Ghazali ialah: • Miyar Ilmi fi fanni Mantik • Muhikk al- Nazar • Muqadimah al- Mustasfa fi ilm al-usul • Al-Qistas al-Mustaqim
5.(b) Jelaskan pemikiran alGhazaliyy yang berkaitan dengan Ilmu Mantik.[8] i. Imam al-Ghazali orang yang menjadikan mantik sebagai neraca pengukur kepada ilmu pengetahuan Islam. ii. Imam ghazali menggunakan ilmu Mantik untuk menyanggah beberapa aliran pemikiran ahli falsafah yang dianggap bertentangan dengan ajaran Islam iii. Menjadikan ilmu Mantik sebagai salah satu daripada metodologi kajian yang boleh menghasilkan keyakinan dalm semua cabang ilmu pengetahuan manusia. iv. Beliau menolak penggunaan mantik secara mutlak dalam memahami persoalan ketuhanan. v. Imam Ghazali menggunakan ilmu Mantik untuk menyanggah beberapa aliran pemikiran ahli falsafah yang dianggap bertentangan dengan ajaran Islam.
5.(c) Bincangkan sumbangan alGhazaliyy dalam Ilmu Mantik. [10] 1. Beliau menguasai mantik dengan merujuk kepada karya-karya terjemahan mantik Yunani. 2. Beliau juga membuat ulasan serta kritik ilmu mantik yang bercanggah dengan ajaran Islam. 3. Beliau cuba membuktikan qiyas mantik adalah digunakan dalam al-Quran. 4. Beliau berjaya menjadikan mantik sebagai satu disiplin ilmu Islam dengan penemuan yang baru. 5. Imam Ghazali menghasilkan beberapa karya dalam bidang ilmu Mantik yang menjadi rujukan utama dalam pengajian ilmu Mantik Kesimpulan.